Arkib untuk Kategori Uncategorized

#3 things#

Posted in Uncategorized dengan label , , on Januari 17, 2009 by fahmiez

*Kene tag oleh Ummi Hany*

3 things that scared me:
1.Allah swt
2.Dark
3.Lonely

3 people who make me laugh:
1.Bob Hadi
2.Darwin
3.Diri sendiri (bole ke?)

3 things i hate:
1.evil
2.Zionis / Islam enemies
3.hypocrite

3 things i dont understand:
1.Bahasa selain Melayu dan Inggeris.
2.Xandross (benci OS nih, x mesra)
3.cinta

3 things im doing rite now:
1.update all 3 blogs (me, choir, Astena)
2.answering this tagged
3.listen to music

3 things i want to do before i died:
1. mengerjakan haji
2.mengembirakan famili
3. hidup bahagia

3 things i can do:
1. tido
2. baca
3. dan sleep

3 things i can’t do:
1.ke angkasa lepas
2.jadi Sultan atau Raja
3. Kahwin Siti Nurhaliza

3 person i want to be tagged:
1. Bob
2. Ben
3. B people.. anybody yang bace ni

Koir Konserto

Posted in Hangout, Peristiwa, Uniten dengan label , , , , , , on Disember 1, 2008 by fahmiez

30 november

superb.. marvellous!

superb.. marvellous!

hari terakhir sebelum semester baru bermula.. on the eve of my 23th birthday..

malam ni, aku dan seramai 8 orang terdiri daripada Bob, Amir, Mas Ilmi, Faris, Donat, Man dan Mumtaz menonton persembahan Konsert Jelajah Koir Kebangsaan 08 di Muzium Alam Shah di Shah Alam.

Agak mengelirukan jadual Konsert ini sebab lokasi dan tarikhnya berbeza di Internet. ditulis di Facebooklokasi di UKM Bangi tapi ditukar ke Shah Alam dan tarikhpada walnya 29 Nov tapi dilambatkan pada 30 Nov pula.. jadi, untuk mendapatkan kepastian yang lebih afdal dan yakin, aku tanpa tergak2 terus menelefon cust service Musium untuk mengetahui kebenaran konsert ini.. ya, 30 Nov di Muzium Shah Alam akan berlangsungnya Konsert Koir Kebangsaan. Fuhh..

Dari rumah sewa di Kajang, aku mengambil Mas Ilmi dan Donat di Uniten. Mulanya Man tak follow tapi disaat-saat akhir dia join gak sebab ade prektis band di Shah Alam pukul 11 nanti.

Mumtaz datang dari Klang dan Bob mengikuti Amir dari Seri Kembangan. Nasib baik kami sempat tiba sebelum konsert bermula dengan tarian dari kumpulan Tunas Budaya Selangor terdiri daripada kanak-kanak sekolah dan juga remaja.

Kebetulan kami berjumpa dengan Shazlan, jurulatih koir kitorang yang datang bergaya dengan rakan beliau.

Apa yang pasti, persembahan yang ditonjolkan oleh koir kebangsaan tidak membosankan, malah kitorang terus terhibur dengan vokal suara mereka yang berhantu dan juga keunikan mereka dengan lenggok menari yang memang menghiburkan. Syabas! lagu-lagu rakyat dari serata negeri didendangkan begitu indah terutama lagu Adai-adai dari negeri Sabah yang dinyanyikan secara duduk begitu asyik dan mantap vokal. Selesai slot lagu2 rakyat, lagu-lagu klasik Eropah dan moden kontemporari tempatan seperti Gemilang, Ikhlas Tapi Jauh menjadi halwa yang merdu sekali.. kepada yang tak pernah tonton, tidak patut dilepaskan.. ianya menjadi inspirasi kepada grup koir aku utk memantapkan lagi mutu koir dibawah tunjuk ajar Shazlan yang juga ahli Koir Kebangsaan.

Lepas je abis konsert, kitorang singgah makan di restoran mamak berhampiran masjid Shah Alam berhampiran studio tempat Man berlatih.

Great nite dan aku menyambut detik harijadi aku dengan mereka semua disitu. haha..

kami..

kami..

lobi muzium..

lobi muzium..

* tetiba gambar beso lak.. malas nak upload balik.. hee..

Peperiksaan di sekitar sudut (around the corner)

Posted in Uncategorized on Oktober 25, 2008 by fahmiez

Akhirnya, tibalah jua debaran yang dinantikan oleh setiap umat pelajar dan mahasiswa, tidak kira umur dan negara. Kita pasti akan mengalaminya berulan-ulang kali.. (aper la aku merepek ni..)

anyway, final examination untuk Sem 1, 08/09 akan bermula next week. Semester ni aku ambil 4 subjek dimana 3 subjek ade exam. Project 1 takde exam, ade presentation after exam.. huhu..

Exam paper aku mula pada 29 Oct dengan 2 paper in one day! OOP dan Advanced OS dan diikuti paper Ethics pada 6 Nov. Pada sebelah petangya after last paper aku tu (Ethics) on the same day, aku ade presentation Project 1 dengan supervisor, Puan Azizah Suliman dan second reader, Mr Chen Soong Der.

Kepada sumer rakan-rakan, study smart dan semoga sukses dlm exam nanti.. insyaAllah kita boleh jawab soalan dengan baik.. Amin..

very hectic schedule..

Firedrill.. pengalaman pertama aku..

Posted in Uncategorized on Ogos 7, 2008 by fahmiez
demo untuk memadamkan kebakaran..

demo untuk memadamkan kebakaran..

Ketika loceng penggera dibunyikan, aku, Fakrul dan Mas Ilmi senang berborak-borak mengenai koir didalam bilik. Ketika itu, Mas Ilmi tanpa simpati dan ihsan datang untuk menuntut hutang bagaikan seorang ceti Ah Long.. ><. Kami yang kekeringan ini terpaksalah mengeluarkan Rm20 demi vest koir utk dibayar kepada tailor.. haha

anyway, inilah kali pertama dalam hidup di Uniten aku ada di hostel semasa firedrill.. semester-semester sebelum ini, aku diluar Uniten ketika firedrill diadakan.. jadi perasaan gentar, takut tapi excited bercampur-baur dalam diri.. jadi sebagai parasit di bilik Fakrul aku segera ingin bersembunyi.. Fakrul, Darwin dan lain-lain turun ke bawah sementara aku dan Tan hide didalam bilik Darwin.. haha.. anyway, kami turun selepas Darwin kata it’s Ok for Us to come down..

Di perkarangan letak kereta Cendi, ada projektor yang menayangkan info Cendikawan mengenai carta organisasi Cendekiawan.. selain itu PA system digunakan utk menjelaskan lagi penerangan2 dan mesej dari pihak pentadbiran.

after firedrill.. no one get hurt.. hehe

after firedrill.. no one get hurt.. hehe

Kelihatan ramai yang berkumpul malam tadi dan setiap penghuni perlu tandatangan kehadiran di senarai penghuni Cendi..

Ramai juga yang berjaya keluar sebelum terbakar di bilik apabila sumber elektrik dihentikan buat sementara.. haha..
Bob Hadi juga sempat kutemui.. beliau masih lagi hidup dan bernyawa dari terbakar kepada yang tertanya2…. (><)

Free world… in digital view.. Ubuntu

Posted in Uncategorized dengan label , , on Julai 20, 2008 by fahmiez

Akhirnya, sampai jua package dari The Netherlands.. last week masa balik rumah hujung minggu, aku nampak pakej yang telah dibuka (oleh mak yang curious..) ade nama aku.. happy2.. da lame surat dari luar negara tidak jenguk rumah aku, semenjak Ricky (penpal aku dari Jerman..) hantar surat die last year.. well not a big thing.. just a little and lightweight package mengandungi CD dan pelekat.

aku pun dah lupe yang aku pernah isi online application bende ni kat website, before new sem start.. coz this org distribute this thing for free.. so x rugi untuk isi..

Oh yer, bende yang aku maksudkan ini ialah Ubuntu, sebuah Operating System yang berdasarkan sistem kernel Linux yang disebarkan secara percuma.Petikan dari Wkipedia -

“Ubuntu’s goals include providing an up-to-date yet stable Linux distribution for the average user and having a strong focus on usability and ease of installation.The name of the distribution comes from the African concept of ubuntu which may be rendered roughly as “humanity toward others”, “we are people because of other people”, or “I am who I am because of who we all are”, though other meanings have been suggested.” dengan objektif sedemikian, wajarlah sebuah OS dibina atas manfaat untuk seluruh manusia tanpa memikirkan keuntungan semata-mata..

Ubuntu package

Ubuntu package

Apa yang bagusnya dengan OS ini, kita tidak perlu meng’install’. sekadar insert CD dan reboot, kita boleh memilih 3 opsyen samaada untuk trial wihout install, Install inside Windows (dual OS), atau fully install (delete OS sebelum ini)..

the user interface; Ubuntu

the user interface; Ubuntu

walaupun agak kekok menggunakan aplikasi Ubuntu Linux ini (selalu sangat dgn Microsoft Windows, tu la yg jadinye), aku kagum dengan GUI yang ditonjolkan.. begitu juga dengan software yang ada didalam OS ini. one of the best free OS for now.

mandi dan BBQ di Sg. Kanching (gigi)..

Posted in Uncategorized on Julai 13, 2008 by fahmiez

US independence day, nah.. it’s pokcik and bob independence day.. they officially ended their industrial training at Resscom. congrats..

untuk meraikannya, kami berempat termasuk Asyraf, pergi berkelah ke Hutan Lipur Sg. Kanching Templer Rawang. Perkelahan BBQ ini kami yang tidak kami rancang ini tercapai jua.. mulanya nak pergi hari sebelum itu, Khamis.. tapi kehendak duti kerja syarikat perlu diutamakan dahulu. Jumaat semalam kami pergi jua.

Selepas solat, aku terus bergerak ke rumah Bob di Greenwood Batu Caves. Bob baru mengeluarkan peralatan BBQ dan kami menggosok grill yang masih lagi dilitupi lemak2 daging BBQ Astena sebelum ini.. buekk..

Selepas itu, aku drive ke rumah Asyraf dan ke rumah Pokcik mengambil mereka..
kami ke pasaraya Giant Batu Caves membeli barang-barang utk BBQ; beberapa daging lembu, ayam yang telah di’marinate’kan, sos BBQ, arang, penyepit dan minuman Coca-Cola dan mineral dua botol.
Jam sudah menunjukkan 3 petang, kami agak resah kerana dah lewat.

Sadisnya, trafik sesak di Bulatan Batu Caves menghampakan kami. perlukah jam disaat-saat ini? mungkin kerana demo utk Anwar diadakan hari ini mengakibatkan kesesakan.. tapi keresahan kami tidak lama kerana akhirnya sesak beransur hilang dan kami dapat meneruskan perjalanan ke destinasi.. syukur

aku tidak ingat pernah ke tempat ini, mungkin kerana inilah kali pertama kau kesini.. sampai sahaja di tempat yang dituju, kami perlu membayar parking kereta RM2 dan RM1 sekepala.. tak kisah memandangkan teruja dengan lambaian hutan lipur..

sejuk.. dingin.. frost.. smile!

sejuk.. dingin.. frost.. smile!

Ingatkan sampai sahaja sudah boleh mandi, tetapi kami perlu mendaki bukit yang tinggi untuk sampai ke air terjun didalam hutan.. begitu penat mendaki sehinggakan jantung berdegup kencang dan lutut mengigil.. tapi semua itu tidak lama selepas melihat deruan air terjun yang sejuk. kami dapat juga spot pondok kosong dan memulakan preparation BBQ dahulu..

sementara pokcik membakar daging BBQ, kami bertiga terus terjun ke dalam kolam air terjun yang dingin, tidak hairanlah dipanggil Sg. Kanching, memang sejuk boleh mengakibatkan kanching gigi.. ><

Makhluk Tuhan Paling Seksi - Bob posing di air terjun

Makhluk Tuhan paling seksi - Bob posing di air terjun..

setelah habis first round, kami naik semula melihat daging yang telah dimasak, lapar pula.. lazat sunggu ayam daging dimasak dalam hutan, lebih-lebih lagi BBQ.. fuhh.. terliur..

Chef di hutan - BBQ expert..

Chef di hutan - BBQ expert..

second round, kali ni pokcik join mandi.. kami berempat berendam dalam air.. semua percubaan mereka bertiga untuk mendaki air tejun nyata gagal kerana batu licin.. tambahan pula lantai air terjun dipenuhi daun membuatkan kaki geli..

hampir setengah jam berendam, kami naik semula dan makan lagi BBQ ayam.. selepas itu, kami bersiap kemas utk pulang kerana jam sudahpun pukul 6.30 petang.. aku perlu balik segera sebab malam ni ade aku g tonton show konsert Ahmad Nawab di Istana Budaya dengan Pe.
Selepas hantar mereka bertiga balik, aku bergegas pulang menukar baju dan pakai kasut sebelum ambil Pe.. trafik jam pula.. aduhh

Compaq replace Acer in my life

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today, Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , on Jun 1, 2008 by fahmiez

today on Saturday evening –

Actually last week aku tnye mak aku nk g Low Yat tgk laptop.. kepada yg x tahu, laptop Acer Travelmate 290E aku, yg menjadi rakan kerja dan hiburanku selama 4 tahun sejak zaman kolej diploma dulu akhirnya mati jua.. dlm erti kata lain, sukar utk dihidupkan semula memandangkan kos utk mengupgradenya agak tinggi dan tidak berbaloi rasenye menabur duit ke atasnya..

Acerku sudah lama uzur dari segi kemajuan memandangkn ia jauh ketinggalan dgn penggunaan Intel Celeron, tetapi kumasih sayangi ia kerana jasa2nya dlm hidupku selama ini, sbg teman, dan membantuku mencari maklumat dunia dan kerja2 assignmentku.. oohhh memori..

Agak lama juga aku survey2 laptop kat Lowyat yg memang memeningkan kepala.. disana ada promosi disitu ada special price.. haih.. buat pening aku.. mak, dan kedua adik perempuanku, Kak Lang dan Nabila just follow jer rentak kakiku mencari laptop kesukaan hati.. didlm hatiku dari awal tersemat utk memilih rm2000 ke bawah dan brand Compaq memandangkn aku agak minat model C700.. usha2 laptop akhirnya aku disapa oleh abang Melayu, satu2nya kedai Melayu jual laptop di Level 2..

“Abang cari laptop jenis ape?” tanya si penjual laptop Melayu.

“Laptop Compaq C700 ada tak?” balas aku.

“ohh.. laptop dah old brand.. skrg ni ada brand baru” kata si penjual.

ape la penjual ni, aku nk laptop C700 je la.. kate aku dlm hati le..

“kalo nak compare, C700 xde Bluetooh.. bla bla” cerita panjang lebar si penjual..

setelah dijelas mengenai perbezaan antara C700 dgn V3000, keduanya Compaq Presario, akhirnya aku terminat juga.. setelah melihat spek, design, dan free gift dia bagi.. hehe.

aku mulanya tak expect nak beli hari ni coz tak harap sgt la nk beli skrg memandangkan financial family yg kureng akhir2 ni.. tapi kasih sayang ibuku terhadap anak dia yg sudah lama kepingin laptop baru sejak laptopnya rosak mengatasi masalah2 lain.. x sangka mak aku dah keluarkn duit awal2 dari bank yg aku singgah sebelum ke Lowyat di Jln Ipoh.. terima kasih mak atas pemberian ini.. love u mom! :)

mase beli x rase gembira or any feeling, just feel selamber and x kesah.. maybe da lame mengidam laptop, perasaan pun dah muak dgn keinginan laptop baru..

selepas membeli laptop, kami sekeluarga bergegas ke shopping mall lain memandangkan Kak Lang da mula masam mencuka coz installation laptop software di kedai penjual agak lambat.. kami menuju ke Maju Junction. adik aku sebenarnya nak beli baju2 di situ memandangkn harganya yg murah tetapi bajunya cantik2 dan look very expensive.. kedua2 adik aku dan mak membeli bebrapa pakaian utk dipakai masa tgk teater Selasa ni.

selepas itu, kami rush balik ke rumah coz mak aku ada dinner function kt PWTC sempena graduasi pelajar Kolej MAHSA yg wat praktikal di Hospital Kuala Lumpur, di mana mak aku bekerja sbg jururawat.. mak aku cerita artis undangan malam tu Faizal Tahir.. mmg gamat la dewan dgn karenah student2 yg suka lagu2 dia..

aku menghantar mak aku ke sana dlm pukul 7 malam bersama adik2 aku. after that, kitorang ke KFC Kepong, Kak Lang belanja makan ayam KFC yg rangup tetapi makin kecil saiz.. haihh.. semenjak harga ayam naik, ayam pun makin kecil.. hehe..

pas makan, kitorang terus balik dan tgk tv. boring lak sejak musim AF da tamat ni.. aku klik setiap channel yg cam broing jer citer.. akhirnya aku tukar ke tv3 tgk Buletin Utama.. faedah gak.. pas abis aku klik channel lain.. last2 tertekan TV1 dan TV2 RTM, kedua2nya ada siaran langsung acara besar.. Tv1 live siaran pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) di Gong Badak Terengganu dirasmikan oleh Sultan Terengganu aka YDP Agong, Tuanku Mizan sementara TV2 live siaran Pesta Taadau Kaamatan di Sabah oleh YB PM, Pak Lah.. mane nk tgk? memandangkn ucapan leret puji2 PM yg bosan di Borneo, aku ke Terengganu melihat live SUKMA opening ceremony.. tgk la persembahan kebudayaan dan kemasukan kontinjen negeri2 ke dlm stadium.. pastu si bapaknye Dafi AF, bagi lak ucapan.. haih.. aku bertukar siaran ke Star Movies tgk Pirates of the Caribbean 2..

dlm kol 11.20pm camtu aku ke PWTC mengambil mak aku pulang ke rumah menaiki BMW yg ayah aku antar ke workshop gi cat.. nampak cam baru le..

inside PWTC

skrg ni adalah post pertama aku dari rakan baru aku, Compaq.. Acer, aku tetap sayang ko.. hehe..

Bush fire at the office

Posted in Uncategorized on Mei 20, 2008 by fahmiez

today after work mase keluar ofis, kelihatan jerebu tebal berlaku kt kawasan ofis danau kota, Bob dgn aku pun pelik dari mane jerebu dtg, pastu wat andaian ade kebakaran bgnn.. cam excited nk g tgk.. Pocik mase tu dah berlari jauh takut ape2 berlaku kt kete Kancil dier.. nasib baik xde ape2..

fuhh, nmpak la pasukan bomba mase aku dgn bob blk naik keter balik…  dah la cuaca panas sgt ari ni.. maybe wild fire atau ade org bakar kawasan semak tu.. nasib baik kebakaran x merebak coz da dekat dgn bgnn ofis danau kota tu.. syukur..

petang jumaat di ofis danau kota..

Posted in Hidup aku today, Uncategorized dengan label , , on Mei 16, 2008 by fahmiez

aku menulis blog ini di desk office ayah aku. di dalam bilik yg kecil kesemua pelatih merempat disini kerana encik farid dtg melawat di lab.. encik farid ialah bekas pekerja Resscom..

di dlm ofis ayah aku ade dua keping roti yg sudah lama ditinggalkn. Bob Hadi al-Cahaya yg agak2 lapar berasa roti dan keju itu masih elok kerana disimpan dlm peti sejuk.. hehe.. jd die pon makan tanpa ragu2.. abis la bob, teman kau minggu ini ialah jamban dan ubat sakit perut.. aku pun mkn sedikit dr roti itu.. haha..