11.11.11
percutian ke kota Bandung! kembali jua ku ke tanah Indonesia ini untuk kali kedua di lokasi yang berlainan.
trip ini bolehlah dikatakan trip sempena kejayaan aku dan Wan tamat bertapa di Uniten dan selepas majlis konvokesyen. hehe
selain aku dan Wan, Ammzar dan keluarga dia juga turut dalam trip ini selain Zul A. Kira kali ini Ammzar jadi penganjur utk trip ke Kota kepulauan Jawa Barat.
Agak malas nak menulis jadi aku akan bercerita mengenai percutian ini melalui gambar-gambar. ^^

at LCC-T. thanks to Faris and Fiena sebab hantar ke airport.
Penerbangan kami pada pukul 7.30PM menaiki AirAsia. Agak teruja dah lama tak naik kapal terbang. hehe

9.30PM (WIB) Bandara Husein Sastranegara
Bandung terletak di Pulau Jawa merupakan ibukota Wilayah Jawa Barat. Kota ketiga terbesar selepas Jakarta dan Surabaya. Pada zaman kolonial Belanda, ianya dikenali Paris van Java kerana suasana dan kehidupannya seperti bandaraya Eropah yang beriklim sejuk. Ianya juga dikenali Kota Kembang kerana dahulukala kawasan kota ini subur dengan bunga-bunga.

kawah Gunung Tangkuban Perahu

singgah petik strawberi di Lembang

cewek Bandung dari etnik Sunda. terkenal dgn kecantikan dan keayuan mereka.

hotel penginapan utk 2 hari di Dago

dihadapan kediaman paman Ammzar. penginapan kami sehingga akhir trip.

shopping di Pasar Baru

Ammzar pasrah. cari kain utk jadi suami tahun depan. haha!

seram woo.. di TransStudio Bandung Supermal

Gedung Merdeka. batu asas Non-Align Movement tercipta

Muzium Pos Indonesia

Muzium Geologi

Gedung Sate. ikon Kota Bandung

di Angklung Udjo. Akhirnya dpt jua bertemu Gamelan Sunda

persembahan budaya Sunda di Angklung Udjo

hos persembahan di Angklung Udjo. Ayu..

malam akhir di Bandung. cuba merasai mi asli indonesia. hehe
ini sebahagian kisah bergambar. nak tulis memang la panjang lebar sampai aku sendiri muak. XD
banyak tempat aku tak dapat pergi tapi jika ada rezeki lagi InsyaAllah akan kesana jua.
-Bandung- Paris van Java