Arkib untuk Ogos, 2009

FSU 09

Posted in Hidup aku today dengan label , , , on Ogos 30, 2009 by fahmiez

29, 30 & 31 Julai 09

FSU 09 memeriahkan aktiviti sekitar Uniten selepas bazar kelab dan persatuan.. pack jadual aktiviti sebab bulan puasa dah nak tiba.. padat tol!

well, kalau yang pergi tau je la bagaimana sambutan FSU 09 yang diadakan di library. Kelab Astena bersama kelab Citra Seni dari kampus SHAS, Muadzam turut serta dalam mewakili budaya seni Melayu. PKC dan PKI juga turut terlibat mewakili budaya Cina dan India. Ada juga booth dari luar seperti Nokia, Campbell dan lain-lain *aku tak ingat*

Tidak lupa ada juga pemeran Seniman Agong P.Ramlee. Siap ada karaoke lagu lagi.. haha

Dalam masa tiga hari ini juga kami sempat beramah mesra dengan rakan-rakan Citra Seni dari Muadzam. Diorang memang cool! dapat juga menambah kenalan.

Oh ya, dalam kemeriahan FSU tu, ada juga perkara jelik dan mual berlaku. Perkara yang meretak belahkan dan hampir memusnahkan kepercayaan.. dan juga membuatkan aku kecewa dan sedih.. nervous? hoho.. sabar ye readers.. ^^

snap sana sini

Posted in Hidup aku today dengan label , , on Ogos 30, 2009 by fahmiez

27 Julai 09

FSU 09 akan berlangsung pada minggu ni! Fuh, berdebar bukan apa, aku terlibat sebagai Penolong Koordinator program bagi program Santai Seni Ekspresi Diri dengan Paan dan beberapa krew dari Rumah Teater.

Salah satu program yang ada ialah pertandingan fotografi mengenai Harmoni di Uniten.. guidance tema pun tak bagi.. so aku fikir mungkin pasal racial harmony belajar di sini ke .. etc.

So aku dengan faris pun pergi la snap gambar kat sekitar kampus.. aku pun dijadikan sebagai pelakon dalam gmabar Faris. pergh.. *gadoh sekejap dengan dier pasal gambar* but move on..

malam tu latihan gamelan diadakan untuk merakam lagu Inas. Cool! aku suka lagu ni.. sebab aku main simbal.. ahaha

Lawatan menyibuk ikut Paan ke UTP

Posted in Hidup aku today dengan label , , on Ogos 30, 2009 by fahmiez

kenapa menyibuk? sebab kitorang gi UTP pun atas ajakan Paan untuk menonton pertandingan debat alam sekitar diadakan disana. paan bawak dua orang budak baru yang berpotensi untuk jadi debater.

mula-mula aku je yang nak gi. tapi pastu budak2 SC pun mula menyibuk nak ikut juga. Sibuk! haha.. tapi aku dapat rasa ini perjalanan terakhir kitorang (or correctly with him).. *ape aku merepek ni..* [it's true.. after this]

Paan dan 2 debaters dia *sorang lelaki dan seorang lagi perempuan.. [which gonna make a chaos in future] gi dulu.

aku, Eis, Wan dan Ammzar pergi lambat setengah jam dari Kajang.

aku pun kesana bertujuan nak berjumpa dengan budak2 koir UTP yang sudi datang Uniten tempohari.

lagipun dah lama nak gi kesana untuk mengkagumi kehebatan senibina kampus sentuhan lord Norman Foster, arkitek terkenal dari UK.

sempat jugak la melihat satu pertandingan debat antara UM dan UMT. Tak pernah lagi tengok orang debat.

sempat juga pusing-pusing dalam kampus. Siap ada escort lagi dari wakil pihak koir sana bawa kitorang jalan-jalan. Tanx korang! :)

A great memory… akan ku kembali lagi kesana.. haha

bazar kelab sem 1

Posted in Hidup aku today dengan label , , , on Ogos 30, 2009 by fahmiez

21 & 22 Julai 09

bazar kelab dan persatuan kembali lagi!

aku rasa cam baru je bazar sem lepas berlalu.. ni ada lagi.. haha.. tape, baru meriah.

sem ni astena berobjektif nak dapatkan lebih ramai ahli.. terutama misi aku untuk rekrut budak – budak koir baru untuk mewarisi kami yang senior dan dah nak expired ni.. haha

persembahan sem ni dari kelab astena cuma tarian dan juga band wat persembahan di tepi booth.

aku pun sempat gak la siapkan slide video aktiviti kelab dari awal tahun 2008 hingga yang terlatest untuk diletak kat booth bagi budak2 baru tengok.

Mosaic

Posted in Hidup aku today dengan label , on Ogos 30, 2009 by fahmiez

19 Julai 09

hari ini aku folo Paan dan As berjalan-jalan. Kami bertiga ke Balai Seni Lukis Negara dan Muzium Negara. Ada pemeran baru bertajuk Mosaic of Malaysia di Balai Seni Lukis.

Aku ni bab ke BSLN agak susah sikit memandangkan aku akan migrain lepas tengok gambar, arca atau bende abstrak yang memerlukan pemerhati berfikir maksudnya.. damn rite! pening aku pastu..

Lepas tu pergi bersantap kat AEON Setiawangsa lunch.

Selepas itu meneruskan perjalanan melihat Bukit Bintang sebelum ke Muzium Negara melihat pameran Darurat yang diadakan untuk mengenang kembali kekejaman Komunis. ini pun gimik politik pasal isu pembangkang mengenai kepulangan Chin Peng ke Malaysia.

Tak banyak gi jalan mana pun selain lawatan ilmiah berseni dan bersejarah.. haha.. dah dua kali aku gi muzium tahun ni.. dah boring tengok muzium negara.. geek!

Gadoh @ Uniten

Posted in Hidup aku today dengan label , on Ogos 14, 2009 by fahmiez

16 Julai 09

Tayangan istimewa filem indie, Gadoh ditayangkan di DK1, COIT yang diuruskan oleh Ieja.

Aku sudahpun menonton filem ini di HELP Universiti di Damansara tak lama dulu. Atas usaha Ieja. berjaya juga filem ini ditayangkan di Uniten. Tahniah!

Sambutan untuk filem ini agak kurang pelajar tetapi meriah dengan penyertaan bersemangat oleh pelajar yang hadir dalam sesi soal-jawab mengenai komen terhadap filem berkisar perkauman di sekolah dan sistem pendidikan Malaysia dan bagaimana seorang insan teater cuba mengubah sikap pelajar melalui teater.

Aku malam tu ditemani Alin yang bersemangat nak jumpa Zahiril Adzim *yang tak dapat hadir..*. Takpe la Alin, takde rezeki..

Anak-anak koir aku pun ada selepas aku ajak. haha. tanx korang.

Selesai sesi soal-jawab, apalagi. pic! Pic! dgn selebriti indie.. ^^

Teater Pegawai Khalwat

Posted in Hidup aku today dengan label , on Ogos 13, 2009 by fahmiez

14 Julai 09

Rombongan Astena ke Auditorium Taman Budaya KL untuk menyaksikan persembahan teater ‘Pegawai Khalwat’ dari Kelab Kilat TNB yang menyaksi penampilan sulung istimewa Ketua Teater Astena, MK Farhan @ Paan dalam dunia teater luar kampus. Cayalah! Bangga..

Rombongan luar pertama kelab Astena pada Semester ini. Dapt jugalah mengumpulkan kesemua cabang Astena; Gamelan, Rumah Teater, Band, Koir dan Tarian untuk memeriahkan suasana panggung melihat lakonan Paan dan juga Kak Sha, Abang El dan team teater lain.

Terima kasihlah pada Kak Sha yang bermurah hati memberikan bas uni untuk bawa kerabat ke sana. :)

Tapi aku kesana menaiki Kelly untuk mengambil awek Paan, As di Setapak ditemani Faris.

Sampai sana, tau-tau satu famili As ikut folo kitorang. hehe

Pasal persembahan teater, memang memuaskan walaupun ada beberapa kesilapan dan lari dari skrip.

Lepas selesai urus kerabat naik bas pulang ke Uniten, aku dan Faris hantar As ke RedBox di Sogo dimana famili dia menunggu.

Seperti biasa selepas selesai menonton. Makan! member SC menunggu di Brother’s Corner. lapo..

Mencari TNB Bangsar

Posted in Aktiviti dengan label on Ogos 12, 2009 by fahmiez

12 Julai 09

Fuh, penat aktiviti terbesar Astena semalam masih tak kebah.

Masing2 sume tido lama.. kah3

Malam tu aku tak duduk diam jer. Aku gi ke TNB Bangsar nak melihat Paan, Kak Sha, Abang El dan team teater Kelab Kilat TNB berlatih untuk persermbahan teater sempena Festival Teater KL.

Punyalah gamble gi TNB Bangsar dengan tak tahu arah. Aku pun tawakal je la.. jalan punya jalan melalui onak duri (kununnyer) terserempak dengan signboard Jalan Panah. Yea! jumpa jua TNB Bangsar!

Kebetulan masa tu mereka sibuk berlatih. Ada makan2. Aku apalagi, orang jemput, makan jer la *walaupun pada awalnya malu*. Paan biaser la dengan jelingan mata kat aku *tak malu!*. pedulik! :p.

Konsert Gamelan Malaysia UKM 09

Posted in Hidup aku today dengan label , , on Ogos 11, 2009 by fahmiez

Event ni dah lama. 11 Julai 09! *Gile lama tak hapdate!*

Acara ni berlaku dalam minggu pertama Semester 1. Encik Sani, pengajar gamelan Astena menjemput koir untuk berkolaborasi dgn gamelan dalam lagu Gambuh Menyanyi.

Masa Wan bgtau aku time tu aku pon cam tak sure. nak kumpul budak2 koir in 1 week. Show lak dlm Sabtu tu. Alhamdulillah, dpt gak la kumpul anak2 aku yg alto, Sarah, Ilmi dan Darwin. Bila lagi dpt opportunity nak nyanyi luar kan? Walaupun dpt kumpul sikit *dlm 7 org* but still ok.

First week tu pon aku agak busy sebab selain hal subjek add drop, aku attend meeting mengenai Festival Seni Uniten dan tah macamana, aku dan Paan diamanahkan *cewah ayat* untuk uruskan program Santai Seni: Ekspresi Diri. Paan menjadi Koordinator dan aku sebagai penolong beliau.

hari Isnin aku, Sarah, Ummi dan Nurul wakil koir utk taklimat di Taman Budaya KL yang menjadi venue utk latihan selain Bilik Gamelan MPH.

Hari Jumaat, last day prektis, aku dipanggil encik Sani main simbal yang aku bawak dari Seri Cahaya utk accompany diorang main gamelan lagu Inas. Cool! dapat gak la join.. hehe

so now aku ada dua part; nyanyi koir dan accompanying simbal dgn gamelan..

hari Sabtu; bas Uniten membawa peserta wakil Uniten ke UKM dari pagi.kol 8.30 pagi gerak. Aku pula naik kereta dgn Man ke sana membontot bas.

very impressive,. ada wakil dari UPSI, sekolah-sekolah, UKM sendiri dan UTP yang membawa segerombolan besar peserta terdiri daripada penari-penari dan juga alatan gamelan yg dibawa sendiri.

sepanjangg hari dari pagi kami rehearsal dan makan utk menanti malam persembahan.

Kak Sha dan Paan juga hadir dlm beri sokongan.

memorable indeed.

Makan free yang tak sedap.

Posted in Hidup aku today on Ogos 10, 2009 by fahmiez

7 Julai 09

Lepas je hantar report terlewat sehari kat Prof. Z. Aku dan Wan ke USK nak jumpa Kak Sha pasal Astena matters.

Kebetulan time tu ada meeting kat bilik Mesyuarat ada meeting HEP dgn USK. jadi aku dan Wan pun tunggu la kak Sha sampai abis meeting kat meja dia.

Lepas meeting kak Sha ajak makan. Apa lagi, program jimat duit makan tak le ditolak. Walaupun kureng sedap dan byk Aji, kami makan jua. bak kata pepatah, rezeki jgn ditolak, sakit perut kemudian hari.. haha

Walaubagaimanapun air teh nye memang sedap.

Aluan Semester 1!

Posted in Hidup aku today on Ogos 10, 2009 by fahmiez

Hari pertama Sem 1.

Fokus 1: Kena block. Tak bayar rm800 duit Practical training.. haha

Fokus 2: Add drop subject

Fokus 3: Submit report Industrial Training kat Visiting Supervisor *dan tak siap lagi*

Aku selesaikan dulu Fokus 1. Fokus 2 dibiarkan esok. Fokus 3 menjadi keutamaan sebab kena hantar hari ini! Demm

Memang tradisi wajib tak melangkah melawat kelas dan menyapa pensyarah pada hari pertama sebab memang takde klas pon.. haha

so, ada masa ni aku pun kene bergigih untuk siapkan report. Ntah macamana, sapa punya plan gila pergi ke Starbucks kat Alamanda. Rahim dan Faris temankan aku.

nasib baik ada sumber dari syarikat. Boleh la digunakan untuk menyiapkan report.

Syukur. Selesai sudah isi. Cuma ada lagi satu kena letak. Gambar-gambar.

Kesimpulan: aku hantar esok hari. Mujurlah prof Z baik. Aku dah risau dia nak marah aku hantar lambat. hehe..

mendaki Broga Hills, turun ke KLPac dan kembali ke Uniten

Posted in Hidup aku today on Ogos 10, 2009 by fahmiez

5 Julai 09

Hari terakhir Special Semester, tamatnya practical training, dan aku akan kembali ke kuliah.. duduk dan melihat pensyarah berceloteh selama 1 jam @ 2 jam dimana otak aku menerima pengajaran selama 1/2 jam sahaja. ><p

Untuk tidak membazirkan masa muda di kala hari akhir dan selepas penat berhempas pulas *kunun* menjadi seorang yang bekerjaya, aku dan Paan berdua seperti gay sekejap ye sekejap tidak memulakan program julung-julung kali yang tak pernah dibuat oleh anak Astena yang selalunya plan gi aktiviti seni yang percuma kerana kami ni miskin macam Kassim Selamat. Broga Hills.

Punye lah semangat sampai aku sanggup tido di rumah Paan, berkongsi katil kelamin tapi nasib baik takde nafsu syahwat untuk bergoleng-goleng sebab masih lagi tahu batasan2 sebagai anak dara.. oops, anak teruna.. haha.. lagipun, rumah Paan dah dekat dgn Semenyih, lokasi broga Hills.

Dalam pukul 5.45 kami bangun. Solat Subuh. Bekpes makan roti manis dan jumpa sekejap ayahanda Paan yang asyik menonton movie kat TV.

Dengan tiada persediaan, kami memulakan perjalanan Subuh yang gelap dan dingin melalui jalan lama Bangi melalui kampung dan hutan yang menakutkan. Dekat setengah jam perjalanan, setelah sesat sedikit kami akhirnya sampai jua ke lokasi ladang arnab. Point penunjuk kami harus berhenti. Fuh, kereta banyak gile kat tepi jalan semata-mata nak mendaki bukit.

Pastu hati hancur sikit sebab tetiba hujan, mujurlah sekejap saja.

Mula teruja dengan lalu ladang kelapa sawit dalam gelap. Dengan tiada persediaan rapi, kitorang bantai pergi untuk mendaki dengan mengikut sekumpulan pendaki orang Cina keatas. Dah la lampu picit Paan malap. Jadi kami pun folo la mereka. haha

Tak kusangka mendaki bukit memang menyukarkan. Masa tu aku mula kagum dengan rombongan peminangan Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Cuma Broga Hills takde puteri cuma pompuan amoi turun naik bukit. baru kitorang pasan, kitorang je yang Melayu, lain-lain orang Cina. patut la mereka pandang kami senyum2.. kami orang istimewa rupanya.. haha

memang sakit, derita la aku nak mendaki dengan berat badan aku yang kena kendong ni. Tapi kugagahkan diri jugak la. dan banyak la pit stop aku berhenti untuk hilangkan penat. Jantung berdegup kencang. Kesian Paan kene tunggu aku berehat. Walaupun tinggal sekerat kaki lagi nak sampai, aku menyerah. lagipun tempat kitroang stop tu dah cantik.. memang memukau.. walaupun Paan melahar aku, aku memang dah takde tenaga walaupun belajar di tenaga nasional. lagipun botol air kitorang jatuh time mendaki tadi.. haha.. mulut kering je. mujurlah time turun jumpa balik. kalau tak, memang kena marah la Paan.

Balik kitorang bersihkan diri dan fikir apa plan seterusnya. Belum masuk tengahari lagi.

KLPac menjadi destinasi seterusnya. Kali ni bawa Sang Puteri kami sendiri, Asmiedar.. hehe. Ajak dia pergi bergambar. Oh ya, Paan time ni dah ada DSLR baru. Masa daki pun bawa.

Snap sana-sini di KLPac jadi model Paan.

Siang makin kelam, kami bertiga singgah jap umah bapa Paan kat Setapak untuk lawat adik Paan yang memang comel, geram betul aku tengok muka dia, Intan a.k.a Alya.. Cumel sungguh. Aku tak dekat sebab dia takut dengan aku kot.. haha.. muka garang. malam tu kami gi tengok teater kanak-kanak sempena Festival Teater KL kat Taman Budaya KL.

Tamat aktiviti. Aku kembali ke SC, semua member rumah ada termasuk  lah Ikhmal.

Jadi kami beramai-ramai gi makan malam kat Kajang.

Hari yang begitu padat! Esok confirm tak gi klas.. haha