Causeway trip day 1: Johor Bahru
27 Jun 09, Sabtu.
Johor Bahru
Hari pertama di rumah Wan, kami berempat bangun lambat. Nak dekat separuh hari barulah semua sedar. Mana tidaknya, dekat bilik Wan semua tak ngantok, apalagi borak sakan sambil mengumpat.. wahaha

Kacang Pool Haji.. sedap giler.. addicted after Slurpee..
Pukul 12, Wan bawa ke Plaza larkin bersebelahan Larkin Sentral untuk pra-lunch, makan Kacang Pool Haji. Fuh, sedap kuah makan dengan roti. Kami semua makan ringan je sebab mak Wan dah sediakan lunch untuk kitorang.. jadi pekena dulu makanan istimewa kt JB ni.

gambar depan umah tok sedara Apis
Sebelum balik lunch, kitorang gi singgah ke rumah tok sedara Apis kat Bukit Chagar dimana rumah tok sedara dia satu-satunya rumah yang masih berdiri walaupun dikelilingi kondominium dan bangunan moden. Selepas itu bersiar kat pusat bandar ke Lot 1 JB Waterfront di Persiaran Tun Sri Lanang yang terletakĀ Selat Tebrau dimana pulau Singapura jelas kelihatan di seberang dan berdekatan Tambak Johor. Mall ni dah lama terbiar dan kelihatan cerucuk untuk struktur terbiar begitu sahaja.

JB Waterfront.. latar belakang Tambak Johor dan Woodlands.

Balai Seni Nusantara
Selesai makan tengahari di rumah Wan, kami sambung penjelajahan menuju ke pusat bandar semula ke Balai Seni Nusantara yang menyimpan khazanah lama tradisional dan barang2 mistik. Orang yang duduk situ pun cam aku tengok aneh jer.. haha

oh tidakk!

depan laman Mahkamah

Muzium Sultan Abu Bakar
Kemudian kami ke laman kompleks Mahkamah Tinggi dan ke Istana Sultan Johor yang kini muzium dan sempat berjalan luar di taman istana sahaja memandangkan muzium dah tutup.. sayang lak..

di dalam ruang solat..
Masjid Sultan Abu Bakar menjadi singgahan untuk Wan bersolat. MemandangkanĀ kami dah solat jamak, kami tunggu diluar.

tipu! kata seat kitorang amik ok.. cess..

lupa nama ais kacang ni..
Dah tak tau nak kemana memandangkan dah lewat petang, kami ke Plaza Kotaraya nak tengok Transformers 2 buat kali kedua. Saja nak menonton wayang di pawagam paling selatan di Malaysia.. :p
Dapat tiket pukul 8.45. Itupun seat kedua paling depan setelah diperdaya oleh awek kaunter yang meyakin kitorang untuk beli tiket tu sebab dia kata seat tu ok. Ok ape?! depan gile.. takpa2..
Sementara nak tunggu tayangan, kitorang gi sentap makan ABC hilangkan haus.

naik basikal roda rel.. wutever name..
Habis tayangan, kitorang gi Dataran Menara Jam dan ke Danga Bay naik basikal roda.
Tamat jalan-jalan JB. Esok ke Temasek!
[Photos by Wan A. Faris Photography]
Julai 14, 2009 pada 3:53 pm
dah gi temasek blom.. ehehe
Julai 26, 2009 pada 5:35 pm
dah.. tp tetiba malas nk update.. tu yg tersadai lg kt day 1
Julai 21, 2009 pada 7:31 pm
update this blog!!!!!
>_<