29 Jun, Isnin
back to Singapore and Kota Tinggi waterfall.
Oh, tidak kusangka kembali ke Temasek buat kali kedua.. mmg lari dari plan awal utk hari terakhir yg sepatutnya jalan2 kt Jb b4 gi mandi manda kt air terjun Kota Tinggi.
utk bergegas agar tidak kempunan mandi air terjun sblm balik ke KL, konvoi ke Singapura kali ni hanya kami bertiga; aku, Eis dan Apis.
Rutin biasa, pergi ke Imigresen, naik bas, bla..bla cuma kali ni pegawai imigresen sebelah Singapura agak tegas, moody, tak lawa dan begitu tomboy..
dalma kad perjalanan, seperti semalam kami menulis Destinasi: City.
“Nak pergi mana dik?”
“Ke Orchard..”
“Lain kali tulis la Orchard” nada agak rude..
huh, dari pengetahuan aku la, City pun dah memadai bukan Singapura tu island city-state ke?
tapi takpa.. kawalan hari ini agak ketat memandangkan malam ini majlis perasmian pembukaan Olympic Youth Games.. masa kt Woodlands tu pun, ada delegasi atlet-atlet China.
so, fetch naik bas yg sama cuma kali ini tak thrill mcm semlm sebab dua kali kan.. haha

Time naik tren di Kranji MRT, kami memilih untuk duduk.. tidak mahu berdiri.. sengal lenguh sendi kaki masih menebal.
sampai di Orchard, kami terus ke kaunter tiket utk mengambil semula deposit S$10.. mmg memadai guna pass tu semlm.. tak perlu risau psl bajet pengangkutan. Sambil tu ambil kesempatan tanya kat pegawai dgn harapan dia tahu.
“Sir, may I know where is Kinokuniya is located?”
“urm, not sure.. sorry”
hurm, tak tau plak eh, punye lama keje kt situ.. so, kami pun wandering which malls terletaknya Kino..
tapi, kat mana? confuse.. byk giler malls kt sini.

so kali ni kami pun menyeberang jalan masuk ke Tangs, masuk dalam macam takda, byk perfume, baju je jual. next mall, Takashimaya, potentially kat sini sebab Kinokuniya and Takshimaya is from Japan.
So right sebab ada one whole floor level kt tingkat berapa ntah hanya Kino saja.. fuh, gempak!
usha2 la buku2 yg ada.. Eis da tau apa dia nak beli.. ehem2.. FHM mag Singapore edition… hehe.. very sexy loh.. and two others FHM mags..
aku yg tak tau nak beli mags ape pun decide beli FHM gak.. wahaha.. ^^) ikut Eis..
dah dpt apa yg dihajati.. kami berjalan sedikit lagi ke mall lain.. akhirnya jumpa gak sebuah kedai pelik, House of Condom.. wah, sebagai org jakun yang excited seperti anak teruna innocent pun cam terkejut.. kununnya culture shock.. cmne kedai cmni terletak tepi siar kaki lima yg sibuk? 4 tahun dulu time aku jalan dgn kazen aku nmpk gak kedai ni.. tp just pandang dari jauh je.


agak segan, so amik la gambar kat luar.. tak terniat nak masuk.. tapi apakan daya, tetiba si Eis memulakan langkah masuk kedai.. demm.. xkan nak biarkan die kan? jadi memegang protokol pegawai pelindung Presiden, aku dan Apis ‘terpaksa’ masuk juga kedai tu.. cewahh.. :p
nak cerita ke dalam nye? dah tahap 18PL nih.. dipendekkan cerita, banyak la alat stimulasi seks, gel dan bende kejadah pelik utk seks dijual. cam bende2 ade.. dan kagumnya, ada seorang pelanggan lelaki tua Cina ni dilayan oleh pengurus wanita berumur bangsa Cina bercakap dalam bahasa Melayu.. pelik btol Singapura ni..
selepas melihat2 x beli dan daripada hanyut, kami keluar dan orang2 lalu lalang tgk kitorang keluar.. oh demm!
then masuk kt satu mall ni Eis usha kamera DSLR dan melihat-lihat kedai cenderahati. Cis! beli sini lagu murah dari beli kt Clarke Quay. rugi lak.. sini lg byk offer! murah lagi.. argh..dan aunty so sweet ckp dlm BM. marketing beb!

rembat few gifts utk member dan famili, kitorang keluar dan menuju semula ke Wisma Atria ke Orchard station..
heading back to JB.. goodbye Temasek!

diambil oleh Wan, Ammzar disertai Zul A, kami menuju ke air terjun Kota Tinggi utk mandi manda.. menunaikan hasrat Ammzar walaupun time tu hujan lebat.. but who care? alang2 da smpai, mandi jer la.. bila lagi kan? nak masuk gile, kena byr rm10 atau rm7 sorng pastu caj keter rm3.. giler..
fuh, nikmat tgk air terjun yg memukau, tapi sian Apis tak mandi sebab takde seluar lak.. so dlm hujan lebat dan sejuk, mandi2 je la.. haha



da nak senja kitorang abis mandi.. sebelum balik ke rumah Wan jap, kami makan2 kt sebuah gerai makan kt bandar JB..
well, the time is up.. kami balik ke rumah Wan, pek barang dan sempat ambil gambar ramai2.
kenangan manis!
time balik jgn citer la, Apis bwk keter gile laju.. tau da dkt melaka.. dlm masa 2 jam setgh da smpai Nilai.. pergh, sempat singgah sat Nilai International College jumpa adik Apis. Lebih hensem dari abang die *jgn marah Apis.. hehe*
































