Arkib untuk Jun, 2009

L.I end. Causeway trip next!

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , , , , on Jun 27, 2009 by fahmiez

26 June 09

Akhirnya hari terakhir L.I sudahpun tiba. Alarm dari hp yang aku set ‘L.I last day’ tiga bulan lepas akhirnya berbunyi menandakan pengakhiran sebuah pengalaman berharga selama 3 bulan menempuh dunia kerjaya dan dunia baru..

Pelbagai benda aku belajar dari supervisor aku yang sememangnya seorang yang penuh pengalaman dan mahir dalam kerjanya. Terima kasih tak terhingga kepada Mr. Ahmed Faried Wilson yang banyak meluahkan pengalaman dan pengetahuan yang ada kepadaku. Priceless.

Now. Siapkan report. Huih.

Itu letak tepi dulu. Sebab malam ni lepas kerja..

Trip to Johor Bahru and Singapore!! yeay!!

empat penjelajah: Fahmie, Faris, Ammzar dan Hafiz sebagai driver.

kenderaan rasmi: CR-V (Hafiz)

Laluan rasmi: PLUS highway

Penginapan rasmi: Kediaman Syazwan di Bandar Baru Uda.

Dijangka pukul 10 bergerak. Tapi tak tau la 10 tepat atau tak.. hehe

Goodbye KL for few days. ^^

Finale for Fakrul

Posted in Hangout dengan label on Jun 26, 2009 by fahmiez

24 Jun, Rabu

Aku ke Danau Kota malam ni untuk treat member aku, Fakrol makan roti bakar kat OldTown di Platinum Walk. (walaupun tiada duit, itu je la aku mampu.. haha)

Well, hari ni birthday dia dan aku pun dah lama tak jumpa dia. Banyak jugalah kitorang cerita dan borak.

Ni first time kat OldTown Danau Kota.

Apa paling menarik berlaku malam tu, seorang guard menjaga area Platinum Walk meniup wisel berkali kepada empunya kenderaan yang parkir di bahu jalan kaki lima OldTown. Perbuatan dia agak mengganggu pelanggan dan dengan muka serius yang lebih2. Jika empunya kereta tak respon, beliau bertindak ‘clamp’ tayar, letak flyer peringatan dan catit no plat. Apa yang menariknya, ianaya tidak berakhir disitu, rupa-rupanya guard ni ada camera digital rupanya. Woah, makin canggih guard sekarang. Tak cukup apa dia buat, ambil gambar kereta yang di’clamp’. mungkin untuk rekod kerja beliau atau memang kewajipan pemaju Platinum Walk.

Bukan di OldTown je, Red Island Cafe di belakang pun kena juga sehinggakan pekerja cafe sendiri pelik perbuatan guard ni. Risau kot, boleh hilang pelanggan.

Anyway, malam tu radiator temperature Kelly lagi. Adei, siang tadi baru je masuk bengkel. Risau lak aku. Tapi syukur gak sebab pas aku tutup aircond, suhu kembali normal.

Walaupun malam tu agak risau keadaan kereta, aku pun amik risiko. Lagipun malam ni birthday Fakrol, bila lagi kan? Lagipun lepas ni dia dah pun kerja. Dah graduate secara rasmi dari Uniten.. oh syahdu..

aku kenal Fakrol sejak semester pertama masuk Uniten. itupun sebab masalah kitorang hadapi dengan ID dan kelas Calculus. Dari situ, kami kenal rapat sekali dengan Syahid, Azrul, Darwin dan Zaid.  Aku dengan Fakrol sentiasa duduk sama dari Amanah hingga ke Cendikiawan sampailah semester lepas aku duduk luar kampus buat kali kedua dengan sahabat kerabat Astena di Seri Cahaya.

Walaupun dah berpisah (ceh, cam kapel la plak) kitorang kerap gak la lepak sama. Mana bole lupa kawan.

Banyak benda kitorang hadapi sama, kongsi cerita sama-sama antara anak jantan. Dan kini dia dah pun tamat belajar..

Well, time pass by… kita perlu mencari haluan hidup masing-masing lepas ni..

happy birthday my fren!

Lipurlara Transformers.

Posted in Hangout dengan label , on Jun 26, 2009 by fahmiez

Selasa, 23 Jun.

Misi: Menonton Transformers

Lokasi: Big Cinemas, Brem Mall, Kepong, KL.

Feisticide a.k.a Traitoride is here with Kahn-chile

Fahmious Prime.. Autobot, assemble!

Fahmious Prime.. Autabot, assemble!

I am here, nyah!.. Paanbubee

I am here, nyah!.. Paanbubee

Peids & Fakflaprul.. got other mission! can't go. Celaka! |^^|

Transformers: Revenge of the Fallen amatlah bagus. Aku dan geng Autabot; Feisticide dan Paanbubee gi ke Brem Mall gi menonton kesana.

Hampir gagal misi sebab Kelly radiator rosak pula. nasib baik Feisticide tak blah lagi sebab aku minta dia naik trendy kemuter awal plan. So, dia pon datang ke KuLu bawa Kahn-chile.

Mula-mula lima orang aku ajak. tapi 2 orang tak jadi. So kami bertiga je la menonton first nite public show.

Very cool indeed. Tapi yang tak best org sebelah mkn aroma ayam menyelerakan. Dah la Paanbubee tak makan, lapar dia. haha

Selepas menonton filem Transformer, aku berjumpa gak la transformers lain. Dah lama tak singgah jumpa..

Hai, my name is Transformer, long Ive been place here so u dont get burned.. hehe

Hai, my name is Transformer, long I've been place here so u dont get burned.. hehe

pastu jumpa si Sailormoon lak..

rupa2nya Paan in disguise.. celop paan power!

rupa2nya Paan in disguise.. celop paan power!

Shit! Paanbubee menjadi Megan Fox..

Shit! Paanbubee menjadi Megan Fox..

atas tu tipu.. ni Paanbubee transform.

atas tu tipu.. ni Paanbubee transform.

Kisah merepek dari aku. Sekian.. hehe

Mood PMS minggu terakhir LI

Posted in Aktiviti dengan label , on Jun 23, 2009 by fahmiez

Sempena mengenang 3 bulan aku latihan industri.In memoriam (macam nak gi mati..) hehe

begitu sibuk..

begitu sibuk..

tido..

tido..

keyboard is the best pillow..

keyboard is the best pillow..

hello.. zzzz

hello.. zzzz

Gonna miss my desk.. hehe

Countdown trip to Temasek.. 26 June mark the day!

homie for one day

Posted in Hidup aku today dengan label on Jun 23, 2009 by fahmiez

Ahad, 21 Jun 09

Along ade bagi 2 tiket free gi Japan GT kt Sepang F1.

Tanya sorang2 (semua jantan); semua malas. Takut berpanas, kulit gelap. haha

rupa-rupanya aku mostly kawan dengan putera lilin. Cis, kena cari member lelaki yang adventurer ni.

Aku pun malas walaupun berazam untuk jumpa Japanese Girls.

Kesimpulan: tido sepanjang hari.

Drag me to Wind Orchestra

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label , , on Jun 22, 2009 by fahmiez

20 Jun 09, Sabtu

Najilaa semalam di YM ajak aku gi ke Wind Orchestra festival 09 di PICC Putrajaya bersama Hazman dan rakan beliau, Anis *dah terfikir mesti gadis ayu dan cantik.. ^^*

Then dalam pukul 1.16pm aku grak la dari umah KL ke Upten utk berjumpa dengan mereka kat sana . Smart kasual.. dah biasa, ni kali kedua dalam minggu ni aku kena pakai smart as a dress code ke acara formal *first ke DFP tengok Pak Pandir*

Aku pun nampak la kelibat Hazman dan Najilaa. Bersama dengan seorang lelaki.

Mana Anis?

“Zul, kenalkan ni Anis. Anis ni Zul”

Huih, ku sangkakan gadis, rupanya seorang lelaki. Oh, retak bersalut tawar hati aku.. tapi tidak mengapa..

“Zul, cantik rambut ko”

Wahaha, Najilaa lak puji rambut aku lepas Lisya last week. Pasni memang aku akan gunting kat kedai gunting rambut rm12 kat Carrefour Wangsa Maju tu lagi sekali. Melambung saham aku walaupun dalam ekonomi yang masih tak menentu ni.. *karut lebih* poyo-memoyo diri.. ahha

Tapi masih lagi lepak kat Upten walaupun dah pukul 2 lebih. Tunggu Carie utk diskusi proposal project. Aku pun tak tau.

Dekat 2.10 baru grak naik Savvy Najilaa. Kembara aku park kat Upten. *Along pakai tanpa kebenaran Kelisa aku ke Sepang GT, huh. Ntah bile dia flight balik dari KL ke Bintulu pun aku tak sedar. Kaya tol naik pesawat every week. haha*. Dah la kasut aku dalam Kelly dan terpaksa la aku pakai Converse merah sape punya ntah. Nampak sangat aku ni miskin dgn kasut. Satu je aku ada.. haha.. kepada yang bermurah hati, boleh la hantar kasut anda yang masih elok di rumah aku di KL atau Seri Cahaya, Kajang.

Ini kali kedua aku ke Dewan Plenari PICC untuk acara yang sama seperti tahun lepas. Finale Festival Wind Orchestra 09 (formerly known SBP Wind Orchestra) kali ini menampakkan perubahan apabila acara ini menghimpunkan kesemua sekolah menengah SBP dan juga tambahan enam sekolah ‘cluster’ yang dipilih semasa acara saringan di Kuantan dimana satu-satunya wakil cluster school diwakili oleh SMJK Ave Maria Convent dari Ipoh, Perak dan tujuh lagi ialah SBP; STAR, MCKK, Seri Puteri, Sultan Alam Shah, Kolej Tunku Kurshiah (KTC), Dato’ Abdul Razak, dan SM Sultan Abdul Halim.

pada tahun ini juga all-girls school sekali lagi buat kali kedua dominan sebagai juara apabila konduktor terbaik dan juara keseluruhan dimenangi KTC. Tahun lepas, Seri Puteri menjuarai finale.

Sebelum blah dari dewan, aku dan Najilaa rayau skeitar seat nak cari buku program *mahal tuh*. Akhirnya dapat gak la 5 buah buku. Satu tu special sebab dari seat menteri dan VIP.. ahaha.. dan ambil bunga dari seat VIP gak wat perhiasan.. keh3

Walaupun Man and his gang hampa MCKK tidak memenangi kejuaraan, but still they proud of their junior. better luck next year!

Lepas je habis, aku folo diorang makan kat mamak Presint 9.

Pastu Najilaa plan nak gi muvi tonton Drag Me to Hell. movie horror ni memang hilarious. Mula2 takut, serius pastu rasa cam lawak pulak.. memang kreatif gak la penulisan Sam Raimi yang merangkap pengarah filem ni. No wonder la dapat positive review.. *walaupun lawak, aku takut gak la smpai cam nak peluk si Anis.. ahaha! oh, lupe lak die lelaki lagi.. :p*

shot ala2 mespes.. kabur muke aku..

MCKK perform

MCKK perform

dengan budak2 MCKK, baca doa dan school anthem

dengan budak2 MCKK, baca doa dan school anthem

delegasi wakil tak berkaitan.. haha

delegasi wakil tak berkaitan.. Kiri: Amir, aku, Najilaa, Man dan Anis (lelaki baju hitam) :p

inside my heart.

Posted in Hidup aku today, Home Sweet Home dengan label on Jun 20, 2009 by fahmiez

ye, aku sedar aku ni emo~ kekadang tu ter-overreacted.

Dan boleh menyebabkan kesan khas *atau special effect* kepada orang-orang rapat sekeliling aku..

Kadang-kadang aku tak boleh nak kawal emosi.. dan nak menghamburkan kemarahan dan kebencian dalam diri ni kepada orang lain.. bagaikan lava gunung Vesuvius menghancurkan Pompeii..

aku sedar sikap ni susah nak ubah.. and u r welcome to stay away, jauhi or even neglect me as one of ur friend..

For these two people, I am sorry, I cant help it.

U know what to do, stay away from me.

I am no good. Don’t make me the bad guy in the storyline..

one cause betrayal *is it the right one?* perhaps jealousy cause the anger and hatred..

you should avoiding me as a friend, so u can freely do what u want. And I have no right to stop it after that.

and the other one doesn’t even understand. make me look bad when I can’t help at this moment. I always try to help. On what occasions I never fulfill your needy? maybe one or two times, even more.  u need to realize i cant always be around you and to help you.  yeah, maybe taking me for a granted as a friend for all this period?or maybe u really need my help, but I can’t be there. I am really sorry.

Yesterday, I really doesn’t want to meet people. I feel bad, sick, emo and got a lot of works to do, which I need most. But when I can’t help you, you begin invi me first. Fine then, when I invi u, then u start the ‘menyampah’ status. So what? u started it all.

I tried to be mature by say word first to you but ur arrogant make me sick. When my heart is already hurt, u add more wound inside it.

i need you to be more understand. I thought you understand since u r the one that I tell my problems and I believe your maturity and calmness could balance or stabilize my maturity and temper. Like yin and yang. But I am wrong. Can’ trust even one friend these days.

My heart is bleeding. Hate it.

Just settle all the debt and we both finish and end it in peace in different ways. Fair and square.

As a ‘friend’, I will never ever tell to anybody secret between both of us. I will uphold and honor that as a Muslim till I die. So find a better friend.

I am no good person…

Pak Pandir the Musical

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , , on Jun 20, 2009 by fahmiez

18 Jun 09, Khamis


Semalam pergi menonton Pak Pandir the Musical di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC. Kira pengalaman pertama kali menonton teater muzikal di situ. Aku beriya nak gi pun sebab dasar ingin tahu, macamana pementasan teater muzikal dibuat di pentas chamber of music yang dikhususkan untuk orkestra dilakukan.

Sesungguhnya mereka berjaya walaupun tiada perubahan set diatas pentas sepertimana di set pentas canggih Panggung Sari IB.

menghidupkan watak kebodohan legenda Pak Pandir yang menjadi citer lipurlara Melayu di atas pentas wajar dipuji.

Didalam teater tersemat kekaguman kepada Mak Andih dalam kesebaran bersuamikan Pak Pandir sehingga anak sendiri mati didalam kuali air menggelegak.

Tahniah kepada mereka yang menjayakan pementasan Pak Pandir!

elegance of DFP..

elegance of DFP..

dengan 3 besties aku.. ^^..

dengan 3 besties aku.. ^^..(still hurt)

*no mood to cerita panjang lebar..*

Hari yang begitu panas. sepanas jerebu di petang hari.

Posted in Hidup aku today, Peristiwa dengan label , , on Jun 18, 2009 by fahmiez

17 Jun 09, Rabu

Semlm aku balik awal dari ofis 1 jam. Bukan ponteng, sebab tiada bekalan elektrik kat sekitar area kawasan perniagaan Danau Kota. Tempat lain tak tau la ada ke tak. Jadi, gunakan alasan ini untuk balik awal. Itu menunjukkan betapa kita bergantung pada bekalan elektrik seharian. Kalau takde, alamt camne nak wat keje? PC pun xle on, apatah lagi air-cond.. panas!

Lepas antar adik aku balik umah, aku singgah jap umah bestie P’e bagi thumbdrive utk isi fail-fail. Pastu, gi Plaza Idaman pula ambil Donut antar dia balik sebab ofis-mate dia takde dan tiada transport nak balik. Betapa Donut bergantung pada orang yg ada kereta untuk hantar balik.. hehehe..

Disebabkan Donut agak miskin pada minggu ini, aku pun hantar dia balik sampai Jelatek. Sebelum tu, kitorang singgah relaks kat Empangan Batu kat Selayang tengok pemandangan dan hilangkan stress hari ini *hilangkah stress?*

Banyak hal berlaku. Terutama pada Donut. *malas nk citer.. private..*. Masa gi lunch pun sama.. haih, wat sakit hati. minta air kosong pun tak bole, nak kitorang bayar, bole je. Ni nak treat cam offender lak. Celaka punya kedai makan kat Danau Kota dekat medan makan tu.

Begini ceritanya, kitorang tapau makan di tempat lain masa lunchtime. makan di medan makan tu dan duduk di seat kedai yang memang tak buka siang, jauh dari gerai orang lain.

Minta air kosong macam lah air tu mahal nak mampus. Kalau nak kitorang bayar, cakap je la. Ni tak, siap pandang dari jauh tengok kalau kitorang nak lari. Sian lak Donut. Aku pun apalagi, pandang dia balik, pastu dia jegil kepala mcm berani sangat. wah, main kasar nampak?

ohh, fine. nak carik gadoh? aku tak kira laki ke pompuan aku bole je.

Ingat aku pakai kemeja merah nampak lembik? fine then, aku bukak butang kemeja tunjuk baju hitam keramat aku. tanda simbol gangster aku. ingat aku marah kat mulut, then aku tak berani nak confront korang?

pick a wrong guy.

pas je abis makan, aku mula-mula cam malas nak gi kedai tu pulangkan cawan. banyak pekerja takde sorang pon ble amik?

nasib baik la badan aku besar. Bila aku dan Donut gi kedai tu nak pulangkan cawan, sume pengecut duduk dalam dapur.

Eh, tadi ada sorang makcik pakai tudung coklat siap pandang dan jegil kepala kat aku tu mana? SEMUA macam ayam panggang duduk dalam dapur… Oh, ingat tadi Donut makan dgn pompuan la ek?

Tinggal ade makcik gemuk *dari aku* tinggal kat depan. Pelik tul aku. Nasib baik la Donut ada, terus bayar 40 sen untuk dua air kosong. Hah, dari awal kalau NAK KAMI BAYAR, CAKAP! ni disebabkan kitorang tak beli makan kedai kau, nak kurang ajar lak, hina Donut. kalau kami silap, cakap awal. memang dasar mentaliti kelas ketiga.

intention aku tadi nak basuh diorang dengan English. Bia pekat masuk dalam kepala. Tapi nampak je aku dan Donut dtg, memang pelik la, semua takde depan kedai. Siap tinjau-tinjau dari belakang dapur. Apa kes?

Aku nak cari makcik kurang ajar tadi dgn aku dan Donut tu. Celaka ko. Memang tak berkat la berniaga kat situ.

macam celaka.

Aku tak habis lagi la dgn ko makcik tua tudung coklat. Ingat aku lelaki tak le ganyang mulut ko?

Thanks to my mum sebab aku observe dia mcmana dia gadoh.. ahaha.. a defender! soccer + nurse mum! hehe

Hard Labor: misi angkut skuter Paan Tahot.

Posted in Hidup aku today dengan label , on Jun 18, 2009 by fahmiez

Jun 16, Selasa.

Disebabkan aku ni byk gak la berjasa pada Paan, teringin je aku nak wat satu puisi utk mengenangkan kebaikan hati budi aku ni.

Disebabkan juga aku malas, aku tak le cipta. Mungkin penat, kering idea atau memang malas.. hahaha *menunjuk2*

Semalam aku menunggu Paan di mansion mewah aku di Taman Mastiara. Kali ni Paan akan datang mencari rumah aku. hampir 1 jam menunggu, akhirnya sampai jua. Agak kagum jugak la dia dapat cari rumah aku. bagus gak arah petunjuk aku bagi. Kalo jahat, aku dah bagi arah tunjuk salah gi rumah pelacuran.. haha

Tujuan kedatangan Paan kali ni nak angkut skuter dia yang rosak kat Prince Court Medical Centre kat Jln Tun Razak tu.

Semalam masa nak nak menonton pementasan Mana Setanggi, tetiba Paan call kata belt skuter dia putus. Xle gerak. nasib baik gak la sempat amik dia sebab masih ada setengah jam lagi sebelum mula pementasan.

Nasib baik gak la motor die wat hal kat area situ sebab hospital ni ada kemudahan parking yang agak secure macam kat KLCC. Dan ada parking khas berbayar utk motosikal. jadi tidak gusar la meninggalkan skuter dia disitu sebab kalo nak curi pun, kene byr parking gak dan CCTV huh, ada dimana-mana.

Semalam gi kami menaiki Pajero ayah aku yang hampir bertahun tak nampak. mana ayah aku sembunyi pun tak tau. Ayah aku wat surprise bila dia bawak balik pajero 13 Jun lalu masa sambut besday Along. Dah macam Pimp My Ride; cat baru, mat baru. agak ok jugak la. Dah siap godek2 enjin. cantik.

Nasib baik la Paan reti bawa manual sebab aku ni dah tak mahir. Almaklum la kereta kat rumah sume auto. jadi, ilmu blajo manual time sekolah memandu dulu dah hilang cam formula peperiksaan ingat time exam je.

Semalam aku bawak juga bestie aku P’e. Sebab susah kot nak angkut skuter berdua. Jadi bertiga agak kurang la beban nak angkut masuk dalam kereta. Terima kasih la P’e. Selalu susahkan ko. Ko la kawan baik aku dunia akhirat..

Kami sampai kat depan pintu masuk Prince Court di Jalan Conlay. Agak cuak la. Sebab seberang jalan ialah Istana Terengganu. Dah la bawak pejro hitam. biasa lah, org ingat bukan2.. ahaha.

Sementara P’e tunggu kat pajero luar pintu masuk hospital, aku dan Paan gi parking kt level 2 underground. Punye la susah nak menolak ke atas. anyway, nasib baik ada tenaga, so bleh la tolak smpai keluar.

nak angkat masuk pajero ialah perkara paling sukar. tiga orang kena angkat skuter. nasib la tak berat sgt.

dah nak sampai rumah tetiba pajero lak wat hal. tetiba enjin mati. cuak masa tu. dah lagi berapa meter je dari rumah Paan. nasib baik jalan tak bz. Syukur pastu ble gerak…  fuh!

nak turunkan skuter takde masalah tarik keluar dan graviti membantu.. ^^

kerana untuk mengenang jasa baik aku dan P’e, Paan belanja minum dan makan rojak kat restoran mamak Siti Zubaidah kat Danau Kota.

One nite of hard labor. hahaha. ^0^

mencari mesin bayar tiket sebatu jauhnya..

mencari mesin bayar tiket sebatu jauhnya..

melihat Paan mengguna kudrat tolak skuter guna kaki era Flinstones..

melihat Paan mengguna kudrat tolak skuter guna kaki era Flinstones..

skuter rosak, bayar parking tetap bayar..

skuter rosak, bayar parking tetap bayar..

Mana Setangginya

Posted in Aktiviti dengan label , , on Jun 16, 2009 by fahmiez

15 Jun, Isnin.

Syukur Alhamdulillah.. rezeki percuma ari ni dapat complimentary ticket free gi menonton teater Mana Setangginya yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari bermula 13 Jun lalu sehingga 21 Jun ini.

Terima kasih buat Sopek dan rakan beliau kerana mereka kami dapat tiket free ni; Aku, Paan, Pokcik, Lisya, Faris dan Bob mendapat peluang ni. Bukan selalu dapat tiket free menonton teater. Lebih-lebih lagi kat IB. Hehe.. terima kasih la byk-byk! ^^

Bob dgn muka mafia comel dier.

Bob dgn muka mafia comel dier.

Mana Setangginya ialah karya hasil Sasterawan Negara, Datuk Nordin Hassan yang mengisahkan isu kemanusiaan didalamanya konflik manusia biasa didalam sesuatu masyarakat yang mempunyai sifat-sifat negatif seperti, hasad dengki, tamak, nafsu dan sebagainya.

Masa tgk mula-mula permulaan agak tak faham sebab tak tahu sgt psl karya ni dan juga tak baca sinopsis lagi. Penggunaan metafora, dan monolog agak sukar jika yang dtg menonton tidak pernah lagi menontont teater sebegini. harap mereka yang datang tidak menyamakan teater komersil yang lebih jelas dan terang dalam teknik penceritaan kepada audiens.

muka jambu Paan dan Faris.

muka jambu Paan dan Faris.

Walaubagaimanapun aku amat kagum dengan lakonan-lakonan mantap dari artis -artis seperti Tony Eusoff (Juda), Sabrina Ali (Iriam), Azizah Mahzan dan ramai lagi. Penceritaan di set sebuah perkampungan nelayan miskin yang penuh unsur fitnah, hasad dengki, set bermula di Provinsi Tanjung Setanggi yang baru sahaja namanya ditukar dari Tanjung Biawak *haha to Arol* kerana dahulunya begitu byk biawak di situ dan penduduk kampung berjaya menghalau biawak-biawak keluar dari daerah mereka dan ditukar nama kepada Tanjung Setanggi kerana subur mekar pohon-pohon setanggi yang mewangi di situ *obvious reason!* hehe.. kerana tamak, ramai yang mengidamkan kekayaan berpindah ke kota Gemilang tanpa perlu mengikut pantang larang dan wahyu Iriam untuk tidak menangkap ikan di hari Sabtu kerana dikhaskan sebagai hari beribadat. Akhirnya, Kota Gemilang hancur dilaknat.

Apa aku tulis mungkin anda tak faham sebab cerita ini agak kompleks dan mmg la kena baca atau tengok sendiri..

Walaupun masa Pokcik call ajak aku baru sampai rumah, tapi aku sentiasa bertenaga jika ada teater dan ianya free!

Thanks to Sopek again..

Bangsawan Panglima Indera Kayangan

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , on Jun 16, 2009 by fahmiez

14 Jun 09, Ahad.


Pada malam ini kami berempat; Paan, Eis dan As ke Panggung DBKL untuk menyaksikan teater Bangsawan Indera Kayangan dari Majlis Kebudayaan negeri Perlis.


Walaupun dulu dah cakap tamau gi lagi bangsawan sebab agak memeningkan dan membuatkan emosi aku didera oleh persembahan selingan sekejap tahun 70, kini pastu lagu Sway… agak xble blah laa.. haha.. kite tgh syok tgk cerita lipurlara zaman dahulu pastu selingan lagu omputih… mmg start dari Bangsawan Cheng Ho da ckp xmo tgk lg.. tp nk gi gak la.. saje nk isi masa lapang.. lgpon As x tgk lg.. ^^. Pasni stop laa.. emosi aku jadi huru-hara jap.. chaos.. sebab mungkin aku kurang gemar dgn selingan semasa pertukaran babak dgn lagu-lagu ataupun tarian yg tiada kaitan dgn cerita.. sebab menganggu penghayatan aku utk kembali ke zaman dulu dan mendengar lagu zaman 70, 80, 90, 2000s.. tapi, itulah adat bangsawan, perlu ade slot selingan (yeker?).

kitorang expect ramai la. Full house. tapi kali ni masih byk seat kosong.. berbanding dulu, mungkin ramai org da faham kot camne bangsawan ni.

Teater bangsawan Panglima Indera Kayangan kali ini mengisahkan persengketaan antara pihak Bugis dan orang Kedah. percintaan antara Panglima Hitam dan Puteri Siti Pahlawan. Dan perebutan kuasa antara Sultan dan anaknya sendiri dan cucunya yang separuh darah Aceh. Dikatakan Panglima Hitam gugur dan Puteri Siti Pahlawan pula perlu berkahwin dengan Datuk Lela Angkasa yang buruk perangai. Panglima Hitam muncul pada hari perkahwinan kekasih hatinya dgn Datuk Lela dan sebgai pahlawan sejati, meninggalkan Kedah dan memulakan hidup baru.

Jalan cerita begitu baik dan pelakon juga menghayati lakonan dengan hebat walaupun diganggu oleh penonton tua yang tidak tahu menghormati tertib didalam panggung dgn menganggu dialog pelakon dgn lawak bodoh akal pendek mereka. Mujurlah pelakon yang telah lama berlatih tidak kisah semua itu atau terganggu. bahkan aku rasa mereka (pelakon) perlu dihormati kerana hasil usaha mereka untuk memberikan lakonan baik utk hiburan audiens tetapi mereka yang umur saja tua tapi perangai kelas ketiga ini wajar tak dibenarkan masuk menonton walaupun teater ini percuma.

Kalau kat IB mmg dipandang hina lah mereka ni. dgn mulut nak cakap mcm x ingat dunia. Kunun tahu psl dialog. pastu gelak ketawa mcm tgk Raja Lawak Astro kat rumah.

Panggung DBKL ruangnya kecil dan intimasi antara penonton dan pentas menyebabkan apa saja penonton buat, pelakon boleh merasainya. Gelak tawa, percakapan kecil dan pergerakan juga boleh diperhatikan.. kalau tak suka pun, hormatilah mereka. usaha mereka untuk kesinambungan tradisi Bangsawan Melayu wajar dipuji. Mane lagi nak tgk bangsawan walaupun seboring mane sekalipun? ini ialah warisan kita. pertahankan.

Cukup la luahan hati mengenai mentaliti masyarakat bila menonton teater free.

huh, senyum ada makna la tu.. ahaha

huh, senyum ada makna. Evil..

As mkn lontong. Paan kunun diet.. perr.. terbalik ka dunia? ^^

As mkn lontong. Paan kunun diet (niat nk mkn As punye lontong).. perr.. terbalik ka dunia? ^^

Lepas je habis teater, kami singgah ke Boraque Kopitiam di Platinum Walk Danau Kota bersantap makan. Saje try tempat baru. Mcm OldTown concept.

Pas antar As balik, aku, Paan dan Eis pun balik SC. Disebabkan hari dah larut, aku tidur je la kat sana. Nasib baik ade baju kemeja aku tinggal kt SC, so senang aku terus gi keje pagi tu.

Paan pula balik BSP dan ponteng.. cis!