Teacher..
Mei 16.
Selamat Hari Guru! Walaupun entri dah lambat, peduli apa. Aku agak bz dgn pelbagai kerja2 sosial waktu weekend. haha..!
Aku ingin tujukan ucapan Selamat hari Cikgu kepada guru tadika, sekolah rendah; SK Bandar Baru Sentul (Darjah 1-3) dan SK Seri Delima (Darjah 4-6), SMK Batu 5 (kini SMK Dato’ Ibrahim Yaacob), Kolej Islam Antarabngsa (IIC) dan juga Uniten.
Khusus ucapan ini kepada guru feveret masa sekolah menengah merangkap guru kelas aku dari tingkatan 4 hingga 5, 5 Cahaya. kelas Sains Kejuruteraan; Puan Roh Latifah Ali. Aku dan 3 member rapat sekolah dulu walaupun dah habis sekolah dan membawa haluan masing2, tetap akan ziarah cikgu kesayangan kami yang mengajar Matematik Moden ni. Kalau raya, kami akan beraya di rumah cikgu sehinggalah lewat petang. Kali terakhir kami beraya dirumah cikgu Roh tahun 2006. Selepas itu, cikgu aku dah berpindah ke Terengganu. Dan tidak mendengar khabar darinya lagi.. harap dapat bertemu semula dengan beliau. ^^
Selamat hari Guru!