To mommy dearest..

10 Mei merupakan hari sambutan kepada mereka yang bergelar ibu, emak, ummi, mama, amma, madre etc..

Ibu, insan yang telah melahirkan kita, menjaga kita, mendidik kita dan bersabar dengan karenah anak-anak..

Selamat Hari Ibu, Ropidah bt. Ibrahim, my mommy dearest.. insan mulia yang telah menjaga aku semenjak kecil lagi.

Mak aku ialah insan yang paling senang aku rujuk dan dengar kata berbanding ayah.. *dulu orang kata aku anak ayah* tapi mak la yang selalu ke sekolah hantar aku dan adik-beradik lain, gi mesyuarat PIBG, membasuh, memasak, mengemas rumah even mintak duit belanja pun minta kat mak. kalau ada masalah, aku akan bagitau mak.. mak adalah segala-galanya. segala penat lelah dan pengorbanan mak tiada nilai wang dapat menggantikannya.

Angah cuba menjadi anak baik yang mendengar kata, sentiasa ingat jasa mak.^^

Pada pagi tadi, aku beli kek di kompleks Mutiara dalam perjalanan pulang dari SC. Beli kek kiriman duit dari Along. Kak Lang dan Nabila siapkan tulisan kad yang aku beli minggu lepas. Aku hadiahkan mak aku sebuah buku, My Mother’s Story: part 1. Dah lama beli bukutu *dekat Murni Fest sem lepas*, cuma tunggu masa nak bagi.

Pagi sampai rumah aku terus wish mak aku dan makan kek sambil snap2 gambar dgn Nabila dan kak Lang.

Happy Mother’s Day!

Satu Respons kepada “To mommy dearest..”

  1. donutello Berkata:

    “anda telah di tag – sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”

Tinggalkan jawapan