Driving to the range.
Sabtu semalam aku pulang rumah sewa di Kajang. Hari ni plan kononnya nak gi cari charger dgcam olympus aku yang disyaki hilang. tetapi ntah macamana, aku tergerak nak mengemas kereta masa sampai di rumah Kajang sementara menunggu Eis dan Wan sampai. Holy Schmoly! Aku jumpe charger di bawah karpet kereta kat seat belakang.. yeay! save gak duit aku..


Lagak seorang pemain pro.. Rimau Kayu!
memandangkan plan da berubah, aku dan geng pun menuju ke Shah Alam, spesifik, TTDI Jaya ke rumah Rahim. Plan mengikut dia ke Guthrie Golf Academy main golf kat driving range. Dah lama tangan ni tak memegang kayu golf.. kekok gak ar main.

After that, ke Cineleisure menonton filem Star Trek. Filem ni memang best! Aku suka battle scene antara kapal-kapal Federation terutama NCC Enterprise menyerang kapal angkasa Romulan. kehadiran Spock yang asal bertemu Spock muda dilakonkan oleh pelakon Heroes watak Sylar, awesome! Dulu aku dikira peminat Star Trek terutama Star Trek: Generation zaman Kapten Jean-Luc Picard. Tak minat sangat era Kapten Kirk sebab dah lama. Tapi lepas tengok yang ni. Terus minat balik!

main Monopoly.

menu baru KFC.. Roast Chicken Chop.. ntah..

meja dapur Rahim sart dgn KFC.. Eis mula tamak haloba. haha
Tak tau nak kemana selepas itu, kami jalan-jalan di Cineleisure sebelum kembali ke Shah Alam. Menonton Konsert AF. Selepas habis penantian debaran siapakah terkeluar dan siapakah AF Masuk. Kami pun ke KFC for late supper. Kejadah tol, coleslaw tak sedap, seb bek roast chicken dgn potato wedges ok. Kalo tak memang nak mengamuk dan tendang tumbuk kaunter macam Bob. Tapi takle, sebab awek kaunter begitu lawa sekali malam itu.. ^^
Dekat pukul 1 pagi, barulah teringat nak balik rumah.