Arkib untuk Mei, 2009

tiga puteri Zuhrah.

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , on Mei 31, 2009 by fahmiez


here some of the poster for the awaiting events tomorrow (mean today, actually. it’s may 31st!)

Hari Bintang Jatuh ‘09: 3 Venus.

can’t wait. still worry though. my ticket. can’t contact her. Paan too worry about his ticket. our ticket is not is our hands, but at our friends.

Hopefully both girls (Ieja and Zarith) didn’t forget about us! ^^. Risau je tak dapat masuk esok ~ hee..

*gambar Sailorvenus tiada kaitan dgn mereka. <3

-Seni Tanpa Sempadan-

Pekan Frinjan 2.0

Posted in Aktiviti dengan label , , , , , , , , on Mei 31, 2009 by fahmiez

30 Mei, Sabtu.

Pas tgk Terminator (buat kali kedua) dgn famili aku *tiket disponsor oleh Along yang murah hati*. For the first time, aku bawak famili *kecuali ayahanda yang terus ke ofis selepas abis tgk muvi* ke Shah Alam untuk berkongsi minat baru aku terhadap seni jalanan ini.

Semalam di Shah Alam juga aku dan Paan menyaksikan AKAR, dahulunya dikenal Layar Tanchap di Laman Budaya Shah Alam. Memang menarik dan hebat persembahan lagu+puisi dari insan-insan seni indie yang meluahkan isi hati dan fikiran melalui lagu dan karya puisi-puisi yang kepada yang begitu menghayati dan mendalami maksudnya, ianya bermakna sekali.. persembahan lagu, puisi diselang-seli dengan filem cereka pendek antaranya dari pelajar UiTM mengenai isu minuman tenaga seperti tongkat Ali. kehadiran Amylea mempersembahkan lagu begitu mengkagumkan dgn vokal dia yang hebat, merdu. sumpah sedap! *tapi takde rasa la cam air milo, cuma dalam perasaan saja ok!*

Apa yang peliknya, semalam di AKAR, Laman Budaya, aku dan Paan memakai baju warna sama; brown. mungkin kebetulan (kami tidak merancang memakai baju warna yang sama). hari kedua event Pekan Frinjan 2.0 di Laman Menara Jam Dataran Shah Alam, kami memakai baju warna hitam. faktor kebetulan ditolak; mungkin kami mempunyai persamaan kuasa psikik atau hubungan kembar karma dahulu *menolak monolog takdir cinta sesama jenis* kah3! ^^p

Cuma di Pekan Frinjan, aku sempat menonton puisi jalanan pada saat-saat akhir dan pada malamnya; aku dapat melihat Dewangga Sakti melabuhkan tirai persembahan sebab aku pulang ke rumah hantar famili balik. Mula cam tak nak gi, tapi wut de hell, i want some xperience too!. Sempat jua ku bertemu Beeha, si artis cantik manis yang juga kenalan Paan. Fuh, bangga aku! Cuma hati berbelah bahagi utk bertemu Wani Ardy utk bergambar dgn beliau. Takpe, esok di Hari Bintang Jatuh 09 di Annexe, Pasar Seni. Peluang terakhir kami utk bertemu beliau. So Paan, esok misi indie weekend kita sesi ketiga dating dan menyempurnakan matlamat utk bergambar dgn Wani Ardy!

Dua hari sesi indie weekend aku bersame Paan, aku juga belajar seni fotografi jalanan *street photography*  menggunakan kamera Sony Along *not DSLR but near to it* sementara di masih ada di sini. Menarik dan bertambah minat! cuma syg tak dpt nk upload sebab Along lupa bawak kabel dan takde memory card reader for Sony StickPro skrg ni.. nanti aku post later gambar2 time events aku gi ni.

Tomorrow: hari Bintang Jatuh: 3 Venus.

AKAR rumpun, bahasa, nama menjadi satu.

Posted in Aktiviti dengan label , , , , on Mei 29, 2009 by fahmiez

Malam ni aku di sana~ bersama skandal politik aku, Paan. Tapi kali ini diharap dia jadi bawak awek cun untuk mengimbangi hukum alam.

Rahim, room-mate SC aku juga turut join malam ni dan pada hari ini die telah mencipta blog beliau sendiri. Welcome to the club! Also nak welcome Donat sebab ari mase die wat blog aku tak congrat dier.. hehe.

Tahniah sehingga ke AKAR umbi.

Resistance vs Illuminati.

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , on Mei 29, 2009 by fahmiez

28 Mei 09

Shit! it’s been two days no internet connection at the office.. why streamyx? why…… deym u!

maybe it’s a good thing, though. I can be more focus on my work.. need to solder more circuit. Then, write my log book report. Oh, sungguh malas..

Paan berjalan menuju harapan manusia.. destroy Skynet!

angels and demons di Big Cinemas..

angels and demons di Big Cinemas..

semalam berpacaran dengan Paan dengan niat untuk menonton Angels and Demons. Punyalah ramai manusia kat TGV Kepong. Pelik, hari biasa kerja camni pun banyak orang, kalah weekend. Atau yang byk datang ni rata-rata diberhentikan kerja atas sebab ekonomi meleset?

dan dengan masa lapang yang ada, ramailah menghuni pawagam utk menghiburkan hati sampai papa kedana.. *teruk tol aku*  haha!

dengan hati yang tak seberapa hampa melihat tiket hampir sold-out utk kedua tayangan filem hot skrg; Angles and Demons dan Terminator, kami ke Brem Mall lak. disana pawagam bukan lah se gah nama TGV, MBO atau GSC. Big Cinemas nama pawagam tu. Mula-mula tak expect seberapa pawagam camni, bayangkan punyalah pack orang menonton tayangan pertama Terminator kat TGV, kat sini lengang giler..

bila da masuk dewan, fuh, kagum, seperti private hall untuk tayangan. Sound memang superb! Kalah TgV, GSC. bergetar kerusi bila adegan dalam helikopter, macam sendiri naik masyuk berlakon bersama John Connor..

*oh, kenapa bukan Angels and Demons?*

haha, itu tanya Paan, plan awal nak menonton Angels and Demons, sampai sini ke lain pulak movie. Disebabkan ingin menjadi ahli “I’ve seen it first before u, bi*ch US and A!”, kami memilih Terminator, bukan kerana Tom Hanks tidak sekacak Christian Bale ya.. *akibat dari keputusan ini, aku diceramah pedas oleh najilaA dan Tuan Pres Eis kerana menonton awal filem itu dan ajak mereka lambat* haha! Aku pon sebenarnya tak tau Terminator ditayangkan malam tu.

Ala korang, tgk Angels and Demons pun bukannye ajak aku. Kira even la, lol :p. lagipun aku mmg ajak korang ok! hehe..

kat arked b4 show.

kat arked b4 show.

Terminator remnants at Cineleisure. Irony?

Terminator remnants at Cineleisure. Irony?

maraton menonton wayang aku bersambung lagi selepas kerja tadi dengan bestfren aku yang dah lama aku tak jumpa. dan sekarang ni dia da abis sume tanggung jawab sebagai siswa UIA. Kini nak tunggu konvo dan keje utk sara hidup aku kelak.. ;p.. kitorang ke Cineleisure menyambung hasrat aku utk menonton Angels and Demons. Buku adaptasi dari Dan Brown dari tajuk yang sama memang menarik. Teka-teki, sejarah silam, persatuan rahsia dan simbol menjadi plot penting dalam filem ini spertimana filem terdahulu, The Da Vinci Code.

Kali ini ia membawa Professor Robert Langdon lakonan Tom Hanks ke Vatican City utk menyelesaikan kes pembunuhan dan menyelamatkan gereja katolik dan Rom musnah. Nak tau lagi, pergi la tonton!

money, where art thou?

Posted in Aktiviti on Mei 27, 2009 by fahmiez

akhirnya mendapat cek pertama semalam.. tak pernah lagi la dapat elaun ber cek.. excited nak mampus skrg ni.. beli ke simpan..?

semalam meting kedua mengenai program Dancevo 09 di Foodcourt Upten. Alhamdulillah, proposal program sudahpun diluluskan.. sekarang barulah program development dapat dilancarkan tanpa gangguan.

now it is time to move the program and realize it! anyway, budget constraints is the main factors beside promotions, finding people etc..

Congrats Najilaa!

mode jiwang puisi

Posted in poetry dengan label on Mei 27, 2009 by fahmiez

aku tidaklah pandai berpuisi..

jika ingin katakan sesuatu dihati..

ku menjerit sekuat hati..

tanpa diminta kuulangi

where’s my life heading on to..?

ku cuba mencari sesuatu makna dlm kehidupan ku di bumi ini

tiada arah, tujuan yang benar-benar ingin ku capai

cuma menanti detik pengakhiran

bila nafas terhenti

di fana ini..

petunjuk tuhan menjadi dorongan

bila takdir ku tertulis

apa insan akan ku jadi didunia ini..

*novice poet

Sultan bertitah

Posted in Hidup aku today on Mei 27, 2009 by fahmiez

Mek Mulong Dewa Kaca

Posted in Aktiviti dengan label , , on Mei 26, 2009 by fahmiez

23 Mei 09, Sabtu

Selesai menghayati Talentime di Finas, pada malam hari yang sama aku,  Paan dan Ammzar ke ASWARA untuk melihat persembahan teater Mek Mulong Dewa Kaca oleh pelajar seni teater tahun 2 di panggung eksperimen bermula 8.30pm.

sambutan yang memang hangat sehinggakan kami bertiga terpaksa menonton dengan berdiri di atas kerusi di pintu masuk panggung. full house!

Mek Mulong ialah dramatari seakan hampir sama dengan Makyong yang penuh tradisi Melayu. Kini ia hampir pupus tetapi mujurlah kewujudan ASWARA membangkitkan semula warisan Melayu utara ini.

face to face with Yasmin Ahmad.

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , , on Mei 25, 2009 by fahmiez

23 Mei, Sabtu.

Diskusi filem Talentime, karya arahan Yasmin Ahmad telah diadakan di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas.

Filem ‘Malaysia’  yang aku minati ini ditayangkan secara percuma utk tayangan umum dan seterusnya diskusi antara 4 panel diketuai Moderator Prof. Wan Zawawi, Mahesh, Yasmin dah pensyarah dari ASWARA.

Pelbagai pertanyaan, komen dari pihak moderator kepada panel dan seterusnya soalan dari audiens antaranya Bob dan Paan.

Bob bertanyakan kenapakah banyak latarbelakang antik, kereta antik, hospital antik digunakan dalam filem arahan Yasmin. dan watak Jit Murad sendiri, apakah dia itu manusia ataupun malaikat maut?

*jika nak tahu, watak Jit Murad itu ialah manusia *

Paan pula menanyakan bentuk naratif penceritaan terbaru yangdigunapakai oleh Yasmin dalam filem beliau.

*ini aku kurang faham*

Yasmin Ahmad secara  menjawab kesemua soalan yang ditanyakan denagn penuh elaborate dan abstrak sehingga untuk memahami kita memerlukan daya imaginasi yang tinggi.. ^^

kedatangan seniwati Azean Irdawaty walaupun sakit, masih sudi datang menyokong Yasmin pada hari ini.

Tamat diskusi, audiens dijamu jamuan ringan. Kami melepak di sana sehinggalah senja dimana kami mengambil peluang untuk bertemu secara personal dengan Yasmin dan juga ibu Azean Irdawaty.

Berjumpa dengan pengarah ini begitu mengkagumkan. Bagaimana pelbagai kritikan yang diterima oleh beliau dari media menjadikan persoalan.  Yasmin Ahmad seorang sutradara filem yang unik dan menjadikan pengalaman kehidupan dan alam ciptaan Tuhan ini sebagai inspirasi untuk karya filem-filem beliau.

Jangan Gadoh.

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , , on Mei 23, 2009 by fahmiez

22 Mei 09, Jumaat.

Pagi menemani Bob temuduga di MSC Tech di Cyberjaya. Alhamdulillah, rezeki Bob mendapat tawaran bekerja disana sebagai konsultan.. pasni boleh la aku pau ko! haha! pastu masa lepas makan kat cafe sana, terasa badan demam… deym!

Selepas solat Jumaat, aku, Eis, Bob dan Ieja ke HELP University College di Pusat Bandar Damansara untuk menonton tayangan terhad filem yang mungkin akan mengundang kontroversi, Gadoh. Filem durasi 1 jam 10 minit ini arahan bersama Brenda Danker dan Namron yang turut membintangi filem itu sebagai Azmah Hashim, seorang aktivis teater yang diminta bantuan oleh rakannya, Ann untuk membantu sekumpulan pelajar lelaki gengster terdiri daripada Melayu dan Cina yang kerap bergaduh tanpa sebab seperti perkelahian dalam parlimen *petikan kata dari pelakon itu sendiri, Zahiril Adzim dari blog beliau*

Intipati filem ini berkisar masalah perkauman antara bangsa-bangsa di Malaysia terutama kaun Melayu, Cina dan India.

Kebencian dan maki hamun berunsur lucah menyebabkan ramai yang tidak selesa tetapi itulah hakikatnya. Prejudis sesama sendiri dan salah faham antara kaum dalam sosio-ekonomi.

Dengan usaha Azman Hashim membantu mereka dalam kelab teater cetusan idea Cikgu Ann, akhirnya pelajar-pelajar ini dapat saling bekerjasama dan memahami kehidupan yang dilalui dengan melakukan teater unsur abstrak yang menyebabkan pengetua, guru-guru dan wakil dari kementerian pelajaran tidak senang hati dengan teater sedemikian.

Tamat filem ini, diskusi antara audiens dengan krew serta pelakon-pelakon diadakan dimana pelabagai cadangan, kritikan dan komen diberikan oleh audiens.

paling best, setiap penonton mendapat DVD free filem ni. Cool! Tenkiu KOMAS!

Aku mempunyai idea untuk mempelawa pihak KOMAS untuk menayangkan filem ini di Uniten. Tapi masih perlu dibincangkan pada semester baru nanti dengan kelab Astena.

Selepas berpisah dengan Ieja *Tenkiu for the ticket! ^^)* di luar thatrette dan menghantar Bob ke Masjid UM, kami meneruskan perjalanan ke Mines untuk menemani Najilaa berkaraoke. Sebelum balik, kami singgah sebentar jumpa Mim dan makan di Bistro kat South City Plaza.

Dan sepanjang hari ini aku demam, risau pula dengan wabak h1n1 yang menular sekarang. Fuhh, dijauhkan la dari benda-benda sedemikian. Amin..

Outstation siri II – Ep 3

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , , , , , on Mei 22, 2009 by fahmiez

21 mei, Khamis. The last day

view dari puncak Jerai

view dari puncak Jerai

hari ini kami bertolak ke Stesen TM di puncak Gunung Jerai atau nama rasmi stesen, Kedah Peak.

mengikut plan, kami akan naik bersama seorang staf menaiki kenderaan pacuan TM, tapi kami membawa Kelisa keatas emmandangkan staf itu tidak boleh kembali ke kaki bukit kerana ketua akan datang untuk lawatan. Elok jugak la sebab masa kat Brinchang, kami perlu menunggu seorang staf TM selesaikan kerja barulah kami boleh turun.

Agak mengkagumkan aku bila Kelisa aku dapat mendaki jalan-jaln curam dan berbelok-belok dengan jayanya.

Di puncak keadaan hujan lebat kerana awan dari laut membawa air hujan dan perjalan berliku-liku kami berhati-hati memandangkan anggota tentera ATM dan sebuah sekolah sedang melakukan aktivit mendaki.

Stesen ini mungkin satu-satunya dikawal oleh pihak tentera bukan pengawal keselamatan memandangkan kedudukan strategik gunung Jerai yang melihat Selat Melaka.

Kerja-kerja penyelenggaran sistem rosak nasib baik tidak serius dan dalam 1 jam sahaja. Selesai. Yes! Balik KL. Staf di puncak Jerai juga sememangnya ramah. mungkin dah lama tak turun tengok tamadun kot.. haha..

Kami meninggalkan Gurun dan tiba-tiba perlu ke Sg. Petani untuk melihat sistem modem yang korup. Ada satu lagi stesen pula. Aih. Tapi nasib baik kehandalan En. Faried dapat selesaikan masalah dengan mudah.

Now, heading back to KL.

Kami dialu-alukan kehadiran di KL dengan jalan yang berlubang-lubang yang tak diturap. Tanda kami sudah sampai ke KL secara rasmi.

Setelah menghantar barang-barang ke ofis. Aku tidak terus balik kerumah KL dan menuju terus ke SC untuk keluar tengok wayang dengan Eis, Najilaa, Lisya dan Pokcik kat GSC Alamanda filem Night at the Museum 2.

memang filem ni menghiburkan dengan lawak dan lebih hebat sebab di muzium terbesar dunia, Smithsonian.

tapi jenaka dan klimaks tidak sehebat filem pertama dahulu.

Balik, terus tido. Esok nak ke HELP University College untuk menonton filem Gadoh. Eija, kawan Bob dapat lima tiket free. Tanxs! ^^

Outstation utara siri II – Ep 2

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , on Mei 21, 2009 by fahmiez

20 Mei 09

check-out.. nice hotel..

check-out.. nice hotel indeed..

Great day ahead.. *maybe*.. En Farid selalu mention problem akan cepat selesai dalam 1 jam. Suatu harapan yang kekadang membawa hampir beberapa jam untuk diselesaikan.  Itu yang aku kalau dalam kereta tak gemar mendengar sebab perkataan

‘problem there will be solved maybe in 1, 2 hours’

‘Then we can go back early’ *tu yang tak boleh didengar, cam curse.. hihi*

In my dreams! Problem di Stesen Teluk Intan berkaitan dengan IP address yang tidak respon. Samada masalah router ataupun some TM IT staf buat kacau bilau dengan network IP. Sigh! Petanda awal kerja disini akan tidak dapat selesai sekejap seperti harapan palsu yang diberikan. Nasib baik aku dah bersedia untuk tidak kecewa..

Dekat hampir pukul 1 petang kami meninggalkan Stesen Teluk Intan. Hampir 4 jam kat sana. Problem router perlu diselesaikan oleh TM sendiri. *Tak dapat jumpe Arol.. huhu.. sori geng!* Kami terus bergerak ke Ipoh ke Stesen TM Tasek.

Syukur, masalah di Ipoh tak serius mana. Cuma masalah kabel yang dah rosak. Dalam 1 jam selesai masalah di Ipoh dan system sudah online semula dengan baik. Perasaan aku agak gembira sikit.. hihi

4 petang. Kami meninggalkan Ipoh dan bergerak menuju ke Gurun, Kedah untuk destinasi terakhir di Gunung Jerai.

Disebabkan sudah lewat petang, kami memilih menginap di Hotel Sapphire diantara Gurun dan Sg. Petani.. memang memuaskan dengan bilik yang bagus, RM66 per nite dan semestinya, Wi-Fi!..  :P

Esok pagi barulah kami ke atas Gunung Jerai ke stesen puncak TM  melihat masalah, hopefully, dapat diselesaikan secepat mungkin..  tak sabar! ^^)

TM Teluk Intan..

En. Farid cabelling di Ipoh..

En. Farid cabelling di Ipoh..

Hotel Sapphire, trimas for the wi-fi!

Hotel Sapphire, trimas for the wi-fi!

~fahmiez

From room 128, Hotel Sapphire, Gurun