Arkib untuk April, 2009

Sumpahan Mahsuri di IB

Posted in Aktiviti dengan label , , , on April 28, 2009 by fahmiez

26 April, Ahad

Lepas je gi Pesta Buku. Aku hantar mak dengan adik balik umah. Relaks jap..

Kol 6 aku bergerak ambil Donat kat Jelatek pastu heading to SC ambil Faris pula.

Malam ni kami akan ke Istana Budaya nak menonton Teater Bangsawan Mahsuri. Selain bertiga, Mastot dan Shimi turut join. Teater kali ni pun atas ajakan Shimi.

Persembahan memang menarik dari segi lakonan mantap Vanida Imran sebagai penggalas utama watak Mahsuri, dan Azizah mahdzan sebagai Wan Endah.  *Mastot dan Bob jangan nak wat andaian bukan2 yer.. :p*

Persembahan selama satu setengah jam itu tidak menghampakan dengan susunan muzik yang menarik dan juga set kampung tradisional Melayu Langkawi yang memukau.

Walaubagaimanapun, persembahan agak ‘general’ kerana watak Mahsuri itu sendiri tidak diangkat dengan lebih jelas. Siapakah dia? Mungkin ada yang ingin tahu sifat dan perwatakan Mahsuri dapat dijelaskan dalam teater ini yang kita tidak ketahui.

But still, it’s a good theatre show! memang berbaloi menontonnya.

Tidak wajar untuk disamakan dengan teater muzikal yang pernah aku tonton kerana masing-masing ada keunikan sendiri. bahkan teater bangsawan bukanlah muzikal. Dan aku sendiri masih tidak mengenal lagi teater bangsawan itu secara terperinci. Apa yang pasti, Mahsuri memartabatkan lagi legenda seorang wanita Melayu yang dibunuh angkara fitnah iparnya, Wan Mahora.

Dilihat dari sambutan jualan tiket amatlah menggalakkan. ini menunjukkan kesedaran orang ramai dalam memabantu mengangkat industri teater tempatan terutama teater bangsawan tradisi Melayu.

Yang paling best sekali ialah kami berlima dapat bertemu dengan pengarah teater itu sendiri, Ibu Fauziah Nawi. Kenapa dipanggil ibu? Sifat keibuan terpancar dari wajahnya sehingga aku sendiri tidak kekok memanggil panggilan itu. Sebelum ini hanya dapat dilihat di kaca TV. Kini dapat juga melihat dari mata sendiri.

sahabat astena.. ihsan mastot photography

sahabat astena.. ihsan mastot photography

kill! kill!..

kill! kill!..

Vee (Mahsuri) dan Azizah (Wan Endah)

Vee (Mahsuri) dan Azizah (Wan Endah)

dgn Fauziah Nawi!

dgn Fauziah Nawi!

ending..

ending..

pixi! haha.. dlm kete pas show... gi Malis pastu

pixi! haha.. dlm kete pas show... gi Mali's pastu

Pesta Buku KL di hari akhir.

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , , on April 28, 2009 by fahmiez

Rambang mata melihat buku dan majalah luar negara yang dijual murah; RM5!.. haha.. mak pula pun turut serta tengok majalah murah ni. aku beli 4 buah majalah mak aku 5 buah; sume pasal resipi dan kesihatan. Aku lak, ape lagi arts dan entertainment le.
memang berbaloi sebab majalah import ni mahal kalau kat luar walaupun edisi ada yang tahun lepas, tapi masih lagi berbaloi utk dibeli.
pergi pun dengan kadar yg segera sebab malam ni nak gi tengok teater bangsawan Mahsuri kat Istana Budaya.
Tak sabar nak tengok!

Sabtu : sleepy day

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label , on April 28, 2009 by fahmiez

25 April 09, Sabtu

Syabas hari ini menutup pengaliran air ke kawasan rumah aku untuk tujuan maintenance dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Adik aku pagi-pagi dah ketuk pintu bilik suruh mandi. Argh! udah le aku tidur lewat semalam, ni terus migrain. bagi la abang Ngah ko ni tido lebih sikit, tak yah mandi sepanjang hari pun takper.

tapi mengenangkan mak aku akan bising, terus aku mendapat chakra untuk mencapai tuala dan mandi.

lepas tu, aku turun sarapan dan tengok TV. takde bende menarik pagi ni. masih pukul 9 rupanya. Patut la tak de rancangan merangsang minda, kartun untuk tontonan budak pra-tadika rupanya.
aku pun naik bilik tidur, melabuhkan diri ke tilam. masih letih dari kerja luar. pergh, baru pertama kali, letih bersambung hari.. hehe
aku pun surfing la internet, tau2 da tertido tepi laptop. LOL

aku pun bangun la. ingatkan dah pukul 5, rupanya baru pukul 1.30pm. tertido awal pagi rupanya..

patutnya malam ni aku plan nak gi tgk teater kt Aswara. tetiba Fakrul tak jadi pula.. aku pun jadi malas. Baik layan DVD Lord of the Rings Return of the King.
Ingat dah nak tido. Pastu Faris call tanya balik tak SC
Aku pun dah boring sangat dok umah terus balik sana walaupun dah pukul 11.45pm.

Dapat jumpa Pokcik yang baru pulang dari Kelantan. baru balik dating la tu *aku rasa la*
Malam tu aku dengan Faris ke OldTown. Dah lama tak datang sini. Last gi dulu 2 semester lepas sebelum masuk rumah Seri Cahaya.
Aku pun pekena prawn mee dan lime juice. Faris lak mi kari dengan lemon juice rasenye.

Esok nak gi Pesta Buku. Hari terakhir nak usha book sales!

Pagi di tasik Titiwangsa

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , , , , , on April 28, 2009 by fahmiez

24 April 09, Jumaat

Semalam Fakrul call meminta bantuan.

“Weh, ko free tak esok?”

“Kenapa” aku bertanya masih lagi dalam kepenatan dek baru tiba ke KL dari outstation.

“Esok aku nak ke Uniten, takde transport. Nak antar tesis. Last day submit esok” kata Fakrul berpanjang lebar.

“Urm, aku tak sure lagi lar..” jawab aku malas. Berniat esok nak tidur sepanjang hari membalas kepenatan.

“Ala.. tolong le” rayu Fakrul takde emosi.

“Nanti aku call ko dalam pukul 11 confirm balik”

Keesokannya, aku pergi jua sebab aku juga ada urusan untuk submit Form C LI kat Miss Aliza. Aku datang ofis nak dekat pukul 12. Selepas ambil cop syarikat dan tandatangan supervisor, Encik Faried, aku dan Fakrul bergerak ke Uniten selepas solat Jumaat di Taman Melati dan terlebih dahulu selepas solat, lunch dengan Donat kat Danau Kota. Then, barulah kami bergerak ke universiti yang penuh kenangan pahit manis..

Mencapap dalam kereta di panas petang Faris SMS tanya bila nak sampai rumah.

“Tengah tunggu Fakrul jap. Pasni ak gi SC” reply SMS sambil melihat budak PPOM angkat barang seperti nak wat kenduri.

Mengikut plan asal, aku lepas hantar Form C, nak ke Pejabat Daerah Kuala Langat pula nak ambil borang s, then balik SC jap ambil duit Mastot bagi untuk beli tiket teater Mahsuri as usual, dia dan huney-nye, Shimi. Tapi tak sempat ke pejabat daerah hari ni.

Masa nak balik. Adoii, jam lagi dekat Jalan Tun Razak. Takpe, nasib baik Fakrul ade, boleh la berborak mengisi masa lapang di jalanraya.

Masa tu agak gusar sebab dah pukul 7 malam. jangkaan dalam hati kaunter mesti dah tutup. Silap rupanya aku, masih dibuka lagi.. aku menghela nafas panjang sebab tiket masih ada..

Malam itu aku, Fakrul dan Donat plan nak berjalan malam kat sekitar KL pas kol 10. Saje nak merilekskan diri dari tensi bekerja.. cewah, tensi bkn psl study.. rasa janggal pula.. haha!

dari Titiwangsa, menghadap roadblock polis yang sama 4 kali *saje menggatal dgn abang2 polis.. hek3* kami ke Taman Tasik Perdana, takut pula kegelapan malam, kami kembali jua ke Titiwangsa melepak disana sehingga hampir dinihari.

Outstation ke Pantai Timur.

Posted in Hidup aku today, Peristiwa dengan label , , , on April 26, 2009 by fahmiez
20 April 09, Isnin

For the first time ever aku outstation luar KL ke Pantai Timur selama 4 hari dari Isnin hinggalah Khamis, bersama dengan seorang engineer syarikat, Encik Wilson Achmet Faried *panjang name* atau aku panggil Encik Faried, serba sedikit mengai dia: seorang Melayu Cape, umur hampir menjangkau 60 tapi masih kuat dan bertenaga dari Afrika Selatan yang telah bermastautin hampir 15 tahun disini semenjak dia bermula bekerja di Resscom.

PCM room.. pening tgk byk device.. wayar.. @@

PCM room.. pening tgk byk device.. wayar.. @@

Setelah diberi duit elaun perjalanan rm200, aku dan dia memulakan perjalanan ke Kuantan dimana kami ke bangunan TM di Teruntum untuk membaiki masalah sistem CAMS yang berlaku disana.

Selama hampir 2 jam di Kuantan, kami perlu ke Kuala Terengganu pula memandangkan sistem di Teruntum hanya boleh diservis setelah main system CAMS di TM Padang Hiliran, di Terengganu diperbetulkan disana dahulu.

Jadi, dari Kuantan pada hari itu juga kami terus ke Kuala Terengganu. kebetulan juga sistem failure di stesen puncak Bukit Besar juga perlu direpair.. aku  kagum dengan Encik Faried yang pakar dalam hal network dan Ip address. memang nampak senang cara dia mengkonfigurasi device dan seterusnya membetulkan masalah network dan membaiki alatan.

Itu kali pertama aku menjejak kaki ke Kuala Terengganu, bandaraya pesisir pantai yang memang indah dan cantik. Aku mengambil kesempatan berjalan seorang diri ke Taman Tamadun Islam dimana Masjid Kristal tersergam indah dengan kilauan kaca pada waktu malam terakhir aku di KT.

Hari ketiga kami ke Teruntum semula setelah selesai kerja di KT. InsyaAllah aku akan ke Kuala Terengganu lagi.. aku suka Terengganu! ^^

view dari stesen pemancar TM Bkt Besar.. cantik..

view dari stesen pemancar TM Bkt Besar.. boleh lihat bandar KT. cantik..

Di Teruntum,Encik Faried perlu memindahkan hubungan dari leased line ke broadband line dengan manarik kabel dari server/data room di tingkat 2 naik ke tingkat 3. Agak 60m panjang kabel perlu ditarik dengan menaiki siling dan masuk ke bilik-bilik lain hingga ke bawah

Sepertimana di KT, aku mengambil peluang berjalan malam ke sekitar bandaraya Kuantan. Walaupun dah dua kali ke sini, aku tiada peluang untuk menerokai bandar ni seperti KT. jadi aku ke muara sungai dan melihat ragam manusia.

Esok kami menyambung tugas di TM Teruntum dan selesai tugas kami ke Mentakab pula untuk manarik kabel disana pula. Ceria dalam perjalanan sebab hari ini dapat pulang ke KL. Tapi di Mentakab, harapan pulang ke KL hampir pudar sebab ada masalah network dan IP address di sistem. Tanya orang TM di HQ disana snini juga tiada jawapan. Satu lagi masalah staff TM ini yang aku perhatikan ialah kebanyakan mereka tak fasih berbahasa Inggeris, jadi nasib baik aku ada untuk jadi translator kepada Encik Faried. Jenuh jugak la nak menjawab memandangkan aku tak faham kejadah apa diorang cakap.

Akhirnya pulang jua ke KL hari tu juga disebabkan masalah di Mentakab tidak dapat diselesaikan dengan segera. Hati aku dah berbunga-bunga… yeah!

Masjid Kristal

Masjid Kristal

ohh.. penat bila sampai KL.. apa yang pasti, pengalaman kerja luar memang menjerihkan tetapi merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan tidak ternilai. baru kutau betapa penatnya bila outstation.. inilah kerja yang ayah dan Encik Faried buat selama hampir 15 tahun.. melihat dunia luar sambil bekerja.. latihan industri membuka mata tentang cara kerja yang kita tak dapat atau belajar dari kelas.

Sehari di Shah Alam

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , , , , on April 25, 2009 by fahmiez

puncak UiTM..

19 April 09, Ahad

Selesai menjelajah bandar DiRaja Klang dan sebelum itu Kuala Selangor, kali ini aku, Faris dan Paan ke Shah Alam pula untuk menerokai ibu negeri Selanngor Darul Ehsan ini yang diasaskan setelah Kuala Lumpur yang dahulunya ibu negeri Selangor menjadi Wilayah Persekutan dan ibu negara Malaysia pada 1972.

bandaraya ini terkenal dengan begitu banyak bulatan dari sebesar bulatan hinggalah bulatan kecil menyamai saiz pasu bunga sehingga diberi julukan ‘bandar bulatan‘. Selain nama tidak rasmi itu, bandaraya Shah Alam juga digelar bandaraya Anggerik kerana bunga Anggerik adalah bunga rasmi Shah Alam.

Melalut pula bercerita mengenai sejarah. Tujuan asal aku kesana adalah untuk menemani Paan ke sesi ujibakat program realiti terbaru Astro, Anak Wayang di SACC mall. melihatkan begitu ramai calon-calon pelakon berbaris seperti tiada akhirnya, Paan membatalkan hasratnya untuk sertai ujibakat itu.

Disebabkan tiada arah tujuan dan lapar, kami meneruskan misi jelajah Shah Alam. Sebelum itu, perlu mengisi perut dahulu. Faris membawa ke UiTM untuk lunch disana. Pelik melihat kelibat mahasiswa perempuan dimana sahaja di food court kampus kami pergi. Dimanakah kaum Adam? Mereka seakan dapat mengetahui kami bukanlah gerangan dari golongan mereka. haha.. lebih-lebih lagi kaum lelaki seperti minoriti.

Kami meneruskan perjalanan ke pusat bandar dimana destinasi pertama ialah ke Muzium Alam Shah untuk mengetahui sejarah negeri Selangor ini. pelbagai cebisan sejarah dari awal penubuhan negeri sehinggalah sekarang dipamerkan. memang menarik artifak didalam muzium ini yang dibahagikan kepada beberapa galeri; artifak diraja, bangunan lama, flora dan fauna dan juga pencapaian negeri selangor itu sendiri.

Puas di muzium, kami ke Masjid Sultan Salahuddin yang setapak jauhnya untuk bersolat. Ini pertama kali aku bersolat disini. kagum melihat senibina masjid ini dari dalam hinggalah luarannya.

berjalan kaki ke seberang muzium di Dataran Kemerdekaan, kami ke bangunan Teater Diraja Shah Alam (Shah Alam Royal Theatre) yang sudahpun siap dibina tapi masih belum digunakan lagi. Masih menunggu bilakah panggung ini akan dibuka kepada orang awam terutama peminat seni teater di Shah Alam yang kini mempunyai pilihan selain Istana Budaya untuk menonton teater.

Hari masih awal lagi, jadi kami sekali lagi ke SACC untuk melihat sesi ujibakat tetapi sesi sudahpun habis dan mereka yang terpilih ke peringkat lain diasingkan ke bangunan seberang SACC mall. untuk kesana, rupa-rupanya hanya 500 meter jauhnya dari Muzium Alam Shah. Jadi kami berjalan kaki dari parking muzium merentasi bangunan MBSA ke SACC. Walaupun kaki sakit akibat berjalan seharian, demi menjimatkan duit dari membayar parking, kami sanggup berjalan! nasib baik cuaca redup, jadi kami boleh berjalan kaki dengan senang hati.

Balik pula, trafik jam menanti.. seolah mengembalikan kenangan semasa pulang dari Klang dulu.. ^^.

Tapi aktiviti tidak berakhir, Paan merancang untuk berkaraoke pula.. kenapa dengan mamat nih? tetiba bersemangat waja untuk berkaraoke walaupun esok kerja. Aku pn follow ajer la memandangkan esok aku memulakan outstation kerja mengikuti Encik Faried ke Pantai Timur, Kuantan dan Kuala Terengganu.

Tidak meriah hanya bertiga (dan Ammzar sertai juga), Paan mengajak anak ayam didik Rumah Teater untuk berkaraoke sekali. pusat karaoke di Mines menjadi pilihan dengan bilik yang lebih besar dan murah berbanding di Alamanda.

Malam itu juga aku pulang ke KL.. esok kerja.. huargh…

di hadapan Teater Shah Alam

di hadapan Teater Shah Alam

rimau! di muzium.. wroarrr

rimau! di muzium.. wroarrr

paan kusyuk menyanyi..

paan kusyuk menyanyi..

Rumah Teater berpesta buku

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , on April 24, 2009 by fahmiez

masih mengumpul sisa baki tenga yang ada untuk menghapdate blog ni yang sudah hampir 4 hari tak di postkan bende baru..

neway masih baru lagi sampai Kl dari Mentakab outstation kerja.. citer tu diketepikan kemudian.. moleklah aku memulakan cerita sebelum outstation aritu..

Sabtu lepas, Paan dan ahli Rumah Teater seramai 7 orang terlibat dalam persembahan sketsa ringkas di ruang legar PWTC sempena Pesta Buku KL 09.

walaupun tidak mengikuti perkembangan latihan tapi aku agak teruja untuk kesana melihat apakah buah tangan Paan kali ini.

Aku dan Faris disertai Haziq dan Syah ke PWTC pukul 12 tengahari. Pukul 2 mereka akan memulakan persembahan.

Persembahan sketsa ringkas dimana babak mereka membuat latihan teater dan tarian dondang sayang menjadi intipati dalam sketsa ini.

Disebabkan tiada VIP Uniten, aku, Bob, Faris, Haziq dan Syah menjadi wakil duduk kerusi mahal didepan pentas.. gah! haha.. baru la rasa cam orang penting..

tanpa diduga, semasa  tarian dondang sayang Faiz menarik aku ke depan untuk menari bersama… gugup aku dibuatnya.. mujurlah aku control diri dari pengsan *kononnyer la* . nasib baik juga Bob, dan lain-lain didepan kerusi VIP ditarik ke depan jugak.. kah.. kah.. baru la adil!

tahniah sebab ini aktiviti pertama Rumah Teater Astena diluar universiti.. syabas Paan dan team Rumah Teater! Gambatte!

old school days..

Posted in Hangout dengan label , on April 18, 2009 by fahmiez

17 April 2009, Jumaat.

Semalam aku mengikuti pengembaraan Bob dan Faris ke Klang menjenguk kembali kisah zaman persekolahan mereka di bandar DiRaja Klang.

Kami sempat bersolat Jumaat di Masjid Diraja Sultan Suleiman bersebelahan kolej lama Faris, KISAS yang dahulunya dikenali KIK.

Lepas tu ke sekolah lama Bob di ACS Klang.

Aku banyak mendengar cerita lama zaman persekolahan mereka. Tak sangka Bob dulu nakal tahap gaban! haha.. Teringat pula kisah kenangan sekolah lama aku dulu..

Anyway, life goes on.. aku sendiri pun tidak mengenali daerah Klang ni. Jadi apa saja perubahan yang Bob cakap aku tak dapat gambarkan. tapi memang seronok datang kesini. Tertunai jugalah impian aku ke Klang terutama ke Masjid DiRaja Sultan Suleiman sebab aku tertarik dengan senibinanya yang berunsur neo-classical.

Plan selepas itu nak ke Pelabuhan Klang, tapi memandangkan cuaca agak panas dan sudah petang pula. Kami beralih ke Shah Alam untuk melihat bangunan Teater Selangor yang masih belum dibuka lagi kepada orang ramai.

Balik, jam teruk! huargh..

mengenang kembali old school days..

mengenang kembali old school days..

kolej lama Faris, KISAS

kolej lama Faris, KISAS

Bob didepan asrama lama dia dahulu

Bob didepan asrama lama dia dahulu

Britney, friend I?

Posted in Peristiwa dengan label on April 17, 2009 by fahmiez

tak semua artis top Hollywood boleh add aku. Aku kan hidden artist.. hahaha *Gile poyo nak mampus punye statement* heheh…

post @ 5am.. zzz

Lagenda Budak Setan

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , on April 16, 2009 by fahmiez

aku tak tau kenapa, aku suka baca novel ni. tapi dah nak masuk 5 bulan aku masih belum sempat habiskan bacaan novel karya Ahadiat Akasyah ini. kini ada kelapangan, aku hampir nak habiskan kesudahan novel ini. Setakat ini aku dah habiskan bab Kasyah meninggalkan Katerina untuk bersama kembali dengan Ayu yang masih lagi amnesia. Jiwang beb!

Ini juga novel cinta pertama aku baca sepanjang hidup aku. Sebuah karya sastera cinta yang memang menarik minat aku membacanya. Cinta agung seorang lelaki bernama Kasyah terhadap Ayu hampir sedekad lamanya. Masih menanti dan sanggup menunggu. Kesetiaan yang tiada tandingannya. Mengalahkan cinta Hang Tuah pada Gusti Putri di Gunung Ledang, versi moden.

Aku selalu berpendapat novel Melayu cinta ni membuang masa dan cerita membosankan. Tapi novel ini membuka mata dan hati aku. Tak semua karya novel cinta jalan ceritanya memualkan atau membosankan walaupun luar dari realiti kehidupan sebenar.

Buku terakhir aku baca pun tak silap aku Harry Potter. Mostly all the novel books i read is in English, fantasy, adventure novel. Dan selalunya aku lambat nak habiskan satu novel dengan pantas melainkan jika ada mood nak baca dan banyak masa terluang.

Aku pinjam novel ni dari Mas Ilmi masa aku mengikuti Bob berkembara bisnes di Utara November lalu. Aku lihat novel ni didalam bilik Mas Ilmi menyangka novel ini adalah pengembaraan budak2 setan tanpa cinta leleh. Sampai sekarang masih belum pulangkan kepada Ilmi. *nanti aku pulangkan ye ilmi.. hehe*. Tak sia-sia la aku pinjam novel ni dari ko.

Novel ni memang best! tak sangka aku ketinggalan dari rakan-rakan lain mengenai novel ini yang mempunyai ramai pembaca ini. So true!

Baru ku tau ada kesinambungan pada novel ini. Habis baca novel pertama, aku akan cuba mencari buku ke-2 nye pulak.

~~~~

pick up memory lane.

Posted in Hidup aku today, Peristiwa dengan label on April 16, 2009 by fahmiez

since the demise (is it the right word to use?) of my old laptop.. it’s been hard and difficult for me as I lost all the precious data inside it..everything!

particularly the photos, images that I cherish it as it capture all the moments that i may forget and will remember it for long time..

thankfully, half of the photos was kept safely in my housemate Wan external HD as it happens that I formatted the laptop week before that ‘neraka’ guy or gal stole it from me. nanti la kau pencurik!

now i have to collect and recover back all photos that related to me from friends’ PC.  ‘Backup’ will be in my next principle.

Also right now, I have to adapt myself with Windows Vista as this newbie lappie not support Win XP anymore.. unless u can find the right driver that suit with the OS from third party website.. damn you this lappie creator !****** (where i will not mention the brand here.)

So far, it’s been ok. Time has come for me to use Windows Vista… T-T

Thankfully I had been expose (yeah right!) with my homie, Faris’ PC that use Vista since the day I breach into his PC! haha…

Last but not least *macam ucapan la pulak*, one of my good friend that I just chatting with him through YM will express his L.O.V.E to this particular girl that he admire for quite long, where he kept his secret love toward her tomorrow! will be unleash.  YUP. as he cannot keep it any longer as his feelings toward her driven him to speak the truth of his heart. So, we will just wait to hear from him whether she accept or reject it.. hopefully it’s gonna be OK. All the best, kawan!

P/s: why this post is written in English? Mengada2.. (not the answer).
      Just for pleasure.. Saja nak tajamkan penulisan dalam BI.
     kalau ada salah ejaan or grammar, ignore it. haha.. as long u and I understand,
     ... then it's OK. (^^)
Love is in the air..


refreshingly fresh

Posted in Hidup aku today on April 15, 2009 by fahmiez

dah lama kot tak tukar themes dan header baru.. secara simboliknya tanda kasih baru dgn lappie baru aku nie.. aku pun dapat seru bertukar wajah baru.. tak main la plastik surgeri..

berkaitan refreshing, byk kot undone list perlu dibuat yang aku baru perasan.. contohnya, bilik tidur aku ni dah lama tak dikemas semenjak kerap bersemayam di Seri Cahaya semester lepas. rasa menyampah dengan bilik pun ada sehingga aku sanggup tidur kat ruang tamu sambil TV menonton aku tidur.. kesudahannya esok pagi mak aku beri ceramah subuh mengenai kewajipan menutup tv sebelum tidur (termasuk lampu) untuk penjimatan semenjak krisis ekonomi berlaku sebelum dia pergi kerja.

sayugia diingatkan bahawa aku perlu tersedar diri.. bilik perlu dikemaskan.. tapi bila?

tandas juga perlu disental.. dah lama tak berbasuh.. mandi je tau..

kesimpulannya: weekend ni aku bertugas home (room) cleaner.. sape nak amik aku upah kemas rm100.. ok tak?

^o^