Arkib untuk Mac, 2009

Tragedi. Please return my laptop :(

Posted in Peristiwa dengan label on Mac 31, 2009 by fahmiez

Semalam beg biru mengandungi laptop Compaq Presario V3751AU aku hilang didalam kereta Nissan Darwin di Upten sekitar .7.05PM-8PM.

Sedih wuu.. tapi nak wat camne, takdir nak hilang.. kene kuatkan semangat walaupun banyak benda penting dalam laptop tu..

diharapkan sekecil naluri hati baik kepada yang mengambilnya dapat pulangkan balik kepada aku.. :(

Dalam beg biru tu ada laptop, nota study MicroP, headset dan slip exam.. waaa.. hari ni kene gi registrar untuk dapatkan slip exam.. terbang RM50

Kepada yang menjumpai diharap dapat pulangkan balik kat aku..

Queens of Langkasuka

Posted in Peristiwa dengan label , on Mac 30, 2009 by fahmiez

kagum melihat sebuah epik legenda nusantara diadaptasi ke sebuah filem.

Penuh dan sarat dengan aksi, cinta, kemahsyuran sebuah negara laut dan keagungan seorang ratu yang cuba melindungi negaranya dari serangan pihak luar. Cuma meriam milik Belanda yang dapat membantu Ratu Hijau Langkasuka melindungi negaranya. Tetapi dengan kuasa Dulum yang dapat mengapungkan kembali meriam itu dari dasar laut.

Sebuah karya dari pengarah Nang Nak. Filem Thai mengenai zaman kerajaan melayu-Hindu suatu ketika dahulu Langkasuka, kini di Patani.

Dah tengok full movie dekat Youtube memandangkan filem ini masih tidak ditayangkan di negara kita. Apsal yer? Tak sabar nak tonton filem ni.. woot!

Pitch Black. Darkness rules

Posted in Hidup aku today, Peristiwa dengan label , , , on Mac 29, 2009 by fahmiez

28 Mac 09

KLCC shut down.

KL shut down.

Semalam aku, Faris dan Paan ke Putrajaya menjadi aktivis alam sekitar dengan menyambut Earth Hour di Putrajaya.

memang pengalaman menarik melihat suasana Putrajaya dalam kegelapan..

Selepas menghantar Paan di Library, sempat melihat bangunan admin Uniten bergelap tapi bangunan lain dalam kampus terang benderang jer.. hampeh..

Lepas itu, aku berdua dengan Faris ke Putrajaya semula bertemu Pokcik yang dah ada kat sana. Kami duduk disitu sampai la tamat 1 jam Earth Hour.

Selepas tamat tempoh bumi, ketibaan harijadi ketua rumah Seri Cahaya merangkap Presiden Astena yang kami kasihi, Wan Ahmad Faris yang kini menjangkau umur 22 tahun pada 29 mac 09..

Happy Birthday, dude! ^^


D-Day kedua

Posted in Hidup aku today dengan label , , , on Mac 27, 2009 by fahmiez

hari ini aku melangkah masuk paper ke-2, Advanced Computer Networks pukul 3.00 petang.

otak sudah tepu dengan segala ilmu. pelbagai kemungkinan; positif dan negatif difikirkan…

Alhamdulillah, dapat jawab dgn baik walaupun masih tak sure adakah betul atau tidak.. argh, itu perkara kedua, yang penting aku dah cuba to my limit of geniuses.. ^^p

Berkat peperiksaan hari Jumaat yang mulia…

Next and finale: Microprocessor…. the hardest, COE subject.. @@

Ujian akhir bermula..

Posted in Hidup aku today dengan label , on Mac 25, 2009 by fahmiez

24 Mac 09: D-Day.

Semalam bermulalah cabaran getir aku sebagai seorang pelajar..

Data and Computer Security..

tak tau nak kata ape.. soalan-soalan susah tahap gila!!!..buat masa sekarang, aku anti-Uwe, anti-Norway or Belgium dan mana-mana yang berkait dengan lecturer aku dari segi geo-politik, sejarah dan apa sajer.. hehe..

semalam hampir nak demam akibat pressure dan ‘cuaca’ didalam exam hall library ditahap eskimo boleh meninggal.. tapi tak jadi memandangkan badan masih dipenuhi hangat-hangat kepanasan amarah diri..

itu saja untuk hari ini..

Wassalam.

NeXt: ACN

*feel insecure*

tempat best untuk ulangkaji..

Posted in Hidup aku today dengan label , , on Mac 24, 2009 by fahmiez

Lapangan terbang.

study didalam angan2..

study didalam angan2..

 23 & 24 Mac 09

 

Betul ke? bagi aku OK la kot jika pihak airport sendiri tak bunyikan siren testing setiap 15 minit!

Bagus juga keadaan persekitaran untuk belajar.. bole usha hot, sexy tourist yang pakai short jeans didalam kesejukan airport mencari jalan entah kemana sambil makan KFC yang harganya lebih mahal dari biasa dari tempat biasa yang didatangi orang-orang biasa (bukan aku).. hoh! melalut dan merewang dari tujuan asal… dah la esok exam.

Aku pun tak tau dari mana Faris dapat idea tu.. yang pasti, plan gila tu direalisasikan malam tu jugak.. wahahaa.. plan gila ini disertai oleh aku, Bob, Faris dan Wan.

Mulanya plan nak gi study kt OldTown. dengan cuaca panas waktu malam beberapa hari ni, memang perlulah tempat dingin dan relaks untuk study.. *alasan*. Sebelum tu, petang tadi kami berempat study di COiT level 3.

sampai airport dalam masa setgh jam jer.. terima kasih la Faris yang bawak laju-selajunya kereta Kelisaku yang baru je diservis dan perasaan cuak aku dibuai.. huu..

Dengan gaya pelancong membawa buku, kami pun pergilah ke KFC di Balai Berlepas untuk study memandangkan tempat duduk awam dipenuhi orang-orang yang tidur.. mungkin akibat ketinggalan penerbangan, terkandas, atau keluarga terlupa nak ambil diorang balik..

Tak tau la KLIA nak halau kitorang ni yang jadikan airport sebagai tempat study.. tapi yang pasti, bunyi testing siren yang mungkin rosak tu teramatlah mengganggu kami.. adakah kami ni dianggap sebagai terrorist kerana belajar disitu? hehe.. tapi selain gangguan siren, gangguan emcee mengenai jadual berlepas pun menjadi penghalang.. nasib baikla suara perempuan yang merdu..

Pukul 1.30 kitorang meninggalkan KLIA dan menuju ke Putrajaya Presint 9 makan kat mamak..

*continue study.. (termasuk la kepada blog readers yang ada exam)*

bagi korang, mane tempat yang sesuai untuk study? ^^

study relax gap sebelum ke KLIA: memakai patch buang kekotoran. Faris ajar.

study relax gap sebelum ke KLIA: memakai patch buang kekotoran diberi oleh Faris. Baru kutau liang roma byk dirt..

aman.... KrinGGG...

Study di COiT…

Pre exam mode: study dan teater.

Posted in Aktiviti, Peristiwa dengan label , on Mac 23, 2009 by fahmiez

Ahad, 22 Mac 09

Demi teater.. ku sanggup korbankan ’sedikit masa’ demi menonton teater muzikal Ibu Zain, yang kembali untuk pementasan musim ke-2. Lebih-lebih lagi dapat menonton secara percuma tanpa perlu mengeluarkan duit RM30!.. hahaha..kubawa juga nota-nota setadi DataSec didalam kereta dengan harapan untuk mencuri masa menelaah jika ada masa terluang.. ;p

Tahun lepas ianya dipentaskan di Istana Budaya, memandangkan jadual IB yang sudahpun padat dengan aktiviti sepanjang tahun, teater Ibu Zain ini dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic.

Perbezaan ketara memandangkan dahulu di pentas yang besar dan props yang pelbagai di IB kini di pentas kecil yang tiada kemudahan untuk menampung set-set besar. Mujurlah dengan sedikit kekreatifan, perubahan set disempurnakan dengan baik menggunakan tiang-tiang bergerak ala-ala set stupa PGL the Musical.

Teater sejarah ini mungkin dipentaskan semula kerana Perhimpunan Agung UMNO minggu depan memandangkan Ibu Zain dahulu adalah ahli UMNO pada zaman penubuhan awalnya.

malam tu dalam dewan memang ketara tak ramai penonton walaupun dikatakakan dalam blog dah sold out.. malam tu dikatakan ahli-ahli UMNO akan datang tapi semua sibuk berkempen la katakan.. DYMM Raja Permaisuri Agong yang dikatakan akan menjadi tetamu kehormat juga tidak dapat hadir.. walau apa pun, dapat juga melihat dua selebriti tempatan; Azean Irdawaty dan Nasha Aziz datang menonton pementasan ini.. Nasha Aziz, putih melepak tengok dari mata sendiri yang datang dengan skirt pendek dan ditemani oleh seorang lelaki tak dikenali.. Bob terliur dgn awek orang.. :)

tuah badan, semua penonton dijemput ke jamuan makan di Saloma yang disediakan untuk tetamu khas dari UMNO.. aku dengan Bob apalagi tanpa segan silu dan dalam keadaan lapar, tidak melepaskan peluang menjamu makan mihun, sandwich berkat duit dari UMNO.. hehe..

sambil2 tu dapat la juga berselisih mata dengan Mazin, Liza Othman, Avaa Vanja dan pelakon-pelakon lain.. rasa cam selebriti terhormat la pulak..

* kepada Paan: rugi la ko Paan tak gi tgk teater, tapi bertuah la ko dapat gi tengok hot air balloon dengan hot girl!.. hehehe

Last choral.

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , , on Mac 21, 2009 by fahmiez

21 Mac 09

Hari ni di Hari Terbuka Uniten di COIT persembahan koir terakhir untuk semester ni.  tapi takpe, Sem 1 selepas Special Sem ni akan ketemu lagi..  ini juga persembahan Mas Ilmi yang terakhir.. makin kurang la vokal lelaki.. huhu..

Tak sangka dah nak berakhir semester ni.  berehat untuk 3 bulan..

Choir end (for now).. (0-^)..

hari biasa yang tak biasa

Posted in Aktiviti, Hangout, Hidup aku today dengan label on Mac 21, 2009 by fahmiez

20 Mac

tiada apa-apa menarik hari ni.

Siang ke COiT dengan Darwin.

Melihat persiapan kumpulan gamelan untuk Hari Terbuka esok.

gi Putrajaya lagi tengok Belon Panas Udara dengan Donat.

@@.. study tak lagi.. huuuu (Countdown to final exam begin..)

Hot Air Balloon Fiesta

Posted in Hangout, Hidup aku today, Peristiwa dengan label , on Mac 20, 2009 by fahmiez

19 Mac 2009, Khamis.

Fiesta Belon Panas Udara yang julung kalinya diadakan di negara memang mengkagumkan! Terasa cam budak kecik melihat belon yang leper dan kemudian cantik berkembang seperti raksasa yang tetiba muncul dan membesar.. imaginasi tinggi skrg ni..

Aku dah bersemangat nak pergi semenjak tau dari blog Zarith. Trimas!

Walaupun musim exam dah nak bermula minggu depan, tapi luangkan juga masa gi tengok belon-belon udara panas.. ^^p

Hari pertama awal-awal pagi aku dah bersedia. Tapi pergi dengan Faris je memandangkan ahli-ahli rumah masih lagi enak dibuai mimpi. Dan disebabkan nak cepat, kami berdua tak mandi pagi.. haha.. Agak bagus pergi pada pagi hari pertama memandangkan orang masih tak ramai dan pagar dibuka kepada orang lain untuk mengambil gambar dengan lebih dekat lagi. Kebanyakan fotografer cam Faris tak lepaskan peluang la untuk ambil shot terbaik.

Petang tu kitorang pergi lagi. Kali ni Wan join sekali. Kebetulan jumpa A’a dgn Sarah di simpang jalan tengok belon gak.

Dah nak hampir senja, barulah Bob, Pokcik, Lisya sampai. Sempat gak la tgk belon dari dekat. Amzar yang lewat gila tiba makan hati jer la.. hehe..

Memandangkan Bob berpuasa nazar, kami ke Alamanda untuk mengenyangkan perut. Man dan Najilaa tiba temui kami di Rasa makan sekali sambil menonton berita di tv..

Itadakimas!

Sesi petang.

Final Exam week!

Posted in Hidup aku today dengan label on Mac 20, 2009 by fahmiez

Bermula minggu depan, semua mahasiswa Uniten tidak kira di Lembah Klang mahupun di Muadzam Shah akan menghadapi saat-saat getir peperiksaan akhir semester 2, 08/09..

Argh, kecut perut..apa ubatnya? mari berstudy!

Jadual exam aku..

24-Mar-09 2.30-5.30pm CSNB514 Data and Computer Security Library

27-Mar-09 3 – 6pm CSNB314 Advanced Computer Networks 27 Library

2-Apr-09 9am-12pm EEEB373 Microprocessor Systems DSS

Inter-club bowling

Posted in Aktiviti, Uniten dengan label , , , on Mac 17, 2009 by fahmiez

Ahad, 15 Mac 09


Dah lama aku tak main boling.. hampir 1 tahun.. dan lenguh lagi tangan aku mengangkat bola bowling benombor 8.. knape ringan sangat aku pilih bola bowling? itulah yang mampu aku pegang bola bowling yang maha berat tu.. haha.. badan je beso, tapi anggota badan lemah cam orang tua (mengumpat diri sendiri)

malam sebelum tu, sambil melepak-lepak seperti tiap malam di bilik Faris dia tanya nak main bowling untuk wakil kelab Astena yang diadakan di Mines Bowling Center.

Sebelum ni (tahun lepas) dia main as individual. Aku lagi la tak pernah dengar ada perlawanan bowling antara kelab dan persatuan Uniten.

Aku keesokan harinya ikut dengan niat sebagai penyokong jer. Tapi disebabkan tak cukup orang, aku pun join la pasukan Astena yang disertai Faris, Rahim dan Najilaa.

Di Mines, banyak kelab dan persatuan dah berkumpul; PPI, wakil hostel – Amanah, Ilmu, SIFE, kelab Bowling (dang!), dll. Agak gentar walaupun ini permainan untuk rekreasi saja. Kelab lain datang sempoi2 jer. Cuma Astena dan SIFE yang datang dengan baju rasmi kelab.. (dari pemerhatian aku)

Tapi, Astena masih kekurangan satu lagi ahli. Perlawanan ni memerlukan 5 orang. Adoii,  nak tunggu Ammzar atau Wan datang memang tak boleh la sebab game dah nak bermula.

Ganjaran kepada pemenang

Ganjaran kepada pemenang

Tapi mujurlah dapat seorang lagi ahli pasukan di saat-saat akhir.. seorang rakan dalam koir dan sememangnya handal dalam main bowling (kehebatan yang aku tak ketahui) sehinggalah hari ini.. Zura aka Kiero.. ^^

Dia datang pun sebagai penyokong rakan-rakan. Tapi mujurlah dia setuju nak sertai Astena dan seterusnya melengkapkan kriteria ahli 5 orang dalam pasukan bowling.. yeah! Game On!..

Pusingan pertama bowling aku masih boleh lagi.. not bad (puji diri sendiri).

Pusingan kedua bowling dah selalu masuk longkang.. lengan mula rasa sengal tapi masih boleh lagi (dah tak nak puji)

Pusingan ketiga.. waaahh.. apsal sampai 3 game? inilah pusingan paling tinggi aku pernah main.. dulu main takat 1 game jer.. hehe.. tapi masih lagi sempat wat 3 strike, dan beberapa longkang.. wahaha..

Pusingan keempat.. dikatakan ada, nasib baik itu cuma khabar-khabar angin tahyul.. (dah tak le, otot-otot mula sengal lebih)

Markah mata  keseluruhan paling tinggi Zura dan paling rendah aku.. hehe.. memang takde bakat main.. jumlah keseluruhan game aku dapat dalam 170 mata.. (tapi paling tinggi dalam rekod amatur bowling aku).

seperti dijangka, Kelab Bowling menang.. jumlah mata hampir 2000 dengan purata setiap pasukan dapat 400 mata.. hebat.

Ammzar datang Mines masa games dah habis.. habis sesi bergambar dan berpisah dengan Zura, kami pun menuju ke arked main game.. aku tak ikut join sebab malas nak bazir duit. jadi aku cuma tengok ajer diorang main. Tapi dalam tengok2 tu sempat la aku main 1 game dengan Ammzar

.

Masa balik dengan Ammzar, kami melalui Mines Convention Centre. Kebetulan masa tu pelik ada macam konvensyen acara yang hampir menyerupai MLM. Sah! aku yang agak anti dengan MLM atau Direct selling (whatever they called) segera meninggalkan tempat tu.. teringat tiga tahun lepas ramai kawan2 aku ajak dan aku hampir terperangkap dengan satu network dimana rakan aku bawa kononnya ada pemberian percutian percuma.. sempat aku cabut sebelum dihasut untuk join.. ^^.

Seronok juga sekali sekala main bowling.. next time nak cuba lagi. hee..