
Beberapa malam lepas, 24 Feb kami menghargai karya Dannny Boyle, yang memenangi anugerah Anugerah Academy ke-81 bagi Filem Terbaik dengan mengadakan Oscar nite di bilik Faris.
Filem low-budget yang diadaptasi dari karya Vikas Swarup, seorang diplomat yang memenangi anugerah Boeke Prize.
Keseluruhan lokasi ini difilemkan di India yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda, Jamal Malik pada zaman kecilnya hidup dalam kemiskinan di perkampungan setinggan bersama abang, Salim dan ibunya. Jamal menjadi peserta Who Wants To Be A Millionaire? dan dapat menjawab kesemua soalan berdasarkan pengalaman kehidupannya dari kecil sehinggalah sekarang. Dia memasuki rancangan ini semata-mata ingin mencari Latika, cintanya dari kecil kerana tahu Latika meminati rancangan ini dan inilah cara untuk mencari dia.. bukan kerana kekayaan $1 juta yang dicari.
Jalan cerita yang unik dan jarang sekali kita dapat melihat kehidupan sebenar warga India yang kita sering dihidangkan dengan kekayaan, baju yang cantik, cinta terhalang antara darjat. Filem ini membuka mata tentang isu-isu kontorversi yang menjadi asam garam budaya dan sosial setiap hari di India.
Selain Oscar, filem ini juga memenangi pelbagai anugerah di Golden Globe, Bafta dan banyak lagi anugerah. A.R Rahman komposer untuk filem ini memenangi dua anugerah Oscar untuk kategori soundtrack dan muzik terbaik yang mencatat sejarah untuk perfileman Asia menerusi lagu ‘Jai Ho’.
Memang berbaloi menonton!




























