Arkib untuk Januari, 2009

Kuala Selangor trip

Posted in Aktiviti, Hangout dengan label , on Januari 31, 2009 by fahmiez

Jumaat, 30 Januari 09

walaupun aku demam, masih ada semangat nak gi berjalan2.. (kalu gi kelas, haramm..) hari ni planning berjalan ke Kuala Selangor setelah berbincang dengan Karipulei yang mencetuskan idea ini.. mulanya nak pergi ke N. Sembilan, tapi rasa excited pula mencari sejarah Selangor (walaupun aku anak KL).

Memulakan perjalanan dalam pukul 11, kami berempat terdiri daripada Bob, Paan dan Amzar meninggalkan Seri Cahaya dan menyelusuri lebuhraya dan seterusnya jalan-jalan kampung di Sg. Buloh.

Tag the monkey!

Tag the monkey!

Meriam Penggawa

Meriam Penggawa

Sampai di Kuala Selangor, cuaca agak panas memandangkan hari makin meninggi. Ramai pula pengunjung yang datang ke Bukit Melawati, tempat yang kami tujui dimana rumah api Bukit Melawati yang terkenal itu terletak.

Dikaki bukit sebuah masjid didirikan, ohh.. lupa pula hari ini hari Jumaat, jadi kami singgah lalu menaiki Bukit Melawati dan turun semula ke masjid dan menikmat makan tengahari berdekatan dengan masjid dan juga tempat sejarah, Telaga Tujuh dan juga Makan 3 Sultan Selangor terawal. Bob membawa nasi, sayur dan ikan talapia sebagai pembuka selera.. menyelerakan makan di kawasan bersejarah..

di Muzium Permainan Tradisional..

di Muzium Permainan Tradisional..

selesai solat Jumaat, kami menaiki semula Bukit Melawati dan singgah ke Muzium Daerah Kuala Selangor, Rumah Api, Muzium Permainan Tradisional, Batu Hampar dan juga bermain dengan banyak monyet yang bebas meliar di kawasan Bukit Melawati.

Permandangan Selat Melaka begitu indah dari atas bukit Melawati. tidak hairanlah bukit ini begitu penting pada zaman pendudukan Belanda, British dan juga perang saudara orang-orang besar Selangor.

Hari hampir lewat petang tanpa disedari. Kami segera meninggalkan Kuala Selangor dengan seribu satu kenangan.

Mengikut plan awal, kami bercadang untuk mandi manda di mana-mana sungai rekreasi, tapi sepanjang perjalanan di Kuala Selangor, kami tidak jumpa. Jadi, kami membuat keputusan untuk ke Templer Park sebagai destinasi untuk mandi air sungai sebagai menunaikan hasrat mandi kami yang sudah lama tertunda.

Kami bertuah sebab kawasan rekreasi yang kami pergi tiada orang. Jadi jeram air terjun itu bagai kami yang punya!.. haha..

Sampai je Kajang, aku demam panas semula.. huhu..

Templer

Templer

wave of kebosanan..

Posted in Home Sweet Home dengan label , on Januari 29, 2009 by fahmiez

uhuhuh.. last week amatlah dinanti-nantikan cuti mid-term ni.. skrg ni terasa amat lah bosan.. takde mood nak study – next week ade midterm pulak tu.. haihh.. wut to do??

anyway, i promise myself to open book and start studying – even for one page only per day..  better change now or regret later..study dammit! avoid leisuring.. and start exercising! (memotivasikan diri)..

ACN – 3 Feb 08

DataSec – 5 Feb 08

Remind me this.

Potret lukisan dan Ababil

Posted in Aktiviti, Hangout, Home Sweet Home dengan label , , , , , on Januari 28, 2009 by fahmiez
Potret bertajuk T-shirt putih

Potret bertajuk 'T-shirt putih'

Hari pertama cuti midterm. hari-hari biasa dilalui seperti semester-semester sebelum ini. Kelmarin Bob mengajak aku dan lain-lain ke rumah Farah Dylla di Senawang. Ade majlis makan-makan sambutan harijadi al-kisahnya. Sebagai pengikut Bob yang setia, aku pun mengiyakan pemergian ini. lagipun aku tiada plan untuk hari Sabtu yang begitu indah untuk dilepaskan. Mulanya ajak kerabat-kerabat lain, tetapi masing2 sibuk dengan program. jadi, cuma aku, Bob dan Paan saja yang bersetuju kesana.

Aku berniat untuk ke sana 11.30 pagi. dan seperti biasa sampai rumah Bob lewat 1 jam.. almaklum, hampir tahun baru cina ni, trafik sibuk. Ketika kami sampai di Jalan Tun Razak, Farah call Bob mengatakan dia dah nak balik KL pukul 2 petang ni. Hampeh.. jam pulak pukul 12.45.. memang tak sempat laa.. alang2 menyeluk pekasam, bak kata Bob yang tak mahu pulang ke rumah. kami meneruskan perjalanan ke selatan menuju ke rumah Paan di Bandar Seri Putra.. Trafik slow bermula di Lebuhraya PLUS.. nasib baik jam ketika dah nak hampir ke rumah Paan.

Kami mengisi perut makan tengahari berdekatan dan singgah sebentar dirumah beliau sebelum bergerak ke KL untuk mengembara bagai seorang yang tidak tahu arah tujunya. Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak menjadi destinasi. Berlainan dengan Bob dan Paan yang meminati seni lukisan, aku hampir migrain melihat lukisan-lukisan terutama abstrak dan begitu sukar difahami. memeningkan kepala untuk menginterpretasi maksud lukisan itu dari kacamata pelukisnya..hehe.. tak suka berfikir benda yang memerlukan pemikiran kritis.. hehe kami hanya sempat melawat satu galeri saja memandangkan hari sudahpun lewat petang.

Hujan rintik-rintik dan lebat membasahi KL. Kami berteduh dibawah pondok Laman Beringin. Kebetulan malam ini Laman Santai diadakan. dan kami berkongsi pondok dengan kumpulan Raihan yang akan buat persembahan malam ini.. hehe

Sementara menanti Laman Santai, kami berjalan-jalan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.. orang ramai mengambil kesempatan cuti ini untuk beriadah.. cuma agak sepi memandangkan tiada lagi ikon Eye on Malaysia yang kini berpindah ke Melaka. penat berjalan, kami makan cendol dan rojak dan meneruskan perjalanan mengambil ‘kawan‘ Paan di Stesen LRT Sentul. Fatin, indah nama seindah rupanya.. hehe..

aku dab Bob pernah jumpa dia masa di KLPac dulu.. tak boleh kacau, Paan punya.. haha

Tidak tahu kemana pergi lagi, BSLN sudahpun tutup. Jadi kami lepak di Istana Budaya. Solat maghrib disitu. Program malam Laman Santai dibarisi artis-artis seperti Fida, Ratna, Ery Putra, Zizan Raja Lawak, Akbar, Devotees dan dinanti-natikan Raihan yang mendendangkan lagu ‘Ababil’ yang kami lupa lagunya selepas Ery Putra menanyi.. uhh.. balik rumah pas antar Paan terus aku search lagu ni..

Gong Xi Fa Cai

Posted in Family, Hidup aku today, Home Sweet Home dengan label , on Januari 26, 2009 by fahmiez

Hari pertama dalam kalendar Lunar masyarakat Cina, dan cuti mid-term selama seminggu. Agak berlainan malam tadi aku tidur lena berbanding tahun-tahun lain kerana mercun tidak kerap kedengaran yang membingitkan telinga yang membuatkan satu rumah tidak boleh tidur. Mungkin banyak mercun sudah dirampas imigresen agaknya. Agak sunyi kemeriahan malam tahun baru kali ni.

Tahun ni agak istimewa mengikut zodiak Cina kerana tahun ini ialah tahun Lembu; dimana aku dilahirkan pada tahun haiwan ini (1985). Jadi, 24 years cycle of my life kembali tiba.

Anyway, aku dan famili nak ke kampung hari ni lawat nenek aku di Alor Gajah. Esok pulang ke KL semula.

Sangap duduk kat rumah cuti mid-term ni. hehe..

to my fellow Chinese friends; Tan, Edmund, Lam, Ben and others.. Gong Xi Fa Cai.. next week bagi angpow ye.. hehe

Not going down.

Posted in Peristiwa, Uniten dengan label , on Januari 22, 2009 by fahmiez

Forum Anti-War – Save Human Lives yang dihadiri oleh 3 panel dari institusi berlainan; JUST World, Mercy, and AMAN Palestine dan dipengerusikan oleh TNC Prof Ghazali Abod amat menarik dan menyedarkan ramai pihak terutama mahasiswa mengenai fakta sejarah Israel, politik Zionis dan kronologi penghantaran bantuan oleh Mercy ke Gaza melalui Mesir.

Dapat disimpulkan bahawa Zionis tidak mempunyai hak terhadap tanah Palestin melalui fakta sejarah dan juga segi politik. Kekejaman yang berlaku tidak patut dibiarkan saja dan sebagai insan, kita perlu membantu seberapa yang boleh dalam membantu saudara kita disana. Jika tidak mampu mengankat senjata, eloklah kita menderma seberapa ikhlas dan berdoa memohon diberi perlindungan kepada masyarakat Palestin disana..

Ketika tamat forum sebuah video klip lagu khas untuk masyarakat Palestin Gaza ditayangkan menarik perhatian aku; nyanyian Michael Heart bertajuk We Will Not Go Down. Meloadi dan lirik begitu menyentuh perasaan.

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Klik disini untuk ke laman web Michael Heart..

Lisya birthday @ Seri Cahaya

Posted in Aktiviti, Hidup aku today dengan label , , , on Januari 22, 2009 by fahmiez

Selepas menghadiri forum Anti-War di Dewan Seri Sarjana tadi, aku, Faris, Wan dan Karipulei bergegas meninggalkan Uniten ambil Bob pula. Aha, malam ini ada suatu acara akan berlangsung di Seri Cahaya.

Malam ni Pokcik organize birthday party untuk Lisya yang ke – 22. Tetamu kerabat Astena; Wan Diva, Daus, Nan, Nazer, Mek Leha, Eezat dan pakwe  (lupe nama.. satu kelas MicroP) hadir untuk sambutan ringkas dirumah.

Sambutan malam tu kami kawal suara agar tak mengganggu jiran tapi biasalah kan, terlajak sebab sume tgh enjoy.. tapi masih lagi terkawal..

selepas sembur Lisya dgn foam spray, kitorang nyanyi dan makan2 sambil nyanyi2.. hampir pukul 3 pagi baru abis majlis.. aku dgn Wan dan Faris tido awal pukul 2 (awal ke?)

KLPac Open Day ‘09 (Not a virgin)

Posted in Hidup aku today on Januari 19, 2009 by fahmiez

klpac

Lagu tema untuk hari Ahad yang indah – - ‘Like A Virgin’ – Madonna..

Hari ni aku dan kerabat Astena dan al-housematey; Bob Hadi, Pa’an, Faris dan Wan menjelajah ke KLPac di Sentul Park untuk menghilangkan teruna kami disana.. haha.. jangan salah sangka pula, slogan Open Day 09 KLPac kali ini ialah “I’m NOT a KLPac virgin!”.. jadi, cuma Pa’an saja yang terunanya masih suci perlu dibawa ke sana. Kami lain sudahpun tidak suci atas alasan sudahpun pergi ke KLPac Open Day pada tahun lepas.. hehe.. we are proud we are not the virgin (of KLPac)!

7.50am: Selesai bersiap, memakai baju baru RedBull hadiah Along yang aku tak pakai lagi, aku menuju ke Gombak mengambil Bob dirumah beliau di Kampung Sepakat. Kami sampai ke Seri Cahaya pukul 8.45 pagi..

Sampai je didepan umah, aku ingatkan ada notis eviction, rupe2 -nye tampalan notis peringatan simpan kasut karya Wan diatas nama ‘Majlis Perumahan Seri Cahaya’.. hahaha.. memang lawak ar..

Notis kerajaan dewa tidak tamat disitu, didapur juga ditulis di dinding peringatan untuk mengemas dapur selepas guna..

Ketika itu, Pa’an masih belum sampai lg. Pokcik dan Rahim masih tido lagi. Kedengaran sahutan suara serak bass Faris dari atas mengingatkan aku kepada suara orang tua.. haha..

Wan masih lagi mandi bak pompuan.. cis, ku bilang mandi awal (aku pun lambat gak, x sedar diri)..

sambil menunggu Pa’an tiba, kami breakfast ala komando. KFC dibeli Wan malam tadi dipanaskan untuk bekalan perjalanan sambil menghirup nestum oat campur milo yang lazat (tanpa isotonik) dan diserikan dengan roti campur sardin tuna.. fuh, lapa balik..

*Intermission* – makan jap.. meleleh tulis blog. kene makan..

ok, sambung balik, kami tiba di KLPac 10.30am.. masih awal lagi, tapi persembahan KL Children’s Choir sudah pun bermula seawal 10 am tadi.. ble la tgk sket.. hebat vokal diorang compare to koir aku.. huhu..

kami singgah sebentar ke pameran Iron Dragons of Malaya di Pentas 2. Pameran foto berkisar suasana di bangsal KTM di Sentul.. very classic pic..

selepas itu, kami ke studio 2 untuk melihat persembahan gamelan oleh ASWARA diikuit stage reading Makyung dalam versi A Midsummer’s Night Dream oleh Norzizi Zulkifli.

Kami tidak menghabiskan penghayatan stage reading kerana masih banyak lagi program ingin kami lawati. Kami lawat Pentas 1, the main hall just like Panggung Sari Istana Budaya yang unik senibinanya.

Kami meneruskan program yang packed one day ini dengan menonton indie documentary oleh Amir Muhammad dengan tajuk ‘Malaysian Gods‘ di IndieCine. memang menarik, humor dan penuh kontroversi yang berunsur politik dan dari perspektif orang India Malaysia. Bob sempat membeli sebuah DVD indie film harga rm30. *tak ingat ape tajuk*

Aku dan Wan meninggalkan Bob dan Pa’an menghabiskan tayangan sementara kami ke studio 2 untuk melihat persembahan tarian zapin dan inang oleh pelajar UM.

Selepas tu, kami kembali ke Pentas 1 mengambil gambar dan ke backstage melakukan guided backstage kami sendiri *hampir sesat dibuatnya* .. hehe. (masa ni Pa’an takde jumpa awek die kat luar..)

perut lapar masih belum diisi.. kami bersiar-siar diluar pula sebelum menamatkan penerokaan ‘virgin’ ulung kami ke KLPac edisi 2009..

Perdebatan dimana mahu makan tercetus dan Alamanda dipilih sebulat suara selepas Bob Hadi kepingin makan wafel bersama aiskrim yang didakwa hanya boleh didapati di Alamanda saja..

gambar suasana KLPac Open Day..

AJL 23.. indie band historical moments.

Posted in Kisah di TV dengan label , , , , on Januari 19, 2009 by fahmiez

indie music band rulez!

Meet Uncle Hussein menang Kategori Pop Rock dan seterusnya memenangi anugerah utama pada malam anugerah Juara Lagu ke 23.

Faizal Tahir turut menang besar pada malam itu dengan memenangi 3 kategori pada malam itu; Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.

Farawahida memenangi Kategori Pop Etnik/Irama Malaysia.

Anugerah Juara Lagu kali ini menunjukkan kematangan dan kemajuan seni lagu yang dicipta dan turut mencipta sejarah apabila indie band memenangi anugerah dua tahun berturut-turut dimana Estranged memenanginya pada tahun lepas.

Join the voice!

Posted in Uniten dengan label , , , , , on Januari 19, 2009 by fahmiez

ahaha.. saje wat promosi koir rekrutment di sini.. Meh join, datang hari Rabu atau Khamis ni di MPH.. mari gegarkan MPH dengan suara koir!.. weeee!

test7

Tagged by Bob: The Curse of the Panau. Cool Mosaic

Posted in Hidup aku today dengan label , , , on Januari 18, 2009 by fahmiez

Argh, sumpahan panau oleh Bob jika tak wat tag ni. So kerna takut dek sumpahan oleh mantan presiden ini, ku buat juga tag-kalo-tak-wat-kena-panau ni..

Tag ni dalam Bahasa England English Inggeris. Kepada yang x faham, ambil kamus ye..

First. You answer the following set of questions. A simple keyword.

Second. Use those answers to search for pictures in Flickr using Flickr search. From only the first page of your search results, pick a picture.

Third. Copy and paste each of the photo’s URLs for the images into the Mosaic Maker.

Last. Finish step 1 to 3 and then tag 12 person you know.

The questions are as follows:

1. What is your nickname?
2. What is your favourite food?
3. Where did you go to high school?
4. What is your favourite colour?
5. Who is your celebrity crush?
6. Favourite drink?
7. Dream vacation?
8. Favourite dessert?
9. What is your childhood ambitions?
10. What do you love most in life?
11. One word to describe you.
12. Your Flickr name.

Inilah hasil jawapan mozek/ mozaik beta!

mosaic4466843

Jawapan yang aku jawab:

1. Kaiser
2. Nasi ayam
3. Batu 5
4. Brown
5. Siti Nurhaliza
6. Air kosong
7. Sydney
8. Slurpee
9. Doktor
10. Family
11. Pengembara
12. Kaiser Slayer

Mengikut kata Bob, aku perlu tag 12 orang lagi untuk mengelakkan panau 12 hari, 12 malam, 12 jam, 12 minit, 12 saat. Jadi, 12 mangsa berikutnya ialah:

1. Azrul

2. Zaid

3.Zarith

4.Ummi

5. Miha

6. Nurel

7.Nurul

8. Ben

9. Paan

10. Kencubong

11. Mumtaz

12. Azi

* do it, or panau.. hehe..

mengadap (box office) Istana lagi.

Posted in Uniten dengan label , , , , , on Januari 17, 2009 by fahmiez
queue..

queue.. Faris, Wan (kolar oren) dan Rahim (yellow)

aduhai… masuk hari ni je dah masuk 4 atau 5 kali aku ke Istana Budaya sampai naik muak bermula 2 minggu lepas. Tebal muka mengadap kakak India dari Axcess kaunter tu sampai dia tersenyum kalu lihat aku ada disitu. dengan 14 ID students masa beli tiket dulu, aku rasa die dah tau tujuan aku ke situ.. malu aku, ahaha..

hari ni pas solat disertai kerabat housemate-ku sekalian; Wan Gamelan, Faris the Presiden dan Rahim the rummate kami menuju ke KL untuk membeli lagi tiket. Kali ni untuk kak Cham yang nak join utk show 21 Feb ni dgn kitorang masa latihan koir semalam..

hari jumaat pon jam di Jalan Tun Razak, so aku pun drive dari Jalan Istana menuju ke IB, moderate jam.. hehe..

sampai kat IB, kaunter tiket tutup la pula.

‘Break for lunch’

‘3pm – 4pm’

ok.. jam masih pukul 3.30pm, orang ramai nak beli tiket mula berkerumun.. pergh.. nasib baik da beli sebahagian tiket awal2.. oh ya, lupa nak cerita. kebetulan menunggu tu, ada sebuah lori di hadapan pintu utama menarik perhatian kami.. bukan kerana keantikan lorinya tetapi isi belakang lori itu yang mengandungi pelbagai kertas-kertas, buku-buku, majalah, brosur dan pelbagai lagi material paper. ohh, begitu berharga sekali isi belakang lori..

ane, banyaknye buku..

saya beli dari mereka, mau buang semua ni

huh, untuk direcycle rupanya.. pelbagai khazanah bacaan dari 1997 dimana Istana Budaya masih belum wujud lagi dan ketika itu Panggung Negara di Jalan Tun Ismail masih wujud lagi..

dalam masa menunggu kaunter dibuka, kami membelek2 pelbagai majalah dan mencari bacaan berharga yang sayang sekali untuk dibuang untuk dibawa pulang..

kalu u mau ambillah mana-mana“  kata pemuda India yang membeli kertas dan buku-buku lama dari IB tu cakap..

dengan kata-kata itu terutama kami bersemangat mencari bacaan yang bernilai untuk dicuri.. hehe

kaunter dahpun dibuka dan seperti biasa, that Indian girl yang aku familiar itu menjaga kaunter.. haihh.. xde pekerja lain lagi ke..?

anyway, Rahim beratur di kaunter sementara aku stay behind..

bila tiba turn nak beli, Faris lak panggil aku, cis.. the Indian girl smile again.. huhu.. malu… anyway, dari satu tiket je nak beli, Rahim beli juga pada saat-saat akhir untuk dia dan seorang lagi rakan dia.. so, tambahan 3 tiket hari ni.

dan hari ini memang best sebab dapat stiker kereta PGL di kaunter.. hehe..  untung jugak beli hari ni.. hikmah namanya tuu..

Dengan Wan yang dah nak tertido, kami terus pulang ke Kajang.. ingatkan trafik reda, but still jam!.. huh, so kitorang decide to use alternate road, Maju Expressway (atau sebelum ini Lebuhraya KL- Putrajaya).. terpaksa guna kalu tak lambat la sampai Kajang. Lagipun aku dah janji dengan Ben nak hantar dia dan ibu beliau yang berkursus di Public Bank sebelah Uniten tu ke Cititel Hotel di MidValley..

sampai je umah, aku sempat bantai tido kejap before 6pm.. dengan harapan trafik jam reda after that..

anyway, pas je packing, aku ke Uniten ambil Ben dan ibu beliau di Public Bank. Perjalanan agak slow memandangkan ramai lak gi MV petang2 ni.. sempat jugalah aku berborak dengan ibu Ben (lupe nak tnya nama)..

aku sampai umah 7.45pm.. mak dah sediakan roti bawang.. terus aku makan.. lapar rupanya (tak lunch tadi)..

#3 things#

Posted in Uncategorized dengan label , , on Januari 17, 2009 by fahmiez

*Kene tag oleh Ummi Hany*

3 things that scared me:
1.Allah swt
2.Dark
3.Lonely

3 people who make me laugh:
1.Bob Hadi
2.Darwin
3.Diri sendiri (bole ke?)

3 things i hate:
1.evil
2.Zionis / Islam enemies
3.hypocrite

3 things i dont understand:
1.Bahasa selain Melayu dan Inggeris.
2.Xandross (benci OS nih, x mesra)
3.cinta

3 things im doing rite now:
1.update all 3 blogs (me, choir, Astena)
2.answering this tagged
3.listen to music

3 things i want to do before i died:
1. mengerjakan haji
2.mengembirakan famili
3. hidup bahagia

3 things i can do:
1. tido
2. baca
3. dan sleep

3 things i can’t do:
1.ke angkasa lepas
2.jadi Sultan atau Raja
3. Kahwin Siti Nurhaliza

3 person i want to be tagged:
1. Bob
2. Ben
3. B people.. anybody yang bace ni