Arkib untuk Disember, 2008

Post terakhir 2008..

Posted in Hidup aku today, Peristiwa dengan label , on Disember 31, 2008 by fahmiez

tahun baru datang dan pergi setiap 365 1/4 hari..

azam diri datang dan pergi *ada yang ditunaikan, ade yang belum* haha..

tahun depan ialah tahun terakhir bernombor sa.. pas nie masuk sepuluh, belas-belas dan puluh-puluh..

tahun ni dengan izin Allah dan tiada aral melintang tahun terakhir aku bergelar pelajar, mahasiswa dan lain-lain gelaran semenjak kecil dan selepas itu akan digelar sebagai graduan, penganggur dan lastly pekerja.. ;p

kalau diingat kembali tahun 2008, banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui..

anyway, azam tahun baru 2009 aku ialah menunaikan azam tahun baru 2008 yang tak sempat diazamkan dan tak mau buat azam lagi.. hehe..

Selamat tinggal wahai tahun 2008

Selamat datang wahai 2009!

Happy New Year.

Selamat Tahun Baru

air milo campuran isotonik

Posted in Hidup aku today, Home Sweet Home dengan label on Disember 29, 2008 by fahmiez

masa tgh tulis2 blog ni, aku cam terase lapar lak. malas nak makan coz melantak hari ni dah byk kali so aku pon fikir nak buat secawan milo dgn oat.. sebab x nak wat panas, aku pon letak la air sejuk dari fridge tanpa syak wasangka..

masa aku cecah dgn biskut kering, ok lagi sampai la masa minum.. subhanallah, walhamdulillah, rasa manis semacam bagaikan ada rase air bikarbonat dan lain-lain rasa yang aku tak tau nak describe.. aku cam pelik, ape aku letak? milo, oat, susu cream, air sejuk.. itu jer.

masa tu tak dapat jawapan lagi, aku pun turun balik nak restart modem yang dah mereng, bukak balik peti sejuk nak hilangkan kemanisan semacam dalam tekak sampai la aku tgk balik botol air yang aku letak dlm air milo tadi, 100 Plus..

wekk, skrg ni air yang aku wat tadi dah terbazir.. x sanggup nak minum dgn rasa milo oat dan 100 Plus.. ni dah brp kali aku tersilap minum air ni..

kepada yang tak pernah rasa milo + 100 Plus, nasihat: jangan try!.. haha.. ;p.. eksperimen boleh membawa padah.. lol

*esok baru buang air tu, malas nak gi dapur..

Kembara KL 2

Posted in Cendikiawan, Hangout, Uniten dengan label , , , , , , on Disember 29, 2008 by fahmiez

bersempena cuti publik atau lebih molek dipanggil cuti awam, aku mengajak Darwin, Ben dan Donat jalan ke KL.. dah lame x hangout dengan member dua aku nih.. so as treat for their very suck xmas, (stuck inside Cendi..hehe) aku ajak la diorang beserta Donat ke Muzium TUDM for the second time.

Pas je abis melawat semua jet-jet pesawat yang digunakan zaman perang dulu, move on to Shah Alam ambil si Rahim pulak. Continue to Sogo nak window shopping. Agak lama tak menjengah kawasan yang menjadi fave aku suatu ketika dulu. Parking yang begitu sesak di Sogo memaksa kitorang parking kat Maju Junction.

Kitorang singgah jap Pertama Complex sebelum ke Sogo. Aku perlu menghantar seluar jeans aku utk direpair atas sebab koyak di tempat tertentu.. hehe.. anyway, kitorang pon berjalan ke Sogo pas antar dan melihat-lihat barang-barang yang sememangnya agak mahal..

MidValley menjadi destinasi berikutnya *mulanya aku malas nak gi* tapi atas desakan Donat dan Rahim * yang janji nak bayar duit parking* aku pun on jer.. haha..

As usual, same like Sogo, very pack during weekend.. singgah jap MPH Bookstores beli new issue Off the Edge *gambar Khairy Jamaludin cover front* pastu gi window shopping dan makan kat Food Court sebelum head back to Shah Alam hantar Rahim balik.

Sebelum tu, singgah Giant Shah Alam jap kitorang beli barang keperluan. Masa Donat nak beli contact lens, ade peristiwa menarik berlaku didalam kedai dimana si salesman dan pelanggan mula bertengkar tapi nasib baik tiada apa2 berlaku.. fuhh.. chaos gak jadinya..

pas je antar Rahim balik, aku dan lain-lain singgah supper kat Brother’s Corner sebelum hantar diorang balik ke hostel.

Masa antar balik Dar dgn Ben kat Cendi, aku bertekak dengan si guard bodo sebab bawa masuk Donat dalam Cendi.. Cilakak lu, bukannya lama pun hantar, itupun nak bising.. nasib baik aku sabar sebab Awwal Muharram kan.. sabo je la..

anyway, Happy Birthday to Zarith, pemilik blog K.I.T.A pada 29 Dec..dah umur 23 tahun.. congrats!.

Hijrah diri..

Posted in Hidup aku today, Home Sweet Home, Peristiwa dengan label , , on Disember 29, 2008 by fahmiez

Muharram 1430..

Kita kekadang (atau sentiasa) agak lalai atau alpa untuk mengingati bulan-bulan Islam.. sekadar mengingati bulan-bulan Hijrah tetapi tidak mengingati hari keberapa kita didalam bulan itu *dalam kalendar Hijrah*

Kalendar Gregorian saban hari memainkan peranan dalam tarikh hidup kita sedangkan kalendar Hijrah hanya diingati bila tiba hari-hari penting seperti bulan Ramadan, Syawal, Aildiladha.

Aku akui aku juga tidak mementingkan kalendar Hijrah seprtimana kita menggunakan kalendar Gregorian saban hari..

sambutan antara tahun baru Maal Hijrah dan tahun baru 2009 sememangnya berbeza.. masjid-masjid, surau-surau, madrasah mengadakan tahlil, bacaan Yasin untuk sambutan Maal Hijrah dan disambut secara formal oleh kerajaan. Berlainan pula dengan tahun baru Gregorian; hiburan dan keseronokan sebagai medium utama menyambut tahun baru..

manusia (dan juga aku seorang Muslim) sememangnya alpa..

Memori Jam Dinding Muzikal

Posted in Hangout, Hidup aku today, Peristiwa dengan label , , , , on Disember 27, 2008 by fahmiez
gambar lama waktu jam di Sogo masih berfungsi

gambar lama waktu jam di Sogo masih berfungsi

Jam Muzikal Snow White di Jusco Alpha Angle.. tiada lagi

from old collection: Jam Muzikal Snow White di Jusco Alpha Angle.

teringat balik masa kecik-kecik dulu.. masa tu takde lagi Suria KLCC, MidValley, Mutiara Damansara atau shopping complex yang dikira cool atau stylo utk standard zaman sekarang

tempat yang paling best dalam kenangan zaman masa kecil dulu untuk bershopping masa tu cam Jusco Alpha Angle kat Wangsa Maju, Pertama Complex, The Mall atau Sogo yang dikira popular tahun 90-an dulu..

Selepas itu era highstyle atau world class shopping complexes bermula tetapi tempat-tempat ini masih lagi menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong dek lokasinya di tengah bandaraya KL.

masa jalan2 kembara KL dengan member Uniten last week ke Sogo, memori masa shopping disini kembali ulang tayang di fikiran.. dulu aku suka sangat gi Sogo atau Jusco Alpha Angle sebab jam mekanikal dinding berirama setiap 1 jam akan menghiburkan orang ramai dengan muzik dan anak patung yang bergerak.

Mak, dah pukul berapa?”

Pukul 1.30

Mak, dah pukul berapa?

Hish budak ni, 1.50

Macam main permainan pukul berapa datuk harimau (mak aku garang).

Mak aku dah tau bila aku setiap 5 minit tanya jam dah pukul berapa, dia akan bawak aku gi ruang legar utama.. masa tu gila excited bila tunggu jam dinding nak memulakan persembahan.

kat KL (atau Malaysia) ni setahu aku hanya ada dua je tempat dimana jam dinding sebegitu, Sogo dan Jusco Alpha Angle. Kedua-dua brand shopping complex ini berasal dari Jepun.

Di Jepun (dari koleksi Youtube), setiap kompleks Sogo di seluruh Jepun ada jam dinding muzikal ini.

Sekarang ni, semalam masa gi Alpha Angle dengan P’e, jam dinding muzikal dimana Snow White dan 7 Orang Kerdil akan keluar dimana menjadi tumpuan kanak-kanak menarik ibubapa pergi lihat sudah tiada lagi.. last masa aku lihat jam itu masa ada ianya sudahpun rosak.

Di Sogo KL, jam itu masih ada cuma tiada lagi muzik atau doll yang akan membuat persembahan setiap 1 jam.. agak mengecewakan melihat jam muzikal yang popular masa dulu menghiburkan penonton kini tiada lagi.

Mungkin kebanyakan orang ramai yang datang mengunjung tidak menyedari jam dinding yang megah di arena utama Sogo itu dahulu unik yang menjadi ikon Sogo ketika itu.. Begitu juga jam muzikal Snow White di Sogo yang aku fikir merupakan jam pertama seumpama itu di KL.

Hanya yang pernah melihat jam itu berirama mungkin masih mengingati keunikan jam itu dimana kanak-kanak akan mengheret ibubapa yang sibuk membeli-belah menonton persembahan 5 minit datang dari jam unik ini..

bawah ni Jam Muzikal di Sogo Kobe, Jepun. Hampir sama di Sogo KL..

Merry Xmas.. Santa Ke Lost

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , on Disember 25, 2008 by fahmiez

Merry Xmas to my fellow friends (Darwin, Darren, Benjamin, Julian, Ricky and others). Makan ketupat kek tu ingatlah daku (ingat raya ke?).

anyway, the day b4 xmas (atau dipanggil Xmas Eve..*nk tiru org Barat jap*) seperti biasa ke kuliah dimana kelas MicroP sebagai pembuka hari utk mengasah minda. tapi hari ni aku pergi ke Uniten 2 jam awal, al-kisahnye nak study utk kuiz Data Security.

Sampai rumah Darwin, pintu tak dikunci dan Fakrol tgh enak tido.. jap, mana Darwin? ke kelas Ethics rupanya cakap Fakrol dlm mimpi.. ceh

tp objektif utk study tidak tercapai atas sebab tiada sumber (buku rujukan dan Darwin takde) so, aku pon melayan la jap Disaster movie sementara menanti disaster petang utk kuiz nanti..

pas jer kelas MicroP berakhir, seperti biasa perut perlu diisi dan Upten menjadi destinasi rutin utk bersantap

kamii terus ke COiT utk menghabiskan sisa masa yang ada untuk mentelaah data sec bersedia menghadapi kuiz petang nanti.. alhamdulliah aku dan lain-lain dpt jawab soalan dgn baik.. seronok jawab soalan dgn kod-kod rahsia.. hehe

WELL DONE *satu jawapan dari soalan dari encryption to decryption..*

as usual, pas je kelas, gi Upten lagi utk minum petang.. kali ni Pokcik dgn Lisya ade sekali.

malam tu tak tau nak plan gi mane.. tnya Zaid diorng takde plan.. hrmm

so aku pon balik la ke Seri Cahaya pas hantar Nanoe dgn Fakrol kt Ilmu dan Cendi.

balik umah si Wan dgn Faris ade kt umah. mlm ni tak tau nak kuar ke tak tgk orang sambut xmas.. so kitorng membizikan diri masak sardin, nasi kat dapur pas Rahim balik..

agak lama gak berfikir nak keluar jalan2 ke tak.. buzz si Dar dgn Ben x dijawab.. so, pas je makan, Faris tanya nak kuar ke tak, kalo tak die nak tido.. pulakk mamat ni, ade lak esok holiday bole nak tido awal.

tanpa arah tuju yang benar, aku, Faris, Man gerak ke Uniten amik Nazer dgn Donat. First destination? KL.. masuk ke BB, jam teruk, so kitorang tukar plan ke The Curve , nak gi jauh sikit dari KL..

countdown malam Xmas dah pun berlalu masa sampai but still manusia masih ramai menyambut dengan spray soap *ape tah namenye*..mcm best, jadi aku share duit dgn yang lain beli 3 spray for RM10. sembur!!

setgh jam kemudian, kitorang tak tau nak watpe, so, whut a c razy nite, kitorang plan ke Genting, pergh.. sampai Genting, mmg full. dan keadaan sejuk dan basah. Agak kesejukan sebab tak pernah kot gi Genting pagi2 buta.. haha.. theme park pon close.. so kitorang just jalan2 tgk orang ramai makan dan berjalan sekitar melihat orang ramai dan berborak-borak..

hampir pukul 4 kitorang turun dari puncak dan menuju ke Kajang.. sian aku, sume tido, nasib baik Nazer teman borak, risau aku mengantuk.. kang tak pasal2 terjadi benda tak diingini.. sampai je umah, aku terus tido.. zzz…

BiRtHdAy 3

Posted in Peristiwa dengan label , on Disember 21, 2008 by fahmiez

December is quite important month beside other months, well because it is my birthday fall on the first day of the month, Britney Spears on 2nd Dec *LOL* and 2 of my best mates birthday too; Afiq (7 Dec) and P.e (today, 21st) ahaha.. at last Pe,  dah join the club of 23 y.o with me and Afiq… haha.. happy birthday Syafi’ie!. . jom potong kek!

Tagged by Bob

Posted in Peristiwa dengan label on Disember 20, 2008 by fahmiez

Dah lame tak wat tag, so inilah dia.. di tag oleh Bob Hadi.

1. 5 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda :
a) Bersopan-santun
b) Memahami
c) Pegangan agama yang baik
d) tidak mudah cemburu
e) sejuk mata memandang..

2. 5 Wanita/Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup :
a) Berlagak bagus
b) Curang
c) mengongkong kehidupan
d) sosial yang melampaui batas
e) buruk budi pekerti

3. 5 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati :
a) Wow!
b) Happy!
c) Boleh mati dengan tenteram
d) Speechless
e) nak nangis pun ade.. hehe

4. 5 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda :
a) Mesir
b) United Kingdom
c) Mekah
d) Rumah parents dier
e) Istana Budaya (bole ke?)

5. 5 Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Dia :
a) Cinta dan sayang
b) Perfume
c) Gambar sendiri
d) Gelang
e) RM10 (utk beli topup) hehe

6. Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda..
a) Aurora – Estranged

b) Mulanya Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

c) The Call – Regina Spektor

d) Can I Have This Dance – Zac Efron & Vanessa Hudgens

e) Bleeding Love – Leona Lewis

7. Rakan Yang Anda Tag Dan Mahu Mereka Buat tag ini
a) Azrul
b) Jasmin
c) Kencubong
d) Zaid
e) Mumtaz

Mini Bazar Sem 2 08

Posted in Hidup aku today, Uniten dengan label , , , , , , on Disember 18, 2008 by fahmiez

dalam keadaan masa yang singkat, team untuk persiapan menjelang program mini bazar akhirnya sempat jua menyiapkan dekorasi booth yang diketuai oleh Wan. Program Mini Bazar ini diadakan 2 hari; 16 -17 Dis 08.

Malam sebelum itu, meeting diadakan di Bilik Gamelan untuk perbincangan deko, flyer, booth dan lain-lain.

Flyer untuk diberikan kepada mahasiswa dibuat oleh Paan dan lain-lain persiapan dibantu oleah kerabat Astena yang lain.

Astena agak lambat memulakan persiapan booth memandangkan hampir kesemua ahli busy dengan kuliah masing2 walaubagaimanapun syukur dapat juga disudahkan persiapan booth menjelang petang hari mini bazar sesampainya aku di Upten selepas habis kelas.

Malam itu, aku dan ahli kerabat koir bersiap sedia untuk membuat persembahan koir selepas berlatih hanya semalam saja. tetapi syukur kesemua ahli masih mengingati teknik nyanyian masing2 sewaktu konvo sem lepas.

Selepas saja tarian Astena membuat persembahan yang memang menarik, giliran koir pula dan kami menyanyikan 2 lagu semasa konvo lepas, Stand By me dan Sejahtera Malaysia dibawah konduktor cantik koir, Nanoe.. hehe

anyway, aku agak terkejut masa berkoir tetiba ramai la pula naik pentas. tapi agak happy coz it’s good to have many people on stage! haha

malam kedua koir tak wat apa2 persembahan melainkan tarian saja. Alatan Gamelan pula perlu bersiap di Sunken Garden untuk majlis  keesokan pagi dimana panel penilai QMEA untuk Prime Minister Industry Excellence Award.

Pada majlis penutup, Astena sekali lagi untuk setiap semester memenangi anugerah tradisi yang perlu dimenangi Dekorasi Booth terbaik dari MPP.. congratz to all! terutama pada kepala kreatifnya, Wan dan Nazer. Walaupun berhias pada saat-saat akhir, Astena masih mengekalkan tradisi dengan anugerah ini dari kesinambungan beberapa presiden yang lalu dan kini dikepalai Faris untuk kali pertamanya.

Habis majlis penutup, begitu juga booth.. ramai juga ahli-ahli baru mendaftar pada saat-saat akhir (45 total).

Lepas je berkemas tutup kedai booth, aku follow si Faris dan budak Gamelan lain gi Sunken Garden (aku tak bawak kete) sebelum pulang.

Raya Qurban

Posted in Family, Hidup aku today dengan label , on Disember 15, 2008 by fahmiez

hampir pukul 1 aku tiba di kediaman Mak Long aku di Sg Udang Melaka..

seronok gak menyelusuri lebuhraya seorang diri; boleh menyanyi kuat2 dan cakap sorang2.. heheh..

sampai di rumah, baru ku tau ayah aku tak balik kampung, raya kat KL. penat nak balik pas keje.

keesokan paginya setelah mandi, aku pun bersiap diri ke masjid utk solat sunat raya aidiladha. agak janggal sebab selalunya solat kat kampung nenek aku kat Tanjong Rimau Dalam. kali ni solat kt masjid di Kem Terendak pula.

hujan renyai menghujani muka bumi setiap hari bagaikan sayu mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak baginda. begitu jua dengan keadaan semasa apabila tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa mengingatkan kepada umat manusia bahawa kita ini lemah dan mudah merosakkan alam sektar. tajuk khutbah selepas solat raya menghuraikan isu2 ini..

hujan di pagi raya bukan sahaja di Melaka, tetapi hampir di seluruh negara.

kembara KL (Kaki Lenguh)

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , , on Disember 14, 2008 by fahmiez

huh.. penat hari ni berjalan hampir 11 jam!

mulanya nak gi tugu negara jer tapi melalut, melencong sampai ke Muzium TUDM, Planetarium Negara, Muzium Negara, Maju Junction, Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India hingga ke KLCC singgah jap PC Fair..

memang kebas la kaki cam nak terbang jer.

anyway, a great time sebab dapat juga melawat Muzium TUDM di Lapangan Terbang Udara Sg Besi. Dulu masa gi dgn Darwin dan Fakrol x jumpa tempat tu *takut nak masuk kem tentera*. Akhirnya dapat juga masuk dan melihat sejarah dan real thing ~ classical piece of history pesawat dan jet pejuang dari zaman kolonial sehingga ke zaman pasca-merdeka. memang berbaloi walaupun cuaca mendung dan padang yang menempatkan pesawat lecak.

selepas tu, Tugu Negara dilawati. Paan, Wan, Rahim dan Faris tak pernah jengah tempat ni, jadi bawak la mereka menjejakkan kaki ke kawasan memorial negara ini.

Planetarium pula sedang mengalami ubahsuai dimana hampir sebahagian besar kawasan pameran ditutup dan ruang pameran yang ada untuk masa sekarang agak kecil. Masuk percuma untuk sementara ni, jadi bolehlah pergi kepada yang berminat. sekadar pameran mengenai kajian dan kejayaan angkasawan negara tapi berbaloi.

Meneruskan perjalanan ke Muzium Negara pula yang kini ruang galeri A dan B dah berwajah baru dengan pengenalan galeri zaman era batu tamadun manusia dan galeri B pula dengan adat budaya Melayu. Galeri C dan D mengenai zaman penjajahan dan era moden negara.

akhirnya hujan turun dengan lebat. perut dah lapar, tak tau nak makan katner, aku pun bawaklah kereta ke Maju Junction makan kat Pesona Foodcourt. Sizzling Mee!

Hujan reda sikit lepas makan, kami pun berjalan keluar ke Sogo dan berjalan sampai nak patah lutut ke Masjid India dan berpatah balik.. singgah jap 7-Eleven beli Slurpee sebelum u-turn.. ingat nak gi Sogo before kol 6 tepat sebab nak tgk jam kat dinding tu wat show.. (tak tau da ok ke tak).. so kitorang yang dah kepenatan boleh la pulak ke KLCC pula atas saranan si Rahim, so pergi ajer la..

Sampai sana aku dah malas nak masuk selepas mengucap melihat kelibat ramai manusia yang berduyun ke pameran PC yang diadakan 3 kali setahun. walauapapun aku tetap masuk walaupun setakat Hall paling  last dan kuar 5 minit kemudian.. sementara Faris dgn Rahim shopping hard-disk, aku, Paan dan Wan gi alas perut jap kat gerai makan belakang bangunan berhampiran Avenue K.

Hampir 11 jam kitorang berjalan, dah tak boleh nak berjalan ke tempat lain lagi.. so balik la ke rumah kami di Kenari.. sekarang dah ngantok, nak tido.. kaki kene dibelai.. zzz…

esok cek berat turun berapa kilo.. haha..

hari ni harijadi Hazman.. hepi besday!

Asean University Games 08

Posted in Hidup aku today on Disember 13, 2008 by fahmiez

Dalam perancangan keluar yang begitu cepat, sepantas kilat dan tanpa disangka, aku dan lain-lain ke Stadium Nasional Bukit Jalil semata-mata untuk melihat upacara pembukaan rasmi Asean University Games ke -14 yang buat kali ke-3 di hos di sini selepas kali terakhir pada 1993 (time tu aku darjah 3, tak tau ade sukan camni)

awal plan sabtu aku agak free dari jadual berpeleseran (xde la sgt).. gi LowYat dgn Pe nak servis LCD monitor Samsung die yang rosak then fikir balik tido.. best idea dlm minda.. pastu tetiba tanpa diduga Bob call, tanya nak gi showcase Dewangga Sakti kat Jalan Gurney, Bob pon lupe showcase tu mlm ni. aku ni kalo in shock ajak kuar agak liat *walaupun cam nak gi* tapi sebenarnya liat bila bab tiket berbayar.. hehe.. tengah sengkek le katakan..

so, dalam malas tu sebelum hantar P’e balik rumah pas pulang dari LowYat dan singgah makan kat Station Kopitiam kt Mutiara Complex, kitorang singgah jap kt brand new mall dekat dgn rumah aku dan Pe, Brem Mall sebelah Hotel Crown princess.. memang gempak la tempat ni.. cool! coming soon ade Metrojaya dan paling best, panggung wayang makin dekat dengan rumah.

as usual online YM kt  umah, sehinggalah mata aku ni melirik ke arah status Ummi Hany,

‘gi ke perasmian AUG 08 kat Bukit Jalil’..

What!? Malam ni kah?.. aku pon cek balik website AUG 08, hoh, malam ni rupanya opening ceremony tu.. dengan tergesa2 aku pon fikir2 sape la aku nak bawak ni.. Mas Ilmi, Paan, Wan, dan Rahim join malam tu gi ke Stadium Nasional.. before that, aku kene la amik diorang kt Serdang (Ilmi), Uniten (Paan) dan last sekali Kajang, umah sewaku (Wan dan Rahim)..
dengan jam pon dah pukul 8.15, aku pon drive ke Bukit Jalil dengan harapan sempat sampai.

sempat gak sampai dan dapat parking pon depan pintu masuk.. kami pon berjalan kaki 100 m (kununnyer) ke pintu masuk ke stadium.. fuhh.. memang ramai.. masa sampai tu pun upacara masuk kontinjen atlet setiap negara ASEAN dah bermula.. Malaysia masih belum wat grand entrance lagi, so kira ok lagi..

memang terpegun dan kagum masuk stadium ni.. last sekali masuk tahum 1998 masa Sukan Komanwel ke 16 dulu.. 1998 -  2008.. huh, kira 10 tahun da lepas bila first time aku jejak kaki ke stadium ni… kira sambutan sedekad aku gak la masuk ke situ.. hehe.. (tak tua lagi)..

lepas jer kontingen dah masuk ke tempat duduk, persembahan yang  dinantikan tiba dari pelajar2 UiTM.. memang menarik.. dengan Mawi, Zahid, Syafinaz menjadi artis pembuka tirai majlis upacara pembukaan..

Welcome AUG 2008!