Selasa, 11/11/2008
semalaman tido masih diserang nyamuk. tak pernah rasa kot nyamuk Sg Petani ni dgn darah org KL. Actually malam semlm Ewoq da pasang alat penghalau nyamuk Ridsect jenis plug, tapi kaki Faris mencabut plug tu dari tempatnya (hampeh). Akhirnya, aku menggaru lagi..
Hari ini kami akan berkembara ke Pulau Pinang lagi. Sebelum tu, kami singgah ke klinik gigi. Ewoq sakit gigi sejak semalam (dats why dia cam muram). sementara dia diperiksa, kami bertiga berjalan-jalan di kedai berdekatan mencari sarapan untuk mengisi perut yang lapar.

Ewoq tgh wat appointment..
Kami kembali ke klinik gigi dan menunggu Ewoq yang masih dalam pemeriksaan doktor. Selesai semua, kami akhirnya bergerak meninggalkan Sg Petani menuju ke rumah Mas Ilmi, mengajak dia sekali dalam kembara utara masuk ke Pulau Pinang untuk kali kedua.
Dalam perjalanan diatas jambatan, aku mendapat panggilan dari Uniten menyatakan aku mendapat bilik di Cendikiawan pada semester 2 akan datang. no komen, tak rasa apa-apa sebab masih lagi vacation mood.. hehe..
Mengikut pelan rancangan destinasi, tempat pertama kami ke War Museum di Bukit Batu Maung di daerah Barat Daya.




Dibuka pada 2002, pada asalnya ianya kubu pertahanan tentera British dibina pada 1930-an untuk melindungi pulau dari musuh semasa era Perang Dunia ke – 2.
Direka oleh jurutera British menggunakan tenaga kerja dari Afrika Selatan, Nepal, tahanan tentera dan juga orang tempatan. kawasan ini merangkumi canon-firung bay, anti-aircraft firing bays, kuarters tentera, dapur, penjara, dan pusat arahan. Apa yang kita lihat disitu sekarang sama seperti zaman ianya dibina.
Pelawat juga dapat melihat bagaimana kehidupan seharian askar. Berek dikhususkan mengikut taraf dimana ada berek khas untuk pegawai British, India dan juga Melayu.
Bila pihak tentera Jepun menakluki pada Disember 1941, peranan kubu ini bertukar menjadi penjara tahanan perang dan digelar Bukit Hantu kerana banyak orang yang dibawa kesana dipancung.
Berjalan di Penang War Museum bagaikan kembali ke zaman silam dimana terdapat banyak terowong dan bilik bawah tanah. Pelawat boleh merasai sendiri pengalaman sperti askar dahulu. Perasaan seram dan juga pilu menginsafkan diri kerana banyak memori pahit terpahat disini.
Ketika kami kesana, perasaan dari gembira bertukar menjadi serius bila seorang kakak Indon yang fasih loghat orang Tanjung menceritakan kisah pada zaman Jepun dimana anak gadis dibawa disitu dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, orang tempatan dan tahanan perang diseksa begitu kejam. keadaan lebih menyeramkan apabila gambar-gambar kematian yang menyayat hati apabila anak kecil yang tidak berdosa juga dibunuh kejam.
Perasaan begitu terusik tapi kami bersyukur dengan perjuangan orang-orang dahulu dan menghargai nikmat kebebasan yang kita alami sekarang. Kawasan kubu yang luas dan masa yagn suntuk menyebabkan kami tidak sempat turun melihat berek-berek lain dan kami meninggalkan Muzium Perang Pulau Pinang ke destinasi lain..


Destinasi lawatan seterusnya ialah Rumah P.Ramlee. Disinilah lahirnya seorang seniman agung negara yang sukar dicari ganti. Di anjung rumah P.Ramlee yang dibina mengikut teratak asal, seorang pakcik tua bernama Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Mat menceritakan kisah kehidupan P.Ramlee sewaktu kecil dahulu dimana beliau dan P.Ramlee merupakan sahabat ketika itu.Banyak yang diceritakan oleh Pak mat yang tidak diketahui umum melainkan sumber2 terdekat seniman agung ini.
Kami melihat lebih dekat didalam rumah P.Ramlee yang hanya mempunyai satu bilik iaitu kamar tidur ibubapa beliau, dapur, ruang tamu dan serambi. Dibawah rumah basikal tua yang digunakan P.Ramlee untuk bersiar-siar di sekitar Penang dan juga ke sekolah terjaga rapi untuk tatapan umum.
Selepas itu, kami berbual sekali lagi dengan Pak Mat dan mengakhiri dengan melawat galeri disebelah rumah beliau yang menyimpan khazanah seni peninggalan Tan Sri P.Ramlee.
Jam sudahpun menunjukkan pukul 4 petang. Perut sudahpun lapar terutama Ewoq yang tidak bersarapan pagi selain menjamah roti dibeli di 7-E sebelum bertolak.
Atas cadangan Ewoq, kami berhenti makan di Restoran Nasi Kandar Subaidah sebagai pelengkap dalam merasai makan nasi kandar asli dari Penang.. memang la sedap memandangkan aku ni jarang makan nasi kandar di KL.

luv this pix a lot! credit to Faris' talent
Batu Feringghi destinasi kembara lewat petang seterusnya. Kami cuma berjalan-jalan di tepian pantai dan melihat gadis orang ramai yang mandi manda dan berjemur..
Selepas itu, kami singgah ke bandaraya GeorgeTown mencari buah tangan. Bob membeli jeruk dan aku pula hanya asam yang bergula (tak tau nama ape).
Hari sudahpun malam dan tiba masanya untuk meninggalkan pulau dengan penuh bergaya seakan pelancong dengan menaiki feri yang terkenal dan menjadi nadi pengangkutan antara pulau dan tanah besar suatu ketika dulu sebelum adanya Jambatan Pulau Pinang.

sempat jugak naik..
Aku, Ilmi dan Faris hampir ketinggalan feri apabila yakin dengan kata-kata Ewoq yang mengatakan 20 minit lagi kami boleh naik feri sementara kereta beratur. tanpa sangsi, kami bertiga berjalan di kedai berhampiran jeti sehinggalah Ewoq atau Bob call mengatakan feri dah sampai. Dengan kudrat yang ada, kami berlari tetapi hampa apabila pagar sudah ditutup untuk penumpang yang berjalan kaki. huhu.. tapi, syukur kami dibenarkan masuk ke feri setelah abang yang menjaga jeti membenarkan kami masuk setelah Ewoq datang.. fuhh..

Voila! KFC versi Malaysia.
Selepas menghantar Ilmi pulang ke rumah dia di Butterworth, kami pulang ke Sg Petani tetapi singgah sebentar ke tempat yang kami berniat pergi pada awal kedatangan kami ke rumah Ewoq, Radix Fried Chicken. hehe.. kerana rasa ingin tahu, curiga, disertai dengan perasaan lapar, kami akhirnya pergi jua ke restoran segera ala KFC versi tempatan. Semua hidangan dari ayam ke sos sehinggalah ke air minuman adalah jenama Radix atau lebih tepat pengeluar jenama itu sendiri; HPA. (kepada yang tak tahu, Radix ialah pengeluar kopi Radix yang selalu kita dengar di radio dan juga iklan)
Sebelum tidur, sempat juga melayan movie Semi Pro lakonan Will Ferrell dan Borat.