Arkib untuk Oktober, 2008

Study timeout: my movie story

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label on Oktober 30, 2008 by fahmiez

baru kusedar sepanjang semester ini (seingat aku la) aku cuma menonton wayang 2 x je dikira dari bermula sem 1 ni.. tu dikira rekod aku yg paling rendah jika dibandingkan semester2 sebelum ini. mungkin kerana tanggungjawab sebagai mahasiswa makin bertambah atau aku dah makin tua (di uniten).. da xde semangat enjoy anak muda..

seingat takat di minda aku ni, cuma 2 je yang aku ingat; Eagle Eye dan Max Payne.

Eagle Eye aku tgk dgn Zaid malam raya ketiga kat OneUtama.. (raya yg paling luar biasa.. agak bosan) sejurus selepas aku baru pulang dari halaman kampung, aku terus gi sana jumpa Zaid pastu lepak gi Subang Jaya kat mamak.

Dan yang terbaru Max Payne (headache) kat MidValley tgk show late nite dgn Bob, Faris, Hazman dan Nazir.

Lepas je exam dan presentation ni, aku akan gi melawat balik pawagam. Wait for me!

wish list hot movies to see.


Lights on!

Posted in Peristiwa on Oktober 26, 2008 by fahmiez

to all my Indian friends whose celebrated the festival of lights tomorrow, i’m wishing u a happy diwali!.. esok cuti, tapi kene stadi.. hehe

Kenapa membisu?

Posted in Hidup aku today on Oktober 26, 2008 by fahmiez

Oh nokia N73ku,

dulu kau sentiasa menjerit menyedarkanku tika rakan, keluarga atau SMS sampah datang kepadamu..

Kini,

kau diam membisu, tiada lagi bunyi-bunyian yang keluar dari speakermu bila tiba pesanan..

Kau hanya bersuara pabila ada orang yang ingin bercakap denganku..

tiada lagi bunyi kedengaran SMS ‘Excuse me boss, u got 1 message’, hanyalah kesabaran orang yang menghantar SMS menunggu balasanku, jika kusedari ada mesej yang tiba secara manual..

Adakah sudah tiba masanya untukku menukarmu dengan yang lebih baik atau perlu mengformatkanmu seperti zamanmu tika ku berjumpa denganmu kali pertama?

* Jadi kepada rakan-rakanku sekalian, jika anda menghantar sms kepada aku, moleklah korang miscal sekali sebab telefon aku skrg merajuk dgn aku for a time being. Tak mahu bersuara bila SMS masuk. :(

Peperiksaan di sekitar sudut (around the corner)

Posted in Uncategorized on Oktober 25, 2008 by fahmiez

Akhirnya, tibalah jua debaran yang dinantikan oleh setiap umat pelajar dan mahasiswa, tidak kira umur dan negara. Kita pasti akan mengalaminya berulan-ulang kali.. (aper la aku merepek ni..)

anyway, final examination untuk Sem 1, 08/09 akan bermula next week. Semester ni aku ambil 4 subjek dimana 3 subjek ade exam. Project 1 takde exam, ade presentation after exam.. huhu..

Exam paper aku mula pada 29 Oct dengan 2 paper in one day! OOP dan Advanced OS dan diikuti paper Ethics pada 6 Nov. Pada sebelah petangya after last paper aku tu (Ethics) on the same day, aku ade presentation Project 1 dengan supervisor, Puan Azizah Suliman dan second reader, Mr Chen Soong Der.

Kepada sumer rakan-rakan, study smart dan semoga sukses dlm exam nanti.. insyaAllah kita boleh jawab soalan dengan baik.. Amin..

very hectic schedule..

perubahan kepimpinan.

Posted in Peristiwa, Uniten dengan label on Oktober 24, 2008 by fahmiez

AGM ke-2 di COIT selepas penat beraya diadakan pukul 9 malam. Setelah hampir 1 jam Bob memberi ucapan panjang lebar, dengan rasminya, MT yang lepas dibubarkan dan dengan itu juga Sarah mengambil alih tugas ketua koir dari aku secara rasmi.. rase release jugak beban dan tanggungjawab yang aku hadapi sepanjang menegendalikan urusan hal ehwal koir. Tapi, walaupun bukan lagi ketua, aku perlu membantu dan ajar Sarah dalam menguruskan hal-hal dengan USK, admin dan lain-lain dari belakang. Dulu, Ilmi pun buat camtu bila dia berikan tugas ketua kat aku dulu dan lama-kelamaan aku dah tau bagaimana nak uruskan hal dgn orang2 atas.. kini giliran aku pulak bantu Sarah, lebih-lebih lagi aku timbalan ketua koir, turun sikit pangkat (beri peluang muka baru.. ecece) dan selain itu aku juga diberi tugas sebagai exco IT dan multimedia yang baru ditubuhkan dibawah kepimpinan presiden baru, Faris yang menggantikan Bob Hadi.

membentangkan report aktviti koir sesi lepas

membentangkan report aktviti koir sesi lepas

Tugas aku dlm exco ini ialah menguruskan blog (aku handle 3 blog sekaligus termasuk personal ini), fotografi,media dan lain-lain melibatkan creative content, info, database dan komputer.
Banyak juga kejutan dari segi kepimpinan. Mastot dari S/U menjadi Timbalan Presiden (menggantikan Soeraya) dan Alin mengambil alih tugas S/U.
Yang lain-lain tiada perubahan ketara melainkan kepimpinan ketua-ketua kumpulan seni didominasi perempuan (Gamelan – Suriana, Koir – Sarah, Tarian – Nazira) kecuali kugiran yang dipimpin oleh Hazman.

anyway, successful wish to the new leadership of Astena for 08/09 session.. Amin.

Raya sebelum exam – hari kedua.

Posted in Uniten dengan label , , on Oktober 24, 2008 by fahmiez

19 Oktober – 19 Syawal

Sesi raya bersambung lagi.. malam tu pas gi Tesco aku balik kerumah. Macam dah lame tak balik rumah, rindu la plak. Lagipun aku kene balik, ambil baju Melayu sebab mengikut perintah Presiden Hadi yang mahu semua memakai baju Melayu pada hari raya kedua setelah tema sekular pada hari pertama program beraya.

rumah Bob

rumah Bob

Seperti biasa pukul 10 kami memulakan perjalanan. Pada program hari kedua ini, kami beraya disekitar KL, bangi dan Kajang. Destinasi pertama kami ialah rumah Bob di Kampung Sahabat, Gombak. Menu dirumah ialah nasi lemak.
Konvoi yang pergi hari kedua ini terdiri daripada 17 orang; aku, Darwin, Bob, Donat, Mim, Beba, Leha, NajilaA, Nad, Faris, Apis, Mr Os, Rahim, Amzaar, Ewoq, Pokcik dan Lisya.
Walaubagaimanapun, Mim dan NajilaA mengikuti konvoi raya ke rumah Bob saja.

hidangan dirumah Nad

hidangan dirumah Nad

Selepas itu, kami menyeberangi Jalan GOmbak-Greenwood yang begitu sibuk menuju ke rumah Nad, kebetulan rumah Arip teater juga sebaris dgn rumah Nad, alang-alang tu kami juga kerumah Arip selepas itu. Dirumah Nad, sate 200 cucuk menjadi makanan utama selain mi goreng dan lain-lain. Dirumah Arip pula spageti disediakan.

rumah Arip

rumah Arip

Selepas rumah Arip, semangat raya aku hampir luntur apabila dimarahi oleh pakcik penyangak yang sombong sebab parking di tepi rumah beliau. Belum apa-apa dah kata aku kurang ajor, actually yang paling kurang ajor sekali ialah dia sendiri sebab terus sergah aku tanpa bertanya dgn baik. anyway, aku biarkan je lah, bila tiba masanya, akan ada pembalasan untuk dia nanti.. heheh.. (evil thought in process)

sebelum ke rumah aku, kitorang amik Hazman kat LRT Taman Melati. dia baru balik dari show di Port Dickson naik komuter di Seremban ke KL Sentral. penat tuh perjalanan..

kat rumah aku lak..

kat rumah aku lak.. tgk Sumolah

dirumah aku, mak aku sediakan mi goreng.. ini first time member2 astena datang rumah aku. Terima kasih mak for the delicious mee. (^^)

dgn members kat rumah Fifi

dgn members kat rumah Fifi

Selepas tu, pada aku bawak konvoi aku ke rumah member sekolah aku dulu, Fifi kat Taman Seri Delima sebab dia pun adakan rumah terbuka. lagipun nak jumpe besties aku – Afiq, Nafisah dgn Pe; dah lame tak jumpa diorang since raya.. rindu la plak. lagipundapat la jugak aku kenalkan diorang dgn member2 Uniten aku ni.
Anyway, tak lama dirumah Fifi sebab masih ade rumah lain perlu pergi. selepas berjumpa dgn Fifi dan bersalam dgn abah dier kitorang mengundurkan diri dan terus ke Bangi.

Wan Diva house

Wan Diva house

Di Bangi, kami ke rumah Wan Diva di Seksyen 3 dan akhirnya ke rumah Faris di Kajang. Wajib dirumah terakhir, aku mula sakit perut.. dan sampin aku yang cantik tertinggal dirumah Faris.. (jgn lupe pulangkan o Faris.. hoho).

rumah Faris

rumah Faris

malam ni AGM sesi ke-2 kat COiT pulak.. zzzz

Raya sebelum exam – Hari pertama.

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , , , , on Oktober 24, 2008 by fahmiez

18 Oktober – 18 Syawal.

rumah Amzaar yang begitu ceria temanya..

rumah Amzaar yang begitu ceria temanya..

masih lagi dlm mood raya.. aku join member2 Astena berjalan raya utk program 2 hari raya sakan sebelum study for final exam.. hoho..

Pada hari Sabtu, konvoi terdiri daripada aku, Zul A, Darwin, Bob, Nad, Amzaar, makwe Amzaar( sori, x ingt name..), Pokcik dan Lisya ke kampung Amzaar di Banting Selangor. Rase keadaan kampung merelaxkan pemikiran walaupun lori-lori kerap kali lalui jalan ini membuatkan hati berdebar.

Pejabat Pos Lama Banting yang bakal dirobohkan. Klik sini untuk artikel di Utusan.
Bandar Banting ini mengingatkan kepada era zaman pre-merdeka dimana klasik dan moden wujud dimana-mana. Satu struktur yg menarik perhatian semasa di Banting ialah pejabat pos lama di tgh bandar. Bentuknya unik yang kuanggap wujud semasa zaman QE2 dulu.. dan menariknya baru-baru ini keluar di artikel di Utusan bahawa struktur kolonial ini akan dirobohkan kerana tidak selamat digunakan dan tidak strategik kerana terletak di persimpangan jalan raya di tgh bandar.. dapat juga aku mengambil gambar pejabat pos lama ini jika ia akan dirobohkan. Dpt juga aku ketahui sejarah warisan masih disitu sebelum ia hilang selama-lamanya..

Okey, enuf of heritage. di rumah Amzaar parent dier sediakan sarapan pagi coz still pagi masa sampai. memang untung la rumah pertama, sebab masih lapar lagi.. haha..

rumah abang Rahim

rumah abang Rahim..sate..

selepas kerumah Amzaar, kami melalui jalan short-cut terus ke Shah Alam melalui jalan-jalan kampung dari
Banting. Di Shah Alam, kami singgah ke rumah abang Rahim diTTDI Jaya sempene birthday party anak sedarenye cum rumah terbuka. Selepas itu, kami ke rumah Daus, former housemate Bob yang juga di Shah Alam.

rumah Daus.

rumah Daus.

Dgn perut kenyang, kami singgah sebentar di Stesen Petronas bersolat sebelum memulakan perjalanan kembali ke Uniten melalui LDP mengambil Donat di Ilmu dan Nazir dan Leha di Murni oleh Pokcik.

rumah mak sedara Donat.

rumah mak sedara Donat.

Zul A x follow kitorang ke rumah makcik Donat di Kajang yang menjadi destinasi terakhir. So, aku pon kenelah bawa keter beso aku. Selepas sesat jalan dan melalui tol yang sama 2x (salah Donat.. :p). jumpa jua kami rumah makcik Donat yang sebenarnya tak jauh dari tol (mmg sah la ko Donat, kate ingat jalan..). Lontong membuka selera aku semula setelah panas baran didlm kereta.. haha..

catwalk at Tesco. 2 Men and a basket (Donat amik pix)
Kononnye memilih cawan plastik.. haha

Kononnye memilih cawan plastik.

Selepas itu, kami mengakhiri program Raya Sakan yang akan disambung semula esok.

Anyway, kami berpisah haluan dimana aku, Bob, Darwin dan Donat ke Tesco Kajang membeli makanan ringan untuk AGM malam esok sebelum pulang ke Uniten..

BBQ Astena 08.

Posted in Uniten dengan label , , , on Oktober 21, 2008 by fahmiez
..

selepas BBQ.. time kemas. gilew.

Dar, aku dan Didi

Dar, aku dan Didi

walaupun penat beraya di siang hari, aku tetap bersemangat dengan program Bob yang disukainya sangat, BBQ (which is stand for barbeque for those yang baru lahir.. not that type of haram animal okey..;p)

anyway, lepas jer balik dari beraya, aku lentok jap dan bangun tgk SMS Pokcik mintak turun bilik tolong
persiapan.. dengan muka ngantuk aku pon ke bawah, ketuk pintu dan terus diberi penghargaan oleh Bob dengan pisau made in Gombak untuk sambung keje die kupas kulit kentang yang baru direbus.. nasib baik bukan aku je, Rahim dgn Mas Ilmi pon join the honorary chef persiapan malam tu.. jam masa tu dah nak kol 8. kene cepat siap.Bob masa tu lak tgh prepare bahan lain untuk coleslaw.. lepas kentang, bawang lak kemari.. dengan lagak seorang chef, aku pun potong bawang besar tapi masih ble tahan airmata dari berderai dari kepedihan( terus ilang ngantuk).. sambil potong2 tu, aku pon prepare air gula sekali untuk air anggur, nanti tak manis lak..

lepas dah siap coleslaw, kutleri (senduk, sudu, etc), air gula dan lain-lain, kitorang pon pergi ke kereta
Amzaar di bawah parking terhuyung membawa barang2. Rahim naik motor dengan Ilmi. aku, Bob, Man naik keter Amzaar Karipulai bawk barang ke stadium mini.
kat sana (mini stadium), team lain dah prepare dgn peralatan barbeku.. siap menyala arang (thanx to Shimi, Mastot bf dan Pian yang nyalakan arang coz nazaknye arang yang dibeli nak terbakar..). ayam, daging lembu dan kambing yang sudah diperap (atau marinate kate omputih) mula dibakar.. fuhh.. bbq astena officially open..
ramai juga ahli astena yang hadir termasuk Ewoq, mantan presiden lepas pun datang dgn awek, termasuk la member2 astena yang senior..

malam itu jugak Lisya wat surprise birthday kat Najilaa dengan baling tepung dan kek harijadi.. aku yang tak
cekap potong kek kecil terutama utk dibahagi adil kat org ramai dgn kek saiz kecik pon potong la sampai nak dah tak nampak keknye.. haha..

selain itu, meja yang terbakar sebab arang jatuh menjadi kenangan malam itu.. sampai berlubang bak komet
menghentam menjadi kenangan.. keke..

anyway, terima kasih bob dgn idea BBQ ini, one of his wish list programmes with astena before he leave.. lagipun ini last time die disini as a student dan president of the club.. so enjoy this precious moment with our big bro.

ikatan persahabatan tak kira cabang seni bersatu menjayakan program ini.. menghulur tangan memikul tugas merealisasikan impian program BBQ acara astena yang best..

red team - aku, Nad dan Amzaar

konvoi raya atas highway

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , , on Oktober 20, 2008 by fahmiez
di rumah Paan debat

di rumah Paan debat

Cerite hari raya lagi, (dah lame x update.. raya sebulan kan.. so citer raya ader lagi laa) 12 Oktober, nak dijadikan cerita Ahad lepas aku dan member2 koir dan Astena menjelajah ke rumah Paan debat di Bandar Seri Putra, Sharifah Laila di Nilai dan Sarah di Senawang, Seremban menyerbu rumah terbuka diorang. Plan awal pergi ke dua rumah saje; Paan dan Sarah tetapi pada saat2 akhir kami menyertai Nurul, Miha,ummi dan Shu gi ke rumah member diorang kat Kota Seriemas yang juga pelajar Uniten. Bersemangat raya walaupun x kenal tuan rumahnya.. hehe

crew keter.. jom raya!

crew keter.. jom raya!

perancangan awal aku ialah mula berkumpul di MPH pukul 10 pagi. Aku yang dari KL ke Uniten seawal pukul 9 pagi, takut jam. bila sampai ke bilik Bob, sumer penghuni masih tak siap, ada yang masih tidur. cuma Amzar Karipulai je yg dah bangun.. huhu.. manakala the punctual girls, Nurul, Ummi and the gang dengan Didi dan Mas Ilmi dah tunggu kat MPH..  huwaa.. diorang ni memang la dasar lambat.. berkecamuk diri aku dibuatnya.. haha..

syukur.. setelah problem settle dan ambil Nad di Ilmu, kami terus berkonvoi yang terdiri dari 4 buah kereta, kereta Kelisa aku, dua kereta Kancil; Nurul dan Pokcik dan Honda Rahim menuju lebuhraya.. raya kali ini melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan di mana tiga tol kami lalui; Putra Mahkota > Nilai > Senawang (tu title post raya di highway.. haha)

Agak ramai juga yang join konvo ni..  aku, Ilmi, Donat, Didi (Kelisa) Nurul, Ummi, Shu dan Miha (Kancil) Bob, Faris, Rahim, Paan [join 2nd next house], Amzaar (Honda) Pokcik, Lisya, Najilaa dan Nad (Kancil) . Aku pulak dilantik program manager jalan raya ni sebab aku yang ajak jalan raya ni.. isk isk.. ;P

first stop open house.

dalam 15 minit, kami akhirnya sampai jua ke Tol Putra Mahkota. kami dijamu dengan makanan ala itali, spageti.. fuhh deliciouse.. thanx to paan and the family..
agak lama juga singgah dirumah Paan. Pukul 1 petang kami mengundurkan diri. Paan kali ini menyertai konvoi kami ke rumah terbuka lain.

rumah Paan lagi.. makan.. (ingat le ade byk umah lg nak gi..)

rumah Paan lagi.. makan.. (ingat le ade byk umah lg nak gi..)

Second stop open house
Kami masuk semula ke highway dan ke Nilai menuju rumah rakan Nurul di Kota Seriemas. Bandar terancang yang dibina di kawasan ladang kelapa sawit ini memang cantik dan menarik walaupun agak sunyi kerana masih lagi dalam proses pembangunan bandar baru. Kami sekali lagi dijamu dengan hidangan ala itali.. empunya rumah ini memang la mewah dengan hiasan antik dan klasik.. termasuk la perabot2 nye sampai takut lak nak sentuh.. takut terpecah berderai.. hehe

di rumah Sharifah Laila.. cantik kan? (rumahnye.. skandal lak nanti)

di rumah Sharifah Laila.. cantik kan? (rumahnye.. skandal lak nanti)

third stop open house

Kemudian, kami meneruskan perjalanan menggunakan jalan kampung ke Seremban (sebenarnya sesat nak ke highway) menuju ke Senawang dan berjumpa juga highway ke rumah Sarah.  di sana kami dijamu sate dll makanan yang sedap.. agak kenyang sampai rumah Sarah tapi aku dan Bob as the big boys dalam konvoi raya ni, menjamu sebyk boleh makanan.. hehe

rumah Sarah.. finally..

rumah Sarah.. finally..

kenyang perut, kami pulang ke uniten untuk persiapan Barbeque malam ini pula.. a busy raya day.

terima kasih kepada tuan-tuan rumah yang menjamu kami yang lapar.. hehe..

Ijan

Posted in Family, Home Sweet Home dengan label , on Oktober 12, 2008 by fahmiez
Ijan (baju putih) dan Sham

Ijan (baju putih) dan Sham

malam itu aku pulang dari rumah terbuka Tun Dr Mahathir. Aku pulang ke rumah selepas hantar Bob di Gombak selepas kami berjalan di Tesco Selayang.

Malam ini aku menanti kehadiran rakan sekolah lama aku dan best mate aku dulu, Ijan dan Sham.

Dah lama tak jumpa diorang berdua terutama Ijan coz kitorang dulu selalu lepak sama-sama. Dengan Ijan jugalah aku mengalami kemalangan pertama aku dengan motosikal sampai patah tulang.. hehe.. kenangan yang tak dapat dilupakan.
Aku dengan Ijan berkawan sejak sekolah rendah lagi sehingga ke sekolah menengah di mana kami sama kelas masa tingkatan 3 saja. anyway, walaupun tak sama kelas masa tahap tingkatan lain, kami still kawan baik.
Selepas SPM, agak jarang jumpa dia sejak famili dia pindah ke putrajaya dan kami dengan haluan hidup sendiri.
tapi, setiap kali raya, insyaallah kami akan berjumpa jua. Ijan ni memang sentiasa ingat datang rumah aku, cuma aku yang kekadang lupa dia.. shame on me.. :(
Cuma nak mintak maaf kat dia sebab tak dapat datang open house dia baru-baru ni sebab aku ade hal lain. jadual sekarang agak ketat. Insyaallah jika ada masa, aku datang rumah kau ye Ijan!..

Sham pulak aku kenal dia ni dari pelbagai situasi.. ahaha.. kenal dia masa dia join kadet dengan PRS dulu.. tak rapat dengan dia sangat tapi ade gak la jengah kelas aku masa form 3 dulu dan aktviti koko sesama..
Malam itu juga masa dia datang ke rumah aku, sepupu aku, Bong dan isteri dia datang ziarah raya. terima kasih datang ye.

rumah terbuka Tun Dr Mahathir..

Posted in Hangout, Hidup aku today, Uniten dengan label , , , on Oktober 12, 2008 by fahmiez

5 Oktober bersamaan  5 Syawal, sehari sebelum kuliah bersambung selepas cuti raya.

Aku, Bob, Faris, Fakrol dan Zaid ke rumah terbuka raya Aidilfitri Tun Dr Mahathir di Mines Resort, Seri Kembangan. Event ni pun aku tahu dari blog beliau, chedet.com

Masa gi pun hujan turun dengan lebatnya..

Keadaan di rumah Tun M memang meriah dgn orang ramai tak kira bangsa dan agama, sumer datang menyambut hari raya.

Dalam masa beratur tu, dapat juga aku dan lain-lain bersalam dan bertemu muka pertama kali dengan Tun M, Tun Siti Hasmah dan anak beliau, Dato Mokhzani yang duduk di dalam khemah mengalu-alukan kehadiran tetamu yang berduyun-duyun datang walaupun hujan lebat dan tanah lecak. Cuma rasa kesal x dpt bergambar dgn Tun M sebab org ramai beratur. walau apapun, rasa bangga dapat bersalam dan cium tangan negarawan tersohor ini.

dah masuk dlm khemah besar, aku bagi Faris  kamera aku yang dipinjam dari Along utk ambil gambar, coz Faris ni expert psl ambil gambar dan bab fotografi ni. So, die pon ambil le gmbar Tun M sementara aku dan Bob ke khemah sebelah meninjau makanan yang disediakan ala bufet. Tapi, tatkala kami lapar, makanan yang disediakan rata-rata dah habis. makanan popular disediakan sate, ketupat, roti jala, air soya, air mineral. disebabkan makanan dah nak abis, kami sempat merampas ketupat, kari ayam, kuah kacang dan air mineral je.. uu. anyway, bukan nak makan sangat pun, nak jumpe Tun M dan tengok rumah die jer.. hehe

Masa dah ambil makan, aku pun tunggu si Fakrol dan Zaid yang dtg dgn kereta lain. So masa aku amik juadah tu aku amik lebih sket ketupat so bole la share dgn diorng nanti. Lupa mention, Zaid sekarang ni dah nampak kemas dengan penampilan muka yang da tak berjambang dan rambut panjang.

Mulanya si Fakrol tak nak follow sebab project nak siapkan tapi akur gak lepas tu.. takde pendirian kukuh mamat ni.. haha..

bob asyik mendengar uncle meluahkan perasaan..

mangsa 1: bob asyik mendengar uncle meluahkan perasaan.. zzz

Masa kitorang tgh syok makan, tetiba adalah seorg pakcik cina ni menerpa ke arah Bob dan mula berceloteh pasal kisah beliau dan bangsa Malaysia yang berbilang kaum tapi masih tak menampilkan sosial identiti  negara bla.. bla.. bla.. interesting coz ape yg dikatakan oleh orang tua ni ada benarnya.

faris, mangsa pakcik utk syarahan terbarunya

mangsa 2: kesian faris, kene diekori dan terpaksa dengar celoteh uncle ni .

Aku ingatkan uncle ni akan berlalu dari situ, tapi beliau mengikuti kami dari belakang rumah Tun M ke patio depan dan ke khemah semula. Faris terperangkap dengan uncle ni dengan lecture beliau yang mula memanggil dia Ah Seng sebab trait face dia ala Cina.

belakang rumah, dapur Tun Dr M

belakang rumah, dapur Tun Dr M. Uncle tu ade kt blkg aku.. sigh

kami menghormati beliau dan pandangan beliau tetapi setiap perbuatan beliau itu rupa-rupanya dipasang niat dengan bertanya kami datang dengan apa dan dimana kami parking. aku terfikir mungkin beliau nak tumpang kami, tapi Bob seorang penghelah berjaya menipu dengan mengatakan kami parking jauh di luar kawasan resort. Kami bukanlah tak bertimbangrasa, falsafah kami ‘pandai datang, pandai la balik’.  lagipun pakcik ni stranger, jadi tak mahu menempah sesuatu yang diingini dari berlaku.. ni mak aku pesan ye. Lagipun kami ni anak seni budaya, bukan anak seni mempertahankan diri.. ehehe.. (banyak la alasan)

depan pintu rumah Tun M

depan pintu rumah Tun M

Dengan segera kami meninggalkan rumah Tun M dan kembali ke Uniten.. terserempak dengan Rahim yang baru sampai di parking lot Cendi bawak keter lain tapi mengkagumkan, Mini Cooper.. fuu. Inilah first time aku dapat sentuh dan duduk dalam kereta mewah ni.. dapat jugakla lepaskan impian.. hehe..

fuhh.. speechless, very classic

fuhh.. speechless, very classic

aku dan Bob sebelum pulang ke Tesco Selayang membeli makanan sebab lapar lagi.. :p

aku kene pulang kerumah segera sebab ade rakan lama sekolah aku akan datang ziarah malam nanti. siapa? akan disambung di next post..

Bob nak tambah berat badan? tak logik..

mari tambah berat badan di bulan Syawal!

ni yang patut tambah berat badan.. baru logik.

ni yang patut tambah berat badan.. baru logik.haha

Kisah raya di kampung

Posted in Family dengan label , , , on Oktober 11, 2008 by fahmiez

1 Syawal

Tahun ini tidak seperti kebiasaannya seperti saban tahun dimana kami akan solat kt kampung, tapi tahun ni aku, ayah dan Along solat kat KL di Masjid Jamek Kg Batu.

gambar kt umah Afiq

gambar kt umah Afiq

selepas solat sunat Aidilfitri, aku bertemu dengan rakan-rakan lama sekolah dulu; Hafizie dan Asri dan Syafiie.
aku dgn Pe singgah beraya ke rumah Afiq sebelum kitorang berdua pulang ke kampung halaman selepas ni. Inilah first time aku singgah raya kat rumah member aku pagi raya.

Lepas hantar Pe balik rumah, aku pun pulang untuk berkemas dan bermaafan dengan famili aku. sebelum bertolak, kitorang mengambil gambar keluarga yang diambil oleh fotografer tak bertauliah oleh makcik aku yang juga akan join balik sama2.

Seperti biasa, kami sekeluarga bwk dua keter memandangkan x muat. Aku, Along dan Acik naik keter kelisa sementara mak, Kak Lang dan Nabila naik dgn keter ayah.

Perjalanan kat PLUS Hway tak disangka sesak jugak. Mujurlah trafik jam sampai kt Seremban je. Trafik lancar selepas kat situ. Masa sesak tu, kitorang singgah kt R&R breakfast makan nasi goreng (yang buatkan aku dan makcik aku sakit perut beberapa ketika lepas tu).

AKhirnya sampai jua ke rumah nenek aku di Alor Gajah Melaka. Ayah aku dah sampai awal sementara kitorang singgah ke pekan jap sebelum ke rumah nenek aku beli barang.

Malam pertama Syawal tu aku sekeluarga kecuali Acik tidur di rumah Mak Tam, ibu saudara sebelah keluarga ayah kat Tebong.

2 Syawal

Sambung raya kat rumah sedara sebelah ayah pula di Tebong. Selepas tu pulang ke Alor Gajah ambil nenek dan dua mak sedara aku gi ke rumah Mak Long sebelah mak kat SUngai Udang beraya. Plan nak gi Hospital Melaka lawat Mak Lang aku yang masuk ward, tapi lain pla jadinya, sesat tak jumpa hospital. so, kitorang pun gi jalan2 sekitar Bandar Melaka dan tak disangka, trafik jam!. Konon nak mencari masjid Selat Melaka, tapi tak jumpa, uhuhu. so yang gi melawat cuma ayah dan mak aku je. Kitorang jumpa maka dgn ayah kt McD Ayer Keroh dan lunch kat situ sebab dah muak makan rendang..

sepupu aku plg latest..

sepupu aku plg latest.. comey

Malam kedua kitorang tidur kat rumah Mak Long di Sungai Udang.

3 Syawal

hari terakhir raya kat kampung.  singgah kat rumah nenek aku di Alor Gajah dan kemudian beberapa rumah sedara kat Tebong lagi, di Mukim Batang Melaka dan Machap Baru. solat jumaat di Tebong dan ziarah kubur arwah nenek sebelah ayah aku dan berehat di rumah Mak Tam sebelum pulang ke KL semula..

dgn nenek, Along dan Najmi

dgn nenek, Along dan Najmi