Arkib untuk September, 2008

Update the room

Posted in Home Sweet Home dengan label , on September 30, 2008 by fahmiez

sebelum ni aku busy update blog, hari ni aku busy update mengemas bilik aku yang dah beratus tahun lamanya tidak dikemas.. (ade kemas sikit sebelum ni).. tapi parent aku dah bising byk sgt stuff kt bilik aku.. mane taknye, buku berlambak.. dari zaman aku sekolah rendah sampai la sekarang.. tak reti nak buang, sayang sgt, byk sentimental value.. pastu bende2 pelik aku tak buang cam newspaper ade artikel menarik tapi xtau nk organize.. nasib baik ade beli kotak plastik kt Ikea, jadi boleh la campak old magz, stuff2 x pakai dlm tu simpan bwh katil.

masa aku tulis ni masih 85% bilik belum kemas.. so continue back the duty!

Mi Casa Ikea.

Posted in Family, Hangout, Home Sweet Home dengan label on September 30, 2008 by fahmiez
(

iconic lamp Knappa.. masih tak mampu nak beli :(

Ahad semalam dan Isnin hari ni, aku follow Along gi Ikea. Mulanya nak beli kotak saja untuk mengisi barang yang tak digunakan untuk jimatkan ruang dan nampak selesa raya ni. lagipun rumah aku ni dah byk sgt perhiasan lama termasuk buku-buku.. jadi ruang tamu ni nmpk cam stor jugak la.

Tapi, as a gift to our mom dan nak buat sedikit perubahan kt rumah ni, banyak jugak la barang yang dibeli termasuk lampu siling, rak aluminium, kotak pelbagai jenis termasuk rotan dan jenis yang DIY (kena bina sendiri). agak seronok jugak buat ni sebab dah lama tangan ni tak pegang screwdriver, Allen key. cam kerja tukangan ala kemahiran hidup masa skola dulu.. haha..

hari minggu memang la sibuk sampai parking pun penuh, nasib baik dgn kesabaran di bulan puasa ni akhirnya dapat juga ruang untuk Kembara parking.

Dah lama juga tak gi jalan2 kat Ikea ni semenjak ayah aku dah tak gi sini. Barang and furniture walaupun kata low-cost but actually quite costly.. ironic? ahaha.. anyway for those yang pilih simplicity in design can see it is low-cost because of its design that simply, erk.. low cost.. :p. Anyway, untuk urbanites termasuk aku agree Ikea things memang menarik dan cantik.. tak perlu heavy and elaborate design untuk menunjukkan kecantikan sesebuah benda.. simple and beautiful is enuf..

hari ni Isnin aku keluar jap hantar Fakhrul ke Bukit Jalil sebab semua bas ekspres ke Selatan bergerak dari sana untuk elakkan sesak di Pudu dan KL, then Along ajak lagi gi Ikea beli lagi kotak. Apa lagi, selain beli kotak, tambah lagi satu beli frame untuk hiasan dinding..

pastu gi bazar kampung Penchala beli makanan buka puasa.. one hour left before break the fast.. nyum2..

irama muzikal bulan Syawal

Posted in Kisah di TV on September 27, 2008 by fahmiez

Belum habis lagi kebah teater muzikal dari Tiara jacquelina ni.. Astro pada bulan Syawal ini bermula 1 Oktober akan memperkenalkan saluran baru, khas pada sepanjang bulan Syawal ini sahaja, Saluran Syawal Astro (Saluran 188) yang akan menghidangkan 7 program hiburan terdiri daripada lima filem terbaik yang antaranya pernah memenangi anugerah pada festival filem ke-21, satu rancangan majlis anugerah berprestij dari dunia Bollywood FilmFare Awards dan satu program khas yang eksklusif yang menyeret aku mencoret post ini, tentulah teater P.Ramlee the Musical musim ke-2 (naper tak siar musim 1 jugak? aku nak tengok Siti Nurhaliza..huhu) yang kini aku boleh tonton di kaca tv selama sebulan sampai aku muntah.. haha..

apa yang menarik, sama seperti saluran Box-Office yang mengenakan bayaran, saluran ini juga perlu kita langgan dan bayar untuk menikmatinya dengan harga RM7 untuk sebulan pada bulan Syawal aka Oktober ini.

Puteri Gunung Ledang turun ke istana

Posted in Peristiwa dengan label , , , , on September 27, 2008 by fahmiez

Akhirnya, setelah hampir 2 tahun berlalu kini Datin Seri Tiara Jacquelina, Stephen Rahman-Hughes dan krew pementasan teater legenda ini akan kembali semula ke pentas teater Panggung Sari, Istana Budaya menemui peminat seni teater muzikal yang akan bermula pada bulan Februari 2009.

Setelah kejayaan P.Ramlee the Musical yang telah diadakan dua musim dengan sambutan hebat, PGL the Musical diharap kembali semula dengan lebih magis, hebat dan penuh kelainan pada musim ketiga ini..

Tidak sabar rasanya menonton teater ini kerana PGL the musical yang aku tonton pada musim kedua (seperti biasa, menang tiket. thanks Hot FM!) ketika aku masih lagi semester pertama di Uniten inilah yang membuat aku menjadi pencinta seni dunia teater..

Kredit diberikan kepada brother Chedd yang memberi informasi ini di blog beliau. Trimas! :)

Raya Aidilfitri simpan duit raya,

beli tiket seat view baek punyaa..

;p

Reunion SMK Batu 5

Posted in Hidup aku today dengan label , on September 27, 2008 by fahmiez

13 September lepas aku, Pe, Afiq dan Nafisah pergi ke hotel Vistana dekat Jalan Pekeliling tu untuk majlis reunion buka puasa dengan rakan-rakan sekolah menengah Batu 5 (atau kini SMK Dato’ Ibrahim Yaacob) yang dianjurkan oleh Ayen @ Azrin.

Mulanya aku memang tak nak pergi sebab bayaran untuk makan ala bufet sekepala dah RM43.. bukan apa, cam membazir bulan puasa ni makan kat hotel dengan makan nanti pun tak berbaloi dengan harga tu.. huhu.. (other reason, tgh kering..)

anyway, Pe bersungguh ajak aku dan dia pun agree bayar half (smpai skrg aku tak bayar lagi half tu.. hehe)..

semua orang dah mempunyai hidup masing-masing. ada yang dah kahwin dan beranak, bawak girlfriend/boyfriend, masih blaja (cam aku), kehidupan dah stabil. dah hampir 6 tahun tak berjumpa, macam segan sebab dah tak ingat sebahagian nama diorunk ni.. ahaha..

tapi yang pasti, reunion buka puasa memang wajib la diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan.. jumpa kawan-kawan lama agar hubungan silam zaman sekolah tidak pudar begitu saja..

Tagged lagi.. fakta diri sendiri.

Posted in Hidup aku today dengan label , on September 27, 2008 by fahmiez

7 Fakta tentang diriku? tagged by hadi

The rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.

* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.

* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.

* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

1. PAKAIAN
mostly prefer baju warna gelap; hitam, brown, blue. Brand? depend, kalo ade saiz, beli jer (suka BUM Equipment) tapi tak kisah sangat pasal brand asalkan memikat hati.

Murah, below rm30 dah menggoda hati. sentiasa pakai jeans kalau keluar, kain pelikat bila nak solat, short pant bila tgh relax..

2.KAKI RAYAU
Yup, tapi kalau rayau bertempat gak seperti kat inside shopping mall yang sejuk.. jauh dari terik mentari.. haha.. dan merayau naik kereta tanpa perlu berjalan.

3.MAKAN
love food! suka makan, sebab kalu tak makan nanti lapar.. dulu aku masa kecik kene pantang makan seafood coz skin alergik tapi skrg sume da bole makan (sian Bob..). ape jenis makan tak kisah asalkan benda yang bersih, menyelerakan, boleh diterima perut dan halal disisi agama.

4.KERETA
Memiliki kereta Perodua Kelisa yang dibeli oleh mak selepas aku eksiden motor kt PLUS hway.. ku gelarkan keretaku ini Kelly. one of my valuable and most precious things in my life.. luv u Kelly (and mak).. hehe..

5.GADGET
Laptop Compaq Presario yang menggantikan laptop aku dulu, Acer Travelmate yang kini rosak dan terlantar di belakang pintu bilik. Handphone Nokia N73 menggantikan Nokia 7710 yang juga rosak.. tak boleh hidup tenang tanpa gajet2 kesayangan ku ini..

6.TIDUR
tidur dimana-mana pun boleh asalkan ade bantal untuk kepala dan tempat yang sesuai.. selepas tu, sakit belakang sebab tak tidur atas tilam..

7.IKEA
Pernah masuk IKEA, ada beli barang dari IKEA dan kalau pergi, wajib singgah makan hotdog (sosej bun cam nampak sopan) dan air karbonat kat kafe sana sebab pickles and mustardnyer yang lazat dan murah (RM3 only termasuk air).. and know what? boleh refill air suka2 hati.. ahaha

Mangsa-mangsa berikutnya?

1) Layzie Munkey

2) Gadis Gombak

3)….. tak tau nak tag saper lagi.. ahaha

Shazlan birthday

Posted in Hangout dengan label , , on September 21, 2008 by fahmiez

20 September 08

malam ini aku bersama Donat, Fakrul dan Zaid pergi ke rumah Shaz di Vista Komanwel, Bukit Jalil untuk majlis buka puasa dan meraikan harijadi Shazlan yang jatuh pada Khamis 18 September lalu.

Pada mulanya, Shaz mengajak Cham dan Nanoe sekali tetapi mereka berdua tidak dapat hadir. Jadi, aku mengajak ketiga-tiga member aku untuk join ke rumah Shaz, jadi tak la sorang2 nanti.

Aku dan Fakrul bergerak dari Gombak terus menuju ke Bangi ambil Zaid dan kemudian Donat di Ilmu. Sebelum ke KL, kitorang singgah sekejap di Alamanda cari hadiah besday untuk Shaz, hope dapat ilham hadiah yang sesuai dan akhirnya kitorang setuju ke Famous Amos beli hamper kecil ada coklat Ferrero Rocher inside cup together with cute teddy bear sebagai hadiah untuk dia. Harga adalah rahsia.

Sampai ke pintu rumah Shaz, Azan dah berkumandang, jadi kami terus masuk ke kondo milik Shaz for the first time. Ramai juga rakan-rakan Shaz yang datang pada majlis malam ni. Anyway, kitorang terus ke meja hidangan ambil secawan punch dan ambil makanan yang disediakan oleh Shaz; nasi goreng, ayam rempah, tembikai. oren. tetapi yang paling sedap sekali ialah murtabak beli dari Pandan dan kek cheese yang Shaz buat.. delicious!

Shaz make a wish

Shaz make a wish

Dalam jam 8.30, majlis potong kek diadakan. Semua tetamu menyanyikan lagu harijadi pada Shaz yang menyambut usia ke -24. Kek cream blueberry yang dibeli memamg le sedap walaupun sepotong jer sebab kecil .. ahaha..

male guest photo session

male guest photo session

Sebelum pulang, kitorang mengambil gambar with all guest dan tinggalkan rumah Shaz dalam pukul 9 malam.

Berhajat ke Istana Budaya nak lihat Laman Santai, tapi lupa ni kan bulan puasa, mana ada aktiviti hiburan di sana.. haha.. well aku pun u-turn balik ke Bangi.
Kitorang singgah ke food court Sg .Ramal Country Heights sebab si Donat still lapar lagi. So, temankan dia makan kue tiaw ladna.

Majlis buka puasa koir

Posted in Hangout, Uniten dengan label , on September 21, 2008 by fahmiez

10 September 08.

Koir malam ini mengadakan majlis buka puasa di Restoran Sala Thai di Kajang berhampiran Lebuhraya SILK.

Selepas aku, Mas Ilmi dan Donat mencari-cari tempat, akhirnya kami memilih restoran ni sebab lauk dia pun OK dan berpatutan.. sesuailah dgn bajet aku yang tak mahu berbuka mahal.. setiap kepala dikenakan RM15.
dua hari sebelum majlis ni kitorang berbincang dengan pihak restoran tentang menu, servis dan harga.

Majlis buka puasa malam ni dihadiri oleh muka-muka baru dan lama koir seramai 21 orang yang sememangnya memeriahkan suasana.. (Cham diwakili oleh kawan beliau, Najwa). Nasi putih menjadi pembuka selera dengan lauk malam tu tomyam campur, sayur campur, telur dadar dan ikan siakap 3 rasa yang dihidangkan dalam 3 set. Mumtaz the last dtg lambat sebab kelas dia abis kol 8. Menu dia sama dgn kitorang cuma untuk dia individu set.

Ini adalah keli ketiga koir menganjurkan majlis buka puasa dan pertama kali untuk aku sebagai ketua koir (tamat tempoh tak lama lagi.. hahaha).

diharapkan majlis begini dapat diteruskan dan mengukuhkan ikatan mesra antara ahli-ahli koir, lama dan juga baru..

~United Voice~

Bazar atau masjid..

Posted in Home Sweet Home, Peristiwa, Uniten dengan label on September 21, 2008 by fahmiez

Bermulanya bulan puasa Ramadhan al-Mubarak ini, walaupun dapat berjimat, aku rasa duit aku sentiasa susut.. haha.. macam makin byk belanja dan habis duit berbanding sebelum puasa ni..
Walaupun begitu, aku rasa seronok time camnni sebab dapat bangun sahur bersama family di rumah ketika puasa hari pertama dan juga bersahur di Cendi. awal-awal minggu puasa selalu drive keluar gi makan sahur kat Yus, Lot 10 dan satu hari sahur tu gi ke Village View dgn Arol, Zaid, Fakhrul, Darwin dan Syahid disertai oleh Acap. teringat kembali kisah puasa tahun sebelum ni.
masuk puasa minggu ke-2, dah malas nak drive keluar sahur, so aku pun makan di rumah, tapi dirumah orang lain, rumah Bob dan geng Astena lain di tingkat bawah rumah aku di C1.. banyak barang2 aku kat rumah si Bob aku letak cam TV, periuk nasi dan tempat masak elektrik.. Bob ni kira rajin jugak masak sahur, so kira beruntung ada dia yg mahir memasak ala-ala komando didalam hutan untuk anak-anak buah dia.. hoho.. sementara dia memasak sardin aku beli, kadang2 aku tanak nasi. kira adil la tu..

Berbuka aku lebih utamakan di Masjid Uniten sebab free.. ^^. kadang2 je makan beli kt bazar atau di restoran.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Ramadan berakhir dan Syawal menjelma.. semoga kita lipatgandakan amalan untuk mencapai pahala..

Tahniah Syafeeq!

Posted in Peristiwa, Uniten dengan label , , , on September 20, 2008 by fahmiez

Akhirnya, berkat usaha Syafeeq dan rakan-rakan yang menyokong dan mengundi beliau telah membuahkan hasil dimana Syafeeq mendapat undian tertinggi dari kalangan calon-calon lain yang bertanding.

MPP 08 Line-up

MPP 08 Line-up

Pengiraan undi dijalankan di Teater Sunken Garden Admin. 4 campaign supporters terdiri daripada aku, Fakrul, Ecam dan Pa’an hadir untuk melihat proses pengiraan undi. Soraya Astena, former MPP juga turut ada disitu.

Walaupun tidak menebarkan janji-janji untuk umpan undi, tetapi dengan karisma dan semangat beliau, Insya-Allah ada perubahan dalam badan majlis perwakilan pelajar, MPP Uniten untuk sesi 2008.

Terima kasih kepada para pengundi!

2000 hits.

Posted in Peristiwa on September 20, 2008 by fahmiez

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melawat blog Zul yang tak seberapa ni.. hehe..

Lost post for election campaign

Posted in Cendikiawan, Peristiwa, Uniten dengan label , on September 14, 2008 by fahmiez

selesai sudah Robogamez, kini aku mendapat satu tugas baru..

campaign team

campaign team

Syafeeq, housemate rumah aku menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya MPP 2008 yang akan berlangsung minggu depan. Aku, fakrul, Ecam dan seorang lagi rakan Syafeeq dilantik sebagai agen calon MPP untuk beliau. Aku memang amat berbesar hati sebab dapat membantu rakan dalam pilihanraya kali ni dan juga seorang ‘ally’ untuk kelab ASTENA dan kelab2 yang lain..

Sabtu semalam Syafeeq telah mengadakan pertemuan jentera pilihanraya terdiri dari aku, Fakrul, Faris, AMzaar (wakil kelab Astena), Farahin (wakil dari Kelompok Murni), Putra (wakil pelajar foundation), Ecam, Pa’an debat cum Astena yang bertindak sebagai strategist jentera kempen dan seorang lagi yang ku lupa namanya.. (nanti aku letak)

Agenda meeting malam semalam tak perlulah aku cerita memandangkan ini adalah rahsia kempen pilihanraya.

Syafeeq, pelajar jurusan kejuruteraan dan juga housemate.. kenapa anda perlu pilih dia dan kenapa aku dan Astena endorse beliau sebagai calon pilihan? dan adakah dia dari kelab Astena sendiri?

Soalan ini mungkin ditanya oleh rakan Uniten sekalian.. Syafeeq bukanlah dari Astena. Kelab Astena sendiri sebelum ini tidak pernah mengenali beliau.. Memilih Syafeeq yang tidak terikat dengan mana-mana kelab dan persatuan menjadikan beliau seorang yang neutral dan perjuang nasib pelajar dalam hak sama rata dan semua pelajar ada peluang untuk kesaksamaan dan ini menjadikan beliau tidak bias, ataupun berat sebelah.. Kehadiran beliau dalam pilihanraya adalah sebagai wakil semua pelajar atau dalam istilah matang, mahasiswa UNITEN, tidak kira bangsa, kelab berlainan atau agama..

Manifesto-manifesto oleh calon2 pilihanraya tahun-tahun sebelum ini yang indah didengar tetapi langsung tiada hasilnya menyebabkan majoriti pelajar kurang berminat dalam pilihanraya saban tahun..

“Masa kempen janji sana-sini tapi dah jadi ahli MPP, habuk pun takde” itulah luahan setiap pelajar UNIten ini..

Syafeeq tak menjanjikan perubahan ketara dalam revolusi politik universiti dan keperluan pelajar kerana berjanji perlulah ditunaikan. Tetapi jika beliau dilantik MPP, beliau dengan kuasa yang ada, akan berusaha memperjuangkan perkara-perkara yang akan menyenangkan kehidupan mahasiswa UNITEN dalam rutin seharian, mendengar masalah dan cadangan rakan pelajar sendiri dan memberi peluang setiap kelab dan persatuan.