20/08/2008


masa aku dan Zaid temankan Nanoe gi shopping baju kebaya for persembahan koir untuk konvo nanti di Warta Bangi, aku pun ajak dia gi tengok persembahan bunga api di Putrajaya.. Nanoe ajak sekali kak Cham yang juga setuju join..
so, selain aku dan Zaid, Fakrul dan Ben juga turut serta. Ben mulanya ingat Darwin ikut sekali tetapi Darwin tak ikut kononnya nak study :p.. hehe.. Ben macam hampa abang Dar dia tiada.. Anyway, Aku dan Nanoe setuju jumpa di entrance gate Uniten pukul 8pm. Well, kami lelaki seperti biasa lambat 20 minit.. haha.. takut pulak nak mengadap kak Cham yang punctual.. hehe..
well, mengikut plan aku, kitorang akan ke sana menaiki bas. mengingatkan tahun lepas dimana jam teruk selepas show bunga api.. kali ni kami mengikut program Park & Ride ke bunga api dimana kami parking kereta di terminal berhampiran Sekolah Alam Shah dan Alamanda, Presint 1.. agak terpencil dan orang pun takde.. haih, semua orang sanggup gi sana naik kereta melainkan kami.. adelah jugak beberapa orang dalam bas naik masa tu tapi tak ramai.
Perjalanan menaiki bas Nadi Putra tidaklah bosan seperti yang dijangka.. very fun indeed!.. tak pernah naik bas kat Putrajaya ni.. sambil2 tu kitorang berborak dan tengok pemandangan luar..
Akhirnya sampai ke lokasi pertunjukan bunga api dimana terdapat bazar jual makanan, minuman, pakaian barang2 hiasan dll..
sambil menunggu masa yang masih lambat, kitorang pun berjalan sekitar bazar beli makan dan minum dan mencari spot sesuai tengok bunga api..


Malam itu giliran negara Canada untuk buat persembahan bunga api.. memang menarik dan kreatif.. semua enjoy malam tu.. sebelum pulang, kitorang beli devil headgear untuk suka-suka.. hehe.. mula Cham beli pastu aku dan Zaid pun beli jugak.. haha.. trio devil..

like this pix, motionless state.

sambil2 berjalan ke terminal bas, kitorang bergambar sakan dan bas ke Park & RIde di Presint 1 yang kami naik takde oragn, so kitorang conquer la bas tu.. hahahaha…
A great night outing indeed.. Enjoy!

great memory...



