Konsert Akademi Nasyid @ Sri Pentas 2

Sabtu 16 Ogos
Da lame tak update blog ni since agak busy dengan aktiviti koir for konvokesyen.. anyway try to make some time to update this blog.

Aku dan Zarith pergi menonton Konsert ke -9 Akademi Nasyid di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Aku bergerak dari KL menuju ke Uniten ambil Zarith dan seterusnya bergerak ke Shah Alam melalui Lebuhraya Shah Alam yang aku kurang suka guna (tol sampai 2 kali!).
Kami akhirnya sampai jua ke Bandaraya Anggerik ini dimana kami hampir sesat mencari Plaza Alam Sentral di Seksyen 15.
Rupa-rupanya Plaza Alam Sentral disebelah bangunan dimana aku dan budak Astena lain ke peringkat saringan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan bulan Mei lalu. LOL

Selepas parking, kami terus ke tingkat 5 dimana studio Sri Pentas 2 terletak. Sementara menanti seorang wakil peminat kumpulan Farhan yang menjemput Zarith ke konsert ini, aku dan Zarith solat Maghrib di surau berhampiran.

Kami menemui Azhar, wakil dari kelab peminat kumpulan Farhan dan juga penulis RakanFarhan blog dimana Zarith berjumpa dan seterusnya membawa kami berdua kesini.
Kami berdua telah disediakan dua kerusi berhampiran pentas dimana tempat ini khusus untuk keluarga dan peminat setiap peserta.. kami datang atas kapasiti sebagai peminat kumpulan Farhan.

Konsert ini disiarkan secara ‘live’ di TV9 selepas berita, jadi beberapa kali jugaklah muka aku dan Zarith keluar di kaca TV sampai Pe sms aku.. hehe.. anyway, aku yang sebelum ini tak pernah tengok Akademi Nasyid, dan juga jarang menonton TV9 :p teruja sikit coz first time experience kan.. hehe.. seat pulak di kawasan keluarga dan peminat, memang seronoklah..

dengan Kumpulan Farhan.. walaupun tidak berjaya ke Akhir, Farhan tetap hebat!

dengan legenda Rock, Yantzen..

persembahan pada malam itu ialah untuk memilih dari dua dari kalangan yang terkeluar dari konsert-konsert lalu untuk menyertai empat lagi finalis peserta yang akan ke konsert final nanti.. kesemua persembahan nasyid pada malam itu memang hebat, mebuatkan aku jatuh cinta kepada irama nasyid kembali setelah zaman Raihan dan Rabbani masa zaman sekolah dulu berlalu.. hos rancangan Akademi Nasyid ialah Hafiz Hamidon. Konsert ini juga diserikan dengan persembahan dari artis undangan, kumpulan Mirwana dan juga Yantzen (yang dah lama menyepi, masih bertenaga masa menyanyi). Beberapa selebriti lain yang aku nampak ialah Yasin dan Farihin Abdul Fatah (pengkritik Akademi). Mereka berjaya ke final ialah Eda Fazilah dan Muslim Voices. Walaupun Farhan tidak berjaya ke final, mereka telah memberikan persembhan yang hebat cuma undian SMS tidak menyebelahi mereka.. tahniah kepada Farhan!

Kumpulan Farhan

Kumpulan Farhan

selepas show, aku dan Zarith berlegar sambil memgambil gambar didalam studio dan juga beberapa artis seperti Yantzen, Farhan dan juga Hafiz Hamidon. bertambahlah koleksi aku bergambar bersama artis.. ><

Zarith dan Hafiz Hamidun, hos AN..

Zarith dan Hafiz Hamidun, hos AN..

Selepas bergambar ramai-ramai bersama keluarga dan rakan Farhan, kami mengundur diri pulang ke Uniten. Sebelum pulang, kami makan di Sup Gearbox Bangi (Zarith belanja makan.. thanks!).

Terima kasih Zarith coz ajak penulis ke konsert ini dan blanje makan dan duit tol.. :)

2 Respons kepada “Konsert Akademi Nasyid @ Sri Pentas 2”

Tinggalkan jawapan