Arkib untuk Ogos, 2008

Koir di Konvo 08.

Posted in Hidup aku today, Uniten dengan label , , on Ogos 31, 2008 by fahmiez

Akhirnya, syukur kepada Illahi setelah hampir dua bulan kami ahli-ahli koir berlatih vokal akhirnya masanya sudah tiba untuk memberikan hasil pada majlis konvokesyen ke 11 Uniten.

Pada hari pertama majlis konvokesyen, perasaan agak mendebarkan.. bukan apa, walaupun ini kali kedua berkoir di konvo, perasaan takut tetap ada.. lagipun inilah kumpulan koir yang agak ramai dari koir tahun lepas dan juga kapasiti aku sebagai ketua koir. selain itu, inilah juga kali pertama koir ada jurulatih vokal, menambahkan debaran sama ada apa yang kami berlatih dengan dia dengan bajet yang tinggi itu berbaloi atau tidak.. dub, dub..

the girls

the choir girls

the boys. (its me!)

the boys. (it's me!)

Rata-rata ahli koir baru ada yang pertama kali buat persembahan didepan audiens termasuk Nano, konduktor koir.
Alhamdulillah, walaupun ade glitch masa first day performance akibat nervous oleh kami semua, all is OK.. hehe..

dengan konduktor, Nanoe

dengan konduktor, Nanoe

anyway, Second day konvo performance, semua sudah bersiap sedia untuk memberi persembahan mantap.. Cham yang menjadi soloist bagi lagu kedua mendapat tepukan gemuruh seperti hari pertama persembahan konvo… Shaz juga turut ada masa kami buat persembahan pada hari kedua, menambahkan semangat kepada kami semua..

Walaupun masih mentah, persembahan yang diberikan begitu baik walaupun masih ada kelemahan yang boleh diperbaki lagi..

Congrats to all Choir members! Semoga perjalanan koir tidak berhenti disini saja..

Canada Fireworks @ Putrajaya..

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , , , on Ogos 30, 2008 by fahmiez

20/08/2008

masa aku dan Zaid temankan Nanoe gi shopping baju kebaya for persembahan koir untuk konvo nanti di Warta Bangi, aku pun ajak dia gi tengok persembahan bunga api di Putrajaya.. Nanoe ajak sekali kak Cham yang juga setuju join..

so, selain aku dan Zaid, Fakrul dan Ben juga turut serta. Ben mulanya ingat Darwin ikut sekali tetapi Darwin tak ikut kononnya nak study :p.. hehe.. Ben macam hampa abang Dar dia tiada.. Anyway,  Aku dan Nanoe setuju jumpa di entrance gate Uniten pukul 8pm. Well, kami lelaki seperti biasa lambat 20 minit.. haha.. takut pulak nak mengadap kak Cham yang punctual.. hehe..

well, mengikut plan aku, kitorang akan ke sana menaiki bas. mengingatkan tahun lepas dimana jam teruk selepas show bunga api.. kali ni kami mengikut program Park & Ride  ke bunga api dimana kami parking kereta di terminal berhampiran Sekolah Alam Shah dan Alamanda, Presint 1.. agak terpencil dan orang pun takde.. haih, semua orang sanggup gi sana naik kereta melainkan kami.. adelah jugak beberapa orang dalam bas naik masa tu tapi tak ramai.
Perjalanan menaiki bas Nadi Putra tidaklah bosan seperti yang dijangka.. very fun indeed!.. tak pernah naik bas kat Putrajaya ni.. sambil2 tu kitorang berborak dan tengok pemandangan luar..

Akhirnya sampai ke lokasi pertunjukan bunga api dimana terdapat bazar jual makanan, minuman, pakaian barang2 hiasan dll..
sambil menunggu masa yang masih lambat, kitorang pun berjalan sekitar bazar beli makan dan minum dan mencari spot sesuai tengok bunga api..


Malam itu giliran negara Canada untuk buat persembahan bunga api.. memang menarik dan kreatif.. semua enjoy malam tu.. sebelum pulang, kitorang beli devil headgear untuk suka-suka.. hehe.. mula Cham beli pastu aku dan Zaid pun beli jugak.. haha.. trio devil..

like this pix, motionless state.

like this pix, motionless state.


sambil2 berjalan ke terminal bas, kitorang bergambar sakan dan bas ke Park & RIde di Presint 1 yang kami naik takde oragn, so kitorang conquer la bas tu.. hahahaha…

A great night outing indeed.. Enjoy!

great memory...

great memory...

Mid-term after break..

Posted in Hidup aku today dengan label on Ogos 26, 2008 by fahmiez

Argh.. tension pulak lepas koir di konvo ni.. esok mid-term paper Advance OS pukul 8 pagi. Rangkumi Chapter 1-8.. ntah ingat atau tak.. pastu Jumaat ni selepas solat Jumaat pulak paper OOP.. memang sarat la minggu ni dengan meeting Robogamez dan meeting board Astena malam esok.. meeting koir pulak hari khamis.. pack!

Teater Muzikal Ibu Zain.. history of a great women..

Posted in Hangout dengan label , , , , , on Ogos 26, 2008 by fahmiez

18 Ogos 2008

dengan Nurfatimah sbg Ibu Zain masa muda

dengan Liza Othman

dengan Nurfatimah sbg Ibu Zain masa muda..

dengan Nurfatimah sbg Ibu Zain masa muda..

Aku, Darwin dan Zaid pergi menonton teater muzikal Ibu Zain pada malam terakhir persembahan di Panggung Sari, Istana Budaya. Dengan tiket Rm26 (paling murah..) kami duduk di bahagian Stall.. (Bob jeles.. haha).

dengan Catriona Ross

dengan Catriona Ross

Anyway, teater muzikal ini very good walaupun sarat dengan sejarah politik dan juga kisah kehidupan Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman atau Ibu Zain pada zaman sebelum kemerdekaan, dimana beliau seorang pelajar, guru, isteri, penulis dan pejuang nasionalis kemerdekaan. Bagi aku yang jahil sejarah mengenai wanita ini dan juga pra-merdeka, teater ini menginterpretasi watak kisah zaman dulu dengan baik sekali.

dengan Avaa Vanja

dengan Avaa Vanja

Penulis skrip dan pengarah teater Ibu Zain, Rosminah Tahir berjaya membuatkan penonton terlekat dengan kisah sejarah yang diselitkan dengan unsur-unsur komedi, humor rakan-rakan Ibu Zain, muzik dan props pentas itu sendiri walaupun durasi teater ini hampir 3 jam untuk menghabiskankan kisah seorang insan.
Mungkin agak mengelirukan apabila watak Ibu Zain bertukar dari zaman kecil, remaja, wanita muda dan ke wanita dalam pertengahan usia dimana Liza Othman yang memegang dua watak berlainan; menjadi Ibu kepada Ibu Zain sendiri semasa kecil bertukar menjadi Ibu Zain pada usia tuanya. Walau apa-apapun, teater ini memang hebat walaupun berunsur sejarah dan politik UMNO.

Lagu-lagu yang dihasilkan juga unik dengan unsur-unsur zapin, tradisi Melayu, Jepun dan juga Barat.

Selepas menonton, apa lagi, masa untuk sesi bergambar!.. :)

male cast.

male cast.

after show.

after show.

Konsert Akademi Nasyid @ Sri Pentas 2

Posted in Hangout dengan label , , , on Ogos 26, 2008 by fahmiez

Sabtu 16 Ogos
Da lame tak update blog ni since agak busy dengan aktiviti koir for konvokesyen.. anyway try to make some time to update this blog.

Aku dan Zarith pergi menonton Konsert ke -9 Akademi Nasyid di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Aku bergerak dari KL menuju ke Uniten ambil Zarith dan seterusnya bergerak ke Shah Alam melalui Lebuhraya Shah Alam yang aku kurang suka guna (tol sampai 2 kali!).
Kami akhirnya sampai jua ke Bandaraya Anggerik ini dimana kami hampir sesat mencari Plaza Alam Sentral di Seksyen 15.
Rupa-rupanya Plaza Alam Sentral disebelah bangunan dimana aku dan budak Astena lain ke peringkat saringan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan bulan Mei lalu. LOL

Selepas parking, kami terus ke tingkat 5 dimana studio Sri Pentas 2 terletak. Sementara menanti seorang wakil peminat kumpulan Farhan yang menjemput Zarith ke konsert ini, aku dan Zarith solat Maghrib di surau berhampiran.

Kami menemui Azhar, wakil dari kelab peminat kumpulan Farhan dan juga penulis RakanFarhan blog dimana Zarith berjumpa dan seterusnya membawa kami berdua kesini.
Kami berdua telah disediakan dua kerusi berhampiran pentas dimana tempat ini khusus untuk keluarga dan peminat setiap peserta.. kami datang atas kapasiti sebagai peminat kumpulan Farhan.

Konsert ini disiarkan secara ‘live’ di TV9 selepas berita, jadi beberapa kali jugaklah muka aku dan Zarith keluar di kaca TV sampai Pe sms aku.. hehe.. anyway, aku yang sebelum ini tak pernah tengok Akademi Nasyid, dan juga jarang menonton TV9 :p teruja sikit coz first time experience kan.. hehe.. seat pulak di kawasan keluarga dan peminat, memang seronoklah..

dengan Kumpulan Farhan.. walaupun tidak berjaya ke Akhir, Farhan tetap hebat!

dengan legenda Rock, Yantzen..

persembahan pada malam itu ialah untuk memilih dari dua dari kalangan yang terkeluar dari konsert-konsert lalu untuk menyertai empat lagi finalis peserta yang akan ke konsert final nanti.. kesemua persembahan nasyid pada malam itu memang hebat, mebuatkan aku jatuh cinta kepada irama nasyid kembali setelah zaman Raihan dan Rabbani masa zaman sekolah dulu berlalu.. hos rancangan Akademi Nasyid ialah Hafiz Hamidon. Konsert ini juga diserikan dengan persembahan dari artis undangan, kumpulan Mirwana dan juga Yantzen (yang dah lama menyepi, masih bertenaga masa menyanyi). Beberapa selebriti lain yang aku nampak ialah Yasin dan Farihin Abdul Fatah (pengkritik Akademi). Mereka berjaya ke final ialah Eda Fazilah dan Muslim Voices. Walaupun Farhan tidak berjaya ke final, mereka telah memberikan persembhan yang hebat cuma undian SMS tidak menyebelahi mereka.. tahniah kepada Farhan!

Kumpulan Farhan

Kumpulan Farhan

selepas show, aku dan Zarith berlegar sambil memgambil gambar didalam studio dan juga beberapa artis seperti Yantzen, Farhan dan juga Hafiz Hamidon. bertambahlah koleksi aku bergambar bersama artis.. ><

Zarith dan Hafiz Hamidun, hos AN..

Zarith dan Hafiz Hamidun, hos AN..

Selepas bergambar ramai-ramai bersama keluarga dan rakan Farhan, kami mengundur diri pulang ke Uniten. Sebelum pulang, kami makan di Sup Gearbox Bangi (Zarith belanja makan.. thanks!).

Terima kasih Zarith coz ajak penulis ke konsert ini dan blanje makan dan duit tol.. :)

Standard hospital

Posted in Uniten dengan label , on Ogos 17, 2008 by fahmiez

Aku terserempak dengan Mas Donat, Kak As dan Kah Chah dlm lif di COIT lepas kelas Adv OS minggu ni.. Donat masa tu bgtau dia rasa sejuk badan rasa dia demam denggi.. memandangkan Kas As dan Kak Chah ade kelas, aku yang masih tak mandi pagi (tapi masih wangi pergi ke kelas), disertai Darwin dan Fakrul pun bawa Donat ke hospital untuk full medical check-up. First place kitorang pergi ke Hospital Serdang memandangkan paling dekat dengan Uniten, almaklum kalau gi klinik swasta, charge dikenakan agak mahal.
Tapi barulah kutahu Hospital Serdang yang tersergam indah itu tiada Jabatan Klinik Pesakit Luar.. bolehlah pulak seorang pegawai di kaunter pertanyaan tergelak bila aku cakap Donat disyaki denggi.. memang la kurang ajar.. bad service. Donat rasa dia demam denggi sebab masa balik kampung beberapa minggu lepas nenek dia pun denggi..
selepas itu kami pergi ke Hospital Kajang. Masih sama, tiada jabatan pesakit luar dan pegawai kaunter suruh kami ke klinik kesihatan untuk buat buat pemeriksaan.. f**k.. fungsi hospital2 ini cuma menerima pesakit kecemasan sahaja..

dengan perasaan geram kepada hospital2 kerajaan ini dan kasihan pada Donat, kami pun ke klinik swasta berhampiran untuk check-up.. tapi doktor klinik itu pulak kata membazir buat blood test dan hanya buat pemeriksaan am sahaja dan perlu bayar rm30 untuk ubat (doktor malas..). walaupun dah ambil ubat, kami masih tak puas hati sebab risau dengan keadaan Donat kalu teruk nanti.. jadi aku drive ke Bangi dan telefon Mastot bertanyakan dimana klinik kesihatan berhampiran.

“Drive ke jalan menuju Hotel Equatorial. Klinik Kesihatan Bangi ada dekat roundabout pukul 12 berhampiran UKM..” jelas panjang lebar Mastot yang baik hati.

tgh borink..

tgh borink..

Nasib baik jumpa, walaupun orang ramai dan jam dah tunjuk pukul 12, tapi nombor giliran cepat keluar dan pesakit tak perlu tunggu lama.. setelah semua health test dibuat, doktor syaki Donat maybe hidap Talasemia, bukan Denggi seperti Donat sangka.. apa-apa pun keputusan penuh akan dikeluarkan sebulan lagi. . .. Bersemangat Donat!

cerita hari Isnin: ke IB

Posted in Hidup aku today, Home Sweet Home, Uniten dengan label , , on Ogos 12, 2008 by fahmiez

selepas abis kelas OOP kol 4, aku terus menuju ke parking kereta MPH dimana Kelisa aku aku park.. semalam malas nak keluarkan TV dari kereta, barang yg kubawak dah berat.. so aku tinggalkan la semalaman dgn harapan TV aku masih ada disitu.. well thank to God it still inside.. aku hidupkan enjin dan terus masuk ke Cendi, nasib baik pak guard xde masa tu.. so aku pun park depan lif dan bawa TV ke rumah Bob.

Selepas tu, aku naik ke bilik aku dan ambil laptop, sehelai kemeja dan buku OOP ke dalam kereta. Aku tgh rush nak ke KL.

Perjalanan trafik masih lancar dalam on the way, tapi stuck kt Jalan Tun Razak, jam coz ade accident kt tgh jalan..

Tujuan ke KL hari ni sebab aku nak beli dua tiket teater muzikal Ibu Zain untuk seorang kawan.. tapi aku just tolong belikan jer la.. nasib baik ade diskaun 20 % dan seat yang dikehendaki tu pun masih ada lagi.. so dptla murah untuk seat rm80.

Bestnya masa beli tiket dapat dua buah buku edisi Ogos Reader’s Digest. Tak pernah sebelum ni beli dapat buku.. haha. ok la tu.. sebab dah terlajak kt KL ni aku pun balik ke rumah aku di Jalan Ipoh.. esok baru balik Uniten..

I love this J-Dorama..

Posted in Home Sweet Home, Peristiwa dengan label , on Ogos 10, 2008 by fahmiez

Yasuko to Kenji, J-Dorama yang aku tgh minat skrg.. drama ini memfokuskan kisah kehidupan seorang pelukis manga romantik, Oki Kenji bekas ketua gang biker yang terlalu melindungi adik perempuannya Oki Yasuko sehinggakan byk perbalahan berlaku antara mereka. Kenji berhenti dari biker gang setelah kematian ibubapanya dalam kemalangan 10 tahun dahulu.

Kehidupan mereka berubah bila Tsubaki Erika juga seorang bekas gang yang digelar Black Rose kembali ke bandar mereka dengan penampilan baru bersama adiknya Tsubaki Jun yang diminati oleh Yasuko. Walaupun Erika dan Kenji pernah bergaduh sehingga sekarang, Erika mencintai Kenji diam-diam. Dia akan berubah watak bila dikasari dari menjadi seorng yang pemalu kepada perempuan ganas.. haha..

susah nak cerita, kene tengok sendiri baru best.. J-Dorama ni dikira masih baru sebab episod dia masih belum habis dikeluarkan lagi dan minggu ni episod 4 baru tiba..

p/s muka Oki Kenji ni terutama hidung macam Faris.. :P .. sebijik.. hehe

Lucky number of special day..

Posted in Peristiwa dengan label on Ogos 8, 2008 by fahmiez

according to Chinese, number 8 symbolize luck.. well, hari ni merupakan hari yang unik 08.08.08. Mungkin banyak jugalah majlis kenduri kahwin pada hari ini. Di Uniten, malam ini majlis makan malam di Dewan Seri Sarjana untuk Rowing Invitational..

Selain dipercayai nombor bertuah, hari ini juga merupakan detik penting dunia apabila semua fokus ke Beijing, dimana Sukan Musim Panas Olimpik Beijing 2008 bermula… diharap atlet2 negara bersemangat dalam pertandingan yang muncul 4 tahun sekali.. kalah menang adat pertandingan.. tapi, kita teringin nak juga pingat emas kan? dan dengar lagu Negaraku berkumandang disana.. haha.. anyway good luck to all athletes! Malaysia Boleh!

Perjalanan beremosi ke Perpustakaan Negara.

Posted in Hangout, Hidup aku today, Uniten dengan label , on Ogos 7, 2008 by fahmiez

semalam selepas kelas, aku, Darwin, Zaid dan Irshad ke KL. Mulanya sukar aku mengajak Darwin yang malas membaca itu

tetapi setelah dipujuk akhirnya beliau ikut jua. hehe..

Bukan utk berjalan2 tanpa tujuan di KL, tapi dgn niat yg jarang kami fikirkan.. ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak. sudah lama aku tak menjengah ke gedung ilmu negara ini.. semenjak kad keahlianku tamat tempoh 2005.. begitu byk perubahan disini.. dari bumbung warna biru ke coklat.. kami kesana atas tujuan utk meminjam buku tapi tidak jadi pinjam sebab masa tidak mengizinkan.

keadaan di situ waktu petang sepi.. mungkin sesak bila hujung minggu.. pelbagai memori terpahat disini.. dari kecil semenjak sekolah rendah aku ke sini.. masa kecil mungkin seronok ke sini, bila besar, perasaan itu hilang. semangat utk membaca dan meminjam buku.. dulu kali terakhir aku kesini tidak kuingati, mungkin semasa era SPM dulu..

Mungkin sudah lama tidak kesini, aku ingatkan ada kad baru akan dikeluarkan, tetapi telahpun diganti dengan hanya menggunakan MyKad saja kini.. tidak perlu memperbaharuinya.. kusedari aku telah lama meninggalkan dunia ilmu ini..

Selepas itu, kami bergerak ke Jalan Ampang melalui MRR2 ke rumah Irshad di Taman Melawati. First time aku kesana.

rumah Irshad.. alamat? biarlah rahsia..

rumah Irshad.. alamat? biarlah rahsia..

Irshad, seorang master dalam programming mengambil buku C beliau yang tertinggal dirumah. sementara kami bertiga duduk di dalam kereta.. sekitar rumah Irshad unik kerana rumah teres beliau disusun dalam bulatan seperti Wisteria Lane dalam siri Desperate Housewives..

Perjalanan dalam kereta Zaid semasa pergi dan balik begitu mengancam emosi dan minda kami kerana Zaid membawa kereta bagaikan pelesit . potong sana – sini dan laju membimbangkan perasaan adakah kami akan sempat ke kelas esok dengan badan yang masih elok.. kerana faham perihal itu, aku mebawa buku Sejarah Tuhan dipinjam dari Karipulai utk menepis keadaan traumatik itu dlm kereta dengan membacanya. syukur kami masih hidup.. keluar dari kereta kami pening2 lalat, mungkin graviti dlm kereta Zaid buatkan kami tak seimbang seketika.. mujur malam ini latihan koir dibatalkan, jadi sempat tidur lagi utk memulihkan semangat.. hehe..

Firedrill.. pengalaman pertama aku..

Posted in Uncategorized on Ogos 7, 2008 by fahmiez
demo untuk memadamkan kebakaran..

demo untuk memadamkan kebakaran..

Ketika loceng penggera dibunyikan, aku, Fakrul dan Mas Ilmi senang berborak-borak mengenai koir didalam bilik. Ketika itu, Mas Ilmi tanpa simpati dan ihsan datang untuk menuntut hutang bagaikan seorang ceti Ah Long.. ><. Kami yang kekeringan ini terpaksalah mengeluarkan Rm20 demi vest koir utk dibayar kepada tailor.. haha

anyway, inilah kali pertama dalam hidup di Uniten aku ada di hostel semasa firedrill.. semester-semester sebelum ini, aku diluar Uniten ketika firedrill diadakan.. jadi perasaan gentar, takut tapi excited bercampur-baur dalam diri.. jadi sebagai parasit di bilik Fakrul aku segera ingin bersembunyi.. Fakrul, Darwin dan lain-lain turun ke bawah sementara aku dan Tan hide didalam bilik Darwin.. haha.. anyway, kami turun selepas Darwin kata it’s Ok for Us to come down..

Di perkarangan letak kereta Cendi, ada projektor yang menayangkan info Cendikawan mengenai carta organisasi Cendekiawan.. selain itu PA system digunakan utk menjelaskan lagi penerangan2 dan mesej dari pihak pentadbiran.

after firedrill.. no one get hurt.. hehe

after firedrill.. no one get hurt.. hehe

Kelihatan ramai yang berkumpul malam tadi dan setiap penghuni perlu tandatangan kehadiran di senarai penghuni Cendi..

Ramai juga yang berjaya keluar sebelum terbakar di bilik apabila sumber elektrik dihentikan buat sementara.. haha..
Bob Hadi juga sempat kutemui.. beliau masih lagi hidup dan bernyawa dari terbakar kepada yang tertanya2…. (><)

Mtv Asia Awards 08 at Genting – Part 2

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , on Ogos 4, 2008 by fahmiez

After grab a quick bite, aku ke tandas jap.
Malangnya, masa aku kuar dari tandas, grup aku dah gerak.. haih.. so aku pun join group Zaid, F, dan Group I ke Arena of Stars, venue awards malam ni.. sampai disana kami melalui pemeriksaan wristband dan menunggu di luar arena. sebaik sahaja dibenarkan masuk, kami melalui pintu G dan dapat melihat pentas dimana anugerah akan diberikan.. agak kecil berbanding venue sebelum ini di Singapura dan Thailand. walaupun begitu, tidak menjadi masalah kerana kesemua audiens dari belakang auditorium sehingga dihadapan pentas dapat menyaksikan show dengan lebih dekat lagi.

The Pussycat Dolls.. hot vibes on the stage!

The Pussycat Dolls.. hot vibes on the stage!


During commercial break.. VJ Taya and Utt gave goodies to the audiens

During commercial break.. VJ Taya and Utt gave goodies to the audiens

Persembahan dimulakan dengan persembahan US dance crew Jabbawockeez dan diikuti opening show oleh  The Pussycat Dolls yang mempersembahkan dua lagu; Button dan When I Grow Up. dan disusuli anugerah fave artist utk Korea.

OneRepublic perform Apologize and Say (All I Need)

OneRepublic perform Apologize and Say (All I Need)


Electrico and Stefanie Sun sang for the cause.. great collaboration!

Electrico and Stefanie Sun sang for the cause.. great collaboration!

Awards nite diserikan dengan persembahan beberapa artis seperti OneRepublic, Singapore band Electrico dan Stefanie Sun yang mempersembahkan lagu khas dedikasi utk mangsa taufan di China dan Myanmar, Leona Lewis performing Bleeding Love dan Better In Time ,Irish band The Script, boyband sensation Korea Super Junior, Pop Shuvit featuring Project E.A.R (East Asian Revolution) kolaborasi antara band Indonesia, Malaysia, Thai dan Filipina menghangatkan pentas kedua dgn lagu Freakshow dan Mara-Bahaya dan Panic at the Disco menjadi closing act performing menjadi closing act performing dengan dua lagu hits; I Write Sins Not Tragedies dan Nine In The Afternoon, persembahan mereka diwarnai dengan local marching band, beatiful flamenco dancers dan gymnastic team.. a great closure for the night! . Malam itu, Nicolas Teo menang Fave Artist of Malaysia menewaskan Faizal Tahir, Pop Shuvit dan Dato Siti Nurhaliza.

The Script.. Irish band

The Script.. Irish band


Leona Lewis.. the X Factor. Eager for her performance that nite..

Leona Lewis.. the X Factor. Eager for her performance that nite..

Linkin Park membuktikan keunggulan apabila memenangi Favourite International Artist of Asia. Kedua hos malam ini tidak pulang dgn tangan kosong apabila Karen Mok memenangi Inspiration Awards untuk kerja2 kebajikan yang dibuatnya dan Jared Leto utk Video Star untuk muzik video ‘A Beautiful Lie’ yang dirakam di Greenland atas kesedaran global warming.

Jared Leto as host..

Jared Leto as host..


Jaclyn Victor and Joe Flizzow as presenter.

Jaclyn Victor and Joe Flizzow as presenter.


Super Junior create havoc to the girls..

Super Junior create havoc to the girls..


The Click Five drummer, main kompang..

The Click Five drummer, main kompang..


The Click Five perform Jenny

The Click Five perform Jenny


PCD presenter for Fave Artist of The Philippines

PCD presenter for Fave Artist of The Philippines

After show, mosh-pitters yang akan balik dgn coach berkumpul didalam Arena of Stars dan bergerak menuju ke bas pada pukul 10.30 malam ke KL Sentral. First time balik KL dari Genitng waktu malam. Indah melihat lampu2 neon.. Setibanya aku di KL Sentralm Coach bus Zaid naik tiba lambat, so aku pergi 7-Eleven dan bergerak kesana-sini melihat keadaan KL Sentral pagi-;pagi buta ni..

After the show end..

After the show end..

Sebelum pulang, kitorang ke Country Heights minum dan pulang.. a great night experience in my life!