Arkib untuk Julai 29, 2008

sukar dipercayai..

Posted in Cendikiawan, Uniten dengan label on Julai 29, 2008 by fahmiez

unbelievable.. masa aku tulis post ni.. pukul 11.09 pagi di Cendikiawan.. ape yg sukar dipercayai yang digemburkan? well, Internet access di hostel -hostel Uniten selalunya hanya bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7 pagi.. kalu nk online, kene g lab di COIT. Hari ini agak jarang2 berlaku dimana Internet akses boleh smpai skrg.. pelik juga nape Uniten baik hati bg Internet akses lebih dr had masa.. huhuhu.. mungkin terlupa nk off server hostel atau ade malfunction.. anyway, its a gud thing coz i can access interent freely… agak janggal pula bermain Internet siang2 ni.. hehe..

demam.. Isnin

Posted in Cendikiawan, Uniten dengan label , on Julai 29, 2008 by fahmiez

Isnin.. hari yang tidak disukai oleh pelajar dan juga pekerja.. apa boleh buat, nak tak nak perlu hadapinya.. hari ini sejak malam Sabtu lalu aku bersin begitu kerap dan selsema. Mula rasa demam bila masuk Isnin ni.. walaupun sakit, aku tetap gigih ke kelas.
hari ini tiada yang baru selain ke kelas Ethics oleh Miss Mona. Hari ni xde lecture sebab die kata kelas kite dah laju satu chapter, so digantikan dgn class discussion..

Kemudian, selepas tapau makan tengahari berlaukkan ayam saja yang berhara RM3 (makin mahal), aku pulang menuju ke hostel. Pukul 3 ni ade kelas OOP. so, aku pun selepas lunch, tidur coz badan rasa tak sihat. malam sebelumnya aku ambil satu pil selsema diberi Mak sebelum pulang ke Uniten. Pil tu mak kata ambil sebelum tidur, coz boleh dtgkan kesan ngantuk (terus aku tido lena pastu).

Jam lagi 5 minit sebelum 3 petang, dgn kudrat yg ada, aku bersihkan diri dan bersama Darwin ke kelas OOP yang setelah seminggu takde kelas sebab Pn Zailani kursus.

Sambil berjalan ke COIT, aku mendengar mp3 guna headset baru beli kt Tesco semalam.. okla bunyi walaupun tak sehebat Sony or Philips. . Selepas kelas, aku beli burger benjo, plg murah antara burger lain Rm1.50 saja. Sekarang ni perlu jimat-cermat akibat kos sara diri makin mahal.

Zaid selepas kelas, dtg ke bilik sebab malam ni kami berempat (aku, Darwin, Fakrul dan Zaid) akan ke meeting Judge division untuk Robogamez competition akan datang, 5 & 6 September ni. Segala peraturan dan keperluan diterangkan dalam meeting ini. Kami datang agak lambat sebab gi dinner dulu kat Upten.

Tesco to Dance to the Radio.

Posted in Family, Hangout, Home Sweet Home dengan label , , , , , , on Julai 29, 2008 by fahmiez

Ahad, 27 Julai 08

Pagi ini aku jangka akan bangun lambat, tapi tidak.. agak megujakan sebab masa bangun pukul 8 pagi tadi aku baru je tido dalam pukul 6 pagi, so very short period of sleep..

Hari ni ayah aku dan Asyraf akan ke terbang ke Sabah untuk urusan kerja luar di Telekom sana. Mak aku sebelum pergi mengingatkan aku dan Kak Lang agar mandi dan bersiap sebab nak beli barang di Tesco nanti. Mak hantar ayah ke terminal shuttle bas di Batu 3 Jln Ipoh yang akan terus ke LCC-T.

sementara itu, aku masih lagi belum ada semangat untuk ke bilik air. Sambil menghadap laptop, aku melihat blog ni balik. fuhh, rekod baru dicipta, di blog stats semalam Sabtu merupakan hari paling byk pengunjung ke blog aku. Terima kasih kepada mereka yang datang ke blog aku Sabtu 26 Julai. :)

Dengan semangat baru, aku ke bilik air dan mandi. Kedengaran di ruang tamu mak dah balik, aku bersiap dan breakfast.

Selepas mak selesai kerja rumah, aku pun memulakan schedule hari ini. Mula2 sekali ke Perodua Servis utk repair lampu brek belakang yg x nyala. Caj dikena RM9 untuk tukar mentol yg rosak.. agak lama menunggu walaupun nak tukar mentol coz xde stok, kene beli diluar. Jadi, aku menghantar Mak, Kak Lang dan Nabila ke Tesco berdekatan dan aku patah balik ke bengkel itu tadi utk sambung kerja mereka semula.

Selepas itu, aku ke Tesco semula utk shopping barang dapur dan lain2 dgn Mak. Jadual aku agak ketat sebab selepas shopping ni gi jumpe P’e pula. Mula-mula plan nak ke LAMAN 08 tapi P’e ajak ke Galaxy Ampang tengok kawan dia, Hana performing live band kat situ.

Dance To The Radio rawks!

Dance To The Radio rawks!

Ni le first time aku ke shopping mall ni yang terletak di Jalan Ampang. Sort of creepy sebab mall ni hampir sunyi. hanya tingkat bawah sahaja yang diduduki. tingkat lain dan seterusnya kosong. Dulu dikatakan tempat ini agak popular, tapi menerima kesan bila terdapat byk shopping mall lain terutama semenjak wujudnya Suria KLCC, org tidak lg ke sini. Sebuah kafe mengambil inisiatif mengadakan gigs setiap Ahad bermula 2 petang dgn menjemput band2 indie utk perform di situ.

2nd gig, tak tau nama band ni.. female vokalis ni member Pe di UIA

2nd gig, tak tau nama band ni.. female vokalis ni, Hana; member P'e di UIA

3rd & final gig of the day.. Roti, the band name. unique!

3rd & final gig of the day.. Roti, the band name. unique!

Selain band Hana, terdapat band indie lain yg baru nk establish perform disitu, aku cuma sempat melihat 3 band saja petang tu memandangkan aku dtg pun dah pukul 5. Antaranya Dance To the Radio dan Roti yang unik kerana selain bass guitar, terdapat band member ialah violinist. Dance To the Radio perform memang gempak, muzik diorunk quite interesting. Skrg mencari2 bio band indie ni. Pernah keluar AMP Channel V vokalis band ni kata.

)

P'e blanje aku McD, thanks alot! :)

Selepas itu, aku dan P’e ke McD di Setapak.. P’e sekali lagi blanje aku makan.. dah byk kali die blanje aku mkn, x terkira.. terima kasih beb! Ingat nk blk pastu tapi aku ajak P’e ke LAMAN walaupun dah malam. Sebab malam ni dah nak tutup, LAMAN ni terus dibuka percuma.. haii, kalo tau awal2 dah gi last day. Tak yah bayar RM3. huu.. anyway, di pentas utama LAMAN akan diadakan majlis penutup LAMAN dgn kehadiran menteri dan VIP yang lain.

Lawat masa tu pun cepat2 dan ekspres sebab P’e kene pulang ke UIA malam tu juga dan aku pun kene pulang ke Uniten.