Jumaat, 25 Julai.

Kelly diservis.
hari ini aku membawa Kelisa cinta hatiku ke Perodua Servis di Taman Wahyu. Ini kali pertama aku hantar kereta kesini semenjak insiden ‘kurang ajar’ oleh staf di Perdoua Servis tempat lama dulu (tak nak mention la). Setelah hampir lebih 6 bulan tak servis, dapat juga Kelly (nickname Kelisa aku) dapatkan treatment. Aku memilih Full Service Package yang berharga Rm230 sebab Kelisa aku perlukan major service sebab dah lebih 40000KM. Selain itu, aku perlu tambah RM80 lagi coz shock absorber perlu diganti pula. Alang -alang tu, aku tambah servis carwash yang disertai car shampoo dan vacuum kereta. Dah lame keter aku x vakum dalam, malas nak wat kt rumah.. hehe.. (mak aku bising pastu)

dalam customer lounge..
Aku hantar kesana pukul 10.30 pagi dan setelah hampir 3 jam menunggu, keretaku dah siap, tetapi lampu brek belakang tak berfungsi pula menyebabkan aku lambat gi solat Jumaat. Aku kena hantar kereta aku balik kesana hari lain untuk periksa semula lampu belakang aku yang tetiba x nyala.. salah mekanik diorunk la ni.. elok je lampu tu nyala sebelum ni dah tak nyala pula.. haih..

Kelly fresh face, smile baby!
selepas itu, aku pulang ke rumah dan lunch dulu sebelum kembali ke Uniten untuk bawak Darwin dan Ben keluar jalan ke LAMAN 08..
ini kali kedua pergi ke sana.. hehe
tapi kali ini aku pergi waktu malam pula, bukan apa, masa Flora exhibition di Putrajaya dulu, waktu malam memang berbeza dgn siang kerana cahaya gemerlapan dan suasana senja menyejukkan mata melihat bunga yang cantik ini. Malam itu juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahmad Busu dan Imuda yang meriuhkan suasana dgn lawak mereka.

gelagat Darwin dan Ben
Lagipun, Darwin dan Ben belum pergi lagi, jadi inilah peluang mereka untuk ke sana sementara acara ini berlangsung yang akan tamat minggu ini juga.. ini juga kali pertama Ben dan Darwin datang ke Taman Tasik Perdana.

landskap negeri Melaka.. terang benderang rumah Melaka dengan tema 'Malam Raya'

model Masjid Ubudiah waktu malam..

Ahmad Busu dan Imuda di pentas utama











