Arkib untuk Julai 26, 2008

Misi: Tiket ke Mtv Asia Awards; Day 2

Posted in Hangout dengan label , , , , on Julai 26, 2008 by fahmiez

Ahad, 20 Julai 08.. Hari kedua ke Cineleisure on our mission to get ticket to Mtv Asia Awards!

sekali lagi aku tido lewat semlm.. kali ini Fakrul tak dapat sertai kami dengan alasan belum basuh baju.. huk2..
so, aku berdua je la dgn Zaid dengan misiĀ  kami untuk mendapatkan tiket ke MAA..

Pop Shuvit rocks the stage

Pop Shuvit rocks the stage

Faizal Tahir, VJ Taya dan Utt

Faizal Tahir, VJ Taya dan Utt

kali ini kami pergi awal sebelum acara bermula.. seperti semalam tiket diberi dgn mengajak hopeful wannabe ke pentas untuk menjawab soalan atau membuat sesuatu untuk menunjukkan betapa gilanya mereka untuk tiket ini..

tapi hari ini ada satu lagi tambahan aktiviti iaitu ‘Mosh-Pit Audition’ dimana penonton yang dtg perlu bersemangat dengan menari or wutever movement untuk mendapatkan stiker dari VJ Taya dimana stiker itu menjadi pass ke Mosh-Pit di award nanti.. Zaid berjaya dapatkan stiker on first round dimana Pop Shuvit buat persembahan.. aku x dpt sebab sibuk ambil gambar.. well, kaki da cramp.. harapan aku mula menjadi pudar tapi masih ada semangat utk cuba mendapatkan lagi.

on second round, masa persembahan Faizal Tahir, aku berjaya dapatkannya setelah merayu dari officer yg bagi stiker itu dgn alasan Zaid seorang pergi sana nanti, not fun.. so dia dgn baik hatinya memberi aku stiker itu.. yehaaa..
kami berdua akan kesana nanti!..

penonton yang dapat ‘Mosh-Pit’ MTV stiker perlu mendaftar di backstage dengan mengisi borang dan diberi invitation letter dari Mtv dimana kami perlu menaiki bas yang disediakan kesana 2 Ogos nanti.. seronok! tak sabar kesana.

)

yahoo.. our mission is a success!.. :)

dalam surat itu, terkandung peraturan-peraturan dan terma seperti perlu datang 15 minit sebelum bas bergerak dan Mosh Pitter wajib menaiki bas yang disediakan kerana jika mereka menggunakan kenderaan sendiri kesana, mereka tidak boleh menjadi masuk ke dalam majlis nanti.. very strict.. tidak boleh bawak kamera (huhu) tapi handphone boleh dibawak.. tiada beg sandang or wutever handheld item.. so kami kesana berlenggang saje la..

Mtv Asia Awards, here I come!

Misi: Tiket ke Mtv Asia Awards; Day 1

Posted in Hangout dengan label , , , , on Julai 26, 2008 by fahmiez

Berlaku pada 19 Julai lalu di pagi Sabtu yang hening..

Dengan mata yang masih terkebil mengantuk, ringtone SMS berbunyi lak.

Dari Zaid rupanya.. ‘Zul, jd x?.Ko gerak kul bp?.’

aku balas ’start kol 3 kan?’

Zaid pulak balas, ‘Ntah. Bkn kul 1 ke?.’

dengan laptop yg tersedia diatas katil, aku segera melayari laman web.

Argh, bukan pukul 3 atau pukul 1, tapi kul 12 tengahari!.. haha.. aku lihat jam.. dah pukul 11.30. Tu la, tido lewat semalam..

dengan segera, aku call si Fakharul beberapa kali, tak angkat, masa Zaid call, barulah die tersedar.. rupa-rupanya dia silent mode hp.. memang pandai betul la mamat ni.. :p

dengan segera aku bersiap sedia. dalam pukul 11.45, aku bergerak ke rumah Fakharul sambil hantar SMS kat Zaid aku dah gerak..

kami dengan segera menghala ke LDP. Zaid call tanya di mana kitornag. Walaupun belum masuk LDP, aku seperti biasa cakap ‘dah nak sampai ni’.. haha..

Aku decide parking di The Curve, weekend memang ramai orang datang, nasib baik dapat tempat kosong akhirnya. dengan segera kitorang ke the Street dan menuju masuk kedalam Cineleisure..

Event yang kitorang pergi ni adalah roadshow MTV Asia Awards 2008, yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland. Actually, dah beberapa minggu aku dengan Zaid plan nak gi ke roadshow ni. Misi untuk dapat tiket memandangkan tiket tidak dijual.. huhu..

Kami melilau mencari Zaid sambil call dan SMS, majlis masa kami sampai sudahpun bermula dengan catwalk fashion dari model2 EDC by Esprit.. sambil menunggu Zaid, aku tidak melepaskan peluang tangkap gambar sekeliling acara..

catwalk fashion show..

catwalk fashion show..

Kelibat Zaid pun kami nampak selepas catwalk habis.. mamat ni rupa2nya gi shopping sweater rupa2nya kat Giordano.. hak2..

bergambar dgn Mtv VJ Taya.. cunn

bergambar dgn Mtv VJ Taya.. cunn

selepas catwalk habis, VJ Taya dari MTV naik ke pentas.. memang cun! hehe.. sesi untuk mendapatkan tiket free ke acara anugerah ini bermula.. begitu ramai hardcore yang tanpa segan silu melolong agar dipilih untuk mdapatkan tiket free.. kami trio yang masih bermaruah (hehe) just lambai2 tangan dgn harapan dipilih.. ada yang bawa banner sekali.. memang dahsyat.. rata-rata budak remaja (kami separuh remaja) hak2..

vote for Fave Malaysian Artist.. undi adalah rahsia..

vote for Fave Malaysian Artist.. undi adalah rahsia..

dengan tiket pas terhad sebanyak 5 pair, kami yakin tidak akan dapat hari ini.. tak pe cuba esok.. esok masih ada lagi event ni..

selepas habis acara, kami mencari tempat untuk lunch, nak makan kt McD didalam Cineleisure, tapi penuh pulak seat.. so kitorang ke the Curve mencari tempat makan yang affordable, almaklum poket kosong..

pentas MAA

pentas MAA

kitorang berjalan dari Cineleisure ke masuk the Curve, keluar the Curve, masuk Tesco keluar Tesco dan melintas jalan seberang ke McD disebelah Courts Mammoth.. sanggup tu jalan jauh.. cam filem komedi Harold and Kumar gi ke White Castle lak (sape yg da tgk faham..) hak2..

sambil2 makan, kitorang pun berborak dan gosip pasal sekitar kehidupan dan juga Uniten.. dan kami xtau nak ke mana selepas ini memandangkan malas nak balik awal.. aku ajak Zaid dan Fakrol gi ke Istana Budaya malam ni coz ade Laman Santai

Jam menunjukkan pukul 4.. masih lambat lagi.. sambil memikir tempat sesuai dituju, kitorang ke Borders, konon nak carik ilham destinasi sesuai. x jumpa jua. akhirnya kami ke kereta Zaid.. first time tu die bwk keter MyVi (kakak die punye)..

dalam kereta masih cari ilham tidak jumpa.. masuk ke KL ke Taman Tasik Perdana. kebetulan ada Festival Antarabangsa Landskap dan Taman 2008 (Laman 2008). Nak masuk, tapi parking full. so atas alasan itu, kitorang batalkan niat ke Festival and heading to Bukit Bintang ke The Pavilion..

Louis Vuitton model..

Louis Vuitton model..

masa disana, mak Zaid call suruh beli buah kelapa. Mana nak cari buah kelapa kt Bkt Bintang? Kami pun berjalan sekitar Bukit Bintang dari Pavilion ke StarHill Gallery hinggalah ke Giant ke Sg. Wang untuk mencari buah kelapa tapi tidak juga jumpa.. masa berjalan tu, rasa jadi pelancong pula.. Changkat Bkt Bintang ditutup kerana Festival Samrah sempena KL Fest akan diadakan malam ini.

Selepas itu, kami menuju ke destinasi asal ke Laman Santai di Istana Budaya, hampa coz malam ini tiada makan free.. haih.. so aku dan Zaid beli kopi utk dia, teh ‘o’ utk Fakrul dan teh susu utk aku.. disertai roti bakar.. fuhh

Laman Santai feast..

Laman Santai feast..

malam itu, persembahan akan dimeriahkan oleh Zehra Zambri, Refflesia, Nash dan beberapa artis lain.. sebelum balik, kami singgah sebentar ke Istana untuk ke tandas dan masa nak heading back to car, ada Suria FM road crew dtg beri freebies.. x sangka aku join salah satu acara, makan susu dgn air karbonat.. pergh.. nasib baik menang coz kakak yang team dgn aku pandai main tipu.. hak2.. so aku menang VCD Legenda Sundel Bolong dan kakak tu menang CD kompilasi Wings.. ok la tu.. hehe..

selepas tu, kitorang menuju balik ke the Curve ambil kereta aku. Sebab dah melebihi masa, kitorang terpaksa guna manual pay..

esok misi tiket ke MAA bersambung lagi..

KL Fest ~ Journey 3 – Konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Kebangsaan

Posted in Hangout, Uniten dengan label , , , , on Julai 26, 2008 by fahmiez
the show

the show

trio baju putih..

trio baju putih..

malam itu, sebelum start sem, kami yang berjumlah 14 org pergi menonton konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Seni Kebangsaan.. sebelum hari konsert, aku ada sms shazlan ajak g konsert ni, tapi die kata agak busy dan mention slot utk koir hanya lah 20 minit dan dia tarik diri dari menyertai persembahan malam itu… apa yg dikatakanĀ  Shaz tu amatlah benar, slot pertama konsert memang menarik dgn persembahan koir berelemen hantu seram, tetapi slot seterusnya sehinggalah habis hanyalah orkestra saja, kami generasi moden kontemporari yang berarus perdana agak sukar utk menghabiskan mononton persembahan orkestra spjg malam itu.. haha… anyway a gud experience.. semasa awal persembahan, Sarah, Didi dan A’a lambat dtg coz kad Touch N’ Go hilang.. hehe..

selepas show, kitorang ke gerai Nasi Lemak di Kg Baru utk late supper..

picture front Istana

picture front Istana

Bazar Astena..

Posted in Uniten dengan label , , on Julai 26, 2008 by fahmiez

aha.. bermulanya semster baru, tibalah jua masa utk mencari ahli-ahli baru kelab. Selama 2 hari program Societies and Club Bazar, aku dan koir tidak ketinggalan bersedia utk buat persembahan di Upten, lokasi program ini.. seminggu (tak sampai pun..) sebelum tu selama 2 malam, walaupun baru first week, kitorang dah gather utk practice.. kami berlatih di Imrish cafe dan di MPH dalam berlatih suara.. almaklum 2 bulan tak reherse, suara cam karat sikit..choice song malam utk nyanyi mulannya lagu Leka dari Atilia, Malam (Shades) dan 2 lagu patriotik.. tapi malam bazar tu, tukar plan coz mood patriotik x sesuai pulak.. so first nite tu kitorng sing Leka dan Malam dan malam kedua kitorng nyanyi dgn band.. ad-hoc performance.. hehe.. anway great nite..

koir team that nite..

koir team that nite..

singing time!..

singing time!..

bazar environ..

bazar environ..