KL Fest ~ Journey 2 – Konsert Suara Emas

pondok Laman Beringin

pondok Laman BeringinLaman Santai.. awal lagi..

Laman Santai.. masa awal lagi.. tak ramai

Laman Santai.. masa awal lagi.. tak ramai

Hari kedua Journey ke Istana Budaya, pada malam ini, Konsert Suara Emas menyusul tiba dengan persembahan lagu-lagu pop.
Malam ini aku pergi bersama dengan Zarith, aku bergerak ke Uniten mengambil dia pada pukul 5 petang. Jalan yang tidak sesak hujung minggu menyenangkan perjalanan.
Kami sampai di Istana Budaya pada pukul 7.45 malam. kerana masih awal lagi, kami bergerak ke Laman Santai kerana malam ini ialah malam Sabtu dimana artis jemputan malam ini ialah Mama Rina dari Akademi Fantasia musim ke-6 tahun ini. Disana, kami berjalan melihat gerai-gerai yang disediakan kali ini. Malam ini aku agak terkejut sebab tiada makan FREE! Sebelum ini masa aku pergi dengan Bob dan Pokcik ade je makan free, malam ini tidak. So, aku pun membeli Teh O’ Ais di gerai minum. Kerana malam masih muda, orang tidak begitu ramai dan persembahan belum lagi bermula. Kami berkesempatan melihat Rina bersiap sedia.

Selepas minum, aku dan Zarith masuk semula ke dalam semula. Jam menunjukkan pukul 8. Sementara Zarith ke tandas, aku akhirnya ternampak jua signboard Surau yang begitu kecil.Aku ingatkan sebelum ini tiada surau di sini. sementara masih ada masa, aku menunaikan solat Maghrib.

Waktu persembahan dalam 15 minit lagi, jadi kami bergerak ke Grand Circle dimana tiket kami diletakkan (harga pelajar juge.. hee). Semasa menunjukkan tiket, pegawai IB menjelaskan kepada kami Grand Circle akan dikosongkan dan tempat duduk semua pemegang tiket Level 2 berpindah ke Stall di Level 1. Agak gembira juga sebab dapat seat yang berharga RM20, RM25 di Stalls. Ini kali pertama Zarith duduk di Stall level. Tetapi, kami perlu tunggu lama diluar sementara pemegang tiket Stall mengambil tempat duduk. Almaklum, nanti tersalah duduk tempat orang, malu pulak.
Akhirnya, giliran tiket holder dari Level 2 pula masuk. Dengan segera, mata melilau mencar i best spot. Kami segera ke hadapan dan mengambil seat di tengah. view memang best. Tambahan pula, seat tu memang kosong, nasib baik tidak salah tempat duduk.. hehe..

sesi penghargaan - foto kredit to Kosmo!

sesi penghargaan - foto kredit to Kosmo!

Persembahan dimulakan dengan Adibah Noor yang sememangnya artis yang berjiwa besar dan suara yang merdu.. interaksi beliau dengan audiens memang terhibur dengan lawak dia.. Adibah mendendangkan lagu hits beliau, Yang Teristimewa dan Cahaya.
Selepas Adibah Noor, audiens dihiburkan pula oleh Karen Kong yang membawakan lagu Ku Tak Upaya, Tai Sha dan Akan, Dhilip Varman (Kanavellam, Kathal Enbathe dan Nyireh Thulaithe) dan Den Bisa, penyanyi dari Sabah dengan tiga buah lagu Siksa, Cinta SMS dan Lampu-Lampu Pisang,Syafinaz (Naturaleza Muerta (sebuah lagu Sepanyol) dan Kemesraan, sebuah lagu gubahan komposer terkenal, Datuk Ahmad Nawab dan lagu terbaru yang belum dirakam lagi, tetapi begitu indah didengar, Kasihku Selamanya ciptaan Hafiz Hazkiah. Misha Omar menutup tirai persembahan dengan dendangan lagu-lagu beliau;Nafas Cahaya, Bahasa Kalbu dan single terbarunya, Jawapanmu.

tirai labuh sedikit..

tirai labuh sedikit..

show is done.. superb!

show is done.. superb!

Selepas menonton persembahan, aku bergerak ke Bangi untuk hantar Zarith pulang ke Uniten, sebelum itu kami singgah ke restoran sup gearbox di Bandar Baru Bangi untuk makan. Zarith belanje, terima kasih..

3 Respons kepada “KL Fest ~ Journey 2 – Konsert Suara Emas”

  1. Hurm..kite pun nak say thanks jgk dekat zul jgk sbb belanjer kite tiket mlm tu..tu la..1st time jgk ddk seat depan..mlm tu,kite plg suke Syafinaz.Suara dia best..

  2. munchen2186 Berkata:

    Assalamualaikum..
    seronok baca blog saudara/i..
    saya tertarik dgn katanya ada tempat solat di Istana Budaya..
    baru saya tau..
    ada ya? di bahagian mana ya?

  3. fahmiez Berkata:

    waakaikumsalam..
    terima kasih kerana datang lawat blog saya..
    di Istana Budaya ada surau, cuma ramai tidak perasan mungkin kerana papan tanda yang kecil. Surau terletak di sebelah kiri, iaitu di arah kaunter tiket IB. Surau terletak tingkat 2 berhadapan dengan lif. Cuma perlu menaiki tangga sahaja.

Tinggalkan jawapan