
Trio Hebat.. (foto kredit kepada yg berkenaan.)
Konsert Seniman Negara – Ahmad Nawab
pergi menonton konsert ini dengan P’e di Panggung Sari Istana Budaya pada 4 Julai. Kami pergi hampir terlewat, well sebab aku. pada petangnya aku dan geng ofis Resscom (Bob, Pokcik dan Asyraf) pergi mandi air terjun di Huutan Lipur Sg. Kanching. Balik pun dalam pukul 6.30 PM. Tapi nasib baik sempat sebelum bermula. ianya merupakan salah satu konsert di Istana Budaya selama 6 hari berturut- turut di IB untuk memeriahkan KL Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), DBKL, Majlis Muzik Malaysia dan lain-lain agensi.
Konsert pada malam itu memang menarik dan memukau dengan dendangan lagu-lagu evergreen yang aku sebagai generasi muda jarang dengar dan juga kehebatan irama saksofon beliau. persembahan dari anak-anak didik Datuk Ahmad Nawab seperti Latif dan Khatijah Ibrahim, Siti Fairuz, Jamal Abdillah masih berbisa dan menghiburkan peminat-peminat mereka dari dulu hingga sekarang dan The Girls, kumpulan wanita ilham Datuk Ahmad Nawab sendiri juga hebat walaupun mempunyai mempunyai kekurangan sedikit. Apa-apa pun, kesemua persembahan malam itu itu tidak menghampakan..
Persembahan pembukaan dimulai oleh Latif Ibrahim yang mendendangkan lagu popular beliau, Pilihlah Aku dan disusuli lagu Nora. Semangat persembahan kemudian diambil-alih oleh penyanyi yang sudah lama menyepi dan aku tidak ketahui sebelum ini, Siti Fairuz yang mebawakan lagu Bila Rindu Kesebut Namamu dan Usah Bertanya Lagi.. Kalau ajak mak dengan ayah mesti diorang teringat zaman muda dahulu.. hehe..
persembahan selepas itu dihangatkan oleh Jamal Abdillah yang mendendangkan lagu Tidurlah Permaisuri dan medley hits beliau seperti Perpisahan Tanpa Relaku, Sepi Seorang Perindu and Keluhan Perantau. Seorang peminat setia naik ke pentas memberikan beliau jambangan bunga.
persembahan kemudian digegarkan dengan suara emas Khatijah Ibrahim yang membawakan lagu hits beliau Ku Kira Siang Kiranya Malam. seorang penghibur yang pro, beliau beramah mesra dengan audiens dan juga interaksi yang hebat dan mempersembahkan lagu lain seperti Ku Gembira Di Sampingmu and Potret Kasih.
Selepas persembahan oleh artis-artis hasil didikan Datuk Ahmad Nawab, tiba giliran beliau pula menghiburkan penonton dengan tiupan saksofon yang diiringi oleh pemuzik handalan bass Man Kidal dan percussion Steve ‘Hassan’ Thornton. Gabungan trio pemuzik handalan ini mengegarkan konsert ini dengan muzik digelar Nawab Samba.
Inilah kali pertama dalam hidup aku mendengar tiupan saksofon Datuk Ahmad nawab secara ‘live’. selama ini hanya mendengar dan lihat di kaca TV RTM sejak kecil.. walaupun agak sukar untuk aku mendengar tiupan saksofon sepanjang persembahan dek kerna taste muzik aku yang berlainan, aku masih dapat mengagumi irama dendangan beliau (P’e dah nak tido masa dengar saksofon.. hehe).
Kelenaan P’e dikejutkan dengan kehadiran empat gadis anak didik Datuk sendiri, the Girls gelarannya, kumpulan ini tidak diketahui umum sehinggalah malam itu. mereka merupakan kumpulan wanita Melayu pertama yang merakam album dalam bahasa Tamil. ada dalam Malaysia Book of Records yang mengiringi saksofon Datuk Ahmad Nawab dengan suara dan juga tarian. walaupun agak kaku, mereka menampilkan persembahan yang mantap.
pada pengakhiran konsert, kesemua artis-artis anak didik Datuk Ahmad Nawab menyanyi bersama dan dihargai dengan tepukan gemuruh oleh penonton. Ketua Pengarah JKKN mengiringi Datuk Shafie Apdal dan isteri yang merupakan tetamu khas memberikan setiap artis jambangan bunga sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menjayakan konsert malam itu.. persembahan yang hebat!

token of appreciation..



