
Sarawak Trip – Day 4 ~ Bintulu – KL.. last day.
Julai 13, 2008
hotel view.. dari muara ke laut luas..
Pagi yang cerah, di kamar hotel aku melihat pemandangan di tingkap, beautiful day pemandangan muara sungai terus ke ufuk laut.. hari terakhir kami di Sarawak..
walaupun ini hari last, tidak bermakna tidak boleh berjalan-jalan lagi.. flight schedule untuk pulang ialah 4.30 petang, jadi masih sempat untuk bersiar-siar..
Along yang tidak menginap di hotel kerana balik ke rumahnya menelefon mak agar bersiap segera untuk keluar. pada pukul 9 pagi, kami menunggu di lobi hotel sementara ayah di kaunter apply for extend the time untuk check-out dari hotel yang lazimnya pukul 12 tengahari kepada 2 petang.

Pasar Tamu Bintulu

inside Tamu Bintulu
Along membawa kami ke Pasar Tamu Bintulu di mana pelbagai barang harian hasil tanaman seperti sayuran-sayuran, buah-buahan dan hasil laut dan sungai dijual. suasana memang meriah dengan jualan hasil.
Mak ingin membeli lada hitam sarawak tetapi yang masih muda dan hijau tetapi tak jumpa. jadi, kami berjalan-jalan disekitar pasar dan menaiki MyVi ke CIMB keluarkan duit. Berdekatan bank terdapat sebuah monumen peringatan, Tugu Concil Negri Sarawak di mana terdapat sebuah plat inskripsi yang divandalisma tertulis;
‘ This Monument Commemorates The Centenary of the First Meeting of the First Council Negri Sarawak Held at this Site on 8th September 1867′.

Tugu Council Negri
Di sinilah tempat persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak yang pertama dan tertua di Malaysia dimana Dewan Undangan Negeri bersidang pada 8 September 1867 pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak dengan pegawai kerajaan British dan ketua-ketua kaum Melayu dan Melanau.
Selepas ke bank, kami ke sebuah mall berhampiran hotel, disitu kami ke pasaraya. mak membeli makanan ringan untuk makan balik nanti. selepas itu keluar dari mall ke lot shops dimana sebuah kedai cenderahati tradisional Sarawak dijual. Disitu lebih murah dan aku tidak melepaskan membeli gelang-gelang kaum Iban untuk member2 aku. mak,Kak Lang juga beli beberapa cenderahati antik lain. di kedai tu juga aku terserempak dengan abang yang kami naiki pesawat sama-sama. dia agak surprise melihat kami. well, bandar Bintulu tak sebesar mana.. shopping tidak berakhir disitu sahaja, mak, Kak Lang dan Nabila ternampak sebuah kedai kasut dan apalagi, beli dan mengambil masa sehingga ayah duduk diluar kedai.. hehe..

pantai Tanjong Batu
selepas itu barulah kami pulang ke hotel berkemas dan berehat sekejap menanti pukul 2pm. Along membawa kami ke pantai di Taman Rekreasi Tanjong Batu berhampiran Taman Tumbina (Taman Tumbuhan dan Binatang) melawat keindahan pantai dan juga meraikan harijadi mak lebih awal beberapa hari sebelum balik. Along membeli beberapa keping kek yang lazat dan kami meraikan di sebuah gerai sambil memesan air kelapa muda dan ais jagung.. sodap..

kek harijadi mak in-advance..
melihat jam sudahpun pukul hampir pukul 3, kami bergegas ke Bintulu Airport yang agak jauh juga dari pusat bandar.. Alhamdulillah, kami sempat jua sampai dan check-in baggage di kaunter. sepasang suami isteri yang juga dari Semenanjung ingin pulang meminta bantuan dari kami kerana tidak tahu prosedur menaiki pesawat.. mereka menghantar anak lelaki mereka ke sini belajar di UPM cawangan sini..
sambil mak dengan ayah uruskan bagasi, aku ke kereta Along, lupa pulak ambil kasut Nike.. terpakai selipar Nabila dari pagi.
masa penerbangan dah hampir, jadi aku bersalam dengan ayah dan Along sebelum pergi. Ayah memanjangkan lagi temph dia di Sarawak memandangkan dia ada urusan bisnes di situ selama selama 2 minggu dengan Abang Md Noh yang tiba esok pula..
Lambai terahir ke Along dan ayah sebelum ke imigresen.. Selamat tinggal Bintulu.
Dalam penerbangan, seperti rutin biasa tapi kali ini aku bergegas kerana azam ingin duduk di seat tepi tingkap dan berjaya!.. melihat bangunan Bintulu airport sebelum take-off. di udara, kelihatan loji penapisan Petronas aktif memproses.

Kuala Lumpur dari udara... hujan
Sampai di LCC-T 2 jam kemudian. sama seperti kami sampai di Bintulu, sampai di LCC-T juga cuaca hujan.. selepas mengambil bagasi, kami mencari bas Shuttle Ekspres yang akan membawa kami pulang ke destinasi di Batu 3 Jalan Ipoh.. sementara menunggu bas bertolak pada pukul 7.45 pm, kami menanti di terminal.. disana pihak syarikat bas akan membawa kereta Kembara yang kami simpan di gudang mereka. Terima kasih kepada Shuttle Ekspres!
Hello rumah.. dan perasaan penat bertukar gentar apabila pagar depan rumah kami diumpil oleh pencuri yang mencuri air-cond yang tak dipakai di halaman rumah. Nyonya jiran sebelah menceritakan kepada kami tentang seorang lelaki Cina datang mengambil air-cond. Tapi apakan daya, takdir. Mujurlah itu sahaja yang dia ambil..
kami makan KFC yang dibeli di Taman Kok Lian dalam perjalanan pulang tadi sebelum tidur..



