mandi dan BBQ di Sg. Kanching (gigi)..
US independence day, nah.. it’s pokcik and bob independence day.. they officially ended their industrial training at Resscom. congrats..
untuk meraikannya, kami berempat termasuk Asyraf, pergi berkelah ke Hutan Lipur Sg. Kanching Templer Rawang. Perkelahan BBQ ini kami yang tidak kami rancang ini tercapai jua.. mulanya nak pergi hari sebelum itu, Khamis.. tapi kehendak duti kerja syarikat perlu diutamakan dahulu. Jumaat semalam kami pergi jua.
Selepas solat, aku terus bergerak ke rumah Bob di Greenwood Batu Caves. Bob baru mengeluarkan peralatan BBQ dan kami menggosok grill yang masih lagi dilitupi lemak2 daging BBQ Astena sebelum ini.. buekk..
Selepas itu, aku drive ke rumah Asyraf dan ke rumah Pokcik mengambil mereka..
kami ke pasaraya Giant Batu Caves membeli barang-barang utk BBQ; beberapa daging lembu, ayam yang telah di’marinate’kan, sos BBQ, arang, penyepit dan minuman Coca-Cola dan mineral dua botol.
Jam sudah menunjukkan 3 petang, kami agak resah kerana dah lewat.
Sadisnya, trafik sesak di Bulatan Batu Caves menghampakan kami. perlukah jam disaat-saat ini? mungkin kerana demo utk Anwar diadakan hari ini mengakibatkan kesesakan.. tapi keresahan kami tidak lama kerana akhirnya sesak beransur hilang dan kami dapat meneruskan perjalanan ke destinasi.. syukur
aku tidak ingat pernah ke tempat ini, mungkin kerana inilah kali pertama kau kesini.. sampai sahaja di tempat yang dituju, kami perlu membayar parking kereta RM2 dan RM1 sekepala.. tak kisah memandangkan teruja dengan lambaian hutan lipur..

sejuk.. dingin.. frost.. smile!
Ingatkan sampai sahaja sudah boleh mandi, tetapi kami perlu mendaki bukit yang tinggi untuk sampai ke air terjun didalam hutan.. begitu penat mendaki sehinggakan jantung berdegup kencang dan lutut mengigil.. tapi semua itu tidak lama selepas melihat deruan air terjun yang sejuk. kami dapat juga spot pondok kosong dan memulakan preparation BBQ dahulu..
sementara pokcik membakar daging BBQ, kami bertiga terus terjun ke dalam kolam air terjun yang dingin, tidak hairanlah dipanggil Sg. Kanching, memang sejuk boleh mengakibatkan kanching gigi.. ><

Makhluk Tuhan paling seksi - Bob posing di air terjun..
setelah habis first round, kami naik semula melihat daging yang telah dimasak, lapar pula.. lazat sunggu ayam daging dimasak dalam hutan, lebih-lebih lagi BBQ.. fuhh.. terliur..

Chef di hutan - BBQ expert..
second round, kali ni pokcik join mandi.. kami berempat berendam dalam air.. semua percubaan mereka bertiga untuk mendaki air tejun nyata gagal kerana batu licin.. tambahan pula lantai air terjun dipenuhi daun membuatkan kaki geli..
hampir setengah jam berendam, kami naik semula dan makan lagi BBQ ayam.. selepas itu, kami bersiap kemas utk pulang kerana jam sudahpun pukul 6.30 petang.. aku perlu balik segera sebab malam ni ade aku g tonton show konsert Ahmad Nawab di Istana Budaya dengan Pe.
Selepas hantar mereka bertiga balik, aku bergegas pulang menukar baju dan pakai kasut sebelum ambil Pe.. trafik jam pula.. aduhh