h1

Sarawak Trip – Day 3 ~ Miri – Bintulu

Julai 12, 2008

Hari ketiga, 28/6/08. masih di Miri lagi, akan pulang ke Bintulu pada petang nanti.

Bandaraya Miri dari puncak Canada Hill (Bukit Telaga Minyak)

Bandaraya Miri dari puncak Canada Hill (Bukit Telaga Minyak)

Pada pagi yang cerah, kami sekeluarga breakfast di hotel. selepas mengenyangkan diri dengan makanan pagi yang enak, kami bersiap untuk ke Bukit Telaga Minyak, puncak tertinggi di Miri untuk melihat bandaraya dan laut.. walaupun baru pukul 10 pagi bahang panas terik begitu terasa semasa sampai di puncak. tetapi pemandangan bandaraya Miri diatas bukit dan lautan terbentang luas begitu indah rasa panas terik bagaikan hilang.

1 - the Grand Old Lady

Oil Well no: 1 - the Grand Old Lady..

diatas Bukit Telaga Minyak atau dikenali sebagai Canada Hill itu juga terletak Muzium Petroleum dan juga sejarah warisan negara, Oil Well No. 1 atau digelar ‘the Grand Old Lady’, telaga minyak pertama negeri Sarawak dan juga negara.

Muzium Petroleum, Canada Hill

Muzium Petroleum, Canada Hill

Hampir seratus tahun, struktur telaga minyak ini selamat dari era peperangan dunia ke-2 dan kawasan ini diwarta sebagai tapak sejarah. Sejarah telaga minyak ini bermula dari Disember 1910 dan ditutup pada tahun 1941 kerana perang dunia ke-2. Pada 1973, Shell Sarawak Berhad secara rasminya menyerahkan tapak telaga minyak ini kepada kerajaan negeri dan diwarta menjadi monumen sejarah negara.

didalam Muzium Petroleum

didalam Muzium Petroleum

Kami juga berkesempatan melawat Muzium Petroleum dan melihat sejarah dan maklumat mengenai industri minyak di negeri Sarawak dari segi geologi, infrastruktur, dan sumbangan kepada manusia. Memang menarik melawat muzium ini.

Kami meninggalkan muzium dan ‘Old Lady’ dan menuju ke pekan Piasau mencari pasu-pasu tradisional Sarawak. Berdekatan tempat kami membeli pasu juga ada sebuah jambatan menarik yang hanya mempunyai jalan tunggal sahaja dan kenderaan dariĀ  arah laut dan arah bandar perlu bergilir-gilir menerusi lampu isyarat untuk merentasi jambatan itu untuk ke pesisir pantai dimana kawasan perumahan ala kolonial staf Shell, Petronas dan padang golf terletak.

Selepas itu, kami bergegas pulang ke hotel untuk check-out untuk pulang ke Bintulu.

Dalam perjalanan pulang, Along bercadang melalui jalan lama untuk ke Bintulu. Kami singgah sebentar di Miri Airport, strukturnya tidak banyak beza dengan Bintulu Airport.. mencari money exchange, tetapi tidak jumpa. kami meneruskan perjalanan melalui jalan lama kerana ingin singgah sebentar ke Taman Negara Bukit Lambir.

Taman Negara Bukit Lambir, Miri Division

Taman Negara Bukit Lambir, Miri Division

Jalan lama lebih menarik dari jalan baru Bintulu-Miri kerana dapat melihat penempatan moden rumah panjang kaum asli Sarawak, Iban dan juga jambatan2 yang merentasi sungai.
Sampai sahaja di Bukit Lambir, Along melaporkan lawatan kami ke pejabat renjer hutan dan perlu membayar RM40. Berbaloi untuk selenggara hutan negara..

kat Jambatan Gantung TN Bukit Lambir

kat Jambatan Gantung TN Bukit Lambir

Perjalanan masuk ke dalam hutan begitu memenatkan tetapi puas melihat keindahan ciptaan Tuhan.. sungai yang begitu dingin dan juga jambatan gantung yang mengujakan.. inilah kali pertama kami sekeluarga melalui adventur eksplorasi sebegini, melaului denai-denai hutan dan akhirnya sampai ke pondok untuk berehat dan merendam kaki ke dalam air sungai yang suci dari pencemaran. Kami juga kerap kali terserempak dengan pelancong-pelancong asing.

Kami beredar dari Taman negara Bukit Lambir dan meneruskan perjalanan. Along mulanya tersesat memasuki pekan Taman Negara Gua Niah untuk mencari jalan baru Bintulu-Miri. Selepas bertanya kepada seorang penduduk tempatan, kami akhirnya jumpa jua jalan baru dimana kedai kami singgah dalam perjalanan dari Bintulu-Miri pada hari pertama kami singgah sekali lagi tetapi di gerai yang lain pula di sebelahnya.

Ayah aku mengambil-alih kerusi pemandu. Aku yang sememangnya jahil drive-manual maintain seat aku di sebelah driver.. hehe.. ayah aku yang expert bawa laju mempercepatkan perjalanan kami ke Bintulu.

Di Bintulu, kami juga menginap di Hotel ParkCity Everly, malam itu Along membawa kami makan di seafood restaurant, fave eatery place dia.. sedap.. last dinner di Bintulu..

dinner at Bintulu.. seafood nyum

dinner at Bintulu.. seafood nyum

2 comments

  1. part yang kite plg suke bile pergi holiday..
    bile tempat tu cantek dan makanan dia best..
    holday tu akan jadi cun sangat.di kesempatan
    ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada owner blog nie kerana menghadiahkan saya gelang dari sarawak.I like it..


  2. ooh.. utk dia kau bagi gelang yeee….
    dgn aku, kau kata tak de … T_T sampai atiii



Tinggalkan Komen