Welcome new semester.. hello Uniten!

ohh.. hari ni hari kedua di Cendikiawan, masih lagi mengamalkan prinsip ‘parasite’ – share bilik dgn kawan. hehe..

tapi kali ini berbeza kerna aku tidak duduk dengan Fakhrulnizam, tetapi duduk secara sementara dalam bilik Bob di C1. Dibilik ini juga aku berkongsi dengan seorang lagi Zul, jadi ada 3 orang didalam bilik ini.. (Sendat..). Fakhrul masih lagi tak balik dek masalah yang dihadapinya (tak tau apa kisahnya). Insya-Allah aku akan mula duduk dengan dia bermula minggu hadapan. (Balik la cepat oo fakrul)..

Anyway, same as yesterday, aku tidak pergi ke kuliah langsung. :p. Hari ini juga Menteri Pengajian TInggi, Datuk Khalid Nordin datang untuk satu majlis di MPH. Tidak tahu apa sebabnya, majlis yang sepatutnya berlangsung pukul 9 pagi bermula pukul 11.30 pagi, well, Menteri sendiri lewat..

Juga semalam Wan Gamelan bercerita kat aku ura-ura untuk menukar nama MPH yang menjadi center of culture akan bertukar nama menjadi Dewan Seri Sarjana.. akan diconfirmkan later.. ok jugakla nama, dari Dewan MPH yang mengelirukan dengan MPH Bookstores.. hehe..

Hari ini selepas breakfast+lunch, Bob mengajak pergi menonton wayang filem The Incredible Hulk, kami 5 orang; aku, Bob, Pokcik, Amzaar, dan Zul pergi ke Alamanda. Al-kisahnya, sampai disana, filem Hulk shownya ade satu tayangan sahaja, pukul 7.30 malam pula. Jadi, kami berkeputusan pergi ke Mines untuk cuba luck disana. sebelum itu, aku terserempak dengan Fiena dan rakan dia di GSC..

Di Mines juga sama, Hulk start pukul 9 malam.. lagi lambat.. so kami decide menonton Hancock, ok jugaklah memandangkan tak tengok lagi. Tapi kali ini kami disertai dengan dua orang lagi, Wan Faris dan Hazman.. so ada 7 orang kesemua menonton Hancock hari ini.

FIlem Hancock overall is good, anti-superhero.. jalan cerita pun tak boring.. full action.. bla bla..

Itulah aktiviti aku hari ini, selain pergi ke COIT jap tengok lab ade ke tak (tak ade). dan lepak kat bilik Ilmi sampai la Bob balik dari COE beli dinner..

esok add drop subjek.. not decide yet..

Day 3 Sarawak trip akan disambung nanti..

Satu Respons kepada “Welcome new semester.. hello Uniten!”

  1. waa~~
    g nontonk tdk ajak guwe…
    fyne~!!!!!!!!

Tinggalkan jawapan