
Sarawak Trip – Day 2 ~ Miri – Brunei Darussalam
Julai 5, 2008
Waktu disini walaupun sama saja di Semenanjung tapi disini matahari terbit dan senja lebih awal dari Tanah Besar. Rasa biology clock badan tak betul pula..
Hari ini seperti dirancang semalam kami akan ke Brunei sehari. Ini kali pertama bagi kami sekeluarga ke Negara kecil yang kaya dengan minyak.
Sebelum bertolak, kami breakfast di pekan Miri dahulu. Haih, macam kes makan malam semalam, org yg tak reti buat roti canai disuruhnya buat. Boleh pulak pakai uli cam nak uli tepung wat kuih. Rupa-rupanaya tukang roti canai pergi pasar. Akhirnya kami batalkan pesanan dan minum sahaja. Kami ke restoran yang aku benci semalam kerana order mi kolok tak sampai tapi kali ini cawangan dia yang lain. Kami makan nasi lemak. Syukur nasib baik kali ni servis ok, semua dapat makan ..

di sempadan Brunei-Malaysia, Sg Tujuh post
Kami terus beredar dan menuju ke Kuala Belait untuk sampai ke sempadan. Barulah aku tahu Curtin University Sarawak branch terletak berhampiran Brunei. Dalam perjalanan tak disangka ada pula tol di Jambatan Rasau. Kami sangkakan tol mungkin RM2 atau RM3, tapi rupa-rupanya RM10!.. memang terkejut tapi memang faham matawang Brunei tinggi, jadi murah. So, mengeksploit kekayaan orang-orang Brunei yang masuk ke Sarawak Tapi rakyat Malaysia masuk tu yang rasa mahal.. Seperti kebiasaan kami perlu melalui dua pemeriksaan di checkpoint imigresen di Sungai Tujuh sebelah Malaysia dan juga di Brunei. Kenderaan ke Brunei tidak banyak memandangkan Brunei negara yang mahal seperti Singapura, rakyat kita kurang berminat kesana tetapi kenderaan dari Brunei masuk ke Sarawak memang sesak kerana hari ini hari cuti minggu negara mereka.
Perjalanan dari Kuala Belait ke Bandar Seri Begawan memakan masa hampir sejam melalui Lebuhraya Muara-Tutong. Perjalanan begitu membosankan kerana hutan belantara disekeliling. Aku ingatkan Brunei negara membangun dan ada pekan-pekan kecil tapi meleset sama sekali.. sepanjang perjalanan hanya hutan dan sedikit rumah kampung dan loji minyak dalam pemandangan aku.

Masjid Omar Ali Saifuddin Brunei, in renovation.
Akhirnya kami sampai jua ke Gadong dan destinasi tujuan kami, Bandar Seri Begawan. Memandangkan hari ini Jumaat; aku, Along dan ayah mencari masjid yang terkenal di sana dan ayah bercadang ke Masjid Kampung Ayer tetapi tidak jumpa. Walaupun begitu, kami berjumpa jua salah sebuah masjid penting di Brunei, Masjid Ali Omar Saifuddin yang terkenal di tepi sungai dan mempunyai perahu DiRaja dilabuh dijetinya.

perahu DiRaja Brunei, Masjid Omar Ali Saifuddin
Sama seperti kita, Ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi solatnya berbeza apabila doa dibacakan sebelum rukuk kedua sama seperti membaca doa qunut solat subuh.. Interior dalam masjid memang mengagumkan dan diluarnya pula dalam renovation.

kat mall pekan Gadong Brunei, lunch
Selepas itu, kami meronda sekitar Bandar dan ke Gadong untuk mencari sesuatu untuk dibeli.. tetapi tiada yang berkenan.. kami hanya makan tengahari dan seterusnya meronda lagi sedikit sebelum ke Jerudong Park di pinggir Bandar Seri Begawan. Perjalanan ke Brunei agak membosankan keran tiada tempat menarik untuk dituju selain melihat kecantikan masjid-masjidnya dan bandarnya..
Destinasi terkahir kami di Jerudong Park juga begitu, taman hiburan hadiah dari Sultan Brunei kepada rakyatnya dan juga ladang ekuestrian sunyi sepi dari pengunjung walaupun hari minggu .. aku berfikir apakah yang dilakukan oleh rakyatnya untuk berhibur dan bersosial di hujung minggu? Mungkin ramai yang masuk ke Malaysia dan lebih senang berkunjung ke luar negara, almaklum kaya hasil minyak. Gambar dan potret Sultan Hassanal Bolkiah dimana-mana sahaja dan disanjung tinggi.
Short trip ke Brunei kami terbatas kerana bosan dan kami segera pulang ke sempadan. Banyak juga gambar-gambar aku ambil semasa perjalanan di Brunei.. itu sahaja ole-ole aku dari sana..
Kami sampai ke Miri dalam pukul 4 dan meronda ke Lutong untuk mencari pasu Sarawak tapi kedainya tak jumpa. Kami membatalkan niat terus mencari dan pulang ke hotel memandangkan hari sudah lewat.
Abang aku bercadang ke pantai di belakang hotel melihat langit senja tenggelam diufuk.. aku, Along dan Nabila saja ke pantai dan memang kagum melihat horizon laut dan matahari tenggelam.. senja yang indah..

ufuk senja Laut China Selatan
Masa makan malam di bandar Miri akhirnya dapat juga aku merasa mi kolok yang aku order tak dapat dari semalam. Terdiri dari mi kuning dan daging cincang serta rempah lain, perlu digaul sebelum makan. menyelerakan tapi tiada lagi keinginan nak makan ianya lagi.. haha..

mi kolok.. slurpp




wahhh!!!.. bestnye pergi brunei… (”,)
ada gambar lagi tak?.. letak lar lagi..