
terima kasih, thank you very much kepada rakan dan pelawat blog yang datang melawat blog aku pada hari yang bersejarah ini.. pukul 1.14 pagi.. sejarah utk blog aku dicipta… 1,001 hits! apreciate it alot!
. To Azrul for his first blog comment on my 1000 blog hits! terima kasih daun keladi..
Arkib untuk Julai, 2008
My 1000 hits blog!
Posted in Hidup aku today, Uniten on Julai 31, 2008 by fahmiezThe Blues vs the Tigers..
Posted in Hangout, Uniten dengan label acara, friend, Uniten on Julai 30, 2008 by fahmiez

Sebagai peminat Chelsea FC dan juga bola sepak tempatan.. aku amat menantikan perlawanan yang bersejarah ini, bukan apa, selain melihat kelibat2 pemain handalan dari kelab Eropah ini, aku juga ingin menyaksikan sejauh mana kehebatan pemain bola sepak Malaysia dalam menentang salah satu gergasi bola sepak dunia.. malangnya, aku hanya dapat mendengar di radio kereta saja keputusan perlawanan memandangkan tiada satu pun mapley atau restoran, gerai yang menyaangkan perlawanan hebat ini. Malam tadi aku dan Darwin bersama Rahim dan Zaid mencari-cari sekitar Putrajaya yang menayangkan perlawanan ini tapi hampa.. tiada satupun kedai buka channel perlawanan.. ada yang buka drama di TV3, Star Sports (Racing), dan ESPN (X Games).. haih, last2 kami dok di kedai mapley di Presint 9 menonton X Games di US pertandingan basikal BMX.. not bad.. kelihatan beberapa org memakai jersey biru dan juga Malaysia.. high spirited not faded..
anyway, congrats to Chelsea yang mencatat kemenangan 2-0 (yay!), perlawanan yang hebat utk musim ini.. nyata pasukan tempatan berjaya menghalang the Blues melakukan kemenangan besar pada game kali ini dalam Siri Jelajah Asia.. not bad for the local team!.. ada jugalah peningkatan dlm mutu permainan.
sukar dipercayai..
Posted in Cendikiawan, Uniten dengan label Uniten on Julai 29, 2008 by fahmiezunbelievable.. masa aku tulis post ni.. pukul 11.09 pagi di Cendikiawan.. ape yg sukar dipercayai yang digemburkan? well, Internet access di hostel -hostel Uniten selalunya hanya bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7 pagi.. kalu nk online, kene g lab di COIT. Hari ini agak jarang2 berlaku dimana Internet akses boleh smpai skrg.. pelik juga nape Uniten baik hati bg Internet akses lebih dr had masa.. huhuhu.. mungkin terlupa nk off server hostel atau ade malfunction.. anyway, its a gud thing coz i can access interent freely… agak janggal pula bermain Internet siang2 ni.. hehe..
demam.. Isnin
Posted in Cendikiawan, Uniten dengan label Uniten, universiti on Julai 29, 2008 by fahmiezIsnin.. hari yang tidak disukai oleh pelajar dan juga pekerja.. apa boleh buat, nak tak nak perlu hadapinya.. hari ini sejak malam Sabtu lalu aku bersin begitu kerap dan selsema. Mula rasa demam bila masuk Isnin ni.. walaupun sakit, aku tetap gigih ke kelas.
hari ini tiada yang baru selain ke kelas Ethics oleh Miss Mona. Hari ni xde lecture sebab die kata kelas kite dah laju satu chapter, so digantikan dgn class discussion..
Kemudian, selepas tapau makan tengahari berlaukkan ayam saja yang berhara RM3 (makin mahal), aku pulang menuju ke hostel. Pukul 3 ni ade kelas OOP. so, aku pun selepas lunch, tidur coz badan rasa tak sihat. malam sebelumnya aku ambil satu pil selsema diberi Mak sebelum pulang ke Uniten. Pil tu mak kata ambil sebelum tidur, coz boleh dtgkan kesan ngantuk (terus aku tido lena pastu).
Jam lagi 5 minit sebelum 3 petang, dgn kudrat yg ada, aku bersihkan diri dan bersama Darwin ke kelas OOP yang setelah seminggu takde kelas sebab Pn Zailani kursus.
Sambil berjalan ke COIT, aku mendengar mp3 guna headset baru beli kt Tesco semalam.. okla bunyi walaupun tak sehebat Sony or Philips. . Selepas kelas, aku beli burger benjo, plg murah antara burger lain Rm1.50 saja. Sekarang ni perlu jimat-cermat akibat kos sara diri makin mahal.
Zaid selepas kelas, dtg ke bilik sebab malam ni kami berempat (aku, Darwin, Fakrul dan Zaid) akan ke meeting Judge division untuk Robogamez competition akan datang, 5 & 6 September ni. Segala peraturan dan keperluan diterangkan dalam meeting ini. Kami datang agak lambat sebab gi dinner dulu kat Upten.
Tesco to Dance to the Radio.
Posted in Family, Hangout, Home Sweet Home dengan label acara, Family, friend, Gigs, Live, Music, weekend on Julai 29, 2008 by fahmiezAhad, 27 Julai 08
Pagi ini aku jangka akan bangun lambat, tapi tidak.. agak megujakan sebab masa bangun pukul 8 pagi tadi aku baru je tido dalam pukul 6 pagi, so very short period of sleep..
Hari ni ayah aku dan Asyraf akan ke terbang ke Sabah untuk urusan kerja luar di Telekom sana. Mak aku sebelum pergi mengingatkan aku dan Kak Lang agar mandi dan bersiap sebab nak beli barang di Tesco nanti. Mak hantar ayah ke terminal shuttle bas di Batu 3 Jln Ipoh yang akan terus ke LCC-T.
sementara itu, aku masih lagi belum ada semangat untuk ke bilik air. Sambil menghadap laptop, aku melihat blog ni balik. fuhh, rekod baru dicipta, di blog stats semalam Sabtu merupakan hari paling byk pengunjung ke blog aku. Terima kasih kepada mereka yang datang ke blog aku Sabtu 26 Julai.
Dengan semangat baru, aku ke bilik air dan mandi. Kedengaran di ruang tamu mak dah balik, aku bersiap dan breakfast.
Selepas mak selesai kerja rumah, aku pun memulakan schedule hari ini. Mula2 sekali ke Perodua Servis utk repair lampu brek belakang yg x nyala. Caj dikena RM9 untuk tukar mentol yg rosak.. agak lama menunggu walaupun nak tukar mentol coz xde stok, kene beli diluar. Jadi, aku menghantar Mak, Kak Lang dan Nabila ke Tesco berdekatan dan aku patah balik ke bengkel itu tadi utk sambung kerja mereka semula.
Selepas itu, aku ke Tesco semula utk shopping barang dapur dan lain2 dgn Mak. Jadual aku agak ketat sebab selepas shopping ni gi jumpe P’e pula. Mula-mula plan nak ke LAMAN 08 tapi P’e ajak ke Galaxy Ampang tengok kawan dia, Hana performing live band kat situ.

Dance To The Radio rawks!
Ni le first time aku ke shopping mall ni yang terletak di Jalan Ampang. Sort of creepy sebab mall ni hampir sunyi. hanya tingkat bawah sahaja yang diduduki. tingkat lain dan seterusnya kosong. Dulu dikatakan tempat ini agak popular, tapi menerima kesan bila terdapat byk shopping mall lain terutama semenjak wujudnya Suria KLCC, org tidak lg ke sini. Sebuah kafe mengambil inisiatif mengadakan gigs setiap Ahad bermula 2 petang dgn menjemput band2 indie utk perform di situ.

2nd gig, tak tau nama band ni.. female vokalis ni, Hana; member P'e di UIA

3rd & final gig of the day.. Roti, the band name. unique!
Selain band Hana, terdapat band indie lain yg baru nk establish perform disitu, aku cuma sempat melihat 3 band saja petang tu memandangkan aku dtg pun dah pukul 5. Antaranya Dance To the Radio dan Roti yang unik kerana selain bass guitar, terdapat band member ialah violinist. Dance To the Radio perform memang gempak, muzik diorunk quite interesting. Skrg mencari2 bio band indie ni. Pernah keluar AMP Channel V vokalis band ni kata.

P'e blanje aku McD, thanks alot!
Selepas itu, aku dan P’e ke McD di Setapak.. P’e sekali lagi blanje aku makan.. dah byk kali die blanje aku mkn, x terkira.. terima kasih beb! Ingat nk blk pastu tapi aku ajak P’e ke LAMAN walaupun dah malam. Sebab malam ni dah nak tutup, LAMAN ni terus dibuka percuma.. haii, kalo tau awal2 dah gi last day. Tak yah bayar RM3. huu.. anyway, di pentas utama LAMAN akan diadakan majlis penutup LAMAN dgn kehadiran menteri dan VIP yang lain.
Lawat masa tu pun cepat2 dan ekspres sebab P’e kene pulang ke UIA malam tu juga dan aku pun kene pulang ke Uniten.
Kelisa servis dan LAMAN 08 – night view..
Posted in Hangout, Home Sweet Home dengan label acara, Kelisa, Kuala Lumpur on Julai 27, 2008 by fahmiezJumaat, 25 Julai.

Kelly diservis.
hari ini aku membawa Kelisa cinta hatiku ke Perodua Servis di Taman Wahyu. Ini kali pertama aku hantar kereta kesini semenjak insiden ‘kurang ajar’ oleh staf di Perdoua Servis tempat lama dulu (tak nak mention la). Setelah hampir lebih 6 bulan tak servis, dapat juga Kelly (nickname Kelisa aku) dapatkan treatment. Aku memilih Full Service Package yang berharga Rm230 sebab Kelisa aku perlukan major service sebab dah lebih 40000KM. Selain itu, aku perlu tambah RM80 lagi coz shock absorber perlu diganti pula. Alang -alang tu, aku tambah servis carwash yang disertai car shampoo dan vacuum kereta. Dah lame keter aku x vakum dalam, malas nak wat kt rumah.. hehe.. (mak aku bising pastu)

dalam customer lounge..
Aku hantar kesana pukul 10.30 pagi dan setelah hampir 3 jam menunggu, keretaku dah siap, tetapi lampu brek belakang tak berfungsi pula menyebabkan aku lambat gi solat Jumaat. Aku kena hantar kereta aku balik kesana hari lain untuk periksa semula lampu belakang aku yang tetiba x nyala.. salah mekanik diorunk la ni.. elok je lampu tu nyala sebelum ni dah tak nyala pula.. haih..

Kelly fresh face, smile baby!
selepas itu, aku pulang ke rumah dan lunch dulu sebelum kembali ke Uniten untuk bawak Darwin dan Ben keluar jalan ke LAMAN 08..
ini kali kedua pergi ke sana.. hehe
tapi kali ini aku pergi waktu malam pula, bukan apa, masa Flora exhibition di Putrajaya dulu, waktu malam memang berbeza dgn siang kerana cahaya gemerlapan dan suasana senja menyejukkan mata melihat bunga yang cantik ini. Malam itu juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahmad Busu dan Imuda yang meriuhkan suasana dgn lawak mereka.

gelagat Darwin dan Ben
Lagipun, Darwin dan Ben belum pergi lagi, jadi inilah peluang mereka untuk ke sana sementara acara ini berlangsung yang akan tamat minggu ini juga.. ini juga kali pertama Ben dan Darwin datang ke Taman Tasik Perdana.

landskap negeri Melaka.. terang benderang rumah Melaka dengan tema 'Malam Raya'

model Masjid Ubudiah waktu malam..

Ahmad Busu dan Imuda di pentas utama
Class reunion of someone else.
Posted in Hangout dengan label friend on Julai 27, 2008 by fahmiezSabtu, 26 Julai

candid smile!

Fifi (tudung putih) dgn tunang Syed (kiri sekali) and others..
P’e arini dgn tiba-tiba ajak aku ikut die g dinner reunion kelas dia zaman masa sekolah rendah Seri Delima di
Restoran D’Singgah Dulu di seberang Brem Mall yang baru dibuka, berhampiran simpang Kampung Seri Delima.
Mulanya aku agak malas nak pergi, lagipun aku bukan dari kelas sama dengan P’e or other masa sekolah dulu.
Well, P’e dah ajak, aku ikut je le permintaan rakan baik aku ni.
So, selepas mandi dan solat maghrib, aku beredar menuju ke rumah Pe pukul 8.40 PM camtu dan bergerak ke restoran itu. Disana, kelibat orang-orang lama yang dahulu aku kenali duduk semeja.. ada Syed Ahmad, Fifi dan beberapa orang lain yang aku kenal tapi dah tak ingat nama. Sesetengah mereka pernah classmate aku masa sekolah rendah dulu.. da lupe laa..

Malam tu aku hanya mendengar dan melihat saja telatah mereka, aku jadi pendiam malam tu.. bila ditanya baru jawab hehe.. anyway, makan malam kira OK, nasi berlaukkan ikan masak masam manis, kailan, telur dadar, daging cincang dan udang goreng disalut tepung.. sodap.. lagipun P’e belanja.. terima kasih!

Haih, tak sangka, banyak perubahan berlaku dalam sekelip mata selepas tamat zaman sekolah dahulu, ada yang sudah bekerjaya dan akan berkahwin tak lama lagi.. begitu banyak kenangan zaman sekolah rendah dulu tersingkap kembali
tatkala sendirian ini..
LAMAN 08 – penat but worth it.
Posted in Hangout dengan label acara, friend, Kuala Lumpur on Julai 27, 2008 by fahmiez
Landskap taman mewakili negeri Perak.. one of my fave landscape gardens
Ahh.. Rabu 23 Julai. Hari ini agak senang.. selepas menghadap kelas Advanced OS yang aku masih x faham dari pukul 8 pagi -10 pagi, aku tiada kelas lagi sepnjang hari.. mulanya aku rancang nak balik rumah untuk servis kereta. Dalam keadaan boring didalam bilik, aku dan fakrul mengadap PC masing2.. takde internet..
Darwin dan Tan sudahpun keluar pergi tengok wayang. Jadi, terlintas didalam kepala aku untuk ke The Malaysia International Landscape & Garden Festival 2008 atau LAMAN o8 di Taman Tasik Perdana.. persembahan flora terbesar di Malaysia dengan tema ‘Rhythm of Nature‘ atau Irama Alam. Ianya sama seperti Flora Festival di Putrajaya tahun lepas yang aku pergi.

indoor flower exhibition.. sejuk.
Dalam fikiran aku rase mungkin sempat kalo pergi ke LAMAN pastu balik umah ambil duit dan gi bengkel Perodua utk servis Kelisa aku yang disayangi.. plan aku la..
Aku SMS Zaid yang sedang lunch dgn Arol dan Acap somewhere in Bangi, ajak die ke sana.
Tepat pukul 1 pm. Aku dan Fakrul tunggu Zaid didepan rumah..
Ini kali kedua cubaan kami mencari parking di Tmn Tasik Perdana, first time aritu x jadi coz full parking. Syukur, kali ni dapat jua.. kami terus ke Pintu masuk di Jalan Parlimen masuk ke dalam taman.. RM3 dikenakan ke atas dewasa untuk masuk..
perjalanan kami tidak disangka begitu jauh sehingga ke hujung taman, tapi dengan harga tiket yang dikenakan, ianya amat berbaloi sekali dengan keindahan, kecantikan kreativiti landskap taman yang diwakili oleh setiap negeri yang menonjolkan keindahan landskap masing2 dengan identiti budaya dan alam masing2.. bunga-bunga haruman mewangi.. didalam festival landskap terdiri daripada taman untuk permainan kanak-kanak, landskap negeri (outdoor) dan juga bunga-bungaan flora kreativiti beriklim sejuk (indoor) dan arca-arca kreatif.

Landskap taman dari MBPJ - cantik menghadap tasik..
Terdapat juga gerai-gerai yang menjual perabot dan kraf dari alam semulajadi dan juga gerai-gerai yang menjual bunga, baja, tanaman dan sebagainya selain dewan perasmian. Banyak jugalah gambar-gambar yang aku ambil, tapi sayang video yang diambil oleh Fakrul terdelete dek bateri kong.. sia-sia je jadi pengacara.. haha..

inside landskap taman Rumah Sarawak..
Perjalanan pulang ke tempat masuk asal tadi memang penat. Tak sangka hampir 2 jam kami didalam melawat setiap taman dan ada juga yang kami tak lawat kerana kepenatan..
selepas itu, aku drive ke rumah aku untuk ambil duit utk servis kereta.. tapi hanya singgah sekejap dan tidak jadi servis kereta aritu kerana hari sudahpun lewat petang, dan kitorang dah kepenatan. lagipun malam ni ade latihan koir. so, selepas hantar Zaid pulang, aku dan Fakrul pulang ke Uniten dan singgah tapau beli makan malam sebelum berehat sekejap untuk latihan koir pukul 9 malam..
Misi: Tiket ke Mtv Asia Awards; Day 2
Posted in Hangout dengan label acara, Cineleisure, Gigs, Live, Music on Julai 26, 2008 by fahmiezAhad, 20 Julai 08.. Hari kedua ke Cineleisure on our mission to get ticket to Mtv Asia Awards!
sekali lagi aku tido lewat semlm.. kali ini Fakrul tak dapat sertai kami dengan alasan belum basuh baju.. huk2..
so, aku berdua je la dgn Zaid dengan misi kami untuk mendapatkan tiket ke MAA..

Pop Shuvit rocks the stage

Faizal Tahir, VJ Taya dan Utt
kali ini kami pergi awal sebelum acara bermula.. seperti semalam tiket diberi dgn mengajak hopeful wannabe ke pentas untuk menjawab soalan atau membuat sesuatu untuk menunjukkan betapa gilanya mereka untuk tiket ini..
tapi hari ini ada satu lagi tambahan aktiviti iaitu ‘Mosh-Pit Audition’ dimana penonton yang dtg perlu bersemangat dengan menari or wutever movement untuk mendapatkan stiker dari VJ Taya dimana stiker itu menjadi pass ke Mosh-Pit di award nanti.. Zaid berjaya dapatkan stiker on first round dimana Pop Shuvit buat persembahan.. aku x dpt sebab sibuk ambil gambar.. well, kaki da cramp.. harapan aku mula menjadi pudar tapi masih ada semangat utk cuba mendapatkan lagi.
on second round, masa persembahan Faizal Tahir, aku berjaya dapatkannya setelah merayu dari officer yg bagi stiker itu dgn alasan Zaid seorang pergi sana nanti, not fun.. so dia dgn baik hatinya memberi aku stiker itu.. yehaaa..
kami berdua akan kesana nanti!..
penonton yang dapat ‘Mosh-Pit’ MTV stiker perlu mendaftar di backstage dengan mengisi borang dan diberi invitation letter dari Mtv dimana kami perlu menaiki bas yang disediakan kesana 2 Ogos nanti.. seronok! tak sabar kesana.

yahoo.. our mission is a success!..
dalam surat itu, terkandung peraturan-peraturan dan terma seperti perlu datang 15 minit sebelum bas bergerak dan Mosh Pitter wajib menaiki bas yang disediakan kerana jika mereka menggunakan kenderaan sendiri kesana, mereka tidak boleh menjadi masuk ke dalam majlis nanti.. very strict.. tidak boleh bawak kamera (huhu) tapi handphone boleh dibawak.. tiada beg sandang or wutever handheld item.. so kami kesana berlenggang saje la..
Mtv Asia Awards, here I come!
Misi: Tiket ke Mtv Asia Awards; Day 1
Posted in Hangout dengan label acara, Cineleisure, Gigs, Live, Music on Julai 26, 2008 by fahmiezBerlaku pada 19 Julai lalu di pagi Sabtu yang hening..
Dengan mata yang masih terkebil mengantuk, ringtone SMS berbunyi lak.
Dari Zaid rupanya.. ‘Zul, jd x?.Ko gerak kul bp?.’
aku balas ’start kol 3 kan?’
Zaid pulak balas, ‘Ntah. Bkn kul 1 ke?.’
dengan laptop yg tersedia diatas katil, aku segera melayari laman web.
Argh, bukan pukul 3 atau pukul 1, tapi kul 12 tengahari!.. haha.. aku lihat jam.. dah pukul 11.30. Tu la, tido lewat semalam..
dengan segera, aku call si Fakharul beberapa kali, tak angkat, masa Zaid call, barulah die tersedar.. rupa-rupanya dia silent mode hp.. memang pandai betul la mamat ni.. :p
dengan segera aku bersiap sedia. dalam pukul 11.45, aku bergerak ke rumah Fakharul sambil hantar SMS kat Zaid aku dah gerak..
kami dengan segera menghala ke LDP. Zaid call tanya di mana kitornag. Walaupun belum masuk LDP, aku seperti biasa cakap ‘dah nak sampai ni’.. haha..
Aku decide parking di The Curve, weekend memang ramai orang datang, nasib baik dapat tempat kosong akhirnya. dengan segera kitorang ke the Street dan menuju masuk kedalam Cineleisure..
Event yang kitorang pergi ni adalah roadshow MTV Asia Awards 2008, yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland. Actually, dah beberapa minggu aku dengan Zaid plan nak gi ke roadshow ni. Misi untuk dapat tiket memandangkan tiket tidak dijual.. huhu..
Kami melilau mencari Zaid sambil call dan SMS, majlis masa kami sampai sudahpun bermula dengan catwalk fashion dari model2 EDC by Esprit.. sambil menunggu Zaid, aku tidak melepaskan peluang tangkap gambar sekeliling acara..

catwalk fashion show..
Kelibat Zaid pun kami nampak selepas catwalk habis.. mamat ni rupa2nya gi shopping sweater rupa2nya kat Giordano.. hak2..

bergambar dgn Mtv VJ Taya.. cunn
selepas catwalk habis, VJ Taya dari MTV naik ke pentas.. memang cun! hehe.. sesi untuk mendapatkan tiket free ke acara anugerah ini bermula.. begitu ramai hardcore yang tanpa segan silu melolong agar dipilih untuk mdapatkan tiket free.. kami trio yang masih bermaruah (hehe) just lambai2 tangan dgn harapan dipilih.. ada yang bawa banner sekali.. memang dahsyat.. rata-rata budak remaja (kami separuh remaja) hak2..

vote for Fave Malaysian Artist.. undi adalah rahsia..
dengan tiket pas terhad sebanyak 5 pair, kami yakin tidak akan dapat hari ini.. tak pe cuba esok.. esok masih ada lagi event ni..
selepas habis acara, kami mencari tempat untuk lunch, nak makan kt McD didalam Cineleisure, tapi penuh pulak seat.. so kitorang ke the Curve mencari tempat makan yang affordable, almaklum poket kosong..

pentas MAA
kitorang berjalan dari Cineleisure ke masuk the Curve, keluar the Curve, masuk Tesco keluar Tesco dan melintas jalan seberang ke McD disebelah Courts Mammoth.. sanggup tu jalan jauh.. cam filem komedi Harold and Kumar gi ke White Castle lak (sape yg da tgk faham..) hak2..
sambil2 makan, kitorang pun berborak dan gosip pasal sekitar kehidupan dan juga Uniten.. dan kami xtau nak ke mana selepas ini memandangkan malas nak balik awal.. aku ajak Zaid dan Fakrol gi ke Istana Budaya malam ni coz ade Laman Santai
Jam menunjukkan pukul 4.. masih lambat lagi.. sambil memikir tempat sesuai dituju, kitorang ke Borders, konon nak carik ilham destinasi sesuai. x jumpa jua. akhirnya kami ke kereta Zaid.. first time tu die bwk keter MyVi (kakak die punye)..
dalam kereta masih cari ilham tidak jumpa.. masuk ke KL ke Taman Tasik Perdana. kebetulan ada Festival Antarabangsa Landskap dan Taman 2008 (Laman 2008). Nak masuk, tapi parking full. so atas alasan itu, kitorang batalkan niat ke Festival and heading to Bukit Bintang ke The Pavilion..

Louis Vuitton model..
masa disana, mak Zaid call suruh beli buah kelapa. Mana nak cari buah kelapa kt Bkt Bintang? Kami pun berjalan sekitar Bukit Bintang dari Pavilion ke StarHill Gallery hinggalah ke Giant ke Sg. Wang untuk mencari buah kelapa tapi tidak juga jumpa.. masa berjalan tu, rasa jadi pelancong pula.. Changkat Bkt Bintang ditutup kerana Festival Samrah sempena KL Fest akan diadakan malam ini.
Selepas itu, kami menuju ke destinasi asal ke Laman Santai di Istana Budaya, hampa coz malam ini tiada makan free.. haih.. so aku dan Zaid beli kopi utk dia, teh ‘o’ utk Fakrul dan teh susu utk aku.. disertai roti bakar.. fuhh

Laman Santai feast..
malam itu, persembahan akan dimeriahkan oleh Zehra Zambri, Refflesia, Nash dan beberapa artis lain.. sebelum balik, kami singgah sebentar ke Istana untuk ke tandas dan masa nak heading back to car, ada Suria FM road crew dtg beri freebies.. x sangka aku join salah satu acara, makan susu dgn air karbonat.. pergh.. nasib baik menang coz kakak yang team dgn aku pandai main tipu.. hak2.. so aku menang VCD Legenda Sundel Bolong dan kakak tu menang CD kompilasi Wings.. ok la tu.. hehe..
selepas tu, kitorang menuju balik ke the Curve ambil kereta aku. Sebab dah melebihi masa, kitorang terpaksa guna manual pay..
esok misi tiket ke MAA bersambung lagi..
KL Fest ~ Journey 3 – Konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Kebangsaan
Posted in Hangout, Uniten dengan label Entertainment, Istana Budaya, Live, Music, Panggung Sari on Julai 26, 2008 by fahmiez
the show

trio baju putih..
malam itu, sebelum start sem, kami yang berjumlah 14 org pergi menonton konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Seni Kebangsaan.. sebelum hari konsert, aku ada sms shazlan ajak g konsert ni, tapi die kata agak busy dan mention slot utk koir hanya lah 20 minit dan dia tarik diri dari menyertai persembahan malam itu… apa yg dikatakan Shaz tu amatlah benar, slot pertama konsert memang menarik dgn persembahan koir berelemen hantu seram, tetapi slot seterusnya sehinggalah habis hanyalah orkestra saja, kami generasi moden kontemporari yang berarus perdana agak sukar utk menghabiskan mononton persembahan orkestra spjg malam itu.. haha… anyway a gud experience.. semasa awal persembahan, Sarah, Didi dan A’a lambat dtg coz kad Touch N’ Go hilang.. hehe..
selepas show, kitorang ke gerai Nasi Lemak di Kg Baru utk late supper..

picture front Istana
Bazar Astena..
Posted in Uniten dengan label Astena, Koir, Uniten on Julai 26, 2008 by fahmiezaha.. bermulanya semster baru, tibalah jua masa utk mencari ahli-ahli baru kelab. Selama 2 hari program Societies and Club Bazar, aku dan koir tidak ketinggalan bersedia utk buat persembahan di Upten, lokasi program ini.. seminggu (tak sampai pun..) sebelum tu selama 2 malam, walaupun baru first week, kitorang dah gather utk practice.. kami berlatih di Imrish cafe dan di MPH dalam berlatih suara.. almaklum 2 bulan tak reherse, suara cam karat sikit..choice song malam utk nyanyi mulannya lagu Leka dari Atilia, Malam (Shades) dan 2 lagu patriotik.. tapi malam bazar tu, tukar plan coz mood patriotik x sesuai pulak.. so first nite tu kitorng sing Leka dan Malam dan malam kedua kitorng nyanyi dgn band.. ad-hoc performance.. hehe.. anway great nite..

koir team that nite..

singing time!..

bazar environ..



