Flight schedule kami sekeluarga ke Bintulu, Sarawak pada pukul 1.40 petang. Pagi sebelum bertolak, memang riuh rumah kami pada pagi ini.. Adikku Nabila pula ada peperiksaan hari ini dan dia dibenarkan mengambilnya awal dari rakan-rakan lain. Mak aku mula merungut dengan ayah aku yang lambat bersiap. Itulah kelaziman persediaan sebelum bertolak untuk bercuti.. memang banyak kerja yang perlu dibuat.. Aku pula perlu ke UIA untuk meminjam digicam Sony Pe. Aku ada 1 jam untuk kesana dan perlu pulang sebelum pukul 10 pagi memandangkan kami akan naik bas shuttle ke LCCT pada pukul 11 pagi. Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang perlu diselesaikan pagi ini, kami sempat juga mengambil bas ekspres di Batu 3, Jalan Ipoh ke airport.
Jam 12.00 tengahari, kami sampai juga ke LCCT. Perjalanan naik bas ekspres ke LCCT merupakan pengalaman pertama bagiku, begitu juga menaiki AirAsia kerana aku sendiri tidak pernah menaiki pesawat syarikat tambang murah ini.. perasaan teruja melingkar dalam diri..
Keadaan untuk check-in baggage seperti diketahui umum memang sesak dengan umat manusia yang menaiki pesawat AirAsia ke pelbagai destinasi. Begitu juga yang ke Bintulu pada petang ini.
Setelah selesai check-in bagasi, kami segera ke terminal menunggu penerbangan domestik dan aku dapat melihat kapal terbang yang akan membawa kami kesana..
“Diminta penumpang ke Bintulu penerbangan AK5272 menunggu di Pintu 5B” jelas suara staf AirAsia.
Sudah lama juga aku tak menaiki kapal terbang. Rindu juga deruman enjin Rolls-Royce mengaum bagaikan singa dan kelajuan bagaikan F1 semasa lift-off… fuhh

Rasa kecut perut terasa melihat dari luar tingkap kabin semasa kapal terbang memulakan pendakian tatkala rodanya tidak lagi mencecah landasan dan melihat dunia bawah dari pandangan langit..

Penerbangan yang memakan masa hampir 2 jam itu aku isi dengan makan sandwich, membaca majalah 3Sixty dan brochure2 yang ade.. makanan harga memang tinggi since kite di awan yang tinggi..haha.. kerana sifat curious, aku memesan dua keping sandwich dan hot chocolate harganya RM8 (ayah bayar).. haha..contrary, ianya juga penerbangan murah.. no inflight entertaiment.. dan akhirnya tidur setelah melihat Kak Lang dan penumpang disebelah aku lelap..


Akhirnya kami sampai jua ke tanah Borneo. Pesawat mula merendahkan altitud penerbangan. Kapten Wong mengatakan cuaca hujan mendung di Bintulu. Dari tingkap kaca kabin aku dapat melihat laut dan juga loji penapisan LNG Petronas tempat Along bekerja di pesisir pantai Miri.

Along sudahpun menunggu di terminal ketibaan dan kami sekeluarga akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Bintulu dan menaiki kereta MyVi plat QMK dia untuk pertama kalinya.. new car in our family..

Tidak mengetahui rancangan percutian sebenarnya, kami tidak akan bermalam di Bintulu sebaliknya akan terus ke Bandaraya Miri pada petang ini juga. Sempat juga kami singgah sebentar ke kediaman Along khas untuk pekerja Petronas. Rumah memang seperti budak universiti, bersepah.. almaklum rumah bujang..
Selepas meletak kotak kabel di rumah Along, kami meneruskan perjalanan adventure melalui jalan kampong ke Miri.. pemandangan lewat petang memang indah.. walaupun baru pukul 5.30 petang, senja sudahpun berada diufuk. Pemandangan seluas mata memandang.. melihat ladang saujana mata memandang yang baru dibangunkan begitu indah..
Kami singgah sebentar di gerai makan di persimpangan Batu Niah, membasahkan tekak dan meneruskan perjalanan ke Miri dalam 1 jam lagi.

Kami sampai ke ParkCity Everly Hotel di pusat bandar. Along dah menempah 2 bilik.
Selepas meletakkan bagasi ke bilik, kami segera menyegarkan diri untuk keluar meronda dan makan malam.
great journey ahead.. tido awal coz moving non-stop..




