h1

Wind Orchestra dan seniman Jln Ampas

Jun 26, 2008

Sabtu hari ni merupakan hari yang cerah dan manis sekali..
hari ni aku terbangun pukul 11 pagi. walaupun celik, aku bersenang-lenang dikatil empukku. almaklum, tidur lambat bersengkang mata depan laptop..

SMS datang dari Bob tepat pukul 12 tengahari.

“Hai sayang.. Dah bangun? – shasha” SMS Bob yang jijik dan hina.

“Sudey.. Kol bapa mau gi?”balas aku balik.

“Dlm kul 1 sempat x sampai kul 2?”balas Bob

“Sempat rasenyer”

Masa aku dah bersiap dan turun ke ruang tamu utk makan, mak aku bagi sebuah bungkusan lg. dari kurier yg sama cam semlm..

aha, akhirnya sampai juga tiket menonton Dreamz kt Genting Highlands yg kunanti-nanti.. menang selepas masuk peraduan kt Galaxieblog. Gembira dihati ini!

kegembiraanku terpaksa dibataskan memandangkan aku ade schedule penting petang ni.. dan aku dah lambat!

petang ini aku, Bob dan Pokcik akan ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya utk menghadiri Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2008 dimana Top 5 finalist terdiri drpd Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Seri Puteri, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, dan Kolej Tunku Kurshiah. Kami juga ditemani oleh Wan Faris dan Hazman yang menjemput kami ke pertandingan tersebut.

Plenary Hall

Man yang juga ex- Wind Orchestra MCKK membantu sekolah lama beliau dlm pertandingan ini dimana pengalaman dan kepakaran beliau dicurah ke atas junior dia. Kami juga terpaksa menyamar sebagai alumni MCKK untuk masuk ke dewan memandangkan kami berempat bukan dari SBP yang masuk final ke pertandingan ini.. hehe..

Masya-Allah, inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke dalam Dewan Plenari PICC yang begitu besar dan beautiful.. disinilah mesyuarat OIC dulu diadakan dan muzik video ‘Kau Muzik Dihatiku’ oleh Jaclyn Victor dan Vince Chong dilakukan.. macam Dewan Merdeka PWTC tapi lagi cantik..

Keadaan di dewan sudahpun sesak dan kami tercari-cari tempat duduk dan semuanya hampir penuh.. akhirnya kami jumpa juga tempat duduk dihujung dewan yang dikhaskan utk perserta.. balun jer la duduk kerana mmg kosong pun..

nasib baik kami sempat masuk kerana pengacara pertandingan tersebut, Mahadzir Lokman telah pun memulakan ucapan pembuka mempersilakan tetamu kehormat yang datang; Menteri Pelajaran Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persembahan pertama dimulakan oleh kolej lama Man, MCKK dan diakhiri Sekolah Seri Puteri… kesemua sekolah memang hebat dan mengagumkan. inilah kali pertama aku mendengar alunan orkestra live bagaikan soundtrack movie.

setiap sekolah wajib memainkan 2 buah lagu iaitu satu lagu Melayu (wajib) dan lagu bebas.

pada tahun ini Sekolah Seri Puteri dinobatkan Juara dan juga piala pusingan Konduktor Terbaik.

Aku dan Pokcik sempat melihat Najib, Hishamuddin dan isteri2 diorang dari dekat eskalator masa tamat majlis.. sian Bob x sempat jumpe..

Najib di eskalator PICC

Selepas persembahan, kami bertiga ke Alamanda pula utk makan sementara Man hantar seorg kawan dia pulang dan Faris pula time bekerja mula pukul 6 ptg kat GSC Alamanda.

Kerana tidak dapat menahan kelaparan, kami bertiga makan dahulu tanpa menunggu Man dan Faris..
Kerana hari dah pun malam, kami segera pulang ke KL kerana esok Ahad perlu bekerja luar di Surau as-Syakirin Bandar Utama.

bersama seniman S.Sudin

Tapi sebelum pulang ke rumah, terlintas difikiranku malam tu Sabtu dan ada Laman Santai di Laman Beringin, Istana Budaya. Bob dan Pokcik pun ok jer, so kami singgah ke sana dan melihat aktiviti2 seni dan makan yg diberikan percuma seperti nasi lemak, mi goreng, teh tarik, roti canai dan roti bakar.. fuh mgg asyik makan bende free.. hehe.. tp ape yg plg bermakna sekali malam itu ialah artis2 veteran zaman P.Ramlee dan Jalan Ampas, SIngapura hadir malam itu.. S.Sudin, Pak Aziz Sattar, Zaiton dan ramai lg..

Kami bertuah dpt berjumpa dgn Pak Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Mereka memang peramah and very down-to-earth.. plg best kami dpt berbual dgn Pak Sudin dan beliau tanpa ragu-ragu memberikan no telefon rumah beliau di Bukit Batok, Singapura dan mengajak kami kesana raya nanti..

Pak Aziz Sattar..

insya-allah, jika ade rezeki kami akan kesana Pak Sudin.. kami amat berbangga dapat berbual dgn seorg seniman seperti Pak SudinBob sudah mula membayangkan idea utk membuat projek dokumentasi mengenai insan2 seni seperti Pak Sudin sem depan.. so excited!

Tinggalkan Komen