Arkib untuk Jun 12, 2008

Rakaman Konsert Fenomena Ziana Zain & Anuar Zain di Auditorium Perdana, Angkasapuri

Posted in Hangout, Hidup aku today, Kisah di TV dengan label , , , , , , , , , on Jun 12, 2008 by fahmiez

RTM.. Auditorium Perdana

Semalam 11 Jun, juga selepas kerja, kami bertiga, aku, Pocik dan Bob ke Auditorium Perdana di Angkasapuri menonton rakaman Konsert Fenomena Ziana Zain dan Anuar Zain sempena Aidilfitri nanti.. agak excited juga utk dtg coz ni first time ke RTM Angkasapuri.

selepas mengalas perut kt kedai makan bwh ofis kami kerana x mkn tghari utk kali pertamanya pada hari tu, aku terus bergegas ke rumah Bob utk dia tukar pakaian sementara Pocik antar Asyraf ke rumah dia.. sambil2 menunggu Bob tu, aku melihat anak2 saudara dan jiran Bob main sepak takraw, baru lah aku persan yg ada sorng budak ni kembar rupa2nya.. sebelum ni kalo antar Bob tiap hari x perasan la plak..

selepas itu, kami mengambil Pocik dan meneruskan perjalanan ke Uniten ambil Kamal dan Finch di Cendi.

kami sampai ke Auditorium dlm pkul 8pm. akhirnya aku dpt juga berjumpa dgn Presiden Kelab Zianafolks yg hantar email kt aku pasal konsert ni.. Kamal daptkn tiket masuk dari sorng ahli kelab. mmg ramai yg pkai baju puith sempena tema malam tu dan juga baju melayu.. keadaan agak sesak dan tidak teratur apabila polis bantuan hanya membuka pintu masuk satu sahaja membuatkan kami bersesak utk memasuki auditorium menyebabkan kami berpecah kpd 2 kumpulan; aku, Bob dan Pocik di kanan seat dan Kamal dan FInch di kiri auditorium.. jumlah yg terlalu ramai membuatkan tempat duduk tidak cukup dan audiens yg terlambat terpaksa berdiri di blkg auditorium atau duduk di tangga tempat duduk.. memang ramai la peminat dua artis ni..

mase rakaman ni barulah tahu apa yg terjadi disebalik kaca TV yg kita selalu lihat.. kene ikut segala plan yg telah dibuat.. jika ade kesilapan atau penerbit tidak berpuas hati dgn persembahan, Anuar dan Ziana perlu melakukannya sekali lagi.. mmg penat jugalah mendengar lagu dua kali..

barulah aku tahu selama ini jika melihat siaran konsert raya, ianya telah dirakam 2, 3 bulan yg lepas.. haha.. kene berlakon jugalah ziana dgn anuar macam tgh musim raya mase tuh.. malam tu selain the Zains ade dua artis undangan, Liza Aziz dan Jay Jay, mmg hebat persembahan diorang..
mase rakaman berjalan polis sentiasa memerhati sesiapa yg merakam persembahan, mmg terkejut bila gadis sebelah aku dan depan seat kene rampas kamera digital diorang, kesian plak.. polis plak terus rampas, x bg amaran..

anyway, kitorang perlu keluar awal sebelum rakaman habis coz jam dah pukul 12AM, lgpun mmg show dah nk abis pun, tapi kene ulang lg sekali.. dah x bole tgk lg.. muak, jenguh coz terpaksa bertahan dgn seat yg kecil dan ruang utk kaki yg mmg x luas.. sian Pocik, dah la kaki die panjang.. haha..

kitorang terus ke Uniten menghantar Kamal dgn Finch pulang ke Cendi..

mmg penat masa balik, dah la x mandi lg, badan gatal coz aku, Bob dan si Asyraf terkena sedikit asid dari bateri kereta masa angkat ke ofis.. nasib baik aku pkai dua lapis baju.. tp yg sedeynye, jeans aku koyak plak akibat asid tu mase nk g ofis pagi td.. huhu..

MV and lost inside KL village..

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , on Jun 12, 2008 by fahmiez

solat Asar.. Bob amik..jalan

kelmarin, selepas abis time keje, aku mengajak Bob ke MidValley..

“Ape pasal nak g MidValley?” tanya Bob penuh curiga.
“Adalah, nak g antar something and jalan2 g MPH” balas aku balik.
“Jom, dah lame aku tak g MPH” balas Bob yang ketagih candu.

sampai MidValley, punyelah full parking, kate kt electronic board luar ada 200 bays lagi.. last2 masa carik2 parking tu, kitorang melalui jalan mati la plak.. nasib baik kereta Wira pasangan Cina yg baik hati bgtau kitorang utk u-turn awal.. and kt parking menuju jalan mati tu jugak la pasangan Cina dan kitorang jumpa parking..

kitorang menuju ke GSC MidValley, itulah tujuan aku sebenarnye.. tapi bukan utk tgk wayang, tapi nak submit contest form movie the Chornicles of Narnia Prince Caspian coz dah hampir dateline.. haha.. sanggup tu.. movie maniac! :p
pas jer aku submit setelah melilau cari kotak peraduan, kitorang menuju ke MPH pulak.. byk jugalah buku2 yg kitorang brwosing..dari buku movie Narnia Prince Caspian the making of, ke buku Menggapai Bintang oleh Angkasawan Negara Muszaphar hingga ke buku khas P.Ramlee the Musical dan Puteri Gunung Ledang the Musical.. mmg menarik jugalah buku2 ni.. tapi apakan daya.. tiada duit mase tu.. tapi buku yg plg menarik mase aku dan bob same2 baca ialah buku psl sejarah negara, baru ku tahu ada monumen komunis di Malaya terbiar di hutan Sungai Tua, Batu Caves.. kalau ade kesempatan, ingin kulihat sendiri tempat itu..

hampir 1 jam di MV, kitorang pun beredar dan masa perjalanan pulang, kami singgah sebentar ke Masjid Wilayah yg tersergam indah di Jalan Duta bersolat Asar.. Bob x pernah g lg.. so cam jakun jugalah dia..
mase nk balik tu konon2 nk try jalan lain.. last2 sesat sampai ke Segambut Dalam, ke Kinrara tu.. huii jauh gile sesat didlm pedalaman kota KL.. haha.. Bob plak menjerit cam pompuan didlm keter.. tapi, at least dpt jugalah experience masuk ceruk kampung2 didlm KL yg x penah ku pergi sepjg hidup aku sbg anak jati wilayah..
sebelum maghrib kitorang smpai ke umah Bob dan aku meneruskan perjalanan pulang..