
P.Ramlee the Musical.. 2nd round..
Jun 10, 2008




Buat kali kedua aku menonton pementasan teater P.Ramlee the Musical dlm satu minggu.. different view, price and people.. so ade la rasa kelainannye..
seperti komen aku sebelum ni.. the show is great! ni kalau kira dari pementasan musim pertama.. sudah 4 kali aku menonton teater ini. aku dah macam hafal setiap adegan yang berlaku dan juga lagu2 yg didendangkan.. and what surprise me, x boring tgk! lain dari menonton filem di pawagam. coz every nite the actor give audiences different thing on every nite!
Musly Ramlee, pendatang baru bagaikan reincarnation of P.Ramlee, begitu cekal dan bersemangat membawa watak prinsipal P.Ramlee walaupun hanya 6 minggu berlatih, dia memang hebat.. tahniah!
Lakonan Melissa Saila sebagai Norizan begitu hidup dan juga Liza Hanim sebagai Saloma, suaranya begitu merdu bak Biduanita Negara itu.. tidak kurang hebatnya Atilia sebagai Junaidah dan juga Emilda Rosmila sebagai Azizah yang menggantikan Siti Nurhaliza juga tidak menghampakan dari segi suaranya.. really!
Props seperti model keretapi, Stesen Tanjong Pagar Singapura dan pentas kelab Shaw Brothers begitu mengagumkan kami, kudos tu Raja Maliq.
Tidak dilupakan koreografi tarian hibrid tradisional dan moden juga menghiburkan, congrats Pat Ibrahim..
Lagu2 yang didendangkan begitu menarik halwa pendengar.. hampir menyerupai pementasan teater ala ‘Broadway’ dan ‘West End’.. sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon2 teater, krew, musician, dan Enfiniti Productions yang mengembalikan kegemilangan teater tempatan dan juga nostalgia kegemilangan zaman Jalan Ampas Road dan seniman2 dahulu terutama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma..
kehidupan P.Ramlee dari awal sehingga ke akhir hayat sebagai anak seni begitu menyentuh jiwa..
melihat riak wajah gembira dan teruja rakan2 aku yg turut serta hadir bersama menonton membuatkan aku juga terhibur terutama mereka yg tidak pernah masuk ke Istana Budaya dan juga first time tgk teater muzikal ini.. so diharap mereka menjadi peminat teater tempatan selain teater wayang.. hehe..
selepas show aku tidak melepaskan peluang bergambar dgn Atilia (Junaidah), Emelda Rosmila (Azizah) dan juga Liza Hanim (Saloma).. mmg diorang peramah..
pastu b4 meninggalkan Istana Budaya, kami (Not all) bergambar di depan poster P.Ramlee..
Selepas menunggu kakak Didi yang datang mengambil dia pulang, kami selebihnya menuju ke Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru dimana Pocik, Bob, Ilmi dan Pa’an menunggu kitorang.. ditakdirkan berjumpa dgn Pak Arip yg juga dtg makan disitu..
selepas makan, Ilmi join konvoi aku pulak.. so kitorng berpisah haluan.. so, padat la balik kereta aku..
first thing aku hantar Afiq balik kerumah coz dia nak pulang ke Pahang pagi Ahad tu.. so agak sekejap jugalah suffering org2 diblkg sementara Fiena, the only girl in group dan aku selesa di seat depan..
pas antar Afiq, ruang dah okey balik, so Uniten is our next destination.. sambil drive tu kitorang buka CD yg aku beli tadi di IB, 3 lagu je.. itupun lagu Liza Hanim, Siti Nurhaliza dan Atilia yg dirakam studio version dari pementasan teater P.Ramlee.. ok lah jugak RM20 terbang.. dapat juga DVD skali dlm tu.. huhu..
time nak masuk Uniten mase nak antar Fiena mmg la susah.. tetiba ade la plak staf Uniten sorang ni tetiba jaga guard lak.. nak mintak ID la plak.. tah ape2..
by the way everything’s ok.. pas je antar Zaid kat rumah dier.. tinggal aku, P’e dan Ilmi dlm kereta menuju pulang ke KL.. niat asal nk lepak jap di Putrajaya terbantut apabila hujan lebat tetiba..
aku drop Ilmi di Uptown bazar kt Danau Kota coz kawan die yg lain amik die kt situ.. die tumpang umah kawan die tu malam tu b4 blk Penang esok harinye..
last2 aku dan P’e je la tinggal, P’e dlm keter x abis2 ulang lagu Mulanya Cinta si Siti Nurhaliza.. suka sgt die lagu tuh sampai aku naik boring.. hehehe…
malam tu mmg best.. dpt hangout dgn kawan2 Uniten dan juga kawan2 baik aku dari sekolah sekali in one nite.. theater can unite people from different background… P.Ramlee the Musical giving me inspiration and life knowledge that nite..




enjoy sakan korang ek? thanks bro!
thanks for the support