P.Ramlee the Musical season 2.. entertaining!


aku baru je balik dari Istana Budaya menonton teater muzikal yg dinanti2kan, P.Ramlee the Musical utk kali yg ketiganya dan menyusul pula kali ke-empat pada Sabtu ini
Mmg menghiburkan! walaupun sudah tiga kali menonton teater ini, mmg tidak menjemukan dgn persembahan dan lagu2 yg didendangkan mmg menarik, dari lagu2 P.Ramlee hinggalah ke lagu utk teater ini..
walaupun hujan turun dgn lebatnya pada malam show ni, ia tidak mematahkan semangat kami sekeluarga utk dtg menonton di Panggung Sari.. kerana sempena Hari Bapa, inilah kali pertama ayahku dtg menjejakkan kai ke Istana Budaya kerana sebelum ini jika diajak menonton teater, pasti dia akan menolak dgn alasan x berminat dan tiket mahal..
Show malam ni dihadiri oleh tetamu VIP, Raja Perlis dan Permaisuri, dan Yang Di-Pertua Negeri Sabah. malam ni juga aku nampak beberapa artis; Adlin Aman Ramli, Datuk Noraini, Sharifah Aini dgn Joe Flizzow of Too Phat.
For me, teater kali ni mmg berbeza walaupun sebahagian besar jalan cerita asal musim pertama masih dikekalkan, dan lagu2 juga ditambah terutama lagu2 asal P.Ramlee.. mengembalikan nostalgia zaman keemasan P.Ramlee di Singapura..
watak Azizah yg dimainkan oleh Emilda Rosmila mmg x menghampakan, malam ni membuktikan dia boleh menyanyi dgn baik walaupun tidak sehebat Siti Nurhaliza semasa musim pertama dahulu..but hey, she is great actress and have more lines this time compare to Siti dulu..
after all, this theatre should not to be missed! worthy performance by all cast! congrats tu all. terutama kpd Musly Ramlee.. mmg macam P.Ramlee.. to Chedd yg berlakon sbg Sukardi, mmg menjiwai watak dia sbg sahabat baik P.Ramlee.. jom tengok!