Arkib untuk Jun 4, 2008

Argh.. harga minyak naik.. 40%.. evil driver..

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today, Home Sweet Home, Kisah di TV dengan label , , , , , , on Jun 4, 2008 by fahmiez

Hari ni aku dikejutkan dgn harga minyak naik dari 1.92 liter kepada 2.70 sen seliter.. kenaikan 40%.. so ade few hours utk gi isi minyak lagi b4 12AM.. cam dongeng Cinderella tamat jd magis jd puteri lak.. haha

Aku tahu pun dari mak aku yg masa tu baru pulang kerja dr HKL pkul 6.00 dgn segera menyuruh aku yg pada masa itu sedang berbaring di sofa menonton kartun Family Guy kt Star World Channel pergi stesen minyak..

Angah, pegi isi minyak sekarang, harga dah naik” kata mak.

Loh, bilenye naik?”kata aku yg x acuh masa tu coz nk tgk kartun The Simpsons yg menyusul selepas Family Guy..

Baru tadi PM announce, naik 78 sen..

aku dgn segera tersedar diri.. terkezut dgn statement yg dikeluarkn dr mak aku..

Selalunye kalo naik sikit je.. 10 sen tu da kire biase la tu.. tapi.. mak aii.. 78 sen?? X caye aku..

aku dan niat asal terbatal.. sori Simpsons, esok aku tgk.. dgn pantas aku mencapai kunci kereta Kelisa dan terus menuju ke Stesen minyak Shell yg semmgnye dekat dgn umah aku..

fuhh.. kereta da mula queue panjang, tapi nasib aku mase tu baik lg.. queue masih sederhana.. so ade chance nak isi b4 abis.. walaupun kira ok coz stesen minyak kawasan Taman Mastiara tu terpencil dan hanya diisi oleh penduduk Taman Mastiara sendiri dan Batu Permai coz kawasan umah terperosok ke dlm dari pekan kecil Batu 5.. tapi, memerlukan kesabaran aku menunggu hampir 1 jam hanya dgn beratur..

Pemandu2 kereta mula menunjukkan ke’syaitanan’, sikap animalistik dan uncivilised diri sendiri pabila hal2 sebegini.. mulalah adegan potong queue.. tapi masih terkawal.. begitu juga aku yg mengalaminya oleh kereta Kelisa warna kelabu dipandu oleh wanita yg mmg aku geram memotong queue aku yg tinggal lg 2 kereta masa tu.. aku dgn segera menjegil mata aku kearahnya yg semmgnya kecut dan takut dgn sikapku yg sebelum ini sabar dan baik hati sehinggakn dia x berani nk pandang kiri die dan masa nk isi minyak pun, tak keluar dr kereta dan memberi kad kredit die ke atendan pam abang Nepal yg mmg aku dan mak kenal coz kitorng pelanggan tetap Shell kt situ.. haha.. baru die tau sape aku.. aku salin no plat keter die in case aku nk kejar ke ape.. haha..

syukur bile turn aku minyak ade lg.. nasib baik gak la tank keter aku dah kering mase tu, so dpt la isi dlm rm60 cmtu.. gune kredit kad courtesy of  Along, abg aku.. hehe..

Along pulak kebetulan balik KL dari Bintulu, Sarawak naik flight AirAsia time camni.. so aku suggest kt dier tunggu aku kt KTM Komuter Sentul instead of kat KL Sentral since jalan agak busy time tu.. org balik keje dan bersesak ke stesen minyak..

dlm kol 8pm pas solat maghrib aku watch Buletin Utama.. pasal kenaikan harga minyak spt dijangka.. b4 grak amik Along, aku dgr PM Pak Lah announce psl kenaikan harga minyak dan juga rebate tunai bahan api yg akan diberikan kpd kereta2 persendirian mengikut CC.. so keter Kelisa dan Kembara family aku layak la dapat rebate tunai.. tetapi kereta jenis mewah cam BMW ayah aku, sori, x dpt.. so ayah aku just dpt rebate utk Perodua Rusa je la kot..  :)

mase drive g sepjg Jln Ipoh, huii setiap stesen minyak long queue mcm perarakan.. tp traffic still ok coz Jln Ipoh pun dah lebar compare dulu.. smpai je kt stesen.. jam la plak coz jln one way je.. tp dgn kehandalan aku driving sekitar Sentul akhirnya dpt juga lepas dari cengkaman jam..

on da return home.. satu lg obstacle since aku anggap setiap stesen minyak adalh hot point utk traffic jam
, smpai kt Batu 2, aku amik arah Segambut alkisah nk use Jln Kuching, tp Masha-Allah, jam lg teruk .. so aku pon u-turn guna blk Jln Ipoh.. huhu.. jln pon da kurang jam smpai kt point aku arah pulang.. akhirnya selamat smpai ke rumah dan minyak masih banyak lagi..

cmner nk g keje sok? g dgn ayah aku..?? carpool system? bus?..

ohh minyak.. bile hidup kita depend on sumthing that is very important in life.. inilah jadinya.. political chaos in the future.. already predicted and seen from now on..

P.Ramlee the Musical season 2.. entertaining!

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , , , on Jun 4, 2008 by fahmiez

aku baru je balik dari Istana Budaya menonton teater muzikal yg dinanti2kan, P.Ramlee the Musical utk kali yg ketiganya dan menyusul pula kali ke-empat pada Sabtu ini

Mmg menghiburkan! walaupun sudah tiga kali menonton teater ini, mmg tidak menjemukan dgn persembahan dan lagu2 yg didendangkan mmg menarik, dari lagu2 P.Ramlee hinggalah ke lagu utk teater ini..

walaupun hujan turun dgn lebatnya pada malam show ni, ia tidak mematahkan semangat kami sekeluarga utk dtg menonton di Panggung Sari.. kerana sempena Hari Bapa, inilah kali pertama ayahku dtg menjejakkan kai ke Istana Budaya kerana sebelum ini jika diajak menonton teater, pasti dia akan menolak dgn alasan x berminat dan tiket mahal..

Show malam ni dihadiri oleh tetamu VIP, Raja Perlis dan Permaisuri, dan Yang  Di-Pertua Negeri Sabah. malam ni juga aku nampak beberapa artis; Adlin Aman Ramli, Datuk Noraini, Sharifah Aini dgn Joe Flizzow of Too Phat.

For me, teater kali ni mmg berbeza walaupun sebahagian besar jalan cerita asal musim pertama masih dikekalkan,  dan lagu2 juga ditambah terutama lagu2 asal P.Ramlee.. mengembalikan nostalgia zaman keemasan P.Ramlee di Singapura..

watak Azizah yg dimainkan oleh Emilda Rosmila mmg x menghampakan, malam ni membuktikan dia boleh menyanyi dgn baik walaupun tidak sehebat Siti Nurhaliza semasa musim pertama dahulu..but hey, she is great actress and have more lines this time compare to Siti dulu..

after all, this theatre should not to be missed! worthy performance by all cast! congrats tu all. terutama kpd Musly Ramlee.. mmg macam P.Ramlee.. to Chedd yg berlakon sbg Sukardi, mmg menjiwai watak dia sbg sahabat baik P.Ramlee.. jom tengok!