Arkib untuk Jun, 2008

Sarawak Trip – Day 1 ~ KL – Bintulu – Miri

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , on Jun 30, 2008 by fahmiez

Flight schedule kami sekeluarga ke Bintulu, Sarawak pada pukul 1.40 petang. Pagi sebelum bertolak, memang riuh rumah kami pada pagi ini.. Adikku Nabila pula ada peperiksaan hari ini dan dia dibenarkan mengambilnya awal dari rakan-rakan lain. Mak aku mula merungut dengan ayah aku yang lambat bersiap. Itulah kelaziman persediaan sebelum bertolak untuk bercuti.. memang banyak kerja yang perlu dibuat.. Aku pula perlu ke UIA untuk meminjam digicam Sony Pe. Aku ada 1 jam untuk kesana dan perlu pulang sebelum pukul 10 pagi memandangkan kami akan naik bas shuttle ke LCCT pada pukul 11 pagi. Alhamdulillah, walaupun banyak benda yang perlu diselesaikan pagi ini, kami sempat juga mengambil bas ekspres di Batu 3, Jalan Ipoh ke airport.

Jam 12.00 tengahari, kami sampai juga ke LCCT. Perjalanan naik bas ekspres ke LCCT merupakan pengalaman pertama bagiku, begitu juga menaiki AirAsia kerana aku sendiri tidak pernah menaiki pesawat syarikat tambang murah ini.. perasaan teruja melingkar dalam diri..

Keadaan untuk check-in baggage seperti diketahui umum memang sesak dengan umat manusia yang menaiki pesawat AirAsia ke pelbagai destinasi. Begitu juga yang ke Bintulu pada petang ini.

Setelah selesai check-in bagasi, kami segera ke terminal menunggu penerbangan domestik dan aku dapat melihat kapal terbang yang akan membawa kami kesana..

“Diminta penumpang ke Bintulu penerbangan AK5272 menunggu di Pintu 5B” jelas suara staf AirAsia.

Sudah lama juga aku tak menaiki kapal terbang. Rindu juga deruman enjin Rolls-Royce mengaum bagaikan singa dan kelajuan bagaikan F1 semasa lift-off… fuhh

on air.. skyline

Rasa kecut perut terasa melihat dari luar tingkap kabin semasa kapal terbang memulakan pendakian tatkala rodanya tidak lagi mencecah landasan dan melihat dunia bawah dari pandangan langit..

SNack at 38000 feet

Penerbangan yang memakan masa hampir 2 jam itu aku isi dengan makan sandwich, membaca majalah 3Sixty dan brochure2 yang ade.. makanan harga memang tinggi since kite di awan yang tinggi..haha.. kerana sifat curious, aku memesan dua keping sandwich dan hot chocolate harganya RM8 (ayah bayar).. haha..contrary, ianya juga  penerbangan murah.. no inflight entertaiment.. dan akhirnya tidur setelah melihat Kak Lang dan penumpang disebelah aku lelap..

at Bintulu Airport

Akhirnya kami sampai jua ke tanah Borneo. Pesawat mula merendahkan altitud penerbangan. Kapten Wong mengatakan cuaca hujan mendung di Bintulu. Dari tingkap kaca kabin aku dapat melihat laut dan juga loji penapisan LNG Petronas tempat Along bekerja di pesisir pantai Miri.

Along sudahpun menunggu di terminal ketibaan dan kami sekeluarga akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Bintulu dan menaiki kereta MyVi plat QMK dia untuk pertama kalinya.. new car in our family..

highway Bintulu-Miri

Tidak mengetahui rancangan percutian sebenarnya, kami tidak akan bermalam di Bintulu sebaliknya akan terus ke Bandaraya Miri pada petang ini juga. Sempat juga kami singgah sebentar ke kediaman Along khas untuk pekerja Petronas. Rumah memang seperti budak universiti, bersepah.. almaklum rumah bujang..

Selepas meletak kotak kabel di rumah Along, kami meneruskan perjalanan adventure melalui jalan kampong ke Miri.. pemandangan lewat petang memang indah.. walaupun baru pukul 5.30 petang, senja sudahpun berada diufuk. Pemandangan seluas mata memandang.. melihat ladang saujana mata memandang yang baru dibangunkan begitu indah..

Kami singgah sebentar di gerai makan di persimpangan Batu Niah, membasahkan tekak dan meneruskan perjalanan ke Miri dalam 1 jam lagi.

dinner at miri

Kami sampai ke ParkCity Everly Hotel di pusat bandar. Along dah menempah 2 bilik.

Selepas meletakkan bagasi ke bilik, kami segera menyegarkan diri untuk keluar meronda dan makan malam.

great journey ahead.. tido awal coz moving non-stop..

Miri Parkcity Everly Hotel room

Fly to Borneo Island hari ini..

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , on Jun 26, 2008 by fahmiez

hari ni aku akan bertolak ke Bintulu Sarawak utk bercuti. So, x g office hari ni.. Flight time aku pukul 1.30 ptg naik kt LCC-T AirAsia.. huhuii.. aku x prepare lg pakaian dgn bende2 penting nk dibawak. awal pagi nanti nk g carik tape recorder utk video cam lagi.. xtau sempat ke tak.. Mungkin nanti Along bawak sekeluarga pergi ke Brunei coz abang aku ckp kt Bintulu xde bende yg menarik sgt.. ayah aku kebetulan ade kerja outstation kt TM Sarawak.. so die extended stay die kt sana. menyusul ahad ni Abg Md Noh pula datang utk outstation dgn ayah aku.. anyway, happy holidays to me.. dah lame x gi family vacation jauh2 ni.. maybe update blog next week kalo tiada internet di sana..  ^^).

p/s:  kepada Bob, Pocik dan Asyraf, jgn ponteng kerja.. jaga ofis baik2.. hehe :p

Hello Sarawak and Brunei!

Wind Orchestra dan seniman Jln Ampas

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , on Jun 26, 2008 by fahmiez

Sabtu hari ni merupakan hari yang cerah dan manis sekali..
hari ni aku terbangun pukul 11 pagi. walaupun celik, aku bersenang-lenang dikatil empukku. almaklum, tidur lambat bersengkang mata depan laptop..

SMS datang dari Bob tepat pukul 12 tengahari.

“Hai sayang.. Dah bangun? – shasha” SMS Bob yang jijik dan hina.

“Sudey.. Kol bapa mau gi?”balas aku balik.

“Dlm kul 1 sempat x sampai kul 2?”balas Bob

“Sempat rasenyer”

Masa aku dah bersiap dan turun ke ruang tamu utk makan, mak aku bagi sebuah bungkusan lg. dari kurier yg sama cam semlm..

aha, akhirnya sampai juga tiket menonton Dreamz kt Genting Highlands yg kunanti-nanti.. menang selepas masuk peraduan kt Galaxieblog. Gembira dihati ini!

kegembiraanku terpaksa dibataskan memandangkan aku ade schedule penting petang ni.. dan aku dah lambat!

petang ini aku, Bob dan Pokcik akan ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya utk menghadiri Finale Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2008 dimana Top 5 finalist terdiri drpd Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Sultan Alam Shah, Sekolah Seri Puteri, SM Sains Raja Tun Azlan Shah, dan Kolej Tunku Kurshiah. Kami juga ditemani oleh Wan Faris dan Hazman yang menjemput kami ke pertandingan tersebut.

Plenary Hall

Man yang juga ex- Wind Orchestra MCKK membantu sekolah lama beliau dlm pertandingan ini dimana pengalaman dan kepakaran beliau dicurah ke atas junior dia. Kami juga terpaksa menyamar sebagai alumni MCKK untuk masuk ke dewan memandangkan kami berempat bukan dari SBP yang masuk final ke pertandingan ini.. hehe..

Masya-Allah, inilah kali pertama kami menjejakkan kaki ke dalam Dewan Plenari PICC yang begitu besar dan beautiful.. disinilah mesyuarat OIC dulu diadakan dan muzik video ‘Kau Muzik Dihatiku’ oleh Jaclyn Victor dan Vince Chong dilakukan.. macam Dewan Merdeka PWTC tapi lagi cantik..

Keadaan di dewan sudahpun sesak dan kami tercari-cari tempat duduk dan semuanya hampir penuh.. akhirnya kami jumpa juga tempat duduk dihujung dewan yang dikhaskan utk perserta.. balun jer la duduk kerana mmg kosong pun..

nasib baik kami sempat masuk kerana pengacara pertandingan tersebut, Mahadzir Lokman telah pun memulakan ucapan pembuka mempersilakan tetamu kehormat yang datang; Menteri Pelajaran Datuk Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persembahan pertama dimulakan oleh kolej lama Man, MCKK dan diakhiri Sekolah Seri Puteri… kesemua sekolah memang hebat dan mengagumkan. inilah kali pertama aku mendengar alunan orkestra live bagaikan soundtrack movie.

setiap sekolah wajib memainkan 2 buah lagu iaitu satu lagu Melayu (wajib) dan lagu bebas.

pada tahun ini Sekolah Seri Puteri dinobatkan Juara dan juga piala pusingan Konduktor Terbaik.

Aku dan Pokcik sempat melihat Najib, Hishamuddin dan isteri2 diorang dari dekat eskalator masa tamat majlis.. sian Bob x sempat jumpe..

Najib di eskalator PICC

Selepas persembahan, kami bertiga ke Alamanda pula utk makan sementara Man hantar seorg kawan dia pulang dan Faris pula time bekerja mula pukul 6 ptg kat GSC Alamanda.

Kerana tidak dapat menahan kelaparan, kami bertiga makan dahulu tanpa menunggu Man dan Faris..
Kerana hari dah pun malam, kami segera pulang ke KL kerana esok Ahad perlu bekerja luar di Surau as-Syakirin Bandar Utama.

bersama seniman S.Sudin

Tapi sebelum pulang ke rumah, terlintas difikiranku malam tu Sabtu dan ada Laman Santai di Laman Beringin, Istana Budaya. Bob dan Pokcik pun ok jer, so kami singgah ke sana dan melihat aktiviti2 seni dan makan yg diberikan percuma seperti nasi lemak, mi goreng, teh tarik, roti canai dan roti bakar.. fuh mgg asyik makan bende free.. hehe.. tp ape yg plg bermakna sekali malam itu ialah artis2 veteran zaman P.Ramlee dan Jalan Ampas, SIngapura hadir malam itu.. S.Sudin, Pak Aziz Sattar, Zaiton dan ramai lg..

Kami bertuah dpt berjumpa dgn Pak Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Mereka memang peramah and very down-to-earth.. plg best kami dpt berbual dgn Pak Sudin dan beliau tanpa ragu-ragu memberikan no telefon rumah beliau di Bukit Batok, Singapura dan mengajak kami kesana raya nanti..

Pak Aziz Sattar..

insya-allah, jika ade rezeki kami akan kesana Pak Sudin.. kami amat berbangga dapat berbual dgn seorg seniman seperti Pak SudinBob sudah mula membayangkan idea utk membuat projek dokumentasi mengenai insan2 seni seperti Pak Sudin sem depan.. so excited!

Present from Narnia..

Posted in Family, Hidup aku today, Home Sweet Home dengan label , , , , on Jun 21, 2008 by fahmiez

masa aku bersms dgn pe, tetiba die reply sms yg mengelirukan
“Narnia anta adiah..Haha.. Ak amk ar..Haha..”reply Pe.
Ape kejadah lak mamat ni kata aku dlm hati berbisik.. anta sms lain, die jwb lain.
So, aku pun reply la blk,

“Ko slh sent sms ka?Narnia anta adiah?Konfuse..”reply aku balik.

Pastu, aku pun turun la ruang tamu menonton dokumentari pasal First Emperor of China, Shih Huang-Ti kt The History Channel sambil makan malam.
Nk dijadikan lawak campur geram, mak aku tak terperasan terbaling stokin yg aku pakai siang td mase keje ke dlm pinggan, mmg tepat lak tu.. masa mak aku baling tu tgh tegur aku stokin bersepah.. aku pun terkejt gak la balingan halilintar mak aku tu.. dari nk marah terus jd bahan lawak..

selepas insiden itu, handphone aku dr bilik berbunyi.. coz bilik kt tingkat atas, aku malas nk menaiki tangga coz masih in dinner mode.. so aku biarkan..
pastu, telefon rumah pula berbunyi. dari Pe..

“Weh, ko kat mane?”tanya Pe.

“kat rumah la” balas aku. Dah call nombor rumah, boleh lak tanya aku kat mana.. ^^

“Ni jap lg aku nk dtg”

“Apsal?”

“Adalah, aku sampai dlm 5,10 minit lagi”

Jadi, aku pun tunggu la dia dan menangguhkan sesi dinner aku jap..
tunggu punya tunggu tak kunjung jua.. so, aku naik ke bilik aku mencapai handphone. Punya bagus si Pe, tetiba x jd lak, die SMS aku tanpa disedari..

So, aku pun call die. Die terus meminta ampun kat aku coz terlajak nk g umah aku dari rumah dier.. Laa.. die dgn ayah die, En  Jaafar hantar dia pulang ke UIA malam ni. Pe pun menjelaskan kat aku ade bungkusan dari Galaxie contest Narnia. Hahah.. aku da lupa, aku pernah hantar peraduan Narnia Prince Caspian tak lama dulu dari fave mag aku, Galaxie.. tak expect nak menang.. aku gunakan nama dgn alamt rumah Pe enter contest tu coz cam ade peluang besar la kot guna name die.. nama aku confirm di’blacklist’ coz dah byk kali menang peraduan dari Galaxie.. hehe.. dah rezeki.. En. J akan datang ke rumah aku masa nak pulang nanti kata si Pe.

Aku pun excited jugaklah. aper la hadiah yang Pe (de facto aku) dapat. heheh..

sampai kol 11.30, En J, ayah Pe sampai depan rumah aku. ingat jugak die rumah aku nie.. terima kasih pada dia yg susah payah hantar bungkusan kepadaku..

Bungkusan yang lembik.. hrmm.. ramalan..

Aku tanpa membuang masa terus mengoyak bungkusan itu di sofa, kebetulan masa tu, ayah aku juga ada menonton Chicken Little. seperti dijangka oleh Pe dan aku, sehelai collar t-shirt labang Aslan the Lion from Polo. Not bad actually since saiz fit aku, XL.. Sori Pe, badan ko kecik, nanti labuh.. ><.. hehe..

Rakaman Konsert Fenomena Ziana Zain & Anuar Zain di Auditorium Perdana, Angkasapuri

Posted in Hangout, Hidup aku today, Kisah di TV dengan label , , , , , , , , , on Jun 12, 2008 by fahmiez

RTM.. Auditorium Perdana

Semalam 11 Jun, juga selepas kerja, kami bertiga, aku, Pocik dan Bob ke Auditorium Perdana di Angkasapuri menonton rakaman Konsert Fenomena Ziana Zain dan Anuar Zain sempena Aidilfitri nanti.. agak excited juga utk dtg coz ni first time ke RTM Angkasapuri.

selepas mengalas perut kt kedai makan bwh ofis kami kerana x mkn tghari utk kali pertamanya pada hari tu, aku terus bergegas ke rumah Bob utk dia tukar pakaian sementara Pocik antar Asyraf ke rumah dia.. sambil2 menunggu Bob tu, aku melihat anak2 saudara dan jiran Bob main sepak takraw, baru lah aku persan yg ada sorng budak ni kembar rupa2nya.. sebelum ni kalo antar Bob tiap hari x perasan la plak..

selepas itu, kami mengambil Pocik dan meneruskan perjalanan ke Uniten ambil Kamal dan Finch di Cendi.

kami sampai ke Auditorium dlm pkul 8pm. akhirnya aku dpt juga berjumpa dgn Presiden Kelab Zianafolks yg hantar email kt aku pasal konsert ni.. Kamal daptkn tiket masuk dari sorng ahli kelab. mmg ramai yg pkai baju puith sempena tema malam tu dan juga baju melayu.. keadaan agak sesak dan tidak teratur apabila polis bantuan hanya membuka pintu masuk satu sahaja membuatkan kami bersesak utk memasuki auditorium menyebabkan kami berpecah kpd 2 kumpulan; aku, Bob dan Pocik di kanan seat dan Kamal dan FInch di kiri auditorium.. jumlah yg terlalu ramai membuatkan tempat duduk tidak cukup dan audiens yg terlambat terpaksa berdiri di blkg auditorium atau duduk di tangga tempat duduk.. memang ramai la peminat dua artis ni..

mase rakaman ni barulah tahu apa yg terjadi disebalik kaca TV yg kita selalu lihat.. kene ikut segala plan yg telah dibuat.. jika ade kesilapan atau penerbit tidak berpuas hati dgn persembahan, Anuar dan Ziana perlu melakukannya sekali lagi.. mmg penat jugalah mendengar lagu dua kali..

barulah aku tahu selama ini jika melihat siaran konsert raya, ianya telah dirakam 2, 3 bulan yg lepas.. haha.. kene berlakon jugalah ziana dgn anuar macam tgh musim raya mase tuh.. malam tu selain the Zains ade dua artis undangan, Liza Aziz dan Jay Jay, mmg hebat persembahan diorang..
mase rakaman berjalan polis sentiasa memerhati sesiapa yg merakam persembahan, mmg terkejut bila gadis sebelah aku dan depan seat kene rampas kamera digital diorang, kesian plak.. polis plak terus rampas, x bg amaran..

anyway, kitorang perlu keluar awal sebelum rakaman habis coz jam dah pukul 12AM, lgpun mmg show dah nk abis pun, tapi kene ulang lg sekali.. dah x bole tgk lg.. muak, jenguh coz terpaksa bertahan dgn seat yg kecil dan ruang utk kaki yg mmg x luas.. sian Pocik, dah la kaki die panjang.. haha..

kitorang terus ke Uniten menghantar Kamal dgn Finch pulang ke Cendi..

mmg penat masa balik, dah la x mandi lg, badan gatal coz aku, Bob dan si Asyraf terkena sedikit asid dari bateri kereta masa angkat ke ofis.. nasib baik aku pkai dua lapis baju.. tp yg sedeynye, jeans aku koyak plak akibat asid tu mase nk g ofis pagi td.. huhu..

MV and lost inside KL village..

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , on Jun 12, 2008 by fahmiez

solat Asar.. Bob amik..jalan

kelmarin, selepas abis time keje, aku mengajak Bob ke MidValley..

“Ape pasal nak g MidValley?” tanya Bob penuh curiga.
“Adalah, nak g antar something and jalan2 g MPH” balas aku balik.
“Jom, dah lame aku tak g MPH” balas Bob yang ketagih candu.

sampai MidValley, punyelah full parking, kate kt electronic board luar ada 200 bays lagi.. last2 masa carik2 parking tu, kitorang melalui jalan mati la plak.. nasib baik kereta Wira pasangan Cina yg baik hati bgtau kitorang utk u-turn awal.. and kt parking menuju jalan mati tu jugak la pasangan Cina dan kitorang jumpa parking..

kitorang menuju ke GSC MidValley, itulah tujuan aku sebenarnye.. tapi bukan utk tgk wayang, tapi nak submit contest form movie the Chornicles of Narnia Prince Caspian coz dah hampir dateline.. haha.. sanggup tu.. movie maniac! :p
pas jer aku submit setelah melilau cari kotak peraduan, kitorang menuju ke MPH pulak.. byk jugalah buku2 yg kitorang brwosing..dari buku movie Narnia Prince Caspian the making of, ke buku Menggapai Bintang oleh Angkasawan Negara Muszaphar hingga ke buku khas P.Ramlee the Musical dan Puteri Gunung Ledang the Musical.. mmg menarik jugalah buku2 ni.. tapi apakan daya.. tiada duit mase tu.. tapi buku yg plg menarik mase aku dan bob same2 baca ialah buku psl sejarah negara, baru ku tahu ada monumen komunis di Malaya terbiar di hutan Sungai Tua, Batu Caves.. kalau ade kesempatan, ingin kulihat sendiri tempat itu..

hampir 1 jam di MV, kitorang pun beredar dan masa perjalanan pulang, kami singgah sebentar ke Masjid Wilayah yg tersergam indah di Jalan Duta bersolat Asar.. Bob x pernah g lg.. so cam jakun jugalah dia..
mase nk balik tu konon2 nk try jalan lain.. last2 sesat sampai ke Segambut Dalam, ke Kinrara tu.. huii jauh gile sesat didlm pedalaman kota KL.. haha.. Bob plak menjerit cam pompuan didlm keter.. tapi, at least dpt jugalah experience masuk ceruk kampung2 didlm KL yg x penah ku pergi sepjg hidup aku sbg anak jati wilayah..
sebelum maghrib kitorang smpai ke umah Bob dan aku meneruskan perjalanan pulang..

P.Ramlee the Musical.. 2nd round..

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , , , , , , on Jun 10, 2008 by fahmiez

Buat kali kedua aku menonton pementasan teater P.Ramlee the Musical dlm satu minggu.. different view, price and people.. so ade la rasa kelainannye..

seperti komen aku sebelum ni.. the show is great! ni kalau kira dari pementasan musim pertama.. sudah 4 kali aku menonton teater ini. aku dah macam hafal setiap adegan yang berlaku dan juga lagu2 yg didendangkan.. and what surprise me, x boring tgk! lain dari menonton filem di pawagam. coz every nite the actor give audiences different thing on every nite!

Musly Ramlee, pendatang baru bagaikan reincarnation of P.Ramlee, begitu cekal dan bersemangat membawa watak prinsipal P.Ramlee walaupun hanya 6 minggu berlatih, dia memang hebat.. tahniah!

Lakonan Melissa Saila sebagai Norizan begitu hidup dan juga Liza Hanim sebagai Saloma, suaranya begitu merdu bak Biduanita Negara itu.. tidak kurang hebatnya Atilia sebagai Junaidah dan juga Emilda Rosmila sebagai Azizah yang menggantikan Siti Nurhaliza juga tidak menghampakan dari segi suaranya.. really!

Props seperti model keretapi, Stesen Tanjong Pagar Singapura dan pentas kelab Shaw Brothers begitu mengagumkan kami, kudos tu Raja Maliq.
Tidak dilupakan koreografi tarian hibrid tradisional dan moden juga menghiburkan, congrats Pat Ibrahim..

Lagu2 yang didendangkan begitu menarik halwa pendengar.. hampir menyerupai pementasan teater ala ‘Broadway’ dan ‘West End’.. sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon2 teater, krew, musician, dan Enfiniti Productions yang mengembalikan kegemilangan teater tempatan dan juga nostalgia kegemilangan zaman Jalan Ampas Road dan seniman2 dahulu terutama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma..
kehidupan P.Ramlee dari awal sehingga ke akhir hayat sebagai anak seni begitu menyentuh jiwa..

melihat riak wajah gembira dan teruja rakan2 aku yg turut serta hadir bersama menonton membuatkan aku juga terhibur terutama mereka yg tidak pernah masuk ke Istana Budaya dan juga first time tgk teater muzikal ini.. so diharap mereka menjadi peminat teater tempatan selain teater wayang.. hehe..

selepas show aku tidak melepaskan peluang bergambar dgn Atilia (Junaidah), Emelda Rosmila (Azizah) dan juga Liza Hanim (Saloma).. mmg diorang peramah..

pastu b4 meninggalkan Istana Budaya, kami (Not all) bergambar di depan poster P.Ramlee..

Selepas menunggu kakak Didi yang datang mengambil dia pulang, kami selebihnya menuju ke Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru dimana Pocik, Bob, Ilmi dan Pa’an menunggu kitorang.. ditakdirkan berjumpa dgn Pak Arip yg juga dtg makan disitu..

selepas makan, Ilmi join konvoi aku pulak.. so kitorng berpisah haluan.. so, padat la balik kereta aku..

first thing aku hantar Afiq balik kerumah coz dia nak pulang ke Pahang pagi Ahad tu.. so agak sekejap jugalah suffering org2 diblkg sementara Fiena, the only girl in group dan aku selesa di seat depan..

pas antar Afiq, ruang dah okey balik, so Uniten is our next destination.. sambil drive tu kitorang buka CD yg aku beli tadi di IB, 3 lagu je.. itupun lagu Liza Hanim, Siti Nurhaliza dan Atilia yg dirakam studio version dari pementasan teater P.Ramlee.. ok lah jugak RM20 terbang.. dapat juga DVD skali dlm tu.. huhu..

time nak masuk Uniten mase nak antar Fiena mmg la susah.. tetiba ade la plak staf Uniten sorang ni tetiba jaga guard lak.. nak mintak ID la plak.. tah ape2..

by the way everything’s ok.. pas je antar Zaid kat rumah dier.. tinggal aku, P’e dan Ilmi dlm kereta menuju pulang ke KL.. niat asal nk lepak jap di Putrajaya terbantut apabila hujan lebat tetiba..

aku drop Ilmi di Uptown bazar kt Danau Kota coz kawan die yg lain amik die kt situ.. die tumpang umah kawan die tu malam tu b4 blk Penang esok harinye..

last2 aku dan P’e je la tinggal, P’e dlm keter x abis2 ulang lagu Mulanya Cinta si Siti Nurhaliza.. suka sgt die lagu tuh sampai aku naik boring.. hehehe…

malam tu mmg best.. dpt hangout dgn kawan2 Uniten dan juga kawan2 baik aku dari sekolah sekali in one nite.. theater can unite people from different background… P.Ramlee the Musical giving me inspiration and life knowledge that nite..

 

siang sebelum malam teater.. bhg ke 2

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , , , , , , on Jun 10, 2008 by fahmiez

sambung dari post sebelum ini..

time dah sampai rumah dari Jusco, telefonku berbunyi, SMS rupanya.. dari Ilmi..  die dah sampai ke Pudu..

jalan ke Pudu sememangnya lazim sesak..

sambil memandu, Bob dan aku berSMS sumpah seranah gaya profesional.. haha.. 

pas je amik si Ilmi, aku pun terus menekan pedal kereta menuju ke destinasi seterusnya, Uniten..

sampai je disana aku antar Ilmi ke Upten utk dia tukar baju sementara aku ke Ilmu menunggu Didi dan Fiena..

sebaik sahaja aku nk balas sms Zaid, kredit aku da abis, ni Bob punye pasal le ni, da aku kene g Pasten membeli topup.. mase beli tu, si Ilmi dah siap, die membeli roti sebagai alas perut, die x makan sejak perjalanan die dari Penang seharian..

so, ktrng together kembali semula ke spot asal di bus stop Ilmu.. akhirnya Didi sampai juga dihantar oleh parent die yg spot check aku dari tingkap kereta dier.. hehe.. Didi ni mmg pandai bergaya, kenakan baju kembang ala Saloma.. hehe..

Dah Didi sampai, si Fiena lak yg x siap2 lg.. so ktrng menunggu dgn penuh sabar..

selesai org2 di Ilmu, kami terus ke Seksyen 8 Bangi utk ambil si Zaid yg dah pun ready.. done!

tapi schedule aku x abis lg.. smpai di Batu Caves, aku hantar Ilmi ke rumah Bob utk pergi dgn kereta Kancil Pocik yg xde lesen..

kini, aku meneruskan pemanduan aku ke Jalan Kuching mengambil Syafiie dan Batu Muda ambil Afiq pulak.. mmg la penat ooi..

Jam dah menunjukkan hampir 8.10pm, dgn kelajuan yg dibenarkan oleh JPJ, aku terus ke Jalan Tun Razak ke Istana Budaya, kesian pulak org di blkg seat, penuh 4 org..

aku tanpa berlengah terus parking di taxi stand dan kami terus menuju ke Istana mencari mereka2 yg lain..

akhirnya berjumpa jua dgn mereka dan kami semua masing2 masuk ke dlm Panggung Sari di Upper Level..

sebelum bermula show, aku pun mengambil peluang ambil gambar sekitar seat.. Bob pulak awal2 da wat kecoh kampung psl seat.. haha..

 

 

siang sebelum malam teater.. bhg 1

Posted in Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , on Jun 10, 2008 by fahmiez

hari Sabtu, 7 Jun 2008.., sekali lagi aku menonton teater P.Ramlee the Musical utk kali kedua pada minggu ni.. tapi kali ni view berlainan dari yg pertama, di tingkat 3, tiket yg plg murah skali.. hehe.. anyway that nite aku pergi bersama rakan-rakanku yg dikasihi sekalian.. astenians and also not astenian..

Bermulanya hari Sabtu sebelum malam pementasan, aku terus busy dlm byk schedule yg dirancang dan tidak dirancang, pagiku dikejutkan dgn SMS Pe,

“Jom g jusco w.maju?”SMS P’e

“Nak beli ape kt sane”reply SMS.

“Kalu ade tshirt murah ingt nk beli.. aku kua skrg ni eh.. ak grak dari uia..”balas si P’e.

hari ini jadual aku mmg la padat..

first, kene fetch mas Ilmi kt Pudu dari P.Pinang, dtg semata2 utk tgk teater.. cayalah!,

second, amik Didi, Fiena dgn Zaid kt Uniten, bangi,

third, antar Mas Ilmi ke umah Bob kt Greenwood Batu Caves, so die bwk keter Pocik yg selama ini xde lesen memandu… (keke)..

pastu amik Afiq dan P’e kt umah diorng..

fuhh.. mmg la padat and exhausted..

Back to sotry, aku selepas bersiap2 dan ke Jusco Alpha Angle pkul 11 pagi..

P’e menunggu aku kt kedai Padini tgh window shopping..

Lame juge ktrng bershopping coz si P’e beli pakaian utk die praktikal next sem.. masuk kedai, kuar kedai.. Seed, Padini, B.U.M Equipement.. sume kedai baju dilawat.. :p

Mase cam da nk balik tu, Afiq pula SMS nk jumpe ktrng kt situ..

Loh.. da abis shopping baru la nk dtg.. haha

anyway, P’e belanja aku makan Pizza Shakey’s sementara menunggu si Afiq dan Nafisah sampai.. (thanks P’e.. u r my best fren ^^)

Dah P’e belanja, aku pun ape lg.. ambil la peluang utk merasa makanan2 segera yg cam sedap.. so aku pun order la Chicken meals, roti bawang, potato fries and mushroom soup.. mmm.. lazat.. tapi yg x bestnye, pizza lmbt sgt smpai..

akhirnya Afiq dan Nafisah pun sampai, ktrng makan same2.. rite time pizza pun sampai..

pas je mkn, aku agak risau gak nk lepak lebih lame lg coz tunggu si Mas Ilmi sampai ke Pudu dari Penang.. tapi balun je la.. die pun x sms lg.. so ktrng meneruskan adventure shopping.. P’e pun beli la seluar slack utk keje nnti kt Jusco.. susah nak cari saiz die coz sume saiz beso2, org dewasa.. haha.. ingt nk cari kt kids section je.. hehe.. nasib baik dgn tuah yg ade, dpt juga lah jumpa saiz pgl smallest kt dlm jusco..

selepas itu, kami berpecah haluan; Afiq dan Nafisah ke kereta Waja sementara aku dan P’e ke kereta aku..

bersiap2 utk teater malam itu.. aku terus busy pastu…

Argh.. harga minyak naik.. 40%.. evil driver..

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today, Home Sweet Home, Kisah di TV dengan label , , , , , , on Jun 4, 2008 by fahmiez

Hari ni aku dikejutkan dgn harga minyak naik dari 1.92 liter kepada 2.70 sen seliter.. kenaikan 40%.. so ade few hours utk gi isi minyak lagi b4 12AM.. cam dongeng Cinderella tamat jd magis jd puteri lak.. haha

Aku tahu pun dari mak aku yg masa tu baru pulang kerja dr HKL pkul 6.00 dgn segera menyuruh aku yg pada masa itu sedang berbaring di sofa menonton kartun Family Guy kt Star World Channel pergi stesen minyak..

Angah, pegi isi minyak sekarang, harga dah naik” kata mak.

Loh, bilenye naik?”kata aku yg x acuh masa tu coz nk tgk kartun The Simpsons yg menyusul selepas Family Guy..

Baru tadi PM announce, naik 78 sen..

aku dgn segera tersedar diri.. terkezut dgn statement yg dikeluarkn dr mak aku..

Selalunye kalo naik sikit je.. 10 sen tu da kire biase la tu.. tapi.. mak aii.. 78 sen?? X caye aku..

aku dan niat asal terbatal.. sori Simpsons, esok aku tgk.. dgn pantas aku mencapai kunci kereta Kelisa dan terus menuju ke Stesen minyak Shell yg semmgnye dekat dgn umah aku..

fuhh.. kereta da mula queue panjang, tapi nasib aku mase tu baik lg.. queue masih sederhana.. so ade chance nak isi b4 abis.. walaupun kira ok coz stesen minyak kawasan Taman Mastiara tu terpencil dan hanya diisi oleh penduduk Taman Mastiara sendiri dan Batu Permai coz kawasan umah terperosok ke dlm dari pekan kecil Batu 5.. tapi, memerlukan kesabaran aku menunggu hampir 1 jam hanya dgn beratur..

Pemandu2 kereta mula menunjukkan ke’syaitanan’, sikap animalistik dan uncivilised diri sendiri pabila hal2 sebegini.. mulalah adegan potong queue.. tapi masih terkawal.. begitu juga aku yg mengalaminya oleh kereta Kelisa warna kelabu dipandu oleh wanita yg mmg aku geram memotong queue aku yg tinggal lg 2 kereta masa tu.. aku dgn segera menjegil mata aku kearahnya yg semmgnya kecut dan takut dgn sikapku yg sebelum ini sabar dan baik hati sehinggakn dia x berani nk pandang kiri die dan masa nk isi minyak pun, tak keluar dr kereta dan memberi kad kredit die ke atendan pam abang Nepal yg mmg aku dan mak kenal coz kitorng pelanggan tetap Shell kt situ.. haha.. baru die tau sape aku.. aku salin no plat keter die in case aku nk kejar ke ape.. haha..

syukur bile turn aku minyak ade lg.. nasib baik gak la tank keter aku dah kering mase tu, so dpt la isi dlm rm60 cmtu.. gune kredit kad courtesy of  Along, abg aku.. hehe..

Along pulak kebetulan balik KL dari Bintulu, Sarawak naik flight AirAsia time camni.. so aku suggest kt dier tunggu aku kt KTM Komuter Sentul instead of kat KL Sentral since jalan agak busy time tu.. org balik keje dan bersesak ke stesen minyak..

dlm kol 8pm pas solat maghrib aku watch Buletin Utama.. pasal kenaikan harga minyak spt dijangka.. b4 grak amik Along, aku dgr PM Pak Lah announce psl kenaikan harga minyak dan juga rebate tunai bahan api yg akan diberikan kpd kereta2 persendirian mengikut CC.. so keter Kelisa dan Kembara family aku layak la dapat rebate tunai.. tetapi kereta jenis mewah cam BMW ayah aku, sori, x dpt.. so ayah aku just dpt rebate utk Perodua Rusa je la kot..  :)

mase drive g sepjg Jln Ipoh, huii setiap stesen minyak long queue mcm perarakan.. tp traffic still ok coz Jln Ipoh pun dah lebar compare dulu.. smpai je kt stesen.. jam la plak coz jln one way je.. tp dgn kehandalan aku driving sekitar Sentul akhirnya dpt juga lepas dari cengkaman jam..

on da return home.. satu lg obstacle since aku anggap setiap stesen minyak adalh hot point utk traffic jam
, smpai kt Batu 2, aku amik arah Segambut alkisah nk use Jln Kuching, tp Masha-Allah, jam lg teruk .. so aku pon u-turn guna blk Jln Ipoh.. huhu.. jln pon da kurang jam smpai kt point aku arah pulang.. akhirnya selamat smpai ke rumah dan minyak masih banyak lagi..

cmner nk g keje sok? g dgn ayah aku..?? carpool system? bus?..

ohh minyak.. bile hidup kita depend on sumthing that is very important in life.. inilah jadinya.. political chaos in the future.. already predicted and seen from now on..

P.Ramlee the Musical season 2.. entertaining!

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today dengan label , , , , , , , , , on Jun 4, 2008 by fahmiez

aku baru je balik dari Istana Budaya menonton teater muzikal yg dinanti2kan, P.Ramlee the Musical utk kali yg ketiganya dan menyusul pula kali ke-empat pada Sabtu ini

Mmg menghiburkan! walaupun sudah tiga kali menonton teater ini, mmg tidak menjemukan dgn persembahan dan lagu2 yg didendangkan mmg menarik, dari lagu2 P.Ramlee hinggalah ke lagu utk teater ini..

walaupun hujan turun dgn lebatnya pada malam show ni, ia tidak mematahkan semangat kami sekeluarga utk dtg menonton di Panggung Sari.. kerana sempena Hari Bapa, inilah kali pertama ayahku dtg menjejakkan kai ke Istana Budaya kerana sebelum ini jika diajak menonton teater, pasti dia akan menolak dgn alasan x berminat dan tiket mahal..

Show malam ni dihadiri oleh tetamu VIP, Raja Perlis dan Permaisuri, dan Yang  Di-Pertua Negeri Sabah. malam ni juga aku nampak beberapa artis; Adlin Aman Ramli, Datuk Noraini, Sharifah Aini dgn Joe Flizzow of Too Phat.

For me, teater kali ni mmg berbeza walaupun sebahagian besar jalan cerita asal musim pertama masih dikekalkan,  dan lagu2 juga ditambah terutama lagu2 asal P.Ramlee.. mengembalikan nostalgia zaman keemasan P.Ramlee di Singapura..

watak Azizah yg dimainkan oleh Emilda Rosmila mmg x menghampakan, malam ni membuktikan dia boleh menyanyi dgn baik walaupun tidak sehebat Siti Nurhaliza semasa musim pertama dahulu..but hey, she is great actress and have more lines this time compare to Siti dulu..

after all, this theatre should not to be missed! worthy performance by all cast! congrats tu all. terutama kpd Musly Ramlee.. mmg macam P.Ramlee.. to Chedd yg berlakon sbg Sukardi, mmg menjiwai watak dia sbg sahabat baik P.Ramlee.. jom tengok!

Compaq replace Acer in my life

Posted in Family, Hangout, Hidup aku today, Uncategorized dengan label , , , , , , , , , , , on Jun 1, 2008 by fahmiez

today on Saturday evening –

Actually last week aku tnye mak aku nk g Low Yat tgk laptop.. kepada yg x tahu, laptop Acer Travelmate 290E aku, yg menjadi rakan kerja dan hiburanku selama 4 tahun sejak zaman kolej diploma dulu akhirnya mati jua.. dlm erti kata lain, sukar utk dihidupkan semula memandangkan kos utk mengupgradenya agak tinggi dan tidak berbaloi rasenye menabur duit ke atasnya..

Acerku sudah lama uzur dari segi kemajuan memandangkn ia jauh ketinggalan dgn penggunaan Intel Celeron, tetapi kumasih sayangi ia kerana jasa2nya dlm hidupku selama ini, sbg teman, dan membantuku mencari maklumat dunia dan kerja2 assignmentku.. oohhh memori..

Agak lama juga aku survey2 laptop kat Lowyat yg memang memeningkan kepala.. disana ada promosi disitu ada special price.. haih.. buat pening aku.. mak, dan kedua adik perempuanku, Kak Lang dan Nabila just follow jer rentak kakiku mencari laptop kesukaan hati.. didlm hatiku dari awal tersemat utk memilih rm2000 ke bawah dan brand Compaq memandangkn aku agak minat model C700.. usha2 laptop akhirnya aku disapa oleh abang Melayu, satu2nya kedai Melayu jual laptop di Level 2..

“Abang cari laptop jenis ape?” tanya si penjual laptop Melayu.

“Laptop Compaq C700 ada tak?” balas aku.

“ohh.. laptop dah old brand.. skrg ni ada brand baru” kata si penjual.

ape la penjual ni, aku nk laptop C700 je la.. kate aku dlm hati le..

“kalo nak compare, C700 xde Bluetooh.. bla bla” cerita panjang lebar si penjual..

setelah dijelas mengenai perbezaan antara C700 dgn V3000, keduanya Compaq Presario, akhirnya aku terminat juga.. setelah melihat spek, design, dan free gift dia bagi.. hehe.

aku mulanya tak expect nak beli hari ni coz tak harap sgt la nk beli skrg memandangkan financial family yg kureng akhir2 ni.. tapi kasih sayang ibuku terhadap anak dia yg sudah lama kepingin laptop baru sejak laptopnya rosak mengatasi masalah2 lain.. x sangka mak aku dah keluarkn duit awal2 dari bank yg aku singgah sebelum ke Lowyat di Jln Ipoh.. terima kasih mak atas pemberian ini.. love u mom! :)

mase beli x rase gembira or any feeling, just feel selamber and x kesah.. maybe da lame mengidam laptop, perasaan pun dah muak dgn keinginan laptop baru..

selepas membeli laptop, kami sekeluarga bergegas ke shopping mall lain memandangkan Kak Lang da mula masam mencuka coz installation laptop software di kedai penjual agak lambat.. kami menuju ke Maju Junction. adik aku sebenarnya nak beli baju2 di situ memandangkn harganya yg murah tetapi bajunya cantik2 dan look very expensive.. kedua2 adik aku dan mak membeli bebrapa pakaian utk dipakai masa tgk teater Selasa ni.

selepas itu, kami rush balik ke rumah coz mak aku ada dinner function kt PWTC sempena graduasi pelajar Kolej MAHSA yg wat praktikal di Hospital Kuala Lumpur, di mana mak aku bekerja sbg jururawat.. mak aku cerita artis undangan malam tu Faizal Tahir.. mmg gamat la dewan dgn karenah student2 yg suka lagu2 dia..

aku menghantar mak aku ke sana dlm pukul 7 malam bersama adik2 aku. after that, kitorang ke KFC Kepong, Kak Lang belanja makan ayam KFC yg rangup tetapi makin kecil saiz.. haihh.. semenjak harga ayam naik, ayam pun makin kecil.. hehe..

pas makan, kitorang terus balik dan tgk tv. boring lak sejak musim AF da tamat ni.. aku klik setiap channel yg cam broing jer citer.. akhirnya aku tukar ke tv3 tgk Buletin Utama.. faedah gak.. pas abis aku klik channel lain.. last2 tertekan TV1 dan TV2 RTM, kedua2nya ada siaran langsung acara besar.. Tv1 live siaran pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) di Gong Badak Terengganu dirasmikan oleh Sultan Terengganu aka YDP Agong, Tuanku Mizan sementara TV2 live siaran Pesta Taadau Kaamatan di Sabah oleh YB PM, Pak Lah.. mane nk tgk? memandangkn ucapan leret puji2 PM yg bosan di Borneo, aku ke Terengganu melihat live SUKMA opening ceremony.. tgk la persembahan kebudayaan dan kemasukan kontinjen negeri2 ke dlm stadium.. pastu si bapaknye Dafi AF, bagi lak ucapan.. haih.. aku bertukar siaran ke Star Movies tgk Pirates of the Caribbean 2..

dlm kol 11.20pm camtu aku ke PWTC mengambil mak aku pulang ke rumah menaiki BMW yg ayah aku antar ke workshop gi cat.. nampak cam baru le..

inside PWTC

skrg ni adalah post pertama aku dari rakan baru aku, Compaq.. Acer, aku tetap sayang ko.. hehe..